Side mirror and a birdfoto by tokasid ( Sisipan: Sila lihat bro muteaudio on Angkasawan Malaysia)D. Syirik Besar dan Syirik Kecil.Setelah kita memahami dan mengetahui perkara-perkara asa yang boleh mencemarkan aqidah seseorang muslim, kini dihuraikan satu dari perkara yang membatalkan Islam itu.Perkara yang paling utama ialah masaalah SYIRIK. (Syirik ialah menjadikan sekutu bagi Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah (hak Allah), seperti menjadikan tuhan-tuhan lain bersama Allah, menyembahnya, mentaatinya, meminta pertolongan kepadanya, mencintainya atau melakukan perbuatan-perbuatan lain seperti itu yang tidak boleh dilakukan kecuali kepada Allah swt. ~ petikan ulasan Sheikh al-Qaradhawi)Ramai antara kita, apabila di sebut syrik,akan membayangkan seseorang pergi dan menyembah berhala(tokong).Atau perbuatan tunduk dan sujud kepada batu atau objek-objek tertentu( busut jantan atau pangkal pokok).Itu saja syirik yang di fahami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Selain dari perbuatan begitu,mereka tidak menganggap sebagai syirik.
Sebenarnya sirik lebih luas dari fahaman tersebut.Syirik adalah musuh utama kepada aqidah, sehinggakan Luqman didalam surah Luqman,telah berpesan kepada anaknya yang membesar dibawah pendidikan beliau,dengan pesanan agar anaknya menjauhkan diri daripada syirik.Kata Luqman dalam Surah Luqman 31:13 yang maksudnya:-
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Mana lagi kezaliman yang lebih besar apabila seorang hamba yang diciptakan oleh Penciptanya, mempersekutukan penciptannya yang Maha Agung.
Apabila seseorang anak derhaka kepada ibunya,tidak mengiktiraf ibunya dan melakukan sesuatu yang tidak wajar kepada ibu yang melahirkannya, tidak ada hati atau diri yang dapat menerima perbuatan anak tersebut. Dan kita akan mengatakan bahawa dia anak derhaka.Perbuatannya tidak wajar.Dia anak yang tidak baik.Dia anak yang zalim.
Namun adakah kita dapat menerima seorang insan yang diciptakan oleh ALLAH.dan segala apa yang dimilikinya juga diciptakan oleh ALLAH, dan alam tempat yang kita huni ini juga dicipta oleh ALLAH Jalla wa A'la, tiba-tiba insan itu melakukan syirik kepada ALLAH. Insan yang begini adalah seorang hamba yang jahat,derhaka dan tidak mengenang budi.
Syirik ertinya meletakkan suatu bandingan; suatu penyekutuan atau menyamakan sesuatu dengan ALLAH SWT~ kebesaranNya,keagunganNya, kedaulatanNya sebagai Tuhan; pada namaNya; pada sifatNya. Apa saja perbuatan yang cuba menyaingi atau menandingi ALLAH , menyamakanNya atau melebihkan dariNya... segala perbuatan,perkataan,kepercayaan yang seperti itu menjadikan pelakunya dianggap sebagai melakukan syirik.
Hukum syirik: Adalah dosa besar yang tidak diampunkan, Na'uzubillahi min zalik.
Ini di jelaskan oleh ALLAH dalam
Surah An-Nisaa':Ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
dan dalam
Surah An-Nisaa': Ayat 116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Syirik terbahagi kepada dua :-
1- Syirik yang Besar( 'as-syirk ul akbar). : sesiapa yang yang melakukan syirik yang besar maka dia terkeluar daripada Islam.
2-Syirik yang kecil( 'as-syirk ul-asghar): Walaupun namanya "kecil",tetapi ia adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Perbuatan syirik yang kecil ini tidak terkeluar daripada Islam,tetapi menghampiri daerah-daerah untuk terkeluar daripada Islam.
Next: ....Sebelas tanda-tanda syirik.
(Penjelasan ringkas tentang syirik,murtad,nifaq dan fasiq boleh baca kat sini) Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa