Thursday, November 15, 2007

Kantoi.....part 2: Auuwww.....I tak rela you!



The previous kantoi story is here.


Kantoi : Boleh lah bang......

( I have updated this story at the bottom of this entry)

Aku ni selalu jumpa golongan pondan. Nama lain yang popular bagi golongan ini ialah Maknyah dan Bapok. Di Kedah mereka di panggil Daghai(darai) atau kadang-kadang Kakdon( ni aku tak tahu mai mana istilah kakdon). Ada juga gelar mereka sebagai siLembut. Ada yang kata Geng Auww...Ada gelar mereka sotong. Sesiapa yang tahu istilah lain untuk golongan ini boleh bagitahu.

Pondan/maknyah/daghai/bapok ni adalah satu golongan yg confuse. Depa pun confuse.Masyarakat pun confuse terhadap mereka. Mereka ini claim jiwa wanita mereka terperangkap dalam tubuh lelaki. Aku boleh la faham sikit terhadap sesetengah mereka tetapi naik meluat dan melugai( bahasa Utagha untuk meloya) pada sebahagian besar dari mereka.

Aku simpati kepada yang betul2 genuine pondan. Tapi kepada majoriti yang lebih lajak dari laju dan lebih gedik dari lembut memang aku 'hangin'. Masa aku belajar kat UM dulu memang ada juga kami belajar tentang golongan ni, jadi kami adalah faham serba sedikit sifat pondan genuine.Masa tu kat IPTA tak banyak sangat golongan ni tapi la ni dengaq kata dah jenuh kat IPTA dan IPTS.

Tapi yang dok nampak selalu ialah pondan jadian(macam rimau jadian lah, mana sama dengan rimau kat hutan atau zoo atau sarkas). Mereka yang masa kecil memang anak jantan sejati yang rajin terjun sungai dan main lastik dan main guli , main getah gundu,main gambar dan curi buah moktan dan mempelam jiran.

Bila masuk sekolah menengah masih jantan. Tapi lepas PMR atau SPM tiba-tiba jadi lembut dan gemalai umpama sotong. Yang ada misai dah cukur atau cabut. Rambut simpan panjang dan gaya berjalan berubah.Kalau itek gembo-gembo lihatpun mungkin itek boleh pengsan.


Sesekali adalah sorang dua daghai ni datang jumpa aku. Selalunya mereka nak hormon untuk menambah kepondanan mereka. Selalunya tujuan nak 'membuahkan' dada mereka yang pada asalnya tak berbuah.

Mula-mula dulu aku cukup takut geng-geng jadian ni.Mana tak nya, cakap lemah lembut gemalai lontaran suara tetapi malangnya tone suara dan pitching tak bagus. Mungkin depa rasa depa bercakap macam Siti Nurhaliza, tapi aku dengar sora(suara) depa macam Papa Rock Ramli Sarip.( sorry eh Papa Rock...lu jangan saman gua pulak)

Selain lontaran sora yang gemalai, tangan dan jari jemari mereka memang umpama sotong. Kuit sana kuit sini jari lentik depa kat aku. Depa bukan kira di mana. Pernah sekali tu kat kedai nasi ayam, si daghai ni siap cuit-cuit aku dan dok menyendel-nyendel kat aku. Naik geli geleman aku. Hati cuak jugak...sebab I tak rela di goda U....

Kita dok ingat puak-puak ni sama saja, rupanya tidak. Yang aku noticed pondan genuine ni cukup tak suka dengan pondan jadi-jadian. Kata pondan ori, pondan jadi-jadian ni kebanyakkannya tak senonoh perangai dan memalukan kaum pondan saja. Pondan jadi-jadian ni yang sering buat kerja tak senonoh,yang dok belakang mati. Yang ori ni selalunya tak macam tu.Yang ori ni selalunya akan jadi hair dresser atau make-up artist atau mak andam( ka nak kata pak andam). Itu kata mereka . Aku tak tahu sejauh mana kebenaran statement itu.

Mereka juga seperti remaja lelaki dan perempuan yang lain. Mahu mencinta dan di cintai. Malah sikap cemburu mereka amat kuat. Kalau mereka berebut pak we sesama mereka...mak datok....depa punya maki hamun power habis. Aku rasa kalau ada pertandingan memaki hamun pasti mereka jadi johan. Naib johan akan jatuh kepada ahli politik.

Dulu-dulu in the 80s masa kat kampus, bila weekend kawan2 yang ada kereta akan bawa kami budak-budak kampung untuk tengok KL nitelife. Mana lagi kalau bukan depan Collesium/Tivoli di Jalan TAR. Kat situ kaum pondan ni cantik-cantik sungguh. Kalau dia tak bercakap memang kita ingat perempuan. Seronok ngusik pondan-pondan ni tapi jangan sampai depa naik angin. kalau depa dah marah depa akan belasah macam orang jantan belasah.

Masa aku houseman kat Tepen pun kadang2 ramai-ramai naik moto ke Taman Tasek sebelah Lakeview. Situ tempat port pondan Taiping. Kawasan situ gelap dan kita akan nampak pondan2 ni cantik2 belaka. Kalau ajak gi bawah lampu jalan depa tak mahu sebab akan nampak halkum kat leher dan nampaklah mekap yang tebal. Pernah ada kejadian di Taiping mungkin dan 15 tahun kot, ada serbuan pencegah maksiat di Taman tasik Taiping. Pakat bercemperalah pondan2 ni lari sampai ada yang terjun ke dalam tasik. Nak jadi malang, ada seorang pondan ni tak reti berenang, tapi dia terjun juga sebab takutdi tangkap. Mati lemas dia malam tu.

Berbalik pada pondan-pondan yang dulu sering datang jumpa aku sebab nak membuahkan dada masing-masing. Mereka akan datang in 2s or 3s dan akan demand nak hormon tu dan hormon ni. Aku memang tak simpan benda-benda yang merekla nak , tapi depa ingat aku sengaja tak mahu jual to them. Mula lah depa go into pujuk and gedik mode: Alaa...boleh la bang...( kena sengaukan suara)..boleh la bang eh?? Abang tolong le order untuk kita orang ye bang eh? Kalau abang order nanti kita boleh urut badan abang...FOC lagi bang...

Aku selalunya akan nasihatkan mereka terutama yang jadi-jadian ni. Macam2 alasan yang depa berikan untuk justify kepondanan depa kat aku....

Aku sebenarnya kesian kat mak bapak pondan jadia-jadian ni. They just don't know what to do.


Update:
Masa aku di SAHC Aloq Staq, aku dan kawan-kawan sering jumpa daghai/kakdon( term used in Kedah) when we go for our weekend outing. especially during Form 4 and 5. Our hostel,(Hostel B) is very near the railway station. Our back fence is adjacent to the railway track.
Eventhough when going out for outing we have to use the school's frontgate, we still have to walk nearby the Railway Station( about 100m or so.).
Now this particular station is a famous nightspot for daghai/kakdon and their customers. At night there'll be taxis and beca and motocycles in that vicinity. People say this is where the bargaining takes place before the happy couple(!) took off on becas or motocycles or taxis( prebet sapu too in those days).

I personally haven't been to this particular nightspot, for I was a very discipline pupil back then( I never 'panjat pagar' to sneak out at night for a cigarette or for sepiring mee Tonggek). But friends who frequently sneaked out tell us of the stories whereby a daghai got into a quarrel with a jantan. The reason for the quarrel, mt friends didn't know. but verbal abuses changed to exchanging punches. Guess who won? Teett....wrong answer, not the jantan. Its the daghai who won hands down. The jantan just pick up his ego and his bicycle and sped off into darkness.
This story and others made me fear the daghais of Aloq Staq, and I never venture into the nitelife of Aloq Staq.

Aku terjumpa blog pondan kat sini. Hah3...

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

64 comments:

Accia said...

salam doc,
tergelak besar saya baca itik gembo tu pengsan. Itu kira dah dasyat dah tu.

Memang betul, ujudnya pondan yang ori ni, haruslah mereka berprofesion yang lebih menyumbang kepada negara. Bukan profesion yang tak senonoh tu. Barulah mereka lebih dihormati.Ini kalau cakap pasal pondan, macam dah biasa orang nak tergelak atau rasa tak selesa.

mokk said...

Salam Mamat...
Kat sini ,aku ada jumpa yang dah buat pembedahan tukar jantina....... dan ada yang dah kahwin

Memang cantik Mamat...sekali pandang mesti tergoda punya...kulit licin..muka cantik...payu dara solid ..siap pakai silikon lagi..pungkok melentik...ha ha ..hang jgn dok terbayang yang lebih-lebih..
..tapi they have to take anti depression pill and kena followup psychiatrist...their emotion sangat fragile..

Anyway...mereka adalah part of the society..dan kita mesti menerima mereka as seadanya..

Dulu kat kampus kita selalu pi kat Selangor club dan Tivolli...usik geng dia org ni...jumpa dgn kawan hang kat situ..ha ha

Kerp (Ph.D) said...

hahaha...mcm kak E, saya pon tergelak jugak. tak sangka baca cite pondan pagi2 ni.

mcm doc jugak la, aku dulu rajin lepak colliseum layan diorang ni. masa tu yg paling famous nama dia fiona sebab zaman tu lagu fiona tgh top. kalo ikutkan hati takmo dia cakap. bukan sebab apa, takut potong steam je...hahahah...

dont get me wrong doc, i'm not in any ways a gay guy but sometimes i wonder if these genuine trans can actually get a hard-on? i have a friend whos a tranny himself but wouldnt it be rude to ask such very personal q?

Anonymous said...

Salam doc,

I dont know much about them but I do admit I am a bit uncomfortable in their presence.

Until, one of them, designed my wedding dress. The ugly duckling me actually transformed to be quite stunning that day (campur trick gambar & make up sekali!)

Mungkin di situ kelebihan mereka?

tokasid said...

E Accia:

itik gembo-gembo memang boleh pengsan. Kalau Peking Duck mungkin kiok terus kot.

Dulu masa kat Asasi Sains, pernah balik dari bercuti naik train from taiping-KL. Bila turun sebab nak jimatkan tambang, jalan kaki ke Dayabumi dan tunggu teksi di situ.It was about 6.30 am on a Sunday morning so the traffic was light. Tak sampai 5 minit datang dua org pondan to the same bus/taxi stand. Dengan rambut kemasai dan bau badan dah 'asem' they were telling each other about their bizniz last night. They were telling he got whom and how many customers. The other will tell this client wanted to do this and this client did that etc. That was the most agonizing 20 minutes I had to bear. They were so graphic that I think I was gonna throw up right there and then!

There is a small percentage of pondan who have good professions as fashion desingners and make-up artist and hair dressers. Most of these guys they know what they want in life and they go for it. Well,they might have a life in boyfriend or partner, but they don't go out and sell their bodies.

A majority of them are so confused that they end up as a prostitute.Maybe someone should make an academic study on the Malaysian transvestite community.

tokasid said...

Mamat:

Yeah mamat, aku pernah juga jumpa sorang yg dah buat transplant. Chinese guy from Melaka buat di Thailand. And he/she told me few of his/her friends had done it in Thailand( cheaper compared to Singapore and the Thailand Surgeon is better). He told me the same..they need psychiatric counselling regularly.

Aku ingat dulu-dulu kita selalu ikut geng2 yg ada kereta to Tivoli and Sgor Club. memang cantek-cantek dgn nama glamour dan up to date. nama semua pakai nama artis...

Hang lupa ka ada lembut yg tengah popular sekarang ni?? Dulu kan hang dok ngorat dia? kah3.LOL!

tokasid said...

Kerp:

I know you are not gay.
Aku dulu-dulu ngan kawan2 selalu juga ronda-ronda tempat pondan dok cari makan. And they will always smile without talking to you, unless you confirmed ambil dia utk berprojek.

Di waktu malam...depa ni memang nampak cantek tambah2 di Tivoli lampu kuning(streetlight) so tak nampaklah jantan dia.

Pernah dulu kawan aku dan mokk, dia pi raba-raba pondan ni terus di raba kat depan.Pas tu dia bantai ketawa kuat-kuat sebab terpegang(atau sengaja nak pegang) 'anu' cik pondan, mengamok cik pondan terlolong-lolong maki hamun kawan aku.

Do they have hard-ons? Sure bro. Kat Taiping masa aku primary school in mid-70s ada konduktor bas kampong yg pondan lemah gemalai bertangankan sotong dan berjalan mengalahkan itik gembo-gembo. Dia selalu usik kami budak2 sekolah yg naik bas yang sapa tak bayar tambang nanti kena cium oleh dia. jadi bila masa bas tu dia jadi konduktor kami tak boleh nak cilok tambang lah.
There was at one time I saw this konduktor pondan with his wife and 4 kids tagging along!!Yes, he still jalan lemah gemalai infront of his wife!


thats something amazing kan?

tokasid said...

Sis Elviza:

For me, if they are not 'lebih-lebih' I don'y mind being near them. But if they are loud and too colorful and descriptively vulgar...no way I'll be near them .Not at least 100m away.
As I had commented to E's comment, the incident near Dayabumi, made me wanna puke big time.

Yes, some are very successful in their ventures. They are more creative and their handiworks are finer than a lady's handicraft. You see, these pondans they have to prove that they are better than women.
There's a makAndam( pak Andam) here in this small pekan, who said: Abang...kalu andam geng lembut macam kitorang ni sebenarnya lebih baguz dari pompuan-pompuan tu tau!!Pompuan-pompuan tu bukannya tau apa-apa,buat rosak muka pengantin je. Tapi kalau kita geng Nyah ni...memang hebat.Kita tahu citarasa wanita dan citarasa jantan tau bang...
( they tend to talk in the nasal tone, ala ala sengau tuh with their hands lenggang lenggong mak Limah. macam si Sam in 2+1 sitcom)

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
The first time I went on the pondan rounds with my ex-housemates, we saw "Sheila Majid" and "Anita Sarawak." In the dark, you can easily mistook them as the real stuff.
Memang cantik. Memang lawa. Until they start talking, of course.
Yang tu (the voice) memang tak boleh nak tukar ke doc?

tokasid said...

Fauziah:

yes! in the early to mid 80s there were several Shiela Majids, Anita sarawak,and few Ziana Zain( masa tu Ziana was still new) and Zaiton Sameons. And they(pondans) dressed like these stars! So if its a Shiela, the dressing is very proper and kemas with Shiela's hairdo.
If its Zaiton or Anita...wow! sexy nak mampus!!

And in Taiping we had 2 Shiela majid tau!

Lily Abdullah said...

Salam Doc,
cerita ban manusia dua "alam" ni takkan ada penghujungnya. Yang ori tu memang saya simpati dengan mereka. Kira macam OKU jugalah kan..siapalah yang sudi dilahirkan sedemikian rupa - Kita hamba hanya mampu menerima takdir dengan penuh keyakinan bahawa setiap kejadian Allah s.w.t adalah satu anugerah - bagi membuktikan kebesarannya.

Yang saya meluat tu - yang jenis jadian ni. Sudahlah lelaki semakin berkurangan - diaorang pulak nak menambah kekurangan tersebut.

Dulu saya & the geng (masa muda-muda laa) selalu gak lepak2 kat SP waktu malam . asal pukul 10 ke atas je maka berduyun2 la,makluk jadian ni keluar. Fuyooo..cun giler. Saya memang kalah dengan "keayuan" & "kelembutan" depa ni. Ada satu malam tu, tetiba je - salah seorang dari depa ni tetiba jer "hangin" dengan kami. "Awat hangpa tengok2" ??. Camtu la lebih krg ayatnya. Kami takleh nak tahan dengar suara tu....woii ngeri sungguh. Tak tahan rasa nak gelak...apa lagi...depa ramai2 kejar kami...ayoo..letih gila. Mana sama kudrat - depa tu "jantan"...Baru rasa takut. Akhirnya kami dapat sembunyi dalam bas buruk.
Eeee...ngeri. Sejak tu,kami memang phobia bila jumpa "kakdon" ni.

Lily Abdullah said...

Laa Doc saya penah jumpa blog tu.Nape la boleh tak perasan tu blog diaorang . Siap log in jadi ahli lagi. Tapi password & ID dah lupa heh2...:P

cakapaje said...

Salam Doc,

First link tak dapat buka, 2nd link, den tutup copek copek! Den tak tahan torbahak bahak! :)

But when I was working in KL dulu dulu, my friends ramai benar suka pi tengok depa ni kat belakang Jalan Raja Laut. Sekali sekala ikut juga, but, never knew how to react.

Unknown said...

Sekali masa aku di Taman Sekebun Bunga KB dengan member-member nak supper. Ada satu 'chick' punya la cun mai ambik order. Suara dia tak lah teruk sangat, kasaq sikit tapi tak macam jantan. Kami order, dia pi dan lepaih 5 minit dia mai balik dia mai duduk tepi aku. Aku kata dalam hati, wow, this is my night. Then aku tengok muka member depan. Dia dok kata 'bapok' tapi tak dak sound la takut 'chick' tu melompat nanti. Habih putih steam. Aku dok diam dan tak cakap apa pun. Dia pun dah agak kot, dia belah.

Kekadang aku kesian kat depa dengan segala prejudis terhadap depa tapi aku sendiri guilty. Bila depa merapat, aku naik geli geleman. I can't see myself being intimate with another man, period.

Azian hasan said...

tok,
Geng macam ni dah bersepah kat merata-rata kan. Bukannya depa tak pandai.Dulu one of my cousin punya anak belajar kat UM. Memang dia ni perawakannya lembut sebab dia suka memasak dan mengemas. First and second yr o.k lagi , bila dah 3rd yr kami dah tak kenal dah. Kesian..datang dari kampung nak belajar tp bila dah terjoin tak boleh nak kata apa lg. Yang lg sedih mak bapaknya proud pulak anak dia orang jadi mcm tu..iyelah asalkan grad kan.Masaalah..masaalah.

Mior Azhar said...

salam Tok,
Laa hang pon sama ka? pi ronda coliseum memalam masa kat UM dulu. Aku pon selalu jugak pi sana ngan arwah roomate aku dulu. Sekali tu kantoi, lupa lock kereta depa pi bukak kereta terus duduk atas riba member aku tu lepas raba aku ngan sorang member lagi.Lepas tu tobat dah nak pi sana...

Sekarang ni ada sekoq pondan kat office... dah pi Siam buat segala... memang tak lawa tapi dia rasa dia lah wanita paling jelita .. kami iyer kan jer lar. malas nak layan

Kerp (Ph.D) said...

quite amazing doc. so i guess not all are gays then.

ps/ ni yg dok raba2 ni your friend je ke? kahkahhh..

tokasid said...

Marianne waterlily:

Kakdon jadian-jadian ni dah bercambah serantero negara dari kampong hingga ke IPT.

SP yang waterlily maksudkan ni Sg Petani ka? kalau SP tu saya tak tahu mana port depa sebab bila balik SP tak pernah ,melewaq keluaq malam di sana.

Memang kakdon ni kudrat depa melebihi jantan. Jangan cari pasal dgn depa, nahas kita nanti.LOL!

tokasid said...

Shah cakapaje:

1st link telah di buat semula dan sekarang dah boleh buka.

Memang susah nak react bila jumpa golongan ni. Bukan apa nanti depa ingat kita dok kata kat depa pulak. Kita nak senyum lebih2 nanti dia kata kita syok kat dia ka kita ngata dia ka? Kalu dia ingat kita syok kat dia bahaya bro...kalu dia ingat kita ngata jugak bahaya...silap haribulan dia maki hamun kita depan public. Drop water face man!

tokasid said...

Che'gu;

Pondan Kelantan memang cun-cun,tengok mak-mek pun dah comey lote!

Sikap prejudis masyarakat terhadap pondan ni dah lama kerana mereka luar dari norma-norma masyarakat apalagi yang cross-dressing. Dah tu ramai yg perangai tak senonoh dan cari makan cara luar tabie. jadi nak marah masyarakat pun susah.
Golongan maknyah ni lah kena buktikan kepada masyarakat bahawa mereka tidak perlu untuk buat kerja maksiat utk teruskan hidup. Depa kena buktikan mereka bukan salah satu dari penyakit sosial masyarakat. If they can do that, prejudis akan kurang.

tokasid said...

Azian @ Mrs Pak mior:

Memang betul kata Yan. Trend yang kita lihat sejak 10 tahun kebelakangan ini, makin ramai pelajar wanita dan pelajar Auww..yang masuk ke IPT atau kolej-kolej swasta.
Bagi saya, bapok jadi-jadian ni ada masaalah psikiatrik atau sengaja mengada-ngada. Dan secara rawak pendidikan ugama mereka kurang atau terlalu liberal sangat.

Kalau dah masuk 3rd year atau final year baru jadi pondan, apa makna nya? maknanya jiwa dan iman mereka lemah atau langsung tak faham tentang hal-hal iman.
Ppl like these schould seek treatment with a psychiatrist or a psychologist. They need to identify their gender.

Tentang mak ayah yang bangga anak jadi Cik Pon bila dah masuk U....tobat je lah abang akak oii....

tokasid said...

Pak mior:

Masa tu budak kampong datang ke KL...aku macam jakun hang tau ka! Pernah sekali tu aku dok di Chow Kit, naik bas mini sampai hujung destinasi dan patah balik ke Chow Kit.Naik bas lain pulak buat macam tu jugak. Sebab apa? Sebab nak tengok KL!!

Jadi macam dok gi nitespots ni, bila ada kawan2 KL yang berkereta ajak keluar masa weekend, kita ikut saja lah sebab kalau harap bas mini mintak maaf lah( tak kuasa aku nak jalan kaki dari roundabout AMJAL ke 2nd Kolej). Masa tu lah depa bawak pi tengok itu tengok ini.
Tapi dalam dok jengok sana jengok sini...aku sekali pun tak pernah masuk disko! Rupa disko kat dalam tu ntah macamana pun aku tak tahu.

tokasid said...

Kerp: yes yang raba-raba tu kawan kami yang sorang tu saja. Kami pun terkejut dog you know! Of all the friends, mamat ni buat lagu tu. Kami yang lain ni nampak saya macho( ceh3...ngaku pulak) tapi bila depan pondan Tivoli or Selangor Club kami tak berani sebab pernah tengok pondan gaduh...brutal dan mulut paling laser dalam dunia!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

He he he! cerita pondanlah pulak. Lucu!

Dulu saya biasa juga keluar malam-malam, makan-makan dengan kawan-kawan di kawasan Tabung Haji, dekat Jalan Ipoh itu. Ramai pondan2sedang mencari pelanggan. Lebih cantik dari perempuan asli tuh! He he he! [Maksud saya pondan yang dibuat-buat itulah...]

Anonymous said...

Doc... Teringat suatu masa dulu suka ikut geng pi 'Kowloon'...just nak kacau kakdon ni... ada satu insiden, I memang terpesona dgn kelembutan kakdon ni..masa tu first time menjengah 'Kowloon'...alih2 seorang kakdon tersadung banir pokok di situ dan terpacullah perkataan: Adoi! P@#$%m*k dengan ya amat garau macam thunder! Terkezzzuuuttt saya! berlalu je dari situ terus ketawa sampai almost rolling on the road!

There on...dah tak terpesona dgn kelembutan itu lagi...hahahaha

Anonymous said...

Salam Doc,
Bohonglah kalau saya kata, saya tak pernah pergi tengok golongan ini kat tempat2 hideout mereka.
Kat KL ni, kalau tak silap saya di belakang Sulaiman Kelab kat Kampong Baru dan juga berhampiran Dataran Merdeka sekarang.
Di JB, di kawasan Pejabat2 Kerajaan Bukit Timbalan. Tapi kami pergi tu ushar2 je takde niat apa2 pun.
Ada satu peristiwa yang saya masih ingat sampai sekarang. Ia berlaku di Sandakan. Saya bertugas di kapal masa tu. Malam tu anak-anak kapal mengadakan parti setelah lama dilaut, dan balik berehat di pelabuhan. Pegawai tidak dijemput untuk parti itu. Jadi Pegawai Memerinah (PM) ada sedikit kurang puas hatilah. Pada jam dua pagi lebih kurang, PM telah mengarahkan diadakan latihan memadam api.Siren kecemasan dibunyi dan jeritan "Untuk Latihan, Api, Api" kedengaran. Maka riuhlah kapal pada masa tu kerana anak2 kapal berlari2 untuk berkumpul dan petugas2 mengeluarkan peralatan memadam api.
Apabila semua telah berkumpul, di dapati beberapa orang pondan rupanya masih berada di kapal pada itu dan ikut sama menolong mengangkat peralatan memadam api tersebut, keana menyanka ia betul satu kebakaran. Rupa2nya beberapa orang anak kapal telah membawa pondan2 tersebut untuk hadir di parti tersebut, dan lambat menghantar balik (sepatutnya jam 11 malam semua pelawat perlu meninggalkan kapal. Keseokannya anak2 kapal tersebut, ditahan tidak boleh keluar dari kapal.
Maaf terpanjang komen sikit.

Lily Abdullah said...

Salam
Yup doc -yang saya maksudkan SP tu Sg Petani laa...port depa masa tu sekitar stesyen bas & lorong2 yang berhampiran. La ni tak tau la kat mana. Dah tak melewaq dah waktu malam walaupun suami ajak.

Saya masih ingat masa tu -salah seorang kawan saya pada masa tu ada kat sini jugak. Anak dia pun dah 4. Bila jumpa dia,mesti dok buka cerita bab tu lagi sambil gelak terkekeh-kekeh.

Saya ni OKU - jadi lagi lambat la berlari. Depa yg lain2 tu punya la tarik tgn saya...Fuhh..mmg ngeri.

Harap2 kita & mereka yang "jadian" ni mndapat hidayah.

p/s - lepas ni tulis pasal pengkid plak. Ni satu lagi penyakit sosial masyarakat kita yang cemerlang,gemilang & terbilang ni...

tokasid said...

Wak Pinter:

Yes, most of us saya rasa pernah jengah kat tempat2 pondan ni out of curiosity , nak tengok juga sebab dok dengar kawan2 cerita ttg ke'cantik'kan dan kelemah-gemalaian gerak laku mereka.Memang kalau lihat begitu saja dalam cahaya samar2 susah nak beza pondan atau wanita, selagi mereka tidak bersuara.

Bila dah dengar suara...mak datuk, suara kita pun tak segarau itu!LOL!

tokasid said...

Raden;

Kowloon,Tivoli dan Colessium adalah tempat yg sama di Jalan TAR berdepan Globe Silk Store.Tak tahu lah samada sekarang masih terdapat aktiviti pondan di situ pada hujung minggu.

Rasanya setiap bandar dan pekan memang ada port mereka.

Tadi semasa nak balik dari Forum Judicial Rot di federal Hotel KL( ada Tun Salleh Abas) saya dan rakan2 melalui Jalan Sultan Ismail-Jln P Ramlee...mak aii....ramai lah juga kakdon di kawasan itu yang kami nampak .

tokasid said...

Pak zabs:

Interesting incident kat Sandakan tuh! Tak kisah kalau panjang mana pun komentar. It just showed that this pondan problem is widespread and is still present in our society.

tokasid said...

Marianne aka waterlily:

3 important towns in my early life is Taiping,Aloq Staq dan SP.
Taiping is where my family reside,Aloq Staq is where I did my secondary schooling and SP is the nearest town to my Kampong( which is near Merbok).I have many relatives living in SP since the mid-70s.Tapi SP ni jarang lah keluar waktu malam.

Tadi berjumpa seorang sahabat dari SP dan saja tanya dia about kakdon in SP. He told me satu lagi tempat pondan di SP ialah dekat Hong Kong and Shanghai Bank pada sekitar 70an dulu.

Nak tanya: Marianne orang area SP ka?

tokasid said...

Waterlily:

Pengkid? Selalu juga dengar perkataan tu budak2 muda dok sebut tapi tak tahu makna sebenarnya? Adakah pengkid tu hubungan lesbian?Kalau ia, saya tak ada cerita nya bcoz this group rasanya amat secretive and they don't do cross-dressing secara terbuka kot.

Lily Abdullah said...

Salam again,
Saya ni orang kampung yang area banyak pokok padi tu -Sg Limau Yan. Tapi mengundi area parlimen Dato' Bad tu la. SP & AS tu tempat melewaq & melepak saja. Bukan selalu pun.....ala time cuti sekolah jer doc.Kut tiap2 minggu memang kena sembelih demgan allahyarham abah laa...dia tak pernah marah,pukul jauh sekali...tapi kalau dia "jeling" saja saya dan adik dah faham teramat sangat.

Yup - sbenarnya spt Doc maklum golongan pengkid ni agak tertutup sikit. Susah nak cari info pasal depa ni.

p/s - adik saya kata - aku kak, la ni kalau anak pompuan aku bawa balik kawan pompuan masuk bilik pun aku risau..jangan kata "jantan". Yaa..minta dijaga Allah la keturunan kita -jgn sampai dilaknat macam kaum Nabi Luth as.

de_kerinchi said...

salam saudara dr. tokasid,

Kaum ni memang dah bertebaran di muka bumi Malaysia ni...

Tapi yang membimbangkan saya ialah golongan yang dikatakan "buat-buat"...Golongan ni dah semakin ramai..malah tergedik-gedik..lebih menakutkan ramai dari mereka dah mula wujud di sekolah-sekolah lagi..

Disini peranan ibu bapa amat perlu untuk membentuk kembali jati diri anak-anak ini agar jangan terpesong lebih jauh lagi..

tokasid said...

Mariannie:

Oh Sg Limau...kalu tak silap Kak Teh Lndon dulu kecik2 dok Sg Limau jugak kot.

Betoi tu...zaman la ni zaman yg merisaukan hati.

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Ya, saya pun notice sejkarang ni budak lelaki bila masuk sekolah menengah senang berjangkit virus pondan.

Masaalahnya mak ayah macam buat tak kisah pulak tu!
Tak kan tak tahu kisah kaum Nabi Lut a.s. kot?

KAMATO said...

Setengah tu mereka pun tak rela jadi gitu, tapi keadaan dah memaksa

Mat Salo said...

Doc TA,

Lupa ke istilah 'bencong', Pak Doc? But here I want to make a statement that I am a 'bencong' sympathizer. Yang mak andamkan saya masa kahwin dulu is a top-class lady from Muo. My wife and I have only gratitude for her...

My favorite? Hands down MJ laa dalam kulum dia, eh sorry--kolum URTV "RBJ". Kalau x pasal dia ramai dari masyarakat kita tak 'dirikan mesjid'...

Pak Doc, hang ni dah banyak 'menyimpang' topic. Silap2 one time dulu pernah kita bertembong kat Selangor club kot? Ingat yang genit muka Sheila Majid tuh? He... :)

tokasid said...

Salam Kamato:

Terima kasih sudi menjengah dan tinggalkan kmen di sini.

Saya faham, sesetengah yang tak rela tu adalah pnda ori atau pun sesetangah di sebut khunsa musykil.Glongan begini seringnya sejak kecil telah menunjuk ciri-ciri kewanitaan. Main pun masak-masak dan anak patung. Tak suka main bola ke melastik ke.

Yang jadi masaalah ialah yang jadi-jadian...dah masuk sekolah menengah atau kolej atau IPT baru teringat/teringin nak memondan

Bagi yang tak rela tu, saya amat berharap mereka bersabar dan mencari rezeki secara yang baik dan bukan menjual tubuh.

Saya perhatikan gejala ini semakin menjadi-jadi. Pernah seorang ibu mengadu pada saya ttg anaknya yg memondan sejak form 2.
Saya panggil budak itu.saya tanya dia apa pasal yang tak memasal jadi lembut?
Jawab dia: ada kawan2 lembut ajak dan dengan jadi golongan lembut dapat berkawan dgn budak-budak perempuan lain( sebab kalau tak jadi pondan susah nak rapat kata dia).

tokasid said...

Pak Matsalo:

Bencong gue ngak pernah dengerr pak! Iya! Sumpah dong pak.

Iya mungkin dulu kita pernah ketemu di salah satu lokasi bencong pak. Biasanya waktu dulu, si Kasim Kurt tu ada bersama saya sama teman-teman dong.

Saya kalu sama bencong asli memang simpati juga pak. Yang saya ngak tolerate itu yang umpama rimau jadia-jadian pak.

Dan memang sudah teraku pak, para bencong asli seringnya hasil seni mereka bagus sekali.Mereka baik sekali jika mendandan atau mereka fesyen atau sebagai andam pak.

Tentang URTV...saya sudah lama ngak baca pak,hampir 7 tahun deh!Bukan apa pak...ngak tahan lihat foto artis-artis genit pak!

de_kerinchi said...

salam saudara dr tokasid ,

saya tertarik dengan ulasan matsalo pasal pondan jadian (bukan khunsa)yang jadi "mat" andam...

adakah sentuhan mereka itu tertakluk pada hukum sentuhan antara lelaki dan wanita dalam islam...?

sama juga kes perempuan berwatak lelaki....sampai boleh di nikah kan oleh tok kadi...adakah ini dari kebodohan diri manusia itu sendiri...?

Persoalan nya berapa ramaikah golongan yang betul-betul khunsa, dibandingkan golongan buat-buat khunsa ni di Malaysia....? Yang pelik nya golongan ini semakin ramai...? apa kata, kalau minta pihak berkuatkuasa agama kuatkuasa undang-undang mendaftar khunsa.....agar dapat dibezakan khunsa ikut-ikutan atau jadian dengan khunsa sejati...

Persoalan ini macam remeh, tetapi sebenarnya tanggunjawab itu terpikul dibahu kita untuk memperbetulkan nya....

Sila betulkan saya jika saya salah...terima kasih...

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Memang itu satu persoalan yang tepat.
Kita sebenarnya tiada statistik ttg bilangan khunsa atau ponda jadi-jadian. Tapi yg dapat kita lihat golongan ini semakin ramai dan bagi saya kita patut bimbang dengan perkembangan ini.
Kita pun sedia maklum semakin ramai amalan liwat dgn golongan ini di lakukan. kalau tak silap saya 2 minggu dulu ada masuk akhbar sebuah spa yg di serbu rupa-rupanya tempat golongan ini dok buat parti dan bermaksiat.Banyak kondom terpakai di jumpai di situ.

Memang kita bimbang kerana amalan liwat seperti kaum Luth dulu semakin menarik minat beberapa 'pencinta pondan'.

Masaalah ini tidak pulak kita ketahui samada menjadi agenda besar jabatan agama atau tidak. Atau menjadi agenda kementerian Datuk Shahrizat atau tidak.

Tentang menjadi 'mat' andam. Amat jelas jika mereka berjantina lelaki( berzakar) hukumnya mereka tetap lelaki. Jadi jika mereka bersentuhan dgn pengantin perempuan adalah haram di sisi Islam walaupun mungkin halal di sisi adat orang Melayu.

ummisara said...

Tokasid & saudara bloggers,

Masa belajar kat Shah Alam dulu, class mates ramai yang melembai-lembai nih. Mulanya tak der lah ramai, tapi situasi nih mcm berjangkit pulak. Makin lamamakin bertambah bilangan.

Kalau dulu, huh jantan habis (walaupun tak ensemm !)...tapi kemudiannya satu persatu perubahan kelihatan. bermula dengan kening ziana zain... then mascara, blusher and lip gloss. pakaian maintain mcm jantan.

Kategori yang i sebutkan tadi ialah mereka yang terikut-ikut dan tak der identiti yang tersendiri. Masih tercari-2. Bila di tanya, bagaimana penerimaan keluarga...balasnya, kat umah aku jantan beb. Aku tak pakai make up segala...

Ketika i di UK pulak, pendedahan kepada kaum yang satu nih semakin bertambah. Seorang rakan adalah dari kategori ini. Beliau banyak bercerita tentang mereka nih. .Ternyata mereka lebih daring di sini. Setiap tahun (ini 12 tahun dulu) di adakan satu (or maybe more) beauty pageant di london. Semua kak don-kak don di UK akan turun ke london. Dan pemenang pertandingan nih ialah 'Miss Cambodia' , Miss Philippine and etc. Hakikatnya mereka tadi ialah MALAYSIAN. And of course MALAY. Kenapa tak MIss Malaysia?"....takut MSD tahu katanya..... Cantik, memang cantik. Tk payah nak pertikaikan kecantikan mereka. Tapi yang sedihnya, ada jugak yang membelakangkan hukum. Mempunyai teman lelaki dsb nya. Kalau dah teman lelaki tuh OMPUTIH, apa crita???

Semoga keturunan kita dipelihara Allah s.w.t

tokasid said...

Edelweiss:

Ini lah masaalah yg semakin menular.
kalau yg pi belajaq luar negara tu memang lah lebih daring pasai depa dok ingat depa jauh dari mak-bapak dan sedara mara depa dapat lesen besaq nak buat apa saja. Depa lupa kot mana kita pi pun ada 2 malaikat yg dok catit segala perbuatan dan pekataan kita.

Kalau kita tegur depa akan kata: Its my right! Nanti dalam kubur masing2 jawab!How are you to tell me what I can and what I can't do? This is my life,I can do whatever I want with it! Dan macam-macam lagi alasan.

Kita nasihat sebab itu menjadi tanggungjawab kita utk nasihatkan orang yang tersasar dari landasan agama.Kita pun berharap org akan nasihat dan tegur kita jika kita berbuat salah,terutama salah di sisi ALLAH.

Bukan apa, bila mungkar dan maksiat berleluasa, bala yang turun akan kena pada semua bukan yang dok amal liwat sahaja. tapi mai lah bala macamana pun( dalam bentuk HIV/AIDS) gejala kakdon semakin menular. Semoga ALLAH tak turunkan bala pada kita akibat perbuatan sonsang kakdon-kakdon ni.Ameen.

Anonymous said...

std dating [url=http://loveepicentre.com/]dating direct[/url] free dating guide http://loveepicentre.com/ downloadable simulation dating games

Anonymous said...

LAPTOP Magazine [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/battery-2304wlmi-batterytype1.html]Armor Laptop[/url] replacement laptop batteries http://www.hqlaptopbatteries.com/-8100a-laptopbatterymodel332.html Samsung laptop battery
excellent laptop battery [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/battery-aoa150-1126-batterytype1.html]Buy Cheap Laptop Battery[/url] Find a Dell Laptop Battery http://www.hqlaptopbatteries.com/battery-5514wlmi-batterytype1.html compare laptop prices
hp laptop [url=http://www.hqlaptopbatteries.com/-3220-laptopbatterymodel1176.html]AC Adapter[/url] laptop battery http://www.hqlaptopbatteries.com/-dv4000-laptopbatterymodel498.html Acer laptop battery

Anonymous said...

http://lazoenterprises.com/phpbb/viewtopic.php?p=146311#146311 http://board.hangers.ch/viewtopic.php?f=16&t=60346 http://www.forum.theworld2012.com/viewtopic.php?f=7&t=46865 http://knittingfortheneedy.com/forums/viewtopic.php?f=2&t=109674
http://catalinasdogs.pri.ee/foorum/index.php?topic=6973.new#new http://users.catv-mic.ne.jp/%7Etiffany/cgi-bin/apeboard_plus.cgi?command=read_message&msgnum=90 http://www.stlmusiclive.com/viewtopic.php?f=51&t=28295 http://www.eqwow.eu/phpBB3/viewtopic.php?f=3&t=4973
http://www.lehrer-service.at/board/viewtopic.php?f=3&t=156207 http://fishborneo.com/forum/index.php?topic=88534.new#new http://www.pc-dope.com/forums/index.php?topic=157859.new#new

Anonymous said...

http://online-health.in/avapro/avapro-medication
[url=http://online-health.in/aricept/aricept]mental health court incentives[/url] drugstore friday harbor [url=http://online-health.in/baclofen/oral-baclofen]oral baclofen[/url]
pictures of drugs of abuse http://online-health.in/bacteria/animal-bacteria
[url=http://online-health.in/azathioprine/azathioprine-pregnancy]nasal drug delivery[/url] cigna pharmacy management [url=http://online-health.in/avodart/avodart-side-affects]avodart side affects[/url]
mexican pharmacy ortho http://online-health.in/benfotiamine/buy-benfotiamine
[url=http://online-health.in/ashwagandha/what-is-the-effect-of-ashwagandha-withania-somnifera]bone density drug[/url] viagra generika [url=http://online-health.in/beconase/taking-azulfidine-and-trying-to-conceive]taking azulfidine and trying to conceive[/url] buy viagra 61291ps1e [url=http://online-health.in/antabuse/antabuse-and-zoloft]antabuse and zoloft[/url]

Anonymous said...

rawlings apex elite travel bag http://livetravel.in/tours/bus-tours-england canada travel to usa requirements
[url=http://livetravel.in/tourist/classification-of-tourist]bluetooth wireless travel mouse for pda[/url] deals travel [url=http://livetravel.in/disneyland/ucla-disneyland-tickets]ucla disneyland tickets[/url]
bare minerals travel bag http://livetravel.in/cruise/cruise-stops-port-canaveral
[url=http://livetravel.in/vacation-packages/cancun-vacation-package]bookit online travel agent reviews[/url] sato travel germany [url=http://livetravel.in/lufthansa/boeing-dc-9-87]boeing dc 9 87[/url]
peartree travel lodge http://livetravel.in/inn/hilton-garden-inn-richmond-road-virginia
[url=http://livetravel.in/car-rental/discount-car-rental-fort-lauderdale]travel gift card[/url] cheaps way to travel from ontaio to alberta [url=http://livetravel.in/cruise/amsterdam-evening-cruise-canal]amsterdam evening cruise canal[/url] christian travel planner [url=http://livetravel.in/disneyland/disneyland-in-hong-kong-facts]disneyland in hong kong facts[/url]
tazer air travel [url=http://livetravel.in/inn/ramada-inn-tallahassee-fla]ramada inn tallahassee fla[/url]
travel state http://livetravel.in/plane-tickets/dirt-cheap-plane-tickets-from-atlanta-to-las-vegas
[url=http://livetravel.in/lufthansa/sar-valve-closed-boeing-tech]travel shoppe in malaysia[/url] best diet travel snacks [url=http://livetravel.in/tourism/industry-break-down-tourism-expenditure-new-zealand]industry break down tourism expenditure new zealand[/url]
[url=http://livetravel.in/plane-tickets/new-zealand-plane-tickets]new zealand plane tickets[/url] travel star travel trailers [url=http://livetravel.in/airlines/nbaa-and-southwest-airlines]nbaa and southwest airlines[/url] clickandbuy travel [url=http://livetravel.in/vacation-packages]vacation packages[/url]
crete travel advisory [url=http://livetravel.in/airport/maui-airport-shuttles-to-kaanapali]maui airport shuttles to kaanapali[/url]

Anonymous said...

travel asia star cruise rates from philippines http://greatadventures.in/plane-tickets travel trailer restoration materials
[url=http://greatadventures.in/disneyland/camping-near-disneyland]florida travel vacation guide[/url] premier travel inn newcastle under lyme [url=http://greatadventures.in/adventure/adventure-lapland-tours-sweden]adventure lapland tours sweden[/url]
travel landventura cruise ship http://greatadventures.in/disneyland/disneyland-walt-disney-world-tokyo-disneyland-disn
[url=http://greatadventures.in/maps/maps-of-slave-plantation-in-the-south]travel insurance through ncl cruises[/url] travel chanel google earth [url=http://greatadventures.in/travel/independent-travel-italy-packages]independent travel italy packages[/url]
new hampshire travel package http://greatadventures.in/tourist/el-paso-tourist-destination travel nursing in ireland [url=http://greatadventures.in/car-rental/car-rental-programming-c]car rental programming c[/url]

Anonymous said...

soft travel socks http://xwa.in/tourism/request-tourism-info-from-washington-state spain travel youth hostel
[url=http://xwa.in/expedia/expedia-golf-game]cheap french travel agency[/url] coronado travel [url=http://xwa.in/plane-tickets/plane-tickets-to-ethiopia]plane tickets to ethiopia[/url]
male travel companion http://xwa.in/tours/group-tours-turkey
[url=http://xwa.in/motel/amethyst-beach-motel]denver paris travel connection[/url] ginnies travel oasis [url=http://xwa.in/map/map-of-motels-near-kingston-ontario]map of motels near kingston ontario[/url]
arizona travel trailers for sale http://xwa.in/tourist/auvergne-information-tourist great las vegas travel deals [url=http://xwa.in/inn/residence-inn-austin-texas]residence inn austin texas[/url]

Anonymous said...

organic depression [url=http://usadrugstoretoday.com/contact.htm]medications without a prescription[/url] medical practices of the 19th century http://usadrugstoretoday.com/catalogue/f.htm
what are the steps for cleaning up a blood spill [url=http://usadrugstoretoday.com/categories/men-s-health.htm]men s health[/url] hair loss and asacol side effects [url=http://usadrugstoretoday.com/products/lioresal.htm ]how much vitamin d should a woman take [/url] jones county health department laurel ms
siga ps smoke detector [url=http://usadrugstoretoday.com/products/detrol.htm]detrol[/url] cyclic ketogenic diet meu http://usadrugstoretoday.com/products/fosamax.htm
medicine hat ringette [url=http://usadrugstoretoday.com/categories/cholesterol.htm]cholesterol[/url] presidential debates transcripts in health care 2007 [url=http://usadrugstoretoday.com/products/cytoxan.htm ]institute for urban family health [/url] pennsylvania medical neglect lawyers

Anonymous said...

class action lawsuit breast cancer [url=http://usadrugstoretoday.com/products/clarinex.htm]clarinex[/url] heart acid reflux http://usadrugstoretoday.com/products/atacand.htm
buy natural balance calcium balance [url=http://usadrugstoretoday.com/products/myambutol.htm]myambutol[/url] chinese traditonal medicine [url=http://usadrugstoretoday.com/products/reminyl.htm ]maximum d vitamin [/url] chiccarine convenient medical care
health dialog scottsdale arizona [url=http://usadrugstoretoday.com/products/himplasia.htm]himplasia[/url] afghan drug laws http://usadrugstoretoday.com/products/lotrisone.htm
resources for mental health counselors [url=http://usadrugstoretoday.com/products/strattera.htm]strattera[/url] swenson health products [url=http://usadrugstoretoday.com/products/levitra.htm ]quick way for woman orgasm [/url] diabetic crisis

Anonymous said...

saveon drug [url=http://usadrugstoretoday.com/products/lariam.htm]lariam[/url] medical malpractice new york http://usadrugstoretoday.com/products/lotensin.htm
buy diet pills and weight loss pills soma slim rapid [url=http://usadrugstoretoday.com/products/antabuse.htm]antabuse[/url] richmond medical negligence lawyers [url=http://usadrugstoretoday.com/#first ]breast cancer tattoos [/url] white round pill eth 446
ms system health ageny [url=http://usadrugstoretoday.com/products/baclofen.htm]baclofen[/url] missouri state board of pharmacy http://usadrugstoretoday.com/products/haldol.htm
vein thrombosis in foot [url=http://usadrugstoretoday.com/products/naprosyn.htm]naprosyn[/url] missouri environmental public health specialist [url=http://usadrugstoretoday.com/products/flomax.htm ]linus pauling claims about vitamin c [/url] contrastconventional ethics and islam in medical

Anonymous said...

inflamed testical blood vessels [url=http://usadrugstoretoday.com/categories/sleeping-aide.htm]sleeping aide[/url] prism weight loss program http://usadrugstoretoday.com/catalogue/a.htm
allegra learning solutions [url=http://usadrugstoretoday.com/products/minocycline.htm]minocycline[/url] bi g breast lovers [url=http://usadrugstoretoday.com/categories/hypnotherapy.htm ]adult attention deficet disorder [/url] starfleet medical wallpaper
stage 2 kidney transplant rejection [url=http://usadrugstoretoday.com/products/allopurinol.htm]allopurinol[/url] mental health record employer http://usadrugstoretoday.com/products/maxalt.htm
development atorvastatin calcium [url=http://usadrugstoretoday.com/products/glucophage.htm]glucophage[/url] shwanee mission medical center [url=http://usadrugstoretoday.com/products/prevacid.htm ]telltale heart plot climax [/url] control stress

Anonymous said...

nature bingo cards http://xwn.in sports betting gambling sportbook
[url=http://xwn.in/slot_carrara-discontiued-slot-cars]the lottery by kate chopin[/url] blackjack tm ii flight mode [url=http://xwn.in/jackpot_joelle-jackpot]joelle jackpot[/url]
samsung blackjack http://xwn.in/joker_joker-marchant-stadium
[url=http://xwn.in/baccarat_baccarat-crystal-vase]tx lottery commission[/url] baccarat russe crystal glass decanter for sale [url=http://xwn.in/roulette_on-line-roulette]on line roulette[/url]
blackjack ii micro 4gb http://xwn.in/jokers_sinnergod-the-kings-and-the-jokers-lyrics cherokee hotel and casino cherokee nc [url=http://xwn.in/blackjack_blackjack-buffer-saiga]blackjack buffer saiga[/url]

Anonymous said...

merseyworld lottery http://wqm.in/poker-online_petersons-poker-run-key-west-2008 internet blackjack free online casinos
[url=http://wqm.in/casino-online_commerce-casino-review]blackjack blackberry 2 covers[/url] baccarat nautilus shell [url=http://wqm.in/gambling-online_casino-gambling-games-play-baccarat-online]casino gambling games play baccarat online[/url]
plural bingo http://wqm.in/keno_keno-analyis
[url=http://wqm.in/baccarat_baccarat-notre-casino]craps online gambling casino bonus[/url] blackjack cheatsheet [url=http://wqm.in/roulette_casino-gaming-roulette-game]casino gaming roulette game[/url]
lottery clothing clothing clothing clothing clothing shoes http://wqm.in/lottery_price-of-pa-lottery-machine uk lottery offical website [url=http://wqm.in/lottery_lottery-reslts]lottery reslts[/url]

Anonymous said...

automobile surface texture aerodynamic http://xwm.in/car-racing/polly-pockets-racing texas automobile purchase law
[url=http://xwm.in/geo/geo-drama-mehndi-wale-haath]mercedes johnson chesterfield county real estate[/url] yellow volkswagen beetle [url=http://xwm.in/porsche/kyle-petty-blue-porsche-911]kyle petty blue porsche 911[/url]
dodge caravan turbocharger http://xwm.in/gmc/gmc-factory-lift-kit
[url=http://xwm.in/oldsmobile/oldsmobile-aroura-battary]texas automobile purchase law[/url] thing by volkswagen [url=http://xwm.in/daewoo]daewoo[/url]
repair manuel for 1998 dodge 3500 crew cab http://xwm.in/porsche/ferdinand-porsche-zf-limited-slip
[url=http://xwm.in/daihatsu/daihatsu-hijet-truck]volkswagen emblem[/url] automobile manufacture 1900 [url=http://xwm.in/nissan/nissan-safety-car-seats]nissan safety car seats[/url]

Anonymous said...

how is an animated movie made [url=http://moviestrawberry.com/films/film_more_to_love/]more to love[/url] robin williams dr movie http://moviestrawberry.com/hqmoviesbygenres/download-genre_adventure-movies/?page=4 matrix the movie
newtown ct movie theater [url=http://moviestrawberry.com/films/film_pocahontas_ii_journey_to_a_new_world/]pocahontas ii journey to a new world[/url] movie the final countdown http://moviestrawberry.com/films/film_yes_man/ mojoworld movie tutorial
brunettes orgasm movie thumbs [url=http://moviestrawberry.com/films/film_blowing_wild/]blowing wild[/url] free bisex movie
my fair lady movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_the_devil_s_muse/]the devil s muse[/url] mira sorvino and chow yun fat movie http://moviestrawberry.com/films/film_a_gai_waak/ indiana jones movie
resident evil movie trailer [url=http://moviestrawberry.com/films/film_pit_fighter/]pit fighter[/url] kernersville movie http://moviestrawberry.com/films/film_vanilla_sky/ most popular rides at movie world

Anonymous said...

Hey! I know this is kinda off topic but I was wondering which blog platform are you using for
this website? I'm getting fed up of Wordpress because I've had problems
with hackers and I'm looking at options for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.
Here is my page ; http://africanmangoplusdirect.com

Anonymous said...

Both services offer extra storage space for small fees if you need more.
The heat from the air moves into the cooled refrigerant.
It's african american and roughly how large a new football; the actual converter operates if the machine is for the cool placing, and also the thermostat is set for a frigid temperatures.

Also visit my page :: nest thermostat review

Anonymous said...

However, all of the digital products including samsung galaxy tab as well, which use
memory card to store your data or files, such as videos, images or audio files, so human operation
would make data lost on Galaxy Tab accidently.
, the Samsung Galaxy S came in one available option, which also became a
huge hit. "Many eyes will likely be on them to determine if they'll pull the rabbit out with the hat," Enderle mentioned.

Anonymous said...

Just go and browse through some serviceed online websites and acquisition
out the deals of your best with just few simple clicks.

Here are just a few examples of the kinds of meditation we can experience:.
Sources demonstrate that this newly designed solution designed
to offer a streamlined framework for enterprises to unfurl mobile apps for Blackberry Play - Book tablet
users within the organization.

Feel free to surf to my website; blackberry playbook

Anonymous said...

These are regularly described as 2 din car DVD, or double din DVD players and this designation references the height of the component.
Another deal offering LCD as gift item covers a tariff offering.

It runs in very smooth and customized way to keep its users satisfied.


Also visit my site; galaxy s4