Friday, June 15, 2007

Tazkirah Jumaat: Bakti dan sabar ( Permata Hadith)


Berbakti pada ibubapa yang telah tiada.

Dari Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi r.a., katanya:

"Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tua setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mengeratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya."
(Riwayat Abu Dawud)

Anak yang soleh dan solehah pasti akan sentiasa mendoakan agar ALLAh mengampunkan segala dosa-dosa ibubapa dan agar ALLAH memudahkan urusan alam kubur serta keselamatan hari akhirat terhadap ibubapa. Mendoakan agar kedua oarng tua ditempatkan dalam golongan ahli syurga, di mudahkan perhisaban,dipermudahkan perjalanan Sirat.

Alangkah elok jika janji-janji orang tua kita yg tidak terlaksana sebelum mereka mati dapat kita tunaikan. Hutang piutang mereka dapat kita langsaikan sedikit demi sedikit.

Kita juga di unjurkan agar hubungan kekeluargaan dgn saudaramara(yg jarang kita kenaliainkan melalui mak bapak kita).Kita usahakan melebarkan jaringan kekeluargaan ini. Cuba hubungi sepupu atau dua pupu mak bapak kita serta keluarga mereka.
Tidak ketinggalan sahabat handai rakan taulan mak bapak kita. Sesekali kita balik kampung ,mari kita jengah dan bertanya khabar kepada rakan mak bapak kita.

Agak malang banyak perkara di atas tidak aku lakukan. Alasan aku hanyalah sibuk dan tidak ada masa. Ya ALLAH berikan aku kekuatan utk mengerjakan sunnah NabiMu.


Sabar dan jangan gopoh.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Asyaj Abdul Qais: "Sesungguhnya dalam dirimu itu ada dua macam perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu sabar dan perlahan-lahan ( dalam tindakan, tidak tergesa-gesa )."

(Riwayat Muslim)

Sifat sabar dan tidak gopoh/kelam kabut amat ALLAH sukai. Kalau kita fikirkan, memang betul. Kalau kita tidak sabar dan bergopoh gapah, banyak perkara yg kita lakukan akhirnya membawa kekecewaan dan penyesalan. Aku dah alami semua ini. Sifat tidak sabar kita juga bisa mengecewakan orang lain. Sifat gopoh kita kadangkala membencanakan orang lain( kan yang selalu accident kat jalanraya sebab tak sabar dan gopoh gapah).

Aku mohon padaMu ya ALLAH, kurniakan kesabaran dalam hati ini.
Ameen ya Rabb.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

11 comments:

ZABS said...

Salam Jumaat Doc.

Saya dah link kan blog TA, supaya boleh suruh anak-anak saya jengok2 setiap Jumaat. InsyaAllah.

tokasid said...

Pak zabs:
Jazakallah khair for linking me at your page.
Just hope what I posted will make everyone of us as a better Mukmin and Mukminat,ameen.

Unknown said...

The attack on Monsterball.
Was it “Blogosphere Coup D’etat?”
http://shockingexpose.wordpress.com/

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
1/ Family members can be a pain in the you-know-where but like the Malay saying goes, air dicincang tidak akan putus. The bond will still be there, either by birth or marriage. Buruk baiknya mereka, they are still family. As we grow older, insya’Allah Allah SWT will give us the strength and high level of tolerance for people especially family members.

2/ Kesabaran itu separuh dari iman. In Islam, patience is one of the best and most valuable virtues of life. Tapi kadang-kadang tu boleh hilang kesabaran bila kemarahan di tahap yang maxima.
And I’ve to learn not to “jalan cepat, cakap cepat, serba serbi cepat”. I want to stop and smell the roses sometimes!

tokasid said...

Fauziah:

Hah3..you've that right. Saudara mara ni memang ada macam tu. For me kita cuba tautkan siratulrahim,kalau saudara tak mau sambut perbuatan kita thats not our problem. Yg penting kita dah ada effort towards that.

Sabar is the most difficult thing to do in certain situations.Our emotions will cloud our mental faculty during these times.Sebab tu banyak ayat Quran suruh sabar dan banyak hadith suruh sabar.Sebab payah nak buat.

Have a nice weekend.

Anonymous said...

salam to TA,
Thanks for the tazkirah...

Salam to Fauziah,
Suka sangat ayat tu, "I want to stop and smell the roses sometimes!"
ya kadang kadang kita lupa untuk melakukannya...

Bergen said...

Happy Father's Day, Sir.

Anonymous said...

Salam TA,

Nak tulis dalam bahasa melayu pulak, asyik tulis dalam bahasa penjajah jer. Apa nak jadi dgn saya nih.

Terlambat baca posting tazkirah di pagi jumaat ini. Saya dan keluarga pergi ke Pulau Pinang jumaat lepas. Sungguh indah pemandangan dari hotel Rasa Sayang Shangrila. Cuba TA bawak Mrs TA & Kids kat sana, mereka mesti suka.

Berbalik kepada tazkirah kita, saya sungguh bersalah terhadap satu perkara iaitu - selalu gopoh dan nak cepat. Macam penyakit lah TA. Macamana nak buat nih?

tokasid said...

Salam to all.

Mama drzeze: TQ for dropping by.

Bergen:
TQ Mr Bergen for the wish. My son called from his school but forgot to wish me. Maybe he didin't know about father's day. And I never acknowledge Father's Day. For me everyday is Father's Day,Mother's Day, Teachers' dayetc.

Elviza:
Wah cuti to Penang ye..Saya lama tak ke Penang. Sekadar melalui Seberang Perai sahaja jika menziarahi saudara-mara di Kedah.

Tentang gopoh tu I think perkara tu dah jadi second nature to most of us. Life in fast lane. Saya rasa maksud hadith tu supaya bila nak buat sesauatu kita jgn gopoh supaya tidak membuat banyak kesilapan. We should think of what we want to say or do. Kena ada pertimbangan supaya tiada penyesalan kemudian. Supaya bila kita buat sesuatu adakah sesuai dgn agama ,tatasusila dan undang2 yg ada. Bila tak nak gopoh gapah mesti kena ada kesabaran. Sabar dalam serba serbi apalagi bila di timpa musibah yg tak dijangka. I rasa Raden Galoh tentu dah alami perkara begini and I believe RG berjaya dalam sabar.

Salah satu cara nak atasi gopoh gapah is berselawat selalu esp bila nak pergi kerja atau( nak pergi mahkamah). Lebih tenang hasilnya dari dok dengar radio berceloteh masa memandu. Try it.

Yes ,ambulance chaser banyak yg loaded di Jebatville. But you're right.Bottom line kita buat sesuatu yg tak menrunsingkan kita dan tidak memuaskan hati kita.

ZABS said...

Salam Doc.

Jawapan untuk pertanyaan tuan tu saya salinkan di sini, incase tuan tak jengok blog saya:
Saya pergi last cuti sekolah. Hujan renyai2 lah sikit first day tu. Second day panas sampai ke petang. Saya pergi 2D1N je. Land slide sebenar tak de, cuma kesan2 lama yang ada. Tapi ditutup dengan canvas biru. Walaupun jalan tak luas dan curam juga, tapi InsyaAllah masih selamat untuk di lalui. Ada juga sedikit stretch jalan yang luas. Selamat mendaki Bukit Fraser. Salam.

tokasid said...

Pak zabs: terimakasih daun keladi.
Akan bincang dgn Mrs TA.