Thursday, June 12, 2008

Terkenang semasa dulu.....part 6

1969.
Malam Raya
Kg Bujang ,Merbok.


Yeeeeeehhhh...esok Raya!
Agak riuh rendah di rumah Tok selepas berbuka puasa. Anak cucu sudah mula berkumpul sejak petang. Keluarga aku baru sampai petang itu dari Taiping dengan menaiki bas. Keluarga kami paling jauh yang pulang.keluarga Pak Tam tak pulang. Masa tu Pak Tam posting di Kucing.

Lepas makan kami kanak-kanak turun bermain di laman. Abang dan kakak saudara yang lebih besar mengeluarkan pelita dan botol-botol minyak gaih(minyak tanah).Minyak gaih di tuang ke dalam pelita dan di sangkut ke batang batang kayu yang telah di pacak beberapa petang lalu.

Dalam rumah Tok,mak dan makcik serta Tok sedang sibuk membuat ketupak dan kuih bangkit dan bahulu dan sampret daan rendang. Ada yang sedang pasang tirai tingkap(langsir).

Kami anak-anak mula keluarkan bunga api dan mercun.Tak ada mercun roket. Berhampiran pagar depan jalan kampung Bang Jon dan Bang Mi sepupu aku sedang memasukkan karbait(carbide) ke dalam batang besi(nampak macam batang besi katil dulu-dulu) untuk di buat meriam untuk 'bertarung' dengan anak-kanak lain di seberang jalan. Kami tak pernah main meriam buluh.Jadi meriam di buat dari batang-batang besi atau tin-tin Milo yang di buang punggung dan kami tanam ke dalam tanah supaya meriam tin Milo tak melayang bila meletup.

Kami yang kecil-kecil hanya di beri izin main bunga api.Mercun dan meriam tak boleh. Cuma boleh tengok dari jauh saja.Tapi Bang Jon dan Bang Mi kadang-kadang bagi jugak aku cucoh meriam atau main mercun yang mereka dah cucuk pada bilah lidi penyapu.Lepas di cucuh api pada sumbu mercun aku di suruh depang tangan supaya mercun tak meletup dekat muka atau tubuh.

Di antara rumah Tok dan rumah Mak Ndak( same compound) ada 3 barisan pokok getah(dan banyak di belakang kedua-dua rumah). Dengan idea kreatif yang aku ada, bunga-bunga api yang aku nyalakan aku lambung ke atas pokok getah agar batang bunga api(yang aku bengkokkan dalam bentuk J akan tersangkut dan nampak cantik .

Tapi memang malang tak berbau.Dalam melambung bunga api, sebatang telah terjatuh di atas bumbung dapur rumah Tok( rumah ibu beratap zink).Bumbung beratap rumbia.Tau-tau saja api menyambar atap. Kak Tinah dan Kak Ani terus menjerit panik.

"Bumbung tebakaq!Bumbung tebakap!"

Yang dewasa di dalam rumah pakat meluru ke tingkap menjengah kami kanak-kanak di bawah.

"Tebakaq? Mana?"
"Bumbung dapoq Tok! Tuu...api koi besaq"

Bang Jon yang sedang bermain meriam terus berlari ke arah rumah Tok.Bila dia nampak api di atap dia dengan pantas memanjat pelantar dapur dan para kayu yang ada di tepi dinding.Dengan pantas juga dia penarik lapisan atap yang terbakar dan membaling ke bawah.

Selamat rumah Tok dari terbakar malam Raya.Aku cuma berdiri kaku dan tak terkata apa.Cuma tercegat macam batang talipon.

"Sapa balin bunga api ataih atap?"

"Adik Sham yang balin......", sambil menunding jari pada aku.Aku tak ingat sapa yang dedahkan rahsia bencana tu.

"Sham!Hang mai sini! Mai naik ataih ghumah!", jerkah mak dari pintu dapur.
"Amboi...hang nak bakaq ghumah Tok hang noo!!"

"Dak....dak...cek tak sengaja" balas aku dengan cuak.Siaplah aku kena tarik telinga nanti.

"Mai naik!"

"Sudah lah tuu...kesin kat budak tu.Bukan dia sengaja", sampuk Tok yang telah berdiri di pelantar kayu.
"Sham mai kat Tok.Mai tulong Tok buat bauhulu...hang mai tulong Tok rimbuk teloq",pujuk Tok.Aku tahu Tok pasti akan defend aku.Aku cuu kesayangan dia.Tok yang bela aku di kampung sehingga aku masuk sekolah.

Aku naik ke pelantar.Tok capai tangan aku dan bawa aku ke dapur. Berasap dapur dengan dapur kayu.

"Tok...cek tak sengaja Tok...bukan cek nak bakaq ghumah Tok ..."
"Tak pa aih...Tok tau hang bukan saja buat Lain kali kalau nak main bunga api jangan la dok tauk ataih pokok.Main saja macam besa."

"Tok, cek taku mak marah cek...."
"Tak pa hang jangan takut.Kalau mak hang marah hang Tok marah dia balik...."
"Tok...malam ni cek tidoq ngan Tok naa...."

Tok angguk dan usap kepala aku.

36 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam Doc,
Tu dia.. anak pak.. cucu tok

Sat lagi..dapat kat mak dia, bunga ros satu badan wei.. esok raya..orang dok kira berapa duit dapat.. kita dok kira berapa das ros melekat.. hehehe

Well, those were the days.. how lovely to be children.. Can roll the filem again or not?

Anonymous said...

Salam Doc. Nostalgic... nampaknya anak2 kita tak berkesempatan experience pengalaman raya kat kampong macam ni lagi...

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc.

Dah sampai bab Hari Raya dah ek.

Saat yang paling manis dan mendebarkan adalah menunggu saat-saat Penyimpan Mohor Besar mengumumkan tarikh Hari Raya. Suspen. Hari ini dah tak suspen sangat. Macam dah tau bila.

Saya terbayang-bayang bermain meriam buluh. Berlawan-lawan dengan kampung sebelah. Kemudian bermain 'kertuk' di surau sepanjang malam Raya. Dan kenangan yang paling tak dapat saya lupa, saya ter'target' mercun roket ke arah emak saya. Nasib baik sipi-sipi kena. Kalau tidak, entah....

Trimas doc, berkongsi kenangan di sini. Membangkitkan nostalgia saya juga.

tokasid said...

Wassalam jeeja mantra:

Cucu Tok definitely YES!!
Anak bapak, not really.Bapak never openly showed he favoured any of his children.He treated all of us the same.
Kalau nak pi buat baju Raya di Taiping, dia akan bawa 2 by 2 guna basikal dia ke tukang jahit.Dia akan suruh kami pilih kain corak apa yg berkenan di mata kami(within his small budget) jadi setiap tahun kami tak boria masa raya.

Mak selalunya jarang marah2 kami adik beradik melainkan we did something gravely wrong like pergi mandi lombong or dah sampai nak masuk maghrib tapi tak balik2 mandi lagi...memang dia akan pot-pet.

Selalunya mak marah guna saikologi,like she will say: Tadi ada org kata hang naik gherek(basikal) laju benaq....

There was once when I was in semester 3 Asasi Sains.I went home using the KTM train as usual.Tengah dok hisap rokok kat pintu keretapi tau-tau kat hujung gerabak nampak Cikgu Gayah kawan baik mak.The next day at home mak tanya: Hang hisap rokok ka la ni?

I knew Cikgu Gayah must have told her.I jut nod in agreement...

tokasid said...

Wassalam Pak Dhahran:

Sekarang malam Raya anak-anak(dan mak-mak) terlopong depan the idiot box.Bukan malam Raya saja,siang raya pun macam tu.So ziarah menziarah dah kurang.
Gone are the days groups budak2 go from house to house in big groups.
here I usually receive groups of 3-4 and they only nak duit Raya.

Zaman dulu sebab tak ada TV kat kampung jadi berjalan raya dan main mercun/bunga api lah part menghiburkan.

Macamana agaknya lagi 10 tahun nanti ye? Beraya online depan computer pulak kot.

tokasid said...

Salam Wak Pinter:

Wak tembak ibu dengan mercun roket? Biar betul wak! Silap hari bulan kalau kena ibu boleh beraya kat Hospital Muaw!

memang seronok bila berperang dgn musuh seberang jalan.Lawan meriam geng mana bunyi paling kuat.

Tapi sekarang ni bila nak raya ramai jugak yg main meriam buluh but ended up with tragedy.Jari putus,muka luka,hilang mata sebelah....

Tanpa aktiviti mercun dan meriam ,malam raya terasa sunti sekarang ni.

Anonymous said...

salam Tokasid,
Memang macam tu la jadi cucu kesayangan Tok noo.Kalau kat 1st kolej, pelajar lelaki suka tembak mercun masuk bilik kami..mungkin cucu tok juga ka?
Tokasid memang terer mengarang,memori pun masih ok no..Tunggu lepaih ni keluaq buku pulak versi Awang Goneng Tepeng..

Unknown said...

Sham, hang nak bakaq ghumah aku ka, jaga aku nanti potong elaun hang 10% dan hang tak buleh pi cuti di London.

cakapaje said...

Salam Doc,

Wah! Cucu Dato', rupanya, lol!

Tapi den pun ado pengalaman sebegitu, cuma kek sekolah je. Dan yang pegang rotan, Guru Bosau den...memang dia bosau! lol!

Kerp (Ph.D) said...

doc,

tu lah dia tugas tok/opah- manjakan anak cucu...hehehe...kali ni tok jadi saviour. asal mak/pak metor lari kat tok.

aiseh, entry ni buat aku tak sabar nak tunggu bulan puasa. berapa bulan je lagi...

jagoan said...

hari raya, jadi budak-budak paling best kan. Jadi, bapak budak kurang best arr... :D

tokasid said...

Salam Mama drzeze:

mmang tau di 1st college ada bebudak jantan dok tuju mercun roket ke blok pompuan.Tapi tak tau lah Morni terlibat atau dak(hehehe...)

Aku di 2nd dulu tak main mercun atau bunga api dah.Lagi pun di 2nd blok pompuan kat atas blok lelaki bawah(terbalik dari 1st college).

tokasid said...

Che'gu:

Aku kalu kena potong elaun tak pa....jgn potong 'anu' sudah.Tak mau jadi Auww....

tokasid said...

Salam Shah:

Bukan cucu Datok tapi nenek.

Di utara nenek di sebut Tok.Kalau Datuk di sebut Tokwan.

I never had the chance to meet my Tokwans but had both Toks sampai my adult life.

Kau bakar sekolah ko main morocun kek skolah jang? VI ko?

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I'm ok with fireworks, only if I don't have to be the one to lit it up.
One experience is enough to teach me a lesson about the hazards of fireworks.
I was lighting up this mini-KLCC fireworks back home when it fizzled out.
Well, I thought it did. I walked towards it, thinking I could light it up again.
I was five feet away from it when it starting shooting to the sky.
Luckily I didn't get burnt then.
Now, I'll settle for sparklers anytime.

tokasid said...

Kerp:

You got that right bro.Tok was always
my saviour kalau kena marah dgn parents.

Tak sabar nak tunggu bulan puasa?Tak sabar nak puasa ke tak sabar nak makan mcm2 juadah ke tak sabar nak main bunga api?LOL!

tokasid said...

Salam ahtok:

Timakasih kerana singgah dan tinggalkan komentar.

Hari Raya budak2 paling best.
Bapa budak kurang best
Mak budak best yg amat meletihkan
Abang budak best sebab sering ponteng puasa
Kakak budak best ada alasan utk tak puasa.

tokasid said...

Fauziah:

Ouch! That sure scare life out of you.

Sparklers is okay but there is one problem.Kids(and adulted kids always threw the dawai all over and I have seen many feet got pricked by it.That is hazardous.

Anonymous said...

Salam Jemahat Doc.Bab rimbuq teloq!Alahai ada memori tu..Masa bebudak.Dlm berpelikat kena tolong mak buat Buah Ulu.Dah feil bebudak dok ralit nak berambat main.Rimbuq ler lelaju.Rimbuq punya rimbuq ..Syhhh..terlondeh kain.Kena ler sepiat telinga dipulas ibu."Aku suruh rimbuq telog itek bukan suruh tunjuq telog hang" Ambik sebijik!Mujuq tak der anak dara sunti melintas lalu.Kalau tidak malu besaq noq..... Memori masalalu:Rio Alang Sedayu.

tokasid said...

Salam Riong Alam Sedayu:

Kah3...kesian hang kena piat telinga.
Tapi memang betoi...kalau kawan2 lain tengah dok reyoh main kat luaq,kita pulak di grounded dgn membuat kerja2 tolong buat kuih Raya ,teramatlah frust nongeng.
Memang kalu rimbuk teloq laju tapi tak full force so teloq tak naik, buah ulu tak lembut.

Tapi aku paling seronok bila time tolong test kuih raya...test tak boleh sekeping.Kena banyak keping sampai sedawa errrkkkk.....

Raina said...

assalamualaikum pakcik

cheq x lahir lagi masa tu

lorr bes nye

main mercun buluh

lani cheq tgk org main mercun

kt Putrajaya jek

masa Int. Firework Show

anak2 cheq bukan mein seronok lagi

teringin gak main mercun kt cn

nak test bakar bumbung Sri Perdana

huahaha!! oppsss..

tokasid said...

salam minahkaypoh"

zaman tu tak ada tv macam sekarang.Rumah yg ada tv pun semua hitam putih.
Jadi hiburan waktu tu ialah main meriam,mercun dan sparklers.Atau jadi kuih tester di dapur.

Hmmm...nak tembak mercun ke sri perdana?Arson kot...tapi bila memikiorkan yg kuat tidor tu mungkin bumbung terbakar akan membangunkan dia dari tidur yg panjang.

KAMATO said...

Yang peliknya walau pun main meriam buluh dulu2 tu, tak dengar pulak yang cedera putus jari

Unknown said...

Doc,
Wah ganas main bunga api ya? Tu baru bunga api tu hahaha.

Pak Zawi said...

Doc TA,
Very nostalgic. Had my fair share of meriam buluh during Raya but never dared to use carbide as they are too powerful and scary. Had my eye lashes singed too.
See how Tok are so forgiving and loving when it comes to the cucu?

Anonymous said...

Salam Doc,
"Tak pa hang jangan takut.Kalau mak hang marah hang Tok marah dia balik...."
Saya rasa macam, saya pun akan jadi macam Tok Doc itu nanti, bila cucu saya dah besar.

Anonymous said...

la! cucu org kampung bujang ka? che' abang kat umah org belau~ dekat sangat lah tu! dia slalu cerita kisah hidup di kampung, maklumlah hero...lebih banyak dok atas pokok dari dok atas tanah. musim moktan, atas pokok moktan, musim mempelam dok atas pokok mempelam, kalau tak dak musim buah, panjat pokok keghiang dot! Bila lapaq, teghebe (lastik) burung, burung jatuh pening depa sembelih, pastu bakaq, sedih no? anak-anak kita dah tak merasa kemanisan hidup macam ni. apalagi cucu kita..greenhouse effect nye, polluted rivers, genetically modified foodstuff.

tokasid said...

Salam Kamato:

Rasa2nya dulu pun ada yg putus itu putus ini.Tapi sebab masa tu akhbar tak meluas,tv lagilah terhad.Jadi kisah2 luar bandar yg negatif jarang mendapat tempat kot.

tokasid said...

Akmal:

Masa tu darjah 1 so kira tak lah ganas sebab masa lambung bunga api sudah tersalah projection,nak kasi lekat ke ranting getah jatuh atas atap rumbia pulak.

Yg ganas bila dah darjah 4-6....masa tu kita pulak jadi taiko.

tokasid said...

Pak Zawi:

Tak guna carbide utk meriam buluh? Habis guna apa pak?

Setahu saya di Kg Bujang dan Taiping kami guna carbide je.

I guess all Tok,Opah,Nenek,TokWan, Tok Ayoh memang over protective terhadap cucu mereka.

Most probably kalau ada cucu nanti saya pun gitu jugak.

tokasid said...

Pak Zabs:

Rasa2nya saya [pun harus gitu jugak.

Sekarang Pak Zabs dan Pak Zawi dah bercucu...memang akan terasa bila mak ayah mereka marah mereka.

Mak saya kalau kami adik beradik marah anak2 kami depan mak, dia akan bela cucu dia, pujuk nanti tok beli itu beli ini,nanti tok bawak gi makan sana makan sini.

Hehehe...yang kita dulu dia sebat sebab nakal yg sama jugak....LOL!

tokasid said...

Mak ayang:

Ohh...che abang orang belau?
Memang zaman tu kalau dok di belah sana seronok sangat.
Bila musim buah memang dok meniti kot ataih ranting.Kalau boleh nak ke ujung julai amek buah.

Dak pun pi mandi di Tandop atau mandi di Tupah. Dak pun pi cari ikan sepat di bendang.

3 tahun dulu saya bawak anak balik ke Kg Bendang Dalam(kampong bapak),di rumah Wa saya ada mesin getah jadi saya tunjuk kat anak.Dia naik heran. Saya cerita macamana getah kepin di buat dari motong samapi boh cuka sampai jemoq sampai mesin.

Bukan saja anak2 yg dok pekan tak tahu perkara ni lagi, ramai jugak budak2 kampung dah tak tahu hal2 ni.

Sedih.....

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
camna tiba-tiba nostalgia ni..

tokasid said...

Salam Afrar:

Tak tau lah sheh...tiba2 teringat kisah2 lama ada yg ingat ada yg lupa.Tu yg terus tulis...supaya yg masih ingat tak jadi lupa pulak.

lukmanw@gmail.com said...

Salam Doc

Rumah Doc kat Jln Bakar Sampah tu ada tak Apek Tua berbasikal jual Ais Krim Potong dengan Roda Tikam dia?

Saya dok Jln Wat Siam 1978-79 mesti tunggu Apek Tua ini setiap petang.

Lukman
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

tokasid said...

Lukman:

Dari tahun 75-79 aku dok hostel di KSAH.jadi pasai apek tu aku memnag tak tau.Tapi selalunya puak2 juai ais krim ni depa ronda habih kampung2 kita tu.