Friday, October 26, 2007

Tazkirah Jumaat:Enam perkara tersembunyi

Alone
foto by tokasid








Telah agak lama tidak saya muatkan slot Tazkirah Jumaat. Dari bermula puasa Ramadhan sehingga hampir 2 minggu Syawal. Hari ni saya nak kongsi bersama sedikit ilmu tetapi amat besar maksudnya kepada insan. Semoga memberi faedah kepada kita,InsyaALLAH dan ameen.

Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
(tokasid : jadi kita jangan lah terlalu over-confident dengan amal kita yg sikit tapi teruskan dgn istiqamah dan ikhlas)

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

(tokasid : tidak semestinya org yang buat maksiat ALLAH tak akan ampunkan. Pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi kita mestilah meninggalkan maksiat yg sering kita buat)

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung didalam Al-Quran.
( tokasid: Nama ALLAH bukan sekadar 99 seperti yang kita sangkakan malah lebih dari itu.Ada yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan umum. Jika ALLAH kehendaki akan ada insan yang ALLAH izinkan mengetahui)

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
( tokasid: kita baru selesai menunaikan ibadah puasa. Ada antara kita yang mungkin telah ALLAH kurniakan Lailatul Qadr maka berbahagialah orang2 ini. Dengan menyembunyikannya, ALLAH mahu hambaNya terus mencari dgn ikhlas)

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat(yang lima waktu).
(tokasid: dengan ini kita tidak memilih-milih untuk solat waktu mana. Semua waktu kita diwajibkan)

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
( tokasid: waktu bila akan kiamat dan bila akan mati ALLAH sembunyikan. Apa yang penting ALLAH melaui al-Quran dan Rasulullah saw telah menerangkan perihal kematian dan kiamat dan apa yang akan pasti berlaku ketika kematian dan selepasnya dan tentang kiamat dan akhirat serta balasan syurga dan neraka kepada kita semua. Kita cuma kena berusaha menjadi insan yang ALLAH redhai. Kalau sudah ada persediaan dan bekalan, tak penting lagi bila akan mati dan bila akan kiamat. Kita kena ever ready.)

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.Wallahualam


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Terima kasih atas tazkirah ini. Ilmu yang dikongsi akan lebih lagi keberkatannya. Berkongsi ilmu itupun salah satu amal juga namanya. :)

Semoga kita sama-sama tidak 'lupa'.

Mior Azhar said...

Salam Doc,
Thanks for the reminder. I need it..really need it

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
walaupun berada di dalam kumpulan yang besar atau ramai, adakalanya kesunyian itu memenjarakan hati dari berbicara atau aktif. boleh jadi kerana memikirkan hari-hari mendatang yang tiada kepastiannya.

Accia said...

salam doc,
oh alhamdulillah, dalam hati berkata jugak awat lama tak dak tazkirah jumaat.saya pun tadi bukaklah TV dengan khutbah.

zabs said...

Salam TA,
Semoga kita terus menjadi apa yang tersembunyi dengan ikhlas. InsyaAllah.

Unknown said...

Thanx for the reminder bro, kita ni perlu di remind selalu sebab suka leka.

tokasid said...

Wak Pinter:

InsyaALLAH kita tak lupa jika sering ingat mengingatkan.

tokasid said...

Pak mior:

All of us need frequent reminders.

tokasid said...

Afrar:

betul. Dalam beramai kita mungkin sebenarnya keseorangan dan kesunyian.

tokasid said...

Accia:

InsyaALLAH tazkirah Jumaat akan hadir seperti biasa.

tokasid said...

Pak zabs:

Betul pak zabs. Yang penting keikhlasan kita dalam menjalani syryhan dan menibggalkan larangan ALLAH sebaik mungkin.

tokasid said...

Che'gu:

Memang begitulah kita ni che'gu. Saya memperingatkan diri sendiri sebanarnya sebab banyak sangat cacat cela dalam jasad ini.

Siti Nur Ashiqin said...

Thank you for this information:)