Tuesday, June 17, 2008

Titip Rindu Buat Ayah

Aku teringatkan bapak...........




Titip rindu buat ayah
Lagu/lirik/nyanyian: Ebiet G.Ade

17 comments:

Raina said...

assalamualaikum pakcik

teringat kt abah gak

umoq dia 65

kuat lagi

lorr kalah orang muda

cuma skali-skala tu

gout mai serang

cheq takot ngan dia

mak aiii! garang ngan anak2

lani dak ehhh

tu citer zaman cheq kanak2 le

mai tang cucu

habigh londeh sumua

ikot aja kata cucu

ish..isk..isk

sayang kt abah cheq

lukmanw@gmail.com said...

Salam Dr,

Syukor ayah saya masih ada di muka bumi untuk saya berbakti dan membalas jasa kepsdanya.

Saya "membenci"nya semasa saya kecil (http://orangkecilorangbesar.blogspot.com) tetapi kebencian itulah mendewasakan saya.

Lukman

Mior Azhar said...

Thanks for the entry. sayang my arwah bapak sudah tiada.... dulu2 mana ada Father's Day segala.... at least boleh jugak ada excuse to celebrate something with bapak.

Anonymous said...

Salam Selasa Doc.Thanks for sharing.Lagu2 puisi Ebiet G. Ade amat menggetarkan nubari.Lagu nya nyata nostalgik menyentuh nurani.Really reminds me of my almarhum ayahanda.Semoga pusara nya diantara taman taman syurga disisi Illahi.Apalah ada pada ku,seadanya limpahan doa syahdu dalam tetes airmata ,semoga sejahtera hendak nya dia di sana.... Rio alang Sedayu.

tokasid said...

Wassalam minahkaypoh:

Selalunya bapak-bapak ni garang masa kita kecik.

Tapi my bapak tang garang.
Kalau dia kata toksah,kami anak2 akan stop masa tu jugak.Pasai mak dah pyscho kan kami.
Kata mak: "Hanpa pernah tangok ka pak nahpa marah?Tak pernah kan? Jadi kalau dia kata jangan buat,jangan lah buat.Orang yang tak reti marah ni kalau dia dah marah nanti susah"

Jadi kami tak pernah buat hal2 yg sampai bapak marah.
Bapak pernah marah saya 2 kali. Sekali semasa umoq saya 5 tahun.Sekali lagi masa 13 Mei 1969.(nanti cerita)

Alhamdulillah abah minah masih ada.Buatlah bakti pada abah dan mak selagi ada hayat mereka.

tokasid said...

Wassalam lukman:

Alhamdulillah pak hang ada lagi.
memang ada pak yg garang nak mampoih.
Aku ingat lagi di Kg Pinang ada sorang kawan dok seberang jalan retaapi dekat gertak/titi.Pak dia kerja di rumah budak2 baik kat jalan Tupai.Cengey nak mampoih.Kalu dia nampak si Hamzah dok main ngan kami masa dia balik petang siap lah budak Hamzah tu.
Ada sekali dia ikat Hamzah di pokok nangka dan dia boh sarang kerengga di badan Hamzah.Kami boleh dengaq Hamzah melaung lebih kurang 500m.

tokasid said...

Mior:

Sama lah kita yeop.
I was close with bapak selepas I ada anak . Sebelum tu tak sangat sebab bila dah dok asrama dari umur 13-20an, rasa macam org luar dalam rumah.Tak tahu nak communicate topic apa.

Tapi bila dah ada anak, senang nak sembang dgn bapak.father to father.

cakapaje said...

Salam Doc,

That was a very beautiful and touching song, thanks Doc.

tokasid said...

Wassalam Rio Alang Sedayu(RAS):

LAgu2 Ebiet memang amat hampir denagn saya(yang ironiknya adik saya yang waktu itu belajar di UTM lebih dulu meminati Ebiet) esp lagu Titip Rindu Buat Ayah dan Berita Kepada Kawan.

SAelepas bapak meninggal dunia dulu, bila lagu Titip Rindu berkumandang,air mata saya pasti meleleh dengan sendiri.Semasa bapak meninggal masih ada 2 adik yang belajar di ITM(kemudian UiTM). Saya terasa beban kerana sebagai anak sulong saya berasa bertanggungjawab memikul tanggungjawab bapak.

Bila adik hendak kahwin saya menjadi jurucakap keluarga.Bila adik perempuan di pinang orang saya menjadi wakil mak.Cukup berat bagi saya tanggungjawab2 ini kerana saya cuma abang.

Kini perasaan beban sudah tiada lagi.saya terima ini sabagai amanah dan akan saya cuba sedaya mampu.

tokasid said...

Wassalam Shah:

That's what Ebiet can do to his listeners.

Anonymous said...

saya cukup jeles bila dengaq cerita orang ada good relationship dengan ayah depa. kami adik beradik rasanya tak sorang pun merasa manja kasih dari ayah. walaupun masih hidup, kami seperti orang asing, bila berjumpa, cakap yang civil-civil belaka, tak berani malawak, takut kena sepak! bila berkawen pulak, pak mentua dah tak dak...orang kata pak mentua sayang sangat kat menantu pompuan, tak dan merasa..sedih...

Anonymous said...

oh ya doc, tadi saya pi amek repot kad anak menakan...dia mengaji di ksah, baru ting 2, pemain rugby under 16 kolej, paham-paham sajalah result cukup2 makan. kolej akan start sambut perayaan 100 tahun 27july ni, la ni depa tengah dok boh bedak (kata org tua2~dok bersiap) rata2. in conjunction dengan celebration menyambut golden jubilee pemerintahan Tuanku Sultan. tentu ada program SAHOCA, doc tak balik ka melawat alma mater?

Kerp (Ph.D) said...

alamak youtube fail la malam ni doc. waiting for euro matches gets harder without youtube to while away the time...

but as discussed briefly the other day, glad nowadays me and dad speaks much more than before.

tokasid said...

mak ayang:

1-Memang kalau dapat bapa yg overly garang payah jugak. Hilang respect tapi dapat takut pulak.I am sure bila anak2 membesar depa akan lebih attached dgn mak. Pernah jugak kawan yg bapak garang ila dewasa depa tak rasa bapak tu bapak.Cuma seorang org tua yang perlu di layan atau di buat tak tahu.

Saya ni Alhamdulillah,pak mentua pun sporting.Boleh makan,pi ceramah politik,tgk tv dan bermusafir bersama.Yg saya paling bahagia mentua dgn bapak dan mak boleh ngam.

Tentang celebration 100 tahun KSAH tu,tengah dok tunggu kawan2 lama call.Pasai saya jauh di selatan la ni,nak kena plan dgn kawan2 di KL lah.InsyaALLAH kalu takdak aral akan sampai ke sana.

tokasid said...

Ahmad Kerpomovic:

I'm having a connection problem the past 1 week. Mana2 dapat post dan komen di buat dgn penyiksaan.

Pun dok tunggu game france - italy.Nak tgk sapa nak nangis.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Doc Tokasid

Dulu dan kini memang Ebiet tu pilihan saya dan juga penyanyi Malaysia kita ialah Suhaimi Meor Hasan. Lagunya amat berkesan dalam maknanya. Lagu ini betul betul membuat saya jadi sayu mengenangkan Almarhum Ayah yang telah lama pergi. Masih terbayang wajahnya yang terakhir dilihat ketika pulang setelah dia nazak, Almarhum memberi respons, mungkin Almarhum menunggu saya pulang satu-satu anaknya yang merantau jauh.....
Kini saya masih jua diperantauan tiada siapa yang nak mengadu apatah lagi nak cakap melayu.....Alhamdulillah anak lelaki sya tetap ingatkan saya email ucapkan Hari Bapa.
Tokasid memang bijak dan handal dalam mengungkit memori silam.....teruskan moga menoleh ke belakang akan menbuat kita melangkah kehadapan lebih cermat tambah yakin.
Terima kasih

tokasid said...

Wassalam mamadou:

Sama line lah kita ye suka EGA dan SMH. Sohaimi ada adik yg buat lagu2 folk secara indie.InsyaALLAH seminggu lagi saya akan dptkan album terbaru dia(Serkat, album berkisar tema sarakatul maut)saya akan buat posting khusus(my promise to him).
Why not you try dengar Iwan Fals di You tube or Imeem.Iwan Fals pun Indonesian folk singer cuma pada peringkat muda dia agak keras dan lantang dalam kritikan terhadap pemerintah Indonesia dan tidak menggunakan bahasa yg sehalus Ebiet.

Alhamdulillah mamadou sempat jumpa Almarhum sebelum dia meninggal.
Saya tidak sempat malah tak sempat juga hadir pengkebumian bapak( ada posting tahun lalu nanti saya carikan).

Di mana saja kita berada ingatan terhadap mak ayah akan tetap segar.Saya punya adik perempuan yg kini dapat jadi warga Amerika dan tinggal di California.Alhamdulillah anak2 nya dia ajar cakap Melayu supaya dapat komunikasi dengan tok mereka.Adakala bila adik tekifon mak di taiping, anak2 nya akan bersembang dengan tok mereka dan akan baca surah2 yg mereka dah hafal utk tok mereka dengar.Mak akan beritahu saya ttg hal2 ini dan jauh di hati mak saya tau mak akhirnya sudah redha adik menetap di Amerika.

Saya dapati kdg2 bila merantau di negara lain,jati diri kita sebagai Muslim dan Melayu lebih kukuh berbanding kami yg sentiasa di tanah air.

Sekarang ,kita yg telah tiada bapak(atau mak) kita lakukan tugas anak yg soleh.Kita doakan mereka setiap hari.