Monday, October 13, 2008

Terkenang semasa dulu 12: Puasa sekolah rendah

Ramadhan 1973.
Darjah 5.
Kemunting ,Taiping.

Sejak tadika Mak dan Bapak dan ajar kami anak-anak berpuasa. Mula-mula sekerat hari. Lepas tu sampai jam 3, 4 dan akhirnya sampai lengkap sehari.

Selalunya dalam darjah 2-3 kami dah boleh ber'posa' sepanjang hari.

Dah menjadi adat budak lelaki sekolah rendah. Berpuasa ka tak berpuasa mana boleh dok diam. Dalam dok berposa kami 'hero-hero' lorong Bakaq Sampah dan lorong 10 Kpg Pinang akan terus dengan aktiviti permainan kami. Termasuk main bolasepak.

Aku masih ingat dengan jelas, bagaimana di sebabkan main bolasepak aku telah 'mencilok' puasa dan kemudian membuat muka 'steben' bila balik ke rumah.

Hari tu hari Sabtu. Kapten pasukan The Red Lion(TRL) dah buat arrangement nak lawan dengan team dari Kpg Jana di Padang SK Long Jaafar.Pagi tu ketika bermain-main kapten TRL, Zetzet bagitau: "Ni sat lagi pukoi 12 kita ada lawan bola dengan budak-budak Kpg Jana.Kita kena pi tau".

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami beramai-ramai menapak ke SK Long Jaafar yang terletak di Kpg Jana.Lebih kurang 2 km dari larong kami di Kpg Pinang. Bila di sana budak-budak Kpg Jana ada yang dah sampai.

Di sebabkan kedua-dua team tak cukup pemain dan tiada pula pemain import pada zaman itu, kami mengambil keputusan bermain bolasepak dan bukan perlawanan bolasepak. Jadi teramatlah sakan budak-budak sekolah rendah main bola sampai hilang ingatan bahawa ketika itu adalah bulan puasa. Lebih kurang 1.30 tengahari masing-masing letih.Badan berpeluh sakan dan tekak memang dahaga yang amat amat sangat. Kalau masa tu ada apek jual aiskerim(berbasikal) lalu di situ alangkah eloknya.Atau kalau makcik yang jual ais kepal dan aih kacang(ABC) buka alangkah enaknya dapat menghisap sirap yang di tuang di atas aih kepai.
Atau jika dapat minum sebotol ayaq lemnet berperisa aiskrim soda atau sasparilla.


Tapi semua itu tak ada di tengahari bulan puasa. Jadi di tengah rembang itu kami menapak pulang. Lebih kurang 100m dari pintu pagar SK Long Jaafar terdapat sebuah paip atau pili awam di tepi jalan besar Kpg Jana.Kepala paipnya besar dan airnya laju. Di sebabkan hari yang panas ada antara kami mengambil keputusan untuk membasuh kepala dan badan di paip air tersebut. Aku letakan kepala di bawah paip dan membiarkan air deras yang sejuk dan nyaman membasahi rambut dan kepala.Aduh enak rasanya ketika itu.

Dalam membasahkan kepala dan muka, aku dengan sengaja 'terminum' air paip beberapa teguk sehingga hilang dahaga dan terasa segar semula.Kalau di ajak main bola semula ketika itu memang aku no problem.
Aku rasa ada kawan-kawan lain yang 'terminum' jugak.Tapi kami masing-masing menafikannya bila di tanya.

Bila sampai di rumah, aku terpaksa berlakun letih. Aku berjalan longlai dan berbaring di pangkin di bawah pokok di tepi rumah. Memang nampak letih. Mak dan adik Nizah di dapur membuat persediaan untuk berbuka puasa.Aku tahu nanti jam 5 petang aku akan di suruh ke kedai membeli aih batu.

Bila mak tanya kemana aku dengan adik-adik tadi aku beritahu kami pergi main bola.Bila mak tanya samada aku ada minum air aku nafikan dan beritau mak yang aku masih puasa.

Seingat aku itu lah sekali aku ponteng puasa dan berlakun berpuasa.

Bila berbuka puasa memang minuman sejuk berais menjadi kegemaran semua.Apalagi jika berpuasa di musim panas atau kemarau.

Semasa sekolah rendah, rumah kami tiada peti ais. Gaji Bapak dan Mak tak mampu untuk kami berpeti ais. Jadi untuk berbuka puasa dengan minuman berais, selalunya menjadi tugas aku untuk membeli aih ketoi di kedai runcit Pokcik Mat Kelantan.

Aih ketoi adalah bongkah-bongkah ketulan ais yang di tutupi dengan karung guni.Jika sesiapa hendak membeli Pokcik Mat Kelantan akan bertanya :" Mu nok berapo kettul awe?"
"Saya nak seketoi saya pakcik:

Dia kemudian akan mengergaji bongkah ais mengikut saiz. Kemudian bahagian yang telah di gergajikan akan di tabur dengan habuk kayu(sawdust) dan di bungkus dalam keratan suratkhabar dan di ikat dengan tali rafia. Serbuk kayu katanya untuk mengurangkan kadar kecairan ais ketul. Bila iah ketoi berada di tangan terpaksalah berlari pulang atau mengayuh basikal cepat-cepat . Masa ni tak boleh nak singgah bersembang dengan kawan-kawan atau nak singgah bermain guli atau getah kerana bimbang ias akan cair kesemuanya.

Dengan iah ketul mak akan buat air sirap atau air bandung yang amat kami nanti-nantikan.Atau kadang-kadang cuma air kosong tetapi berais,itu pun sudah cukup lazat bagi kami adik beradik.

12 comments:

Anonymous said...

السلام عليكـم

Buat aku teringat aih ketoi, dok berebut nak juai sekupang seketoi.Ish hang dah mintakmaap kat mak hang ka?

Teringat bunyi ketapi kat kg hang dulu

Fr
Datuk Shah Udddd Khan

cakapaje said...

Salam Doc,

Ais kosong ada masanya, memang lebih puas banding ngan air manis. Terutamakan, kalau dapat minum ngan cawan 'besi' cam kat kedai makan India! Sejuknya....sehingga pening kepala :)

Anonymous said...

Salam kembali TA,
Aih kepai depan sekolah Langgaq lagi best..depa sagat bagi jadi bulat macam bola..boh ayaq gula kaler kaler hmmmmmmmm sedap macam ABC kan?

Anonymous said...

I ingat lagi bongkah ais yng berbalut kertas suratkhabar mcm yg dr tulis tu.

Kerp (Ph.D) said...

dengan sengaja 'terminum'...muaahahaha...

tapi sama la kita doc. part tuang posa ni selalu berlaku pada saya. tp bukan sbb haus je, ketagih nak merokok ya jugak. lagi2 ada rumah member yang kosong, apa lagi, open table laa...rokok, maggi dan 7-up...hehehe

Anonymous said...

Salam TA,

Samalah kita tang bab ais bulan puasa. Selalu terduduk dan termenung kekenyangan ais bila berbuka. Pukul 6 petang waktu tunggu berbuka, teringat dengar lagu musafir diaidilfitri nyanyian Arwah S.JIBENG. Sedih bang!! Salam eidulfitri.-agogo-agigi

tokasid said...

Wassalam datuk Dr Uddd:

La ni mana ada lagi orang juai aih ketoi lagu tu.La semua dah siap lam kampit plastik atau hat yg lori hantaq ketoi2 kecik berlubahg di tengah.mana payah guna serbuk kayu lagi dah.

Lagi 2 tahun rumah mak aku akan kena gempa bumi setiap kali reta api lalu pasai la ni depa dok buat double track. Koy dekat dengan rumah pulak tu.

tokasid said...

Shah Rir Kan:

You are right there Datuk! I still have a koley besi and uses it after tugasan memotong rumput on Sundays. Nyaman.

Another thing is we keep our drinking water dalam tempayan atau labu sayong...sejuk macam dari peti aih bro.

tokasid said...

Mama zeze:

Aih kepai memang sedap esp pada hari-hari yang panaih. Lagi sedap kalu hak juai tu pemurah dengan ayaq gula dan jika dia top-up ayaq gula kat aih kepai kita yang koy kecik.

Mana nak cari aih kepai la ni? Ni rasa mengidam pulak....

tokasid said...

Anonymous;

Sekarang dah takdak lagi orang jual ais batu guna bongkah macam dulu yang di gergaji mengikut harga sekupang/10 sen dan di balik surat kabar setelah di taburi serbuk kayu dan di ikat dgn tali rafia atau tali batang pisang kering.

Sekarang ais batu sudah di packing samada 50 sen atau satu ringgit.

tokasid said...

Kerpomovic:

That day my sister suspected aku dah 'tuang posa' coz aku was like very segar despite playing footbal dari pagi sempai rembang.

Sekolah menengah sampai varsity sampai la ni aku tak pernah 'tuang' lagi.

Anyway nanti aku akan tulis about posa di kampus and will introduce own very own super hero: Superchicken

tokasid said...

Bro ngaklompak agogo:

Iyo jang, samo lah bebidak di Kodah ko,Nogori ko,Pegahk ko... aih batu jadi pilihan utamo. Bilo dongar bedok bunyi di masjid atau bunyi letupan moriyam( thats what the did in Alor Staq) copet2 minum air aih sampah kombong porot.
S.Jibeng memang buek ngalir air mato maso di kampus dulu bro.