Friday, November 23, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 18)

Pai-pai dan otik
foto by tokasid




(Bahagian 17 boleh lihat semula di sini)

5. Sujud kepada selain dari ALLAH

Amalan juga boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik. Antaranya orang mensyirikkan ALLAH dalam hal-hal ibadah: melakukan rukuk atau sujud kepada selain dari ALLAH Ta'ala.
Perbuatan ini menyebabkan jadi kufur atau syirik kerana hak sujud dan rukuk( dalam ertikata ibadah) HANYA kepada ALLAH SWT sahaja.


6. Mengagungkan seseorang dengan keterlaluan( idolisation).

Kadangkala, manusia melakukan syirik dalam amalan apabila, ia menyamakan sifat manusia sehingga menyamakan dengan sifat ALLAH.

Ini kadangkala berlaku pada adat istiadat Melayu(lama) apabila memuji atau memuja para Raja atau pemerintah( lalu digunakan perkatan Maha). Ada juga yang ingin mengampu atau membodek Raja atau pemerintah, mereka gunakan perkataan yang seolah-olah Raja atau pemerintah yang menentukan segala yang terjadi.

Contoh:" Apa yang tuanku kehendaki maka semuanya pastiakan berlaku, kerana tuanku yang Maha Mulia"

Atau kepada pemerintah: Datuk Seri jangan risau. Di negara kita Datuk Seri yang paling berkuasa dan apa yang Datuk Seri katakan pasti akan terjadi.....Orang semua menyanjungi Datuk seri sehingga mereka sanggup buat apa saja demi datuk Seri".

7. Fahaman Wahdatul Wujud.

Ini bermakna mendakwa bahawa seseorang boleh bergabung dengan ALLAH, apabila mereka mencapai maqam tertentu.
Ini dapat kita lihat dalam beberapa aliran kesufian yang tergelincir landasan mereka.
Kepercayaan ini bagi mereka menunjukkan ALLAH disamakan dengan makhluk.
Ini mengeluarkan mereka dari agama Islam.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

15 comments:

Accia said...

salam doc,
saya teringat pasal sesuatu. samada anak saya atau ustazah/ustaz mereka ada memberitahu iaitu ketika mencium tangan orang tua tanda hormat, tangan tu harus diangkat ke muka kita, bukan kita tunduk ke tangan orang itu.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Membaca entri doc ini, saya tertarik kepada terminologi idolisasi itu. Hari ini idolisasi itu bukan setakat kepada pemimpin puak atau politik [tak kiralah, puak dominan atau alternatif], juga PEMUJAAN KETERLALUAN kepada tokoh2 dalam bidang2 tertentu [juga ajaran agama yang menyeleweng, misalnya], juga selebriti2 tertentu.

Walaupun mungkin sesetengah idolisasi itu sebagai inspirasi hidup tetapi tak hairan juga nanti berkemungkinan, sesetengahnya boleh 'menyesatkan' [saya keberatan untuk menyebut tokoh2 tertentu]

KAMATO said...

Semoga kita tidak termasuk dalam perkara yang boleh terkeluar dari akidah

Mior Azhar said...

Idolising is already part of Malay lives. Dulu-dulu, just read about Sejarah Melayu on how the rakyat begitu setia dengan the raja prompting the classic peribahasa "Biar mati anak jangan mati adat. Case in point, Hang Tuah.
Today, just watch Persidangan UMNO... remember a couple of years back when Dr M dropped the bombshelll and announced that he's quiting? Satu Dewan riuh rendah. Now just look at all those people... they have a new Idol yang very %4#%%$&!
Pathetic isn't it?

cakapaje said...

Salam Doc,

Maaf, lama tak menziarah ramai sahabat.

Doc, boleh bagi tarikh bermulanya (bukan puasa ye) 'Perkara yang membatalkan Islam' ni tak? I mean, tarikh bahagian 1.

Anonymous said...

Salam Doc.,
Datuk Seri tu pun sama jugalah kalau dia pun percaya yang dialah yang paling berkuasa dan apa yang dia katakan pasti akan terjadi.

tokasid said...

E Accia:

Saya rasa itu cuma secara adab sahaja dan bukan kerana idolisation of the ulamak or ustaz/ustazah.

I have seen bila salam ada org buat:-
1-salam cium tangan sambil tunduk kepala ke tangan
2- Salam cium tangan dan angkat tangan ke muka penyalam
3-Salam without cium tangan but looking right into the eyes and smiles
4-Salam 'air panas'-ie salam sambil hulur tangan tapi bila di sambut terus tarik balik cepat-cepat jadi yg sentuh hanya jari.
5- Salam genggam erat tangan sambil jari telunjuk mereka kuit tapak tangan kita
6- Salam,cium tangan,peluk kiri kanan dan cium pipi.

tokasid said...

Wak pinter:

Sebenarnya pada pandangan saya, kebanyakan kesesatan kerana idolisasi terhadap seseorang yang semakin lama semakin berlebihan. Pada asalnya , penyokong orang itu sekadar mengagumi tokoh ini. Kemudia lapisan seterusnya perlu di yakini terhadap tokoh ini, maka penyokong mula 'menaik-tarafkan' kelebihan tokoh mereka dan dotokok tambah sesedap rasa. Ini berterusan buat beberapa lama sehingga beberapa generasi kemudian, tokoh ini telah menjadi tokoh yang amat ajaib dan mempunyai banyak hikmat dan kepandaian yang melampaui batas.

Selain dsari itu, kejahilan ilmu agama pula menyesatkan kepada yang tiba-tiba berminat kepada agama tetapi mahu jalan pintas u tuk ke syurga.Ini kita dapati dalam kebanyakkan ajaran sesat di mana segala ibadah di short-cutkan dgn pakai nita sahaja dan anggapan guru mereka teramat tinggi maqamnya sehingga menjadi wakil Tuhan atas bisa memberi syafaat utk ke syurga.

tokasid said...

Saudara Kamato:

Amin Ya Rabb. Semoga kita terhindar dari fitnah tersebut.

tokasid said...

Pak mior:

Yes, when looking at those with political powers, they have an amazing effects to those who idolised them. They can do no wrong to their supporters. And what they say are like a dalil which cannot be rebuke!

Not only does this happened in UMNO, but does have the same effect when it comes to DSAI and to a certain extend some PAS members too assume that Tok Guru Nik Aziz and Tuan Guru Hj Hadi can do no wrong.
I just cannot understand this kind of taksub, that certain figures are being idolised to an extend that aqidah can be jeopardised.
Na'uzubillahi min zalik.

tokasid said...

Shah cakapaje:

1 st installment of perkara.....is on 20th July 2007(Friday).
You can click at aqidah di bawah entry yg tulis 'label' and all entries of Perkara....akan keluar.

tokasid said...

Pak zabs:

Betul Pak Zabs. Dalam hal ini tokoh dan yg idolisasikan tokoh terjebak dalam fitnah aqidah ini.
Na'uzubillahi min zalik pak.

Kerp (Ph.D) said...

doc, tapi bukan ke amalan sufism ni mcm berleluasa je. kat malaysia kita ni, ada ke kumpulan yang mengamalkan sufisma ni? sorry la sbb soalan saya ni kebudak-budakan tapi terus terang ckp, aku tak tau.

tokasid said...

Kerp:

Yes, dalam negara kita terdapat banyak amalan sufisme atau yg claim sebagai sufisme. They go by the name of tarekat this and tarekat that. Some are along the correct path with hadith and al-Quran as their main sources and some are deviated to the extremes.

It is interesting to note that, most ajaran sesat in Malaysia and elsewhere in other Muslim countries, these ajaran sesat groups will normally have a linkage with tarekat.
In Malaysia, if we look at Ayah Pin's group we see that Ayoh Ping was once a tarekat member.

The problem with some tarekats is to them, what their guru mursyid said is more important than al-Quran or hadith Nabi saw.And you'll find claims that their tok guru had direct contact with ALLAH or they claimed they had communicated with Nabi s.a.w. And they started to tell their pupils, for solat you only need to niat only etc,etc.

As a Muslim, we must follow what the prophet Muhammad saw teached,told and showed us. And Nabi saw did say, Solat as you see me solat. Now suddenly one loose screw chap comes along and claim you only need the niat!!

People can claim anything they want, but we must remember one basic thing: What kind of ibadah and its procedures which are showed by Nabi s.a.w. is a guaranteed acceptance by ALLAH.
Now, who is going to guarentee that ALLAH will bestow pahala that an ibadah a tok guru invented?

As for zikrs practised by sufi students, as long as its in accordance with the zikrs in al-Quran and hadith its okay. If its invented but the meaning is good and is not claimed that its from Nabi s.a.w. it can still be accepeted. But if someone claims its from our Nabi saw( but actually invented by his tok guru)but its not, do becareful.

Kerp (Ph.D) said...

doc,

thanks for the lengthy explanation. appreciate that. but when you mentioned dengan niat je dah cukup, sounds to me like a teaching from the anti-sunnah bunch. i sure have met one of them who said excatly that.