Friday, November 2, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 17);Tangkal dan Mentera.

Running water
foto by tokasid
lokasi: RnR Gua Tempurung(south bound)








(b) Syirik pada Amalan.

# 4- Tangkal dan Mentera.

Apakah yang dimaksudkan dengan amalan syirik? Ia adalah amalan atau perbuatan yang menyamakan kedaulatan ALLAH SWT dengan selain ALLAH.
Umpamanya, bila mengatakan bahawa dengan memakai tangkal atau mengamalkan bacaan mantera boleh memberi kesan dengan sendirinya atau boleh menunaikan hajat.

Contoh: Bila seseorang yang memakai tangkal atau mengamalkan mantera tiba-tiba terselamat dari kecelakaan lalu di tanya rakannya tentang hal itu.
Penanya: Macamana kaun boleh selamat dalam accident tu ya?

Pengamal tangkal/mantera: "Ni aku nak bagi tahu pada kau, selagi aku ada pakai tangkal ni di badan aku, aku gerenti selamat" atau
" Aku selagi mana dok amalkan bacaan mantera yang guru aku ajar tu, selagi tu aku gerenti selamat dari bahaya atau dapat apa aku hajat".

Jika dia percaya tangkal atau mantera itu yang memberi kesan, maka sudah jelas dia menyekutukan ALLAH, kerana ini sudah bertentangan dengan firman ALLAH dalan Surah Al-Ikhlas 112: 2 -"Allaahus somad" - Hanya ALLAH tempat bergantung.

Apabila ini berlaku,orang itu telah syirik dan keadaan ini Syirik Akbar(syirik besar). Dia telahpun murtad.

Tetapi, jikalau dia memakai tangkal( sepertimana kebiasaan sesetangah orang di Malaysia) atau apabila lahir anak lalu dipakaikan tangal hitam/benang hitam pada tangan bayi itu.
Bila kita tanya kenapa berbuat begini. mereka akan jawab: " Kita ikhtiar saja...ALLAH SWT juga yang menyelamatkan. Ini hanya usaha saja..."

Dalam keadaan ini( anggap tangkal sebagai ikhtiar semata-mata dan hanya ALLAH yang menentukan), sedangkan ALLAH dan RasulNya tidak menyatakan tangkal atau benang hitam sebagai sebab-musabah untuk menyelamatkan, maka orang ini telah melakukan Syirik Asghar( syirik kecil). Sekalipun tidak murtad dia menghampiri daerah-daerah yang boleh mengeluarkan dia daripada Islam. Dia telah melakukan dosa besar dalam hal ini.

Salah satu sebab dosa besar ialah kerana dia telah berdusta kepada ALLAH. Bilakah ALLAH Taala berjanji bahawa jika seseorang memakai tangkal atau benang hitam (di tangan anak),maka ALLAH akan menyelamatkan anak itu?

( nota: memakai tangkal/benang hitam pada anak-anak kecil adalah amalan Hindu,tetapi seolah-olah menjadi perkara biasa dalam masyarakat melayu Nusantara. Jelaslah walaupun sudah hampir 500 tahun Islam diamalkan oleh orang Melayu tetapi pengaruh Hindu masih tidak dapat dibuang dari adat-adat kita. Dan kita cipta pula pepatah Biar mati anak jangan mati adat. Bila di tegur ramai yang berkata adat mesti dipertahankan. Mengapa tidak kita pertahankan aqidah yang bakal menyelamatkan kita. Bukan adat yang akan selamatkan kita.))
Tidak pernah ALLAH berjanji di dalam al-Quran atau Nabi saw menjelaskan dalam Sunnah baginda saw. Malah Nabi saw menegaskan Man 'allaqa faqad asyrak. " "Sesiapa yang menggantungkan maka dia melakukan syirik.

Walau pun dia tidak melakukan syirik besar yang mengeluarkan dari daerah Islam, tetapi dia telah berdusta kepada ALLAH( dengan membuat pembohongan kononnya dengan memakai tangkal tersebut ALLAH akan selamatkan dirinya atau diri anaknya).

Memang benar semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Tetapi mendakwa bahawa dengan membuat perbuatan tertentu akan menyebabkan ALLAH menolong,sedangkan tidak ada nas,maka itu adalah pembohongan kepada ALLAH.

Jika dia kata berdoa dan ALLAH akan tolong,itu adalah benar kerana ada nas di dalam al-Quran dan hadith.

Tetapi Quran tidak pernah menyebut dengan memakai tangkal benang hitam di tangan akan dapat selamatkan anak dari penyakit atau gangguan syaitan. (Perbuatan ini masih di amalkan oleh orang Melayu).

Yang boleh membantu ialah bacaan atau sebutan yang menyeru nama-nama ALLAH SWT yang meminta dilindungi seseorang dari bahaya atau gangguan jin atau syaitan.

Artikel berkaitan tajuk ini:

1-Amalan perbomohan dan Jampi dalam masyarakat(Dr MAZA)

2-Hukum rawatan guna jampi serapah( Darussyifa')

3-Umat Islam: Virus Aqidah dan skim cepat kaya( Ust Zaharuddin)

4-Hukum jampi dan tangkal (book review by Hafiz firdaus)


(TA :Dalam hal sebegini tentu ada yang bertanya, bagaimana pulak dengan rawatan perubatan yang diberikan di hospital-hospital sekarang ini? Akan mereka kata mana ada nas dalam Quran suruh pergi hospital? Dalam hal ini kita mesti merujuk kepada Sunnah Nabi saw. Baginda ketika sakit sebelum wafat, telah mendapat khidmat rawatan terkini dari tabib-tabib di kalangan kabilah-kabilah yang datang menziarahi Baginda saw. Itulah dalilnya untuk mendapat rawatan perubatan dari doktor)

Next: Sujud kepada selain dari ALLAH.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

26 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Membaca entri ini [kecuali pautan yang doc disertakan itu, saya belum sempat lagi untuk membacanya], seperti mengingatkan diri sendiri perkara-perkara yang kita tahu tetapi kita ambil mudah atau perkara-perkara yang kita rasa betul tapi sebenarnya salah di sisi hukum, contohnya penggunaan tangkal itu. Saya perhatikan SESETENGAH orang2 Melayu kita [biasanya yang masih berfikiran konservatif] masih lagi mempercayainya. Mungkin mereka keliru agaknya, kerana bianya tangkal2 itu dibacakan ayat-ayat Quran juga....Nampaklah seperti tidak menyalahi akidah..

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Our elders swear by the adat and most of us, the younger generation, are fearful of being labelled 'derhaka' if we don't tow their line.
Their "aku lebih dulu makan garam" line will play like a broken record if they are told that some of the adat are against the religion.
But as we continue to study a little bit more of the religion than what we already know, we will lose many of the adat that we have held on for so long.

cakapaje said...

Salam Doc,

Membaca jowoprinter, a'ah, terutama time timbulnya Wali Suci, Gagak Hitam dan banyak lagi ilmu persilatan; hampir kesemuanya memakai tangkal.

Mior Azhar said...

Salam Tok,
It may come as a surpirse to many that many Malays still do believe in bomoh2 nih.. and mind you not just some orang Melayu kampung and the uneducated ones.
I've had a friend from Uni days who by the look of her, mesti orang kata religious giler punya orang... tak pernah tak bertudung labuh. Pergi usrah tak usah cakaplah..Many years ago she she ask my wife to follow her to this bomoh to pulihkan rumah and suami. Nasib the Mrs tak ikut...
And masa the last election, went to a friend's place and asked us whether we need anything since a dukun from Indonesia just arrived to help a certain Pak Menteri in the election. This friend kata boleh guna services dukun ni before dia pergi itu rumah Bapak Menteri. Tengok the dukun alone dah menyeramkan..

de_kerinchi said...

salam dr tokasid,

Perbincangan yang harus diperpanjangkan, adalah fonemena "perantara menghubungkan Tuhan dan alam"...

Ada pendapat mengatakan bahawa, sesuatu yang berlaku di dunia ada penyebab nya...pada dasar nya memang itu ketentuan dari tuhan, tapi ia memerlukan medium untuk menyampaikan maksud tertentu. Kerana tuhan itu, tidak ia membentuk dan menempat di dalam medium yang nyata, jadi DIA menjadikan sesuatu untuk menempatkan segala kehendak nya di dalam sesuatu.

Disini wujud fahaman bahawa tangkal merupakan medium kepada keberhasilan permohonan kepada tuhan. Yang salah dan harus diperbetulkan ialah kebergantungan manusia pada tangkal itu secara total...dan bukan nya kepada tuhan sekalian alam...

Satu lagi kemungkinan, ia boleh dipandang dari sudut permainan fikiran...Kerana fitrah manusia lebih yakin kepada yang nampak dari yang tidak....Yang ada dari yang kosong....Jadi secara logik akal bahawa dalam konsep "tangkal" sepatutnya ia mewujudkan satu medium yang tampak tanpa menafikan kemutlakkan sumber kekuasaan tangkal itu adalah merupakan ihsan dari tuhan yang hak.

Anonymous said...

Salam Doc...Entri kali ini begitu menyentuh isu habit/kebiasaan masyarakat kita, menyelaminya saya dapati pengaruh adat-adat lama begitu kukuh bersarang di dalam kehidupan masyarakat kita wlaupun kita sudah lama merdeka maupun memijak era kemodenan.

Saya antara yang selalu menjadi 'the Devil Advocate'- yang suka menyangkal atau mempertikaikan kehebatan tangkal tersebut apabila mak bapak suka merujuk kepada bomoh dan menggunakan tangkal dgn pertanyaan cepumas-cepumas saya.

Dengan bantuan adik beradik yang lain, kini mak dan bapak tidak lagi mengamalkan budaya tidak sihat begitu. Alhamdulillah, sudah ada kesedaran di dalam keluarga kami tentang jampi, metera dan tangkal. Tapi saya masih melihat budaya ini agak kuat di kampong saya. Hinggakan pada bab kanser pun kena memakai tangkal. Dari sini masih ketara arus kemodenan kita masih gagal membunuh kenaifan bangsa Melayu Islam.

Kerp (Ph.D) said...

salam doc,

this entry reminds me of one ceramah by ustaz ismail kamus. someone approached him and enquired about a tangkal given to him by a bomoh and so happened he brought it along. as expected ustaz mael told him exactly the same thing as written in this post, notably the syirik part and especially mensekutukan Allah. he did the next best thing. ambik tangkal tu from that man, open it up and voila, biji rambutan terletak kemas je dalam tangkal kain kuning tersebut. dah la ditipu, di perbodohkan lagi.

hihi...

tokasid said...

Salam to all. Maaf lambat reply komen-komen kalian. Saya punya masaalah streamyx tempoh hari. Baru sekarang sudah di selesaikan(dgn menukar modem baru). Terima kasih pada shah yg sms kerana bimbang kerana saya tidak akses ke blog sendiri atau blog kawan2 seperti selalu( mungkin bro shah risau sesuatu tak elok berlaku kot eg demam ka..). InsyaALLAH boleh berblog semula.

tokasid said...

Wak pinter:

Betul kata wak. Kita ni adat dan ibadah macam ada dalam satu zon yang sama. Kalau kita mahu belajar untuk memperbaiki diri, baru kita tahu mana betul mana batil. Jika tidak kita jadi macam kebanyakkan org. Buat perkara batil kerana sangkakan itu yg betul.

Terntang bomoh/pawang yg membacakan ayat Quran pada tangkal, kita ni bila dia sokseh-sokseh bunyi macam Arab sikit kita ingat dia baca ayat Quran. Sesetengahnya memang membaca ayat Quran tapi di tonggang terbalikkan ayat2 tersebut. Ada yg ubah huruf pada bacaan dan berbagailagi tipu helah yg syaiton pengaruhi kita.

Semoga ALLAH lindungi kita dari kesyirikkan setiap masa.Ameen.

tokasid said...

Fauziah:

Yes, its difficult to deal with our makciks and pakciks especially in the kampongs. They just became static knowledgewise. What they knew at the age of 12 is still what they are holding to. And the pesan org tua-tua is very much close to their heart. Its as if: Its okay to langgar hukum sikit but NEVER langgar the Adat.

I never argue this matters with the elders. I just listen to what they have to say but if its obviously wrong, I'll just not follow their petua.

Only by learning more about aqidah, we'll get out of this mess.

tokasid said...

Shah cakapaje:

You got that on the spot. I'm sorry to those yang belajar silat-silat bathin ni. Yang ada ilmu kebal ni. Dulu ada Nasrul Haq. Sekarang tak tahu lah silat apa pulak yg ada power kebal dan boleh pukul org dari jauh ni.

Macam ni saja lah kan...Kalau ilmu kebal tu memang ALLAH berikan kerana org amalkan sesuatu ayat atau ibadah, aku nak tanya satu soalan saja. nabi saw dulu kebal ke? Tak ada LANGSUNG hadith sahih yg menunjukkan Nabi saw kebal. malah dalam peperangan Uhud, nabi tercedera dan patah gigi Baginda saw. Ramai para sahabat cedera malah mati di medan perang. kalau ilmu kebal ujud, awat ALLAh tak suruh Nabi saw ajar para sahabat utk jadi kebal. Hilang masaalahumat Islam waktu itu. Perang saja tak lut...takada tentera Islam yg akan shahid dan bila musuh tgk tentera Islam kebal,tentu mereka awal2 lagi surrender dan pakat masuk Islam beramai-ramai.

Tapi ini tidak berlakupun! Ilmu-ilmu kebal ini adalah gambaran yg iblis gunakan ke atas kita melalui jin-jin utk sesatkan manusia.

tokasid said...

Pak mior:

Here are few suprising things that we see daily.
So called educated ppl., goes to university, have a good position in the community but when it comes to religion and adat, they somehow forgot that they are the 'thinking' ppl, who uses science of thinking and learning.
We always see, these people still use the: Tok nenek kita dulu pun buat begini...or Takkan tok-tok guru dulu-dulu tak tahu perkara tu tak betul. Jika salah tentu dulu mereka dah larang kita buat.

For me, in religion you look for dalil to halalkan something or to haramkan something. You look for dalil when you are to perform ibadah. Otherwise, if you are a learned person but doing things ikut redah like any Mat, Hashim or Dollah, without even bothering to see whether the things you do is what had been done by our Nabi saw or not.

And thats why we see many of our politicians are using bomohs to win position. Most likely we will see an influx of Indonesian bomohs soon, for our GE.

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Memang banyak juga yg cuba merungkai 'misteri' Tuhan dan agama. lalu lahirlah pelbagai andaian dan teori yang sering orang awam tidak akan faham ,malah anak murid tok guru itu pun tak faham sebijik habuk.

Bagi saya, ugama itu mudah. ALLAH tidak membebankan hambaNya.(Cuma hambaNya yang tiba-tiba menyusah dan memberatkan ugama kepada diri mereka sendiri). Ikutlah apa yang Nabi saw telah jelaskan kepada kita, InsyaALLAH itulah siratulmustaqim kita. Kalau Nabi saw jelaskan haram, maka haram lah. Jika Nabi saw kata halal,maka halal lah.

Insan jika terlalu nak jadi pandai sangat dalam agama sampai mereka itu ini, rosaklah agama dan sesatlah insan tersebut.

yang dok guna tangkal-tangkal ni, tidakkah mereka tahu, itu sama saja dengan org yg dok sembah tokong kepala gajah atau tokang tangan lapan.

ummisara said...

salam...

Had the experience....At first when i the lady told me that her sister from indonesia could help my neighbour's girl (aged less than 2) who was suffering from a few perangai pelik...then came the sister from indonesia for holiday. I took my neighbour with her girl to see that lady.

She had her ablution and still in her kain sembahyang, she started 'mengubat'. But the eerie part was she was talking to other dimension where the rest of us in that room cant see. Alamak, punyalah kecut perut i.

puteri itu , dar kerajaan lama itu ini...datang ambil ' KAWAN' yang selama ini menemani anak neighbour saya.

And thsi lady from indonesia jugak claimed that all the specialties yang dia ada tuh datang secara sendiri when she turned 40.

From then on dia didampingin oleh so called 'NENEK' yang akan membantu nya.

I was feeling so bad about being there. Semoga diampunkan allah s.w.t. Sebelum tuh tak tahu. ingatkan secara ayat quran etc.

tokasid said...

Raden:

fenomena ini bukan terhad di kampong raden saja, malah seluruh negara khurafat dan amalan syirik ini berleluasa. Jika kita sanggup perhatikan perbuatan org kita setiap hari, kita akan dapati, banyak lagi unsur2 khurafat, dari sejal dilahirkan sampai lah kematian, ada saja perbuatan 'peli-pelik' yang di anggap normal dan acceptable oleh org kita.

And memang betul, begitu ramai pengidap kanser terutama payudara dan usus yang tertangguh rawatan kerana didelaykan oleh para bomoh dan pawang. By the time bomoh tak boleh ubatkan, kanser dah merebak serius.

Dalam hal ini, saya merasakan JAKIM dan IKIM dan Majlis2 ugama setiap negeri perlu lebih pro-aktif. Jgn asyik nak tangkap org khalwat saja(tak salah nak tangkap) tetapi jenayah aqidah yang lebih merbahaya jangan kita biarkan terus membarah dalam masyarakat.

Bila aqidah sudah goyah, apa yang nak diherankan bila org menjadi murtad? Kita marah org murtad secara terang-terangan. tapi org murtad secara halus kita biarkan saja di depan mata.

What say you JAKIM and IKIM?

ummisara said...

tok asid,

you kenal munzar yer? u sama belajar dengan dia dulu kat alor staq?

my uncle tuh

tokasid said...

Kerp:

Ahhh...Ustaz mael kamus. Haven't met him for so many years. Yes, he had a lot of experienced regarding this problems, and his way of teaching us make us laugh at ourselves, our own faults, but you don't feel humiliated about it.

Biji rambutan ,eh? Nasib bukan biji durian bro...bosau tangkal tu !!!

tokasid said...

Edelweiss:

You anak saudara Munzar!!! MasyaALLAH, this is a small world.
I was with him dari form 1-form 5 in KSAH. He and me were prefects back then. After MCE I went to Asasi sains and he took up aircraft maintenace.
Last saw him a year ago, he came back to renew this passport. Tak tau tahun ni dia balik or not.

Okay about the berubat-ubat ni, it is a difficult situation for many. Org ajak kita ikut untuk temankan, so you go, Tiba2 tok bomoh mula merepet dan claim macam2...you know that is permainan iblis, but you are stuck in there. Next thing you know, they ask you to temankan lagi.

Kita sentiasalah minta ampun dari ALLAH Azza Wa Jalla kerana kita sering alpa dan leka.

And TQ for leaving a comment here.
(if munzar balik cuti and you know about it, pls leave a note in my blog. heh3...cucu tuan guru Hj Abdullah rupanya!)

ummisara said...

Tokasid,

hehe malu nih...cucu tok guru temankan org berubat...sungguh ingatkan tak der lah menurun ....tetapi bila dah pi...hah tuh dia..

i rasa org indonesia nih mencampur adukkan antara adat dan agama. yang datang secara turun temurun dicampurkan dengan ayat al-quran...
tapi my mom (kakak munzar) memang marah habis kat i. Taubatttt!

tok asid, munzar is coming back for holiday end november. He has 1 son (almost 2 yrs old)named raubel. The 3 of them (munzar,patricia and raubel) will have long holidays kat malaysia.

U kenal zulkurnain? i kenal dia pun melalui munzar jugak...selalu lepak dengan depa bila munzar balik.

whatz your email? so nanti kalau munzar balik, i dont have to tell you in the blog, can just email you

tokasid said...

Edelweiss:

Anak nama Reubel? Macam pak sedara you yg junior kami kat KSAH pun reubel jugak kan?

Maybe I akan sempat jumpak dia kalau nov. ni. Pasai on 24th nov we are supposed to go for a kenduri di Aloq Staq( rumah Ustaz Mehat). Yup, karnain is our buddy.Infact whenever munzar is back ,karnain will inform me.

My e-mail is : marea915@yahoo.co.uk

Jazakallah khair. Do keep me informed.

Anonymous said...

Salam TA,
Terima kasih kerana terus mengingatkan.

ummisara said...

Tokasid,

you have memory ek... :P
boleh ingat raubel...he is in Middle east jugak working overthere.

So anak munzar nih Raubel Junior ler... :)

Will definately inform u upon his arrival.

Mat Salo said...

Dok TA.. Salaam, and like Pak Zabs, thanks for bringing this up and reminding us again...

Islam seperti yang dipraktik orang Melayu kita dah banyak bercampur aduk dan bercanggah dengan syarat ugama... Wallahu'alam.. tetapi kita kena berjaga dalam hal2 syirik.

Amat menyedihkan ada puak-puak politik, apa lagi YB arus perdana (baca YB UMNO) yang masih lagi percaya kat benda2 ni. Ingat tak kes Mona Fandey ngan YB tuh... Setuju itu adalah kasus extreme but on a smaller scale banyak lagi yang dabble in this shit...

Pray to Allah SWT that we will never be led astray and keep us on his straight and narrow path...

tokasid said...

Pak zabs:
Sama-sama. Itulah antara tugasan kita di sini.

tokasid said...

Eldeweiss:

TQ. Zulkarnain have my number. If you want you can get it from him. Tell him the KSAH guy in Melaka.

tokasid said...

Pak matsalo:

Yes bro. Our politicians is famous for their bomoh/pawang seeking during elections(party's esp).

Am sure there in Indonesia too this mixture of adat and religion is rampant( well several so called famous and glamourous VIP bomohs have teachers in Indonesia dong pak).

Yes, the Mona Fendy case is an extreme but it just showed that ppl are willing to do anything for power,wealth and fame.