Thursday, October 4, 2007

Kalau lah......Part II

Broken
foto by tokasid(RnR Ayer Keroh)


Ini sambungan dari kisah Kalau lah....

Tadi selepas solat zohor( Selasa lalu) di masjid DT aku pulang ke klinik bersama Pak Karim.
Dapat juga kami iktikaf sebentar selepas zohor tadi. Alhamdulillah.

Bila sampai klinik aku bayarkan gaji bulan September pada staff, lewat 2 hari bulan ni. Tak apalah sekali-sekala lewat sikit. Dah ada 4 orang menunggu aku. Aku suruh staff panggil satu persatu, Bila selesai ada orang mengetuk pintu kamar aku.

Aku baru saja nak blog jumping. Aku buka pintu dan berdiri tersengih-sengih depan aku si Adnan sang jurutera kilang.

Aku jawab salamnya dan jabat tangan kanan dia.
Apahal si Adnan ni tak pergi kerja hari ni?, tanya aku pada diri sendiri. Si Adnan masih dok tersengih dan terkernyeh macam kerang busuk masuk lalu duduk di kerusi.

Aku bertanyakan khabar dan dia kata sihat.Betul. Nampak terlebih happy saja mamat ni petang ni. Dia ponteng posa ka? fikir aku. Heh...tak kan kot. Dah 40an takkan nak ponteng posa kan?

TA:" Hah...Kau tak kerja ke hari ni Nan? dan ni yang dok kersing kernyeh macam kerang busuk ni apa ceritanya? Hang tak posa ka....Mana lah tau kot-kot hang uzur kot..."
Adnan: "Heh3..Tok ni jangan la buat lawak kat saya. saya hari ni ambil EL(Emergency leave). Hari saya posa la Tok..tapi hari ni saya happy sangat."
TA: "EL? Apa hal yang kau ambik EL? Kambing kau nak beranak ke Nan? Tak pernah-pernah kau ambil EL. Kau kena loteri ke?"

Adnan: "Astaghfirullah Tok...Takkan lah saya nak beli loteri pulak. Dah tu bulan posa pulak tu..Tak baik Tok kata macam tu kat saya. Tapi sungguh Tok! Hari ni saya rasa happy sungguh"


Where's the Jinn
foto by tokasid(at home)

Aku cuma angguk dan sambil-sambil tu menjeling ke monitor PC. Adnan masih kersin kernyeh di sebelah aku.Bila dia tengok aku buat tak kisah dia ulang:

Adnan: "Tok!Hari ni saya sungguh bahagia."
Aku aleh pandangan ke muka Adnan dan senyum kat dia.

TA: "Awat yang bahagia sangat Nan? Bini hang mengandung sorang lagi ka? Atau hang dapat naik gaji ka?"
Adnan: "Tak lah macam tu Tok...Pagi tadi lepas Subuh saya ada mimpi special Tok."
TA: "Mimpi special? Ni hang dah mandi junub ke dak lagi?". sambil aku senyum kat Adnan.
Adnan: "Bukan mimpi yang tu lah Tok. Ni mimpi lagi best. Best in the world!"

TA: "Okay, aku tahu kau datang ni sebab nak cerita kat aku. Hah apadia mimpi best in the world special kau tu??"

Adnan: "Tok ingat tak dulu saya cerita pasal R? R yang masa kat U dulu saya syok tapi tak berani nak ngorat dia tu? Yang saya jumpa masa ada kursus 3-4 bulan dulu tu?"

Aku angguk tanda aku ingat. Ya kalau tak silap bulan Mei dulu Adnan ada cerita pada aku tentang pertemuannya dengan 'cinta rahsia' zaman muda dulu. R yang Adnan sangat suka tapi kelu bila nak tegur sapa. Aku pula yang kersin dan kernyeh kali ni.

TA: " Aku ingat sapa R tu. Jadi apa halnya mimpi hang ngan R ni?"
Adnan: "Begini Tok. Lepas Subuh tadi saya baring sekejap tapi langsung terlelap. Masa tu lah saya mimpi jumpa R, Tok. Ntah tempat tu nampak macam combination bangunan kat kampus kat shopping komplek dan stesen Puduraya je...
Dalam mimpi tu saya terserempak dengan R bersama anak dia. Bila nampak dia tegur saya dan kata dia nak kawin ngan saya. Dia nak ceraikan husband dia sebab husband dia tak pandai cakap orang puteh. Tapi Tok, yang peliknya laki dia dalam mimpi tu bukan laki dia yang sebenar kat luar mimpi. Dalam mimpi tu yang jadi husband ialah coursemate kami dulu. Memang toya mamat ni.Memang mamat ni tak reti nak cakap omputeh Tok. Pas tu, R cium dahi saya dan kata suruh saya tunggu sampai dia selesai bercerai, dia nak saya kawin dia. Masa tu memang syok habih Tok!"

Aku cuma angguk saja dengar cerita mimpi Adnan.

Adnan: "Tapi masa mimpi tu Tok,saya jadi panik sebab anak sulong saya ada kat sebelah saya dan dia dengar R bagitahu nak kawin saya. Haru betul Tok. Macamana kalau anak saya bagi tau kat isteri saya Tok? Habislah saya. melepas la saya nak kawin ngan R Tok!"
TA: " Eh..eh leh...kau ni Nan! Tu kan mimpi saja. Benda dalam mimpi mana anak kau boleh tahu.."

Adnan: "Ya la Tok...tapi masa dalam mimpi dan masa baru terjaga tu, saya betul2 panik. Takut kalau-kalau isteri saya tahu....Tapi bila dah hilang mamai..saya dapat fikir semula . Tu yang saya happy sangat ni Tok!"

TA: "Happy sebab R nak kawin ngan kau atau happy sebab bini kau tak akan tau kau mimpi R nak ajak kau kawin?"
Adnan: " Dua-dua Tok. Dua-dua....".

Adnan masih di lamun mimpi bahagianya. Aku ajak dia keluar dan beli sedikit makanan untuk berbuka puasa nanti.

Kami sama-sama keluar. Adnan masih kersin kernyeh. harap-harap isteri dia tak notice kebahagian suaminya tentang mimpikan R.



Kompleks Budaya Melaka(sunset)
foto by tokasid(Ayer Keroh Melaka)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

18 comments:

mokk said...

Salam Mamat..

Org tua kalau bercinta...best?,hodoh?
agaknya seronok kot..

but love will make you feel younger ha ha

Kerp (Ph.D) said...

hahha...no offense to your friend doc, but saudara adnan kita ni ada angau sikit la. i mean, when everyone has moved, part of him masih di takuk lama.

satu perkara ttg mimpi ni doc, kdg2 bila termimpi sorang pompuan tu kita akan benar2 terasa yg dia mmg dekat dgn hati kita. lagi2 bila mimpi tu fresh, not necessarily mimpi lucah.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Whether or not his dream becomes a reality, we still don't know tapi kalau dah melayan sangat-sangat perasaan tu, ni lah jadinya sampai terbawa2 dalam mimpi.
Tapi berhati-hatilah, takut nanti kalau mimpi jadi realiti, terus jadi igauan.

tokasid said...

Mamat;

Kalau nak tau best ke hodoh ke hang try la tengok mamat. tapi yang aku pasti mesti seronok kot , pasai terasa muda semula.

tokasid said...

Kerp:

bro,Adnan ni tahu dan sedar dia sedang angau, tapi dia rasa syok mwith that feeling ke-angau-an.

His memory of R came back after he met R during the course in KL.

He told me , for the last 2 months he never thought of R. That was why he felt nice bila mimpi jumpa R dan R kata nak kawin ngan dia.
Kalau memang dia dok fikir ttg R, it is understandable. For him that dream was a rezeki. He knew it was just a meaningless dream that is difficult to come true, tapi dia rasa syok and bahagia walaupun for a day.

tokasid said...

Fauziah:

Like I told Kerp, Adnan said dia dah lama tak fikir tentang R. Jadi bila mimpi macam tu, dia teramatlah suka dan bahagia.

Dapatlah dia penyakit angau sehari suntuk.

cakapaje said...

Salam Doc,

Erm...your friend's luckier than I am - I've not had a wet dream for a long time!

tokasid said...

Bro shah cakapaje:

If you wanna a wet dream its easy bro.
Hang tidoq dalam bathtub. Gerenti wet dream punya.

Lapa said...

TOP PORTUGUESE UNIVERSAL WRITER: CRISTOVAO DE AGUIAR.

He has, also, translated into Portuguese the Wealth of Nations by Adam Smith.

He has been awarded several prizes.

Don't forget the name of this great author, you'll be hearing of him soon.

Thank you for spending time in Universal Culture.

Thanks for visiting.

Kerp (Ph.D) said...

doc,

yes i read the previous post abt saudara adnan ni.

bila dah lama tak ingta kat pompuan tu, then suddenly for her to appear in your dream, it can really affect your day. dreams are always seems real.

Unknown said...

Pada firasat saya, your friend has actually never forgotten that chance encounter that he had with her. Hmm 40an dah nak sampai midlife crisis la tu. Kalau you tanya dia betoi2 I think he still got the hots for her.
Wet dream? Did somebody mention wet dream? I can't even remember how it was.

Mior Azhar said...

Tok;
Lawak lar member hang ni. sampai ambik EL sebab bahagia ada mimpi. Member hang ni budak UM jugak ker? Tapi lawak lar... macam baru2 ni my brother terjumpa my best friend masa sekolah dulu. And teman pun call ler dia setelah terputus hubungan berbelas tahun... soalan pertama dia ialah whether aku ada contact marka dia masa sekolah dulu..banyakla masa aku nak jaga ex awek orang.

Daphne Ling said...

Hi Doc,

Adoi...This Adnan ah...Mimpi oso so happy...Hahaha...If real life, macam mana oh?

Oh, funny story Doc...I think you should have been the one to do the sengih-sengih-ing ;)

tokasid said...

Kerp:

Yes, it seemed real to Adnan and it made him happy.But I don't think he'll be that happy if his wife knew why he was so happy, right?

tokasid said...

Che'gu:

Mungkin jugak. Tapi yang aku heran,macamana masa depa jumpa masa course tu boleh membuat dia angau semula. I mean he is married. And the most important thing is that is married too. And the fact that they were never a couple pun dulu2, cuma Adnan syok kat R dari jauh saja.

Tu yang cek tak paham tu.

tokasid said...

Pak mior;

Adnan bukan budak MU dulu.
Yang best dia pun tau dia dok angau tapi dia layan jugak keangauan sendiri.

As for your friend, awat yang dia nak tau hang ada contact ex-marka dia? Dia cemburu kat hang kot?

tokasid said...

Daphne:

If real life I think Adnan can pengsan or kena heart attack,maybe.

Of course I did sengih-sengih-ing to him, but he doesn't mind that. After all he was very happy. No, extremely happy.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
seronok baca dan meneliti gelagat kawan kita tu..