Thursday, May 24, 2007

Banyak untung kalau kenal lelaki

Senja gerbang Melaka
Foto by tokasid


(Artikel ini aku terjumpa dalam sebuah majalah.Saja nak kongsi bersama)

Banyak untung kalau kenal lelaki (oleh DR. HM TUAH )


Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.
Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan.Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadi ianya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yangsuka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurnakan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yangmeminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.

Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yangmenekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.

Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

(Malangnya aku lelaki yang mengecewakan....)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

10 comments:

mokk said...

Salam..
Good articles mamat..

U can read about man and woman dalam buku Dr John Gray..nice book.

Mat Salo said...

Salaam Dok TA,

He.. kayak nya bukan Bapak aja "lelaki yang "mengecewakan". Juga saya Pak, ga sungkan kata disini, saya pasrah, dan bawa teringat puisi Chairil Anwar: 'Aku binatang jalang'.

Dok TA, I got a new post out, and sempat gak ciluk lirik Deacon Blues...

Salam

-Cowok Dari Mars-

Unknown said...

Tokasid...Bro, seronoknya dapat membaca artikel seperti ini...terasa byk lagi yang perlu diperbaiki dalam diri ini...Terima kasih kerana sudi berkongsi...

Mat Salo said...

Eh Dok TAsid..

Forgot to comment on that shot. Good one bro'! Cun Sillhouette tu, exposure just right. Betoi ke hang pakai kamera BenQ je tu? Tak caya lah.. Semejid Tanjung Kling kah tu?

tokasid said...

Salam to all.
Mamat mokk: aku ada pernah baca kot.Aku rasa suami isteri mesti menerima pasangan masing2 seadanya, both the good characteristics and the bad ones.

Matsalo:
Apa kaber pak? Saya kira kalau di hitung-hitung kita memang suami yg mengecewakan.terlalu banyak salah silap kita pada isteri,juga sebaliknya.Kita terima aja baik buruk mereka dan berharap mereka juga bisa gitu dong pak.

Gambaq tu aku amek pakai BenQ saja.Lokasi pintu gerbang masuk Melaka kat Ayer Keroh( 1km after tol Ayer Keroh).

Raden:
Nama kita pun insan..memang sering memerlukan ingatan. saya sendiri terlalu banyak kesilapan kepada isteri kerana sikap 'okay semedang' saya.

Anonymous said...

erm...kalau nak suami yang mengikut citarasa si isteri sentiasa susah juga jadinya, begitu jga sebaliknya.nanti hati jadi macam ikan pekasam, sedangkan pasangannya rasa best sesangat macam petai padi cicah cencalok.
Hidup ni terlalu singkat untuk mengongkong segalanya,jadi suami isteri mesti tenang tenang saja..
kalau marah sesangat pun jangan dilepaskan dengan kata kata berbisa kerana tentunya kita menyesal kerana menyakiti perasaan insan lain lebih lebih lagi insan kesayangan kita.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Refreshing read.
From what little I know about men, there are no angels walking on the face of the earth. No I stand corrected. There are not that many angels around.
Bukan senang nak dapat seorang lelaki yang "lengkap" dengan these six prerequisites but can still hope to find one.

tokasid said...

drzeze:
Saya rasa ALLAH dah berikan pasangan yg sesuai untuk setiap orang, cuma cara kita melayari yg make the difference.Bab ni yg selalu buat kita caput.And I'm one of those....

Fauziah:
Suami bukan malaikat sebab tu selalu buat silap sampai membuat isteri bermakan hati dan kecewa. Ada juga isteri yg begitu.Kadangkala kita belajar berbagai ilmu,ilmu agama,ilmu rumahtangga.Tetapi sifat insan selalu alpa dan mudah kecewa.Ilmu yg ada kadangkala tidak dapat membantu kerana kurang kefahaman atau terlalu mengikut emosi semasa.Jadi akan timbullah masaalah yg bleh menjerumuskan kita kepada kekecewaan.
Most men( not all)buta romantik.Tidak pandai mengambil hati isteri,tidak pandai meluahkan rasa kasih sayang secara verbal.Istilah mudahnya: macam tongkol kayu. Sadly...am in that catergory.

Unknown said...

Doc, terima kasih yang tak terhingga diatas ucapan takziah doc atas pemergian abang saya. Semoga ALLAH selalu merahmati doc.

tokasid said...

Che'gu:

Itu saja yg termampu kawan2 bloggers boleh buat che'gu. Harap-harap bila time kita nak kena balik nanti ada orang lain sudi mendoakan kita che'gu.