Friday, May 18, 2007

Tazkirah Jumaat:Pesanan buat Suami dan Isteri

Dapat tulisan ini dalam inbox beberapa minggu lalu.Kata yg menghantar ianya dari ringkasan sebuah kitab tapi tak di sebut kitab apa.Cuma aku rasa ini boleh memberi peringatan kepada kita semua yang telah berumahtangga.

WAHAI PARA SUAMI,


Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!


Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!


Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!


Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!!


Apakah termasuk susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!!


Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi pembohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!


Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah

"Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".


Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".


Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".


* Ucapan baik adalah sedekah.


* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.


* Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan.


* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.


* Berhubungan badan mendapatkan pahala.






B) KETAHUILAH WAHAI WANITA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.


2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.


3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.


4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.


5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.


6. Sekiranya anda memElihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.


7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.


8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

11 comments:

ZABS said...

Salam untuk tokasid. Peringatan yang amat diperlukan pada masa sekarang dimana perkara kecil/besar begitu tidak berapa diendahkan kerana kesibukan suami/isteri mengejar kerjaya masing-masing.

Unknown said...

Tokasid... Alhamdulillah, dapat saya membaca peringatan sebegini...

Saya menunggu2 apa yang TA nak tulis dipagi Jumaat ini. If hari selasa saya mesti baca TWB, hari Jumaat saya mesti singgah di sini dulu...

Izinkan saya copy kupasan ini buat perinagtan kawan2 dan suami tercinta ya Tok...

tokasid said...

Salam to all.

zabs:
yes this reminder is for all of us yg sentiasa busy sampai kadang2 lupa peranan masing2,macam saya ni lah...

Raden:
Silakan lah guna apa2 yg boleh memberi manafaat kpd sesiapa saja dari blog ini.Memang utk dikongsi bersama.saya berikan izin terbuka utk semua disini.

Mat Salo said...

Pak Dok TA,

Terima kasih kerna sudi memperingatin kami, Pak Dok. Ya, spt diungkapkan sdr. zabs, di zaman moderen ni, amat sulit sekali untuk melaksanakan yang wajib kepada sang suami/isteri, apa lagi yang sunat. Ya, Pak Dok, sebabgai "absent husband" kerna mencari rejeki di perantauan,saya amat mengerti skali kesulitan hal memberi kasih dan sayang pada isteri dan juga anak.

Bayangkan lah, Ya Pak. Bersyukur aje lah kalian semua kerna bisa ketemu pasangan setiap hari. Hati saya tersentap Pak Dok, apa pulak seperti pembantu rumah TKW di Malasia, yang juga mungkin sudah berkeluarga dgn. anak, suami? Berharap shj dengan keprihatinan dan belas kasihan tuan mereka untuk di beri pulang dua tahun sekali.. Gimana perasaan nya tu, ya Pak Dok? Sahaja untuk renungan. Wasallam.

Anonymous said...

Salam TA,

Duh, banyak nya kekurangan diri. Sometimes it makes me wonder why is it so much tolerable if reminders like this come from someone else?

If it comes directly from my husband, I dont think I would accept it quite the same. Entahlah, perangai degil lah tuh banyak dalam badan!

Thanks so much TA, sesekali mengingatkan I. Sometimes we become so jaded with career and money we often forget little things that matter.

Good weekend TA!

tokasid said...

Pak Matsalo:

Iya, saya faham prasaan bapak di ranto orang deh.Memang nya suker gitu.Tapi bapak pergi ke sana ncari rejeki halal dong,dan ibu pun sudah beri ijin buat bapak.Ibu juga udah sanggup jagain anak-anak.Kan ncari rejeki itu wajib atas suami kan pak?
Cuma bila ngetahui anak-anak atau istri bapak ngak sihat memangnya hati kacau jadinya pak.Lagi pun entri ini lebih tertuju pada yg suami-istri sentiasa sebumbung dong pak.Yang hari-hari ketemu tetapi ngak endaah antara sesama pak.
Tentang TKW, memang yg terpaksa tinggalkan suami dan anak di Indon pak.Di sini ngumpul uang agar bisa sekolahkan anak-anak dan bikin rumah bila pulang.malangnya di sini ada majikan yg djalim kepada mereka.Saya pernah ketemu yg dijadikan bagei hamba abdi si kunta-kinte oleh majikan.
saya tau bapak bisa saber di rantoan sana dan ibuk bisa sabar dengan kerenah anak-anak di sini.
Have a nice weekend di pelantaran sana ya pak.
Horas! dan Wassalam.

Fauziah Ismail said...

Salam from Tokyo
Kita manusia, saling perlu ingat mengingati. I believe that is what friends are for.
Keep the Tazkirah Jumaat going.
If you label it, it would be much easier to look for.
A good reminder for those who needs reminding.

p/s Selasihku Sayang is playing loud and clear in my hotel room. It is making me miss home.

de_kerinchi said...

salam Tokasid,

Satu takzirah yang bagus, kerana dewasa ini ramai pasangan muda yang bercerai.

Yang nak tambah satu pun ada, tapi masalah nya duit pun cukup-cukup makan. Pelik orang kita kalau tang kahwin semua ikut Nabi tang tanggungjawab letak mana agak nya...

Cuba tanya berapa ramai agaknya suami yang bayar nafkah isteri dan anak bila bercerai...? Tulah pasal kalau nak kahwin jangan pikir seronok jer..kasih sayang mesti ada, nafkah zahir batin mesti cukup, tolak ansur, jangan melawan suami, jangan dera isteri dan banyak lagi benda baik macam Tokasid utara kan itu.

p/s: tapi jangan ikut resam suami isteri dalam cerita sembilu tu, hancur jadi nya...

tokasid said...

Salam to all.
Ophelia:
Memang selalunyakalau esanan dari pasangan masing2 agak sukar nak terima walau bernas dan betul. Maklumlah masing2 kenal masing2 jadi bila di nasihati yg elok kita teringat yg tak elok pada pasangan. Saya ada mengenali seorang ustaz yg cukup berilmu.Beliau juga mengatakan amat senang beliau menasihati orang ramai di masjid tetapi isteri beliau susah nak terima jika nasihat dilakukan di rumah.

Fauziah:
Jauhnya di negeri SUMO.InsyaALLAH jika ada kekuatan akan saya teruskan tazkirah Jumaat.I'll try to pick something dalam kehidupan harian kita semua.
(Jenuh you makan sushi ye..)

de_kerinchi:
Yes bro...orang kita kalau nak kawin banyak nak ikut Nabi saw,tapi bila tanggungjawab..kaput!
Sikap begini yg merendahkan martabat Islam di mata ramai.

Anonymous said...

syahdu nya lagu ni...camna nak letak lagu kat website .bleh peturunkan ilmu?

tokasid said...

mama drzeze:
Kat logo iwebmusic yg saya boh lagu tu mama right klik mouse dan buka webpage dia. Paih tu ikut arahan untuk jadi member dia. Paih tu pilih lagu samada ikut alphabet artis atau alphabet lagu.kalau nak senang guna alphabet artis. Cth: utk lagu ni saya klik R.Dah dapat R scroll sampai jumpa Rafeah Buang.klik rafeah buang nanti akan jengoi lagu yg ada.lagu mana berkenan di hati klik saja.nanti dia akan tanya nak main lagu sekali atau ulang-ulang.Bila kita klik akan keluaq dia punya html ka apa kah tak tau la. Right click dan pilih copy.
kat blog kita( kalu blogspot) ada bahagian customize,klik yg tu. nanti ada add page element,klik lagi. dari situ pilih add HTML.Bila dah keluaq baru paste yg kita copy di iwebmusic tadi.Klik save. lagu pun keluaq. selamat mencoba.