Wednesday, June 6, 2007

Iklan arak iklan rokok: yang boleh dan tak boleh

Aku perasan perkara ni lama dah.Tiap kali aku tengok aku dok ingat nak tulis.Tapi aku jenis pelupa. Jadi itu yang selalu tertangguh. Nak kata pelupa sebab dah tua, tak lah aku ni tua sangat walau ada budak-budak kecil panggil aku atok.

Aku masih ingat dulu-dulu gomen kita telah ban iklan tentang rokok dan arak dari di siarkan di media cetak. dalam paper tak boleh dalam majalahpun tak boleh.Rasionalnya supaya golongan remaja tidak mudah terjebak dengan gejala rokok dan arak.

Baguih la tu. Sebab dah terlalu ramai rakyat yg hisap rokok. Dan mungkin juga ramai yang dok tunggang arak.Sebab tu gomen ban kot. Mula2 ban iklan rokok ramai juga persatuan bolasepak di Malaysia yang upset. Maklumlah source of revenue depa kena potong tiba-tiba.Macam kita bawa kereta laju-laju tiba-tiba buat emergency brake! memang terpelantinglah apa yg patut terpelanting dalam kereta kita. Persatuan bola pun macam tu lah juga pada zaman tu.

Tapi dalam 2-3 tahun ni aku noticed iklan arak tiap-tiap hari ada dalam paper especially the Star. Mujur Utusan dan Berita tak boh sama iklan arak.

Jadi aku heranlah,sejak bila gomen tarik balik ban iklan arak? Apa alasan untuk tarik balik ban tu? Adakah arak tidak sebahaya rokok? Yang aku tahu kerajaan kata " Don't drink and drive". Tak pernah aku dengar orang kata "Don't smoke and drive". Atau sebab syarikat arak nak boikot Malaysia ka kalau tak bagi boh iklan?

Dalam Islam arak telah jelas HARAM. Rokok pula ada beberapa pandangan dari makruh ke Haram( walaupun sekarang lebih ke arah Haram). Tapi di Malaysia yang clear Haram boleh boh iklan kat paper secara halal. Yang tak jelas hukumnya pula Haram di iklankan.

Macamnana eh?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

IBU said...

Fast food cannot.

Beer, wine & spirit/alcoholic drinks can.

How larrr ???

tokasid said...

Salam ibu:

ye laa..fast food tak boleh, iklan susu tepung tak boleh..iklan vitamins tak boleh.

I think mungkin decisions boleh tak boleh depend on the power of RM kot. Bukan rasuah tapi lobbying( lobbying ada involve rasuah tak eh?)

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Advertise or not, people still smoke and drink. Government still depend on the industry to collect the "sin" taxes.
So, bila kerajaan kutip hasil dari cukai atas rokok dan arak dan gunakan hasil cukai tu untuk bayar gaji kakitangan awam, bukan ke tu juga bermakna hasil yang dimakan tu haram.
Repercussions nya banyak dan memdalam.

tokasid said...

Fauziah:

Betul tu. setakat ni segala kempen anti-rokok, anti-dadah, dan segala anti lagi kesemuanya gagal.
Cuma dalam hal advertisement ni macam ada double standard. Arak boleh rokok tak boleh. Kalau nak kutip lbih sin tax elok gomen izin saja iklan rokok. FAM tentu tersenyum lebar kalau syarikat rokok boleh beri sumbangan iklan.

Saya cuma buat 1 of those 2 "evils". What my friend called: Jom Basap!( jom berasap)

ZABS said...

Iklan tu nak supplement hasil berkurangan dari jualan surat khabar depa. Ramai dah baca blog je sekarang.
Tentan kempen tu kalau orang2 yang mengetahui pun tak hayati kempen, macamana nak berjaya? Selamat berasap TA.

tokasid said...

Pak Zabs:

Kah3 kena sebijik kat dahi saya pak.
Adusss....