Friday, October 5, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 16): Menghalal dan mengharamkan


Harmoni

location: Kaki Bukit Larut Taiping Dec 2006

foto by tokasid







#2- Menghalal dan mengharamkan:-

Dalam 'iqtiqad ini kadangkala manusia ber'iqtiqad di sudut ketuhanan ataupun hak pengabdian diri kepada ALLAH itu dicampur-adukkan dengan yang lain.Contohnya, mereka taat dan mereka menganggap adanya pihak lain yang boleh kita taat sama seperti ALLAH Taala. Ataupun mereka berkeyakinan ada pihak lain yang boleh menghalal dan mengharamkan sama seperti ALLAH SWT halalkan dan haramkan. Bila ALLAH kata haram,orang lain kata halal, kita kata : "Yang ini pun boleh,kerana dia pun mempunyai kuasa menghalal dan mengharamkan."


Keyakinan yang seperti ini mengeluarkan seseorang daripada Islam,kerana kuasa menghalal dan mengharamkan adalah kuasa ALLAH SWT. Sebab itu orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani),di anggap sebagai melakukan syirik. Ini ALLAH jelaskan dalam Surah at-Taubah 9: 31 yang bermaksud:


Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik(sekutu-sekutu) selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.


Kenapa? Kerana mereka itu apa yang paderi halalkan dan ALLAH haramkan,mereka terima penghalalan paderi lalu mereka tolak apa yang ALLAH haramkan. Apa yang ALLAH halalkan tetapi paderi haramkan,mereka terima apa yang paderi haramkan dan mereka tolak apa yang ALLAH halalkan.


Sesiapa yang memberikan kuasa menghalal dan mengharamkan setelah ALLAH SWT menentukannya , dan ber'iqtiqad itu betul maka dia telah melakukan syirik kepada ALLAH SWT. ALLAH berfirman dalam Surah asy-Syuara' 26: 97-98, yang bermaksud :-


[97] " (Orang-orang kafir di akhirat berkata):` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,


[98] " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;



# 3-Mengetahui yang ghaib.


Dalam 'iqtiqad juga syirik boleh berlaku apabila seseorang meletakkan nama-nama keagungan sifat-sifat tertentu kepada selain daripada ALLAH SWT, dalam keyakinannya.


Umpamanya dalam sesetengah ajaran yang melampau, ada yang menganggap para imam atau pemimpin mereka mengetahui yang ghaib, mengetahui apa saja, apa yang ada dilangit dan bumi.


Di Malaysia juga kita dapati pengikut-pengikut Ayah Pin menganggap Ayah Pin mengetahui apa-apa saja.Ini telah menyamakan beliau dengan ALLAH Taala. Di kalangan pengikut-pengikut tarekat yang sesat ( banyak yang tidak sesat kerana berlandaskan al-Quran dan Sunnah) menganggap wali-wali ataupun guru tarekat mereka mengetahui yang ghaib,mengetahui yang zahir dan yang batin.Ini semua menyebabkan mereka melakukan syirik kepada ALLAH SWT.



Next: .....Syirik pada amalan: tangkal dan Mentera.

Important note
: Luqman, sis Elviza's son had a seizure yesterday after having fever for the past few days. Please make doa for Luqman's speedy recovery. Thank you.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

14 comments:

Mat Salo said...

Pak Dok - Kapan pulang ke tepeng Doc? Tanggal berapa? Bpk ada tkw Indo atau pembantu di rumah yang Bpk kasi ijin pulang untuk lebaran di tahun ini?

Bukit Larut tuh, the last time I went there was Form 4 punya Photographic Trip (I was Prez). Tak sangka air nya masih pristine. Cepat la Sambaq D40! (racun, racun)

tokasid said...

Salam pak matsalo:

Gue pulang rasanya Ahad hari kedua Lebaran pak.
Pembantu gue ngak pulang lebaran ke Pasuruan tahun ini pak. Dulu pernah pulang lebaran tapi sejak ibunya meninggal dunia, dia ngak mahu pulang lebaran.

Bulit larut still oakay kat certain area. tapi tak tahu lah, ni dengaq cerita depa nak buat cable car macam langkawi ke atas maxwell tu.
Memang aku bila trip back geram sungguh...kalau ada DSLR la..fuh..esp the hills near Ipoh tu.
Kalu aku dah sambaq DSLR aku ingat kalau pi Selinsing during bird migratory period tentu best.
Hang bukan racun aku matsalo tapi boh minyak kat api da...Kah3

cakapaje said...

Salam Doc,

Ni dok menyampuk sikit: iya, kalo pembantu itu idak ada ibunya lagi dan enggak ada kampung, saya rasa, dia boleh kunjung ke rumah saya dan kami boleh share ibu - jadi menantu la! Hehe.

ps. a very good topic today, jzkk.

tokasid said...

Salam shah cakapaje:

Waduh2 pak shah! Kaluk gitu nanti saya sendiri ngak ada pembantu lagi dong!
Saya rasa dia ngak mahu berumahtangga. Usianya sudah lanjut pak dan sudah 11 tahun dia bersama famili saya pak.
Jadi tawaran bapak terpaksa saya tolak tanpa merujuk kepada tuan nya tubuh. Heh3...

Tapi bapak bisa minta bapak matsalo bantu-in dalam hal sebegini iya pak. Sebagai wakil pihak berkuasa tentera di Balikpapan secara tidak bergaji, saya rasa pak matsalo pasti ramai contactnya pak. Tentu saja pak matsalo bisa cari-in seorang yang sesuai buat bapak. hantar saja resume bapak sama pak matsalo deh...bisa beres dong pak.

cakapaje said...

Enggak ngapa pak, saja saya berseluroh. Mengenai ABRI, takut pak, takut!

Anonymous said...

SALAM BRO..TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN...MOH KITE KE BAGHOH WEHHH...HAHA....MEOR

david santos said...

Beautiful photo and text, Tokasid! Thank you.

Freedom for the people of the Birmânia!

Have a good day

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Doc,

Yang no 3 itu dalam sedar atau tak sedar memang dah menjadi 'wabak' di kalangan masyarakat kita. Dalam sedar dan tidak. Dalam sengaja atau tak sengaja.

Sekali lagi gambar imejan itu tidak mengecewakan saya. :)

tokasid said...

Cakapaje:

Aku tahu kamu gurau.
Eh Mak hang dari Melaka Pindah ke? Which part of Melaka Pindah? DEkat klinik bidan? Kat tadika KEMAS? Kat Masjid atau dekat round about Pengkalan?

tokasid said...

Anonymous( Meor Yusof Azuddin):

Terima kasih sudi singgah sini. Teman udah buat review ringkas album sohaimi

tokasid said...

Mr David Santos:

Thank you sir for visiting me again.
Yes, we hope the Burmese ppl will be free soon.

tokasid said...

Wak pinter:

Iya..bener wak. Masyarakat kita sering melakukan kesilapan begini kerana tidak prihatin dan kerana ambil mudah perkara2 aqidah.
Juga kerana malas mahu belajar ugama lagi.

cakapaje said...

Doc,

Rumah omak den tu ramai old timer kenal, tapi hak yang baru, mereka tak tahunya. Anyway, dulu depan tu rumah moyang yang telah usang - orang kampung panggil 'ghost club'. La ni, dah roboh and in its place is Markas PAS Melaka Pindah.

Kalau old timer kenal ayah emak sebagai Cikgu Jetti. La ni, abang emak yang dok sana, nama dia Nor Jetti. Kalau orang Ahmadiyah Idrisiah, memang kenal benar rumah itu.

tunku said...

SELAMAT HARI RAYA AiDiLFiTRi DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN