Friday, July 10, 2009

PPSMI: An Option to please everyone

Salam to all.

Setuju? Tak setuju?
Bahasa Malaysia? Bahasa Inggeris? Bahasa Mandarin? Bahasa Tamil?

Fakta: PPSMI akan di batalkan menjelang 2012.

Ramai yang bersorak keriangan dengan pengumuman Mahyuddin tempuh hari. Ramai mak bapak Melayu gembira dengan pertukaran ini seolah-olah anak mereka akan tiba-tiba akan lebih pandai dari sebelum ini. Mereka lupa ramai jugak anak Melayu yang kantoi sepanjang pelajaran Matematik dan Sains di ajar dalam BM dulu.
Ahli-ahli politik yang dulu bersorak dan menyokong tindakan DrMahathir pada tahun 2003 kini bersorak dan menyokong tindakan yang diumumkan oleh Mahyuddin. Mungkin dulu mereka bodoh dan ikut saja segala cakap Dr M.Atau dulu mereka takut nak bangkang Dr M kerana dia tahu terlalu banyak rahsia mereka.

Kini sokongan mereka terhadap keputusan Najib/Mahyuddin mungkin kerana mereka sudah pandai.Atau mereka tahu Dr Mkini sudah tumpul taring dan kuku untuk bertindak ke atas mereka.Atau mungkin mereka tahu mereka WAJIB mengikut arus aliran terkini untuk 'selamat'.

Ramai jugak yang tidak bersetuju. Ramai yang upset.Marah-marah. Ada yang kata nak masukkan anak ke sekolah International selepas ini. Mereka hancur sudah harapan masa depan anak mereka.Mereka rasa anak mereka akan jadi bodoh bangap dan bahlol kerana terpaksa belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu.Mereka rasa bahasa Melayu tak ada class.Mereka rasa Bahasa Inggeris lah segala-galanya buat mereka. Mereka rasa Malaysia akan kiamat jika kena belajar semuanya dalam bahasa Melayu.

Aku ada satu cadangan untuk menggembirakan hampir semua golongan dalam isu ini.

Wah wah wah...pandai sangat ka aku ni?Tak.Tak pandai pun.Bijak jauh sekali.Bukan merendah diri. Tapi Maniam lebih mengenali Johari.( ini bukti aku tak pandai apalagi bijak.Baru semak rupa rupanya Manikam lebih mengenali jauhari).

Hah! Apa cadangan aku?

Apa kata kalau Kementerian Pelajaran buat(semula) pembelajaran sains dan Maths dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Dan bahasa Mandarin.Dan bahasa Tamil. Kalau sapa-sapa nak dalam bahasa Arab atau Urdu atau swahili atau Mongolia atau Sepanyol, Kementerian boleh adakan.

Masih ingat atau tidak pada tahun 70an dulu? yang pernah alami tentu masih ingat. Yang masih muda,aku nak cerita sedikit di sini.

Alu masa darjah satu dulu( 1969) bapak masukkan aku ke King Edward VII-2 Primary school di Taiping. Sekolah aliran Inggeris.bapak dulu sekolah Melayu di Kedah.Mak pun sekolah Melayu(mak dapat masuk sekolah Inggeris tapi tok tak bagi mak pi.Takut mak jadi Kristian. Itu lah gambaran orang Melayu luar bandar pada zaman mak).

Jadi bapak dapat kerja askar saja. Mula-mula British Army di Singapore. Bila British berambus, bapak di serap ke dalam tentera Malaysia dan masuk unit Angkut.Mak pula jadi guru sejak umur 18 tahun sampai pencen.Guru sekolah Melayu.

Mungkin bapak fikir kalau aku masuk sekolah Melayu, harapan aku nak berjaya agak tipis.Waktu itu sapa masuk aliran Melayu di anggap lekeh.Bukan lekeh saja.Lekeh sungguh!

Jadi aku masuk sekolah aliran Inggeris( yang terakhir menduduki MCE pada tahun 1979. Tanya lah MatSalo atau Shah Cakap aja atau Dr Zeze). Tetapi pada masa yang sama terdapat banyak sekolah beraliran Melayu.Di Taiping yang terkenal ialah Sekolah Menengah Dr Burhanuddin yang terletak di Kampung Boyan.Ini sekolah menengah aliran Melayu. Yang sekolah aliran Inggeris lagi lah banyak.Ada King Edward(KE) ada St George ada All Saints Ada Treacher Methodist Ada Convent Jalan Kota.Juga ada aliran Mandarin seperti Hua Lian.

Jika dulu boleh di buat beberapa aliran bahasa untuk belajar Sains dan Matematik MENGAPA tak boleh di lakukan sekarang?

Biarlah mak bapak pilih aliran mana nak masukkan anak mereka. kalau yang rasa anak mereka akan mudah faham dalam aliran Inggeris biarlah mereka masukkan ke sana walaupun kebanyakkan sekolah aliran Inggeris akan berada di bandar-bandar.

Memang akan banyak masaalah akan timbul jika cadangan aku di laksanakan. Kementerian terpaksa pilih sekolah mana nak buat aliran Inggeris dan mana untuk aliran melayu. Mak bapak akan tak puas hati jugak bila sekolah yang dekat gengan rumah mereka di kekalkan sebagai aliran Melayu atau di tukarkan ke aliran Inggeris.menyusahkan mereka nak hantar anak-anak ke sekolah.

Kedua ialah pembahagian guru-guru ke aliran mana.Mungkin ada yang tak mahu di hantar ke aliran Inggeris atas dasar payah nak mengajar atau alasan jarak sekolah baru dari rumah.

Jugak akan kita hadapi masaalah sekolah yang tiba-tiba tak cukup kelas kerana deman terlalu banyak.Juga sekolah yang tak cukup murid kerana tak ramai yang mahu masuk kerana aliran yang tak sesuai.

Memang sukar. Buat lagu mana pun akan ramai yang tidak akan berpuas hati.Itu sudah tentu. Tapi cadangan aku ialah untuk memberi option pada yang bersetuju dan pada yang tak bersetuju dengan pengumuman Mahyuddin.

4 comments:

Pak Idrus said...

Why not just reintroduce the English School and call it the Sekolah Kebangsaan Jenis Inggeris. We already have Sekolah Kebangsaan Jenis Cina and Tamil. So it would not be that difficult to set up another stream. Sekolah Kebangsaan Jenis Inggeris and let the parents choose. In just one generation we could produce thousands of English educated graduates for both the local and world market.

Remember reference books on Science and Maths are not easily available in BM but there are millions of books and other references in English and Mandarin, so it is those who knows English and Mandarin that would benefit and not those educated in BM only. Again those who are not educated in English or Mandarin would became the looser.

Does we want to be left behind, surely not. So to me bring back the English School and this would solved the problems once for all. Thanks.

tokasid said...

Pak Idrus:

Apparently the politicians doesn't think that way.
They prefer to regain back their declining support.And they think their move is best for us Malaysians.

Will we be suprised if these ministers children will have their education in the UK or Australia or Singapore or the US, in English.

Yes, just bring back the English schools and let us parents decide which school our kids should be in.

Unknown said...

Saya setju ngan Doc dan Pak Idrus. Enough said. But can we take a relook at the syllabus please... susahnya macam belajor kat U. Or the kids are cleverer nowadays.

Wan Nordin Wan Hussin said...

Exactly my sentiment too. Do the ding-dong politicians really know what they are doing?