Oktober 1989
Hospital Taiping
"Doktor........doktor kena nyanyi sebuah dua lagu untuk dinner nanti"
"Eh!Saya mana reti nyanyi"
"Alah doktor........jangan lah nak malu-mula.Ramai staff nurse kat Gynae ward kata doktor pandai nyanyi....depa kata doktor selalu dok nyanyi masa buat ward rounds malam-malam"
"Heh heh heh!Nyanyi bagi patient lagi sakit boleh lah"
"Tak kisah.Saya dah bagi nama doktor kat Matron.Saya ingat doktor lain pun ada nak nyanyi malam tu.Doktor jangan risau...saya pun nyanyi jugak nanti"
"Okay lah....saya sporting kali ni"
"Orait! Macam tu lah....kita mula latihan minggu depan dengan band Penjara Taiping.Doktor nyanyi lagu Rahim Maarof boleh?"
"Tengoklah macamana......."
Minggu depannya selepas habis kerja-kerja wad dan klinik aku ke Penjara Taiping.Naik motorsikal tunang.Import dari Melaka via Universiti Malaya.
Di kelab rekresi Penjara Taiping yang kakitangan hospital dah sampai lebih awal.Ada yang dok bincang dengan band boys tentang lagu yang nak mereka nyanyikan.
Aku cuma duduk di penjuru.Kemudian dua orang attenden hampiri aku.
"Doktor baru sampai ke?"
"Ya...hangpa sampai lama dah ka?"
"Ada lah 15 minit...band nak tahu lagu apa kita nak bawa nanti.Boss pi la habaq kat depa lagu apa..."
Senyum.Angguk.
"Sat lagi lah....biaq yang lain bagitau dulu...."
Seorang dari mereka hampiri band leader dan berkata-kata.Band leader jeling ke arah aku.Tangan di angkat tanda menyapa.Aku angguk.
"Doktor...apa habaq?"
"Sihat.Kalu dak tak sampai la saya kat sini kan?"
Dia ketawa. Dia keluarkan sebatang rokok dan nyalakan api.
"Doktor nak bawak lagu apa"
"Heavy Machine.Lagu baru.Kat radio pun tak dak lagi.Saya baru beli keset 2 minggu lalu"
"Heavy Machine?LAgu apa?"
"Gelombang Cinta....."
"Oh....saya tak ernah dengaq lagu tu...."
"Tak apa.Saya ada bawa keset depa".Aku unjurkan keset Heavy Machine dari pouch beg.
"Mai saya dengaq dulu noo...Saya ajak drummer sama boleh kot"
"AWat tak boleh pulak"
"Woi Mat Hensem!Mai sat.Kita dengaq lagu baru ni....doktor nak bawak"
Kami ke keset palyer. Beberpa staff hospital ikut serta.Keset di masukkan ke compartment.Di tutup.Ketap!Butang play di tekan.
Gelombang Cinta berkumandang.Asyik.Band leader dan Mat Hensem si drummer mengangguk mengikut irama.
"Wuih!Best lagu ni doktor! Tapi ni lagu baru kena lama sikit practise.Lagu orang lain kami dah biasa."
"Tak paa....kalau hangpa rasa susah kita buat lagu lain"
'Ehh...takpa,takpa....lagu baru ada challenging sikit...Tapi hari ni tak dapat lah.Doktor bagi kami 3 hari boleh?"
"No problem....."
Selepas itu sesi latihan selama 2 minggu( bukan setiap hari).Kalau tak on-call aku akan ke kelab rekreasi Penjara untuk practise.Berita aku nak nyanyi dah tersebar di hospital.Sampai patients pun ada yang tahu.Kadang-kadang bila buat night rounds akan ada patents(yang memang long staying patients) akan usik aku.
"Doktor...nyanyi lah kat kami....."
"Makcik nak lagu apa? Saya lagu Eskimo boleh lah!"
Malam Jamuan Hospital di adakan di Dewan Perbandaran Taiping. Ramai yang hadir.Yang bertugas tak lah datang.Sapa pulak nak jaga pesakit.
Akhirnya giliran aku.
"Tuan-tuan dan Puan-puan! Di persilakan Doktor Zul dengan lagu Gelombang Cinta....."
Tepukan.Clap-clap-clap.Wolf whistles.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
20 comments:
Selamat ber"RABU" Doc.TEntu majlis tu syahdu syahdan kann..Apatah lagi masa Doc mengalunkan lagu "Gelombang Cinta'.Pasti terbayang wajah tunang diruang mata.Ishhhh....ada tak"bercanda di pasiran pantai" macam Sudir dan Kak Nita? Rio
Salam RAS:
Lagu je syahdu syahdan. majlis rioh sakan maklum lah macam annual dinner.Ada student nurses buat tarian,boria,sketsa.Ada penyampaian hadiah etc.
Tunang tak le terbayang sebab hari2 telipon(telipon dulu nanti potong gaji bila hujung bulan).
Masa muda2 dulu sering jugak dok melalak sana sini sewaktu di MU.
Sejak pindah Melaka terus tak nyanyi lagi.Kalau nyanyi balik sekarang tentu pitching lari.
pheeeewit
tangkap lentok dgr sora pakcik
satu lagu lagi pls
sat lagi
cheq nak dgr lagu tu
lupa dah camne..
Doc,
Peeeh, artis rupanya dulu. *clap clap clap* Dapat bunga tak masa nyanyi? Mesti dapat punya niiii...
Salam Doc,
Peeeeeeeewit! Ni baru nama The Singing Doctor! ;)
Er, Doc, you tube taknak jalan le. Tak dapek dongar lagu Heavy Machine. Last den dongar HM, waktu depa main kat PJ Hilton. Tapi tak silap, tahun 90an dulu, depa beli tempat kat Life Music Centre dan jam kat sana.
mk:
Hahaha....dalam clip tu bukan sora pakcik laa...
tu sora Olie one of Heavy Machine's singers.
Masa pakcik nyanyi dulu tak lah sesedap HM buat. Tone lain,pitching lain.Tapi masa pakcik nyanyi memang pakcik rasa sedap sangat lah...
Akmal:
Bunga dapat,mancis dapat,lighter dapat,kotak rokok dapat.Ada satu attenden angkat pasu bunga nak kasi saya....
Nasib baik tak dapat telur busuk.
Salam Shah:
Not really a singing doc.More of a croaking doctor.
In the early 80s ,2nd College in MU invited HM to play during our annual Open day.I was among the AJK responsible to look for a band and we decided on HM. Went to see them at a club in Bukit Bintang area and saw them practice.Seeing them playing live was aan experience which I enjoyed very much.Since then I became a confirmed HM fan.
fuhhh...bakat terpendam rupanya. next time turun kita gi karaoke jom doc. but minus the GRO la, easier to strut our stuff...hehehehe
Tuan tuan dan pompuan sekarang dipersembahkan DR ZULLLLLLLLLLLLL dengan lagu nya gelombang cinta.
Misti ada misi taroh hati sama lu punya, jangan bohong kalau kata tak dak.
Pasu Bunga???
sama je kisah hostel - bila romeo nyanyi ada le geng saya (geng jahat) siap angkat pasu bunga naik pentas bagi.
Lukman
Ahmad Kerpomovic:
Karaoke?
Here's a secret: I've never gone to a karaoke joint before and don't have a karaoke set at home.
I last sang in public was that 1989 Hospital annual dinner.
I used to sing in high tones(dulu2 kan rock Melayu macam tuh) but now dah tak boleh nak tarik suara.Have to cari lagu yang low but my low tone is too low pulak.
And stamina dah takdak nak kawal braething.Dulu okay sebab selalu fit(dok main football and rugby) tapi sekarang exercise pernafasan guna gudang garam je......
So if we gonna go to karaoke, we do need those GRO...wink!wink!
Che'gu:
lalalalalala....lalalala...lalalala
Lukman:
memang kurang asam btoi attenden tu...bagi pasu bunga.Tapi kat hostel dulu aku pun pernah buat lagu tu kat org lain.
Wow.... wow... wow... penyanyi ropa2nya. Kalau aku mati hidup balik takkan nyanyi punya... but then again I don't the talent whatsoever... cool ler hang.. so how's the response...
Pak Mior:
Nyanyi suke2 je Yob.
Dulu kat kampus pernah la jugak masuk talentime pesta convo berentap dgn si Aznil Nawawi tu...tapi aku ngan dia dua-dua kalah.
Response masa annual dinner memang le habat.Bukan ape Yob,teman sorang je doktor yg nyanyi jadi demem semue pakat respek le ke teman ni...bukan sebab sedap nyanyi....
hahahahaha...ok cool. thats the beauty of karaoke joints doc. who cares if you cant sing, the GROs are there to calm your nerve down...hehehehe...
* abis la kalo akak baca ni...mampoihh teman....hehehe...
salam pakcik
antibodi home??
halluuuuu!!
singgah sat
huhuhu.. awat ler sedih
sangat lagu tu
ari tu x dpt tgk video tu
sbb opis blok U-Tube
jiwang habigh :(
Salam Doc.,
Dah agak dah, tentu berbakat punya doktor kita ni. Kalau dulu2 ada you tube, tentu kita semua dah dapat dengar suara merdu doktor....
salam doc,
haahaaha....adoii.... ada lagi hospital staff yang suka nyanyi rupanya.
saya dan beberapa kawan lain di besarkan di kawasan kuarters hospital. antara sebab kami akhirnya jadi pemuzik adalah sebab bapak-bapak kami yang suka ambil bahagian dalam dinner function untuk hospital staffs.last sekali nak cut cost punya pasai, anak-anak kena pi main function tu.
sampai abang tanya bapak awat tak jadi penyanyi je dulu. heeheehee..
Post a Comment