Showing posts with label incidents. Show all posts
Showing posts with label incidents. Show all posts

Monday, July 23, 2007

A shocking week it was

Salam to all.

The last week or so, so many things happened. Somehow related to us.
On the national side there's the (in)famous NURI crash.

And Mak Mahyar, Raden Galoh's MIL left us due t the complications of her various medical conditions.

2 days ago, my dear friend and our fellow-blogger Dr Morni Samarahan sms-ed me just before maghrib. It was a shocking news. No wonder he didn't update his blog for the last week.
If we remember correctly, Dr Morni always gave us tips of staying healthy.Alhamdulillah.
Unfortunately, few days ago he had a Myocardial Infarction(heart attack). One of the artery to his heart was blocked. Alhamdulillah he managed to get himself in Kucing Hospital and had an angioplasty done with stenting.

He was discharged on the day he sms-ed me.
To Morni: ..mamat,hang tolong jaga kesihatan hang elok-elok noo. Bukan apa, anak hang semua kecik2 lagi( tu la hang menikah lambat awatnya?). Kalau apa2 jadi aku susah nak jaga depa pasai jauh.
Satu lagi hang jangan marah aku boh entry ni noo...pasai tak mintak permission hang.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, July 18, 2007

NURI oh NURI....


Pesawat Nuri sekali lagi mengalami masaalah dan telah mengorbankan 6 nyawa.Innalillahi wa inna ilahi roji'un. Kita faham ajal tidak akan lari walau sesaatpun dari yang telah ditentukan.
Cuma kita ralat kerana pesawat Nuri sering mengalami kemalangan(begitu juga peasawat jet lathan TUDM yg sering terhempas di Kedah atau Pahang).
Tentu ada sesuatu yang tidak kena di sini. Tapi apa ya? Mungkin pesawat2 yang kita ada sudah terlalu tua dan sepatutnya di jual sebagai besi buruk?
Di sini saya buat copy dan paste beberapa artikel NST dan Bernama dan sebuah discussion group tentang Nuri.

Semoga selepas ini kita akan jarang mendengar tragedi sebegini.

Reference the RMAF Nuri helicopter which went missing with 6 crew members on board.

It is to be noted that the Nuri helicopter, the workhorse of the RMAF, entered service 39 years ago(1968).

It does not have an emergency locator transmitter which would allow rescuers to locate it.


How can one have a decent maintenance program and ready availability of spares for helicopters that are almost 40 years old?

Why should the govt be spending a few billion ringgit to buy a squadron of Sukhoi SU-30MKM fighter jets from Russia when they are not paying attention to the basics - like getting modern helicopters for the armed forces?

Surely, our fighting men and women in uniform deserve better?


In fact, it is distressing to note that, unlike other aircraft in the RMAF fleet, the ill-fated Nuri helicopter is not equipped with an emergency locator transmitter which is designed to send off a distress signal when an aircraft crashes. Instead, Nuri helicopters have to make do with the manual, hand-held search-and-rescue beacon. It is true that all that the survivors of the Nuri crash in Ba’kelalan, Sarawak, three years ago needed were a flare gun and a smoke grenade to attract the attention of a hovering helicopter.

Questions must also be raised over the fact that neither the cockpit voice recorder nor the flight data recorder are deemed essential equipment in the Nuri. Since their installation would have been a help to investigators in determining what happened, an opportunity to improve helicopter safety appears to have been lost.

Apa Menteri Pertahanan Najib kata tentang helikopter NURI. Jadi selamat kah anggota keselamatan kita?

Kita amat berharap sesuatu yang positif yang memikirkan keselamatan anggota keselamatan kita boleh dilakukan.Janganlah( diharapkan) keputusan nak membeli atau tidak membeli peralatan tentera(atau apa2 saja) bergantung kepada siapa boleh dapat habuan komisyen yang tinggi.

Kepada keluarga mangsa pesawat Nuri yang terkorban, kita berharap mereka akan bersabar menghadapi ujian yang berat ini. Doa kita kepada arwah-arwah, semoga roh mereka di Rahmati ALLAH SWT.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, July 2, 2007

Ada ka patut di layan begini??

Farmosa
foto :tokasid

Minggu lalu Mrs TA dapat surat dari Pejabat Tanah Jebatville. Surat tu memberitahu bahawa MrsTA antara 200 pembayar cukai tanah( kira macam Tuan Tanah Kedowong lah ni) bagi 2007 yang telah memenangi hadiah cabutan insentif.

Program cabutan insentif ni dah Jebatville buat lebih kurang 7-8 tahun kot kalu tak silap lah.
Sejak dibuat memang MrsTA tak pernah dapat apa-apa. Tup-tup tahun ni dapat. Aku tumpang syok sendiri lah.


Surat juga memberitahu bahawa acara penyampaian hadiah berlangsung hari ini 30 Jun 2007 di Dataran Pahlawan. Tempat perabih duit yang baru di Jebatville.Tempat yg di bina di kawasan penuh artifak Portugis dan Belanda yg pernah jajah Jebatville dulu-dulu. Tempat yg TAR mula-mula kemerdekaan Tanah Melayu dulu.

Dataran Pahlawan

Kami diarahkan sampai sebelum jam 1.00 tengahari. Bila sampai ramailah( lebih 200 orang sebab yg bawa bodyguard dan tukang angkat hadiah sama) kebanyakkan warga platinum yang layak di panggil atok dan nenek. Walaupun aku ni Tokasid tapi mereka lebih atok dari aku.

Lepas beri surat dan daftar nama kami berdua ronda-ronda di Dataran Pahlawan. saja nak tengok-tengok tanpa perabih duit atau menggores kad kredit.

At 2.00pm MrsTA masuk semula ke tempat program tapi aku berjalan-jalan rata-riti saja. Bila habis ucapan yg sepatutnya KM Melaka beri tapi diberi oleh State Sec sebab KM tak datang walau nama dia di surat dan banner, MrsTA sms aku kata dah nak bagi hadiah.

State Sec Melaka

Lepas solat di bilik kecil yang layak jadi store tapi dibuat sebagai surau di satu kompleks membeli belah yang amat besar dan mahal yang mana surau ini hanya boleh menampung 3 orang saja bersolat dalam satu-satu masa, aku terus ke kawasan program. Aku masuk dan lihat penyampaian saguhati.Hadiah utama yang merupakan 2 buah Perodua Kancil, 6 motorsikal kapcai, 2 TV yang bukan plasma, 2 peti ais dan 2 mesin basuh aku rasa dah di sampaikan.

Tak sampai 3 minit aku di situ, MC tiba-tiba kata: "Setakat ini saja penyampaian hadiah cabutan. Sesiapa yang belum dipanggil nama mereka sila peratur di meja urusetia untuk ambil hadiah masing-masing. Terima kasih. "

Aik! Macam tu saja? Aku rasa hangin sikit. Hangpa suruh orang mai awal-awal tunggu orang-orang berpangkat berbaju batik datang diiringi kompang yang berbunyi bagai tahi lembu jatuh....hangpa suruh orang-orang veteran ni beratur? Hilang akal ka tak dak akal orang-orang Pejabat Tanah Galian Jebatville ni?


Tau-tau aku dengar seorang veteran berbaju batik bersongkok hitam berbadan gempal bersuara: "Apa ni! Buang masa kita saja. Saya datang dari jam 12.00 tadi tau-tau suruh beratur lagi? "
Aku kenal pakcik ni. Kenal pernah tengok sebab dia selalu hadiri kuliah maghrib Ustaz Rahim.
TA: Ya lah haji...buang masa kita saja. Apa salah kalau mereka suruh kita pergi ambil hadiah di Pejabat saja bila kita ada masa? Bagilah tempuh seminggu atau dua.


Pakcik: Tu lah...saya ada 2-3 kenduri yang terpaksa saya tidak hadir sebab program ni...

Aku tengok ramai yg dok beratur cara Malaysia( maknanya tak ada lorong,semua berkerumun di keliling meja urusetia yang sudah tak terurus itu)so aku ajak Mrs TA jamah jaudah yang disediakan.Kalau tidak harus meja jaudah akan di 'beratur cara Malaysia' jugak.

Beratur cara Malaysia

Aku dok fikir awatlah organiser ni bangap sangat. Buat apa suruh orang2 veteran beratur?Nanti ada yang pengsan ka kena stroke ka heart attack ka sapa yang susah? Kan elok kalau depa suruh orang duduk dan depa panggil lah nama sorang-sorang ke meja.

Macam depa boleh baca fikiran aku, selang seminit MC buat pengumuman: "Diharap duduk semua dan sila kebelakang untuk jamu selera.Kita akan panggil nama seorang demi seorang untuk ambil hadiah. "

Hah!Kan bagus macam tu...

Aku faham Jabatan jemput ni sebab nak bagi hadiah.Aku faham kami di jemput untuk meramaikan orang tepok tangan bagi program ini.Aku faham mereka nak impress KM Jebatville yang tidak hadir ke majlis sebegini sebab petang tu KM kena bersama PM beristeri baru merasmikan Taman Seribu Bunga.

Tapi...kan mereka tahu kebanyakkannya warga platinum? Aku kesian sungguh tengok pakcik makcik, atok dan nenek yang datang dari awal. kalau suruh ambik kan Pejabat tentu lebih mudah dan selesa bagi mereka.

Ini lah bila nak buat sesuatu, penganjur lebih hendak meraikan dan meng-impresskan tetamu kehormat dan berkuasa daripada warga emas dan platinum yang jenuh membayar cukai tanah agar tidak disaman dan dirampas tanah mereka.

Atau mungkin mereka hendak memberi peluang kepada atok-atok dan nenek-nenek melawat shopping mall yang lebih canggih dari kedai runcit di kampung.

Nota: Salah seorang pemenang hadiah motorsikal adalah seorang nenek berumur hampir 80 tahun.
Takkan nenek nak merempit kot...




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, June 22, 2007

Bangga lah wahai orang Melayu

50 Tahun Merdeka : Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak

(tokasid:aku dapat e-mail ni tadi. Tak pula aku perasan dalam STAR dulu)

Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.
Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.
3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere
Bartender of the Year 2007 (Malaysia)
anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.
Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.
Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.
Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua
Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza
Zulkifle
dari The Loft Kuala Lumpur.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. Lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.

Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?
Sebab tu di Kuala Lumpur ini, Kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....

Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Kata tokasid:
Patukah aku merasa bangga dengan pencapaian tiga mamat Melayu ni? Mereka begitu handal dalam adun-mengadun arak. Nak marah pun tak guna. Semoga ada sesiapa yang boleh berusaha untuk buat kaunseling pada mereka( dan ramai lagi) agar mereka sedar kesalahan mereka terhadap Islam.
Apakah JAKIM atau IKIM atau JAIWP atau MAIWP atau mana-mana badan berautoriti mampu berbuat sesuatu? Atau mungkin mereka risau kalau2 akan di serang oleh media dan orang2 kenamaan?

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, June 19, 2007

Oh YB oh YB...

Important call- RnR Jejantas Ayer Keroh
foto by tokasid


Tadi terima panggilan telifon dari seorang kawan lama. Dan yang dah lama aku tak bertemu.Walaupun sama-sama tinggal di Jebatville. Mungkin sebab dia sibuk( aku mana ada sibuk kalau practise kawasan kampung) sebab ada banyak branch meniaga.Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang dia saja yang tahu dan mungkin aku tahu sikit-sikit. Pokoknya memang dah lama tak jumpalah kami berdua ni.

Kawan: Tokasid! You ada nombor handphone YB DJ tak? (YB DJ dulu sama-sama buat medic tapi dia junior kami. Sekarang jadi YB Parlimen).

TA: Ada. Nanti aku check kat hp aku kejap.

Kawan: Okay...tadi pagi aku breakfast dgn YB DN di Ujong Pasir. Aku ingat nak ajak kau sama tadi...(YB DN is an ADUN in negeri banyak balak dan mempunyai seorang Tengku berbangsa Cina dulu)

TA:(dalam hati aku: kalau takat ingat nak ajak saja sapa pun boleh.Awat tak ajak betul2). Bila YB DN mai sini?

Kawan: Eh..dia selalu turun Melaka. Wife dia kan orang sini.

TA: Aku tau tu...

Kawan: Aku selalu jumpa dia bila dia turun Melaka. Kau tau kan YB DN kamcing dengan Gabenor kita. Manalah tau.....( he didn't finish the sentence)

TA: Ye lah kan dia dengan Gabenor dari satu Negeri.Dulu kan Gabenor tu MB negeri dia.
Ni aku dah jumpa nombor hp YB DJ. Kau salin eh....(aku bagi nombor tu)

Kawan Okay Tokasid.TQ ah...
TA: Assalamu'alaikum...

Lets go ngentot,it's not a crime
taken from blog (?)matsalo

Aku ni ramai jugak berkawan dengan ahli-ahli politik yang bergelar YB. Kalau tak silap ada dekat 10 orang yang jadi YB. Ada yang jadi Timbalan Menteri ada yang jadi setiausaha Parlimen ada yang jadi EXCO negeri. Kebanyakannya aku kenal semasa masing-masing bergelar students dulu. Ada yang kenal masa sekolah menengah. Kebanyakkan semasa di UM.

Tapi masaalahnya aku bila ada kawan2 jadi YB ni aku secara tak sedar akan jadi distance dari mereka. Yg selalu tipon pun dah jadi kurang.Yang selalu sms atau e-mail pun jadi kurang. Its mutual. Bukan sebab depa sisih aku dan bukan sebab aku sisih depa( apa untungnya aku sisih depa?). Mungkin beberapa insiden antara lain membuat aku buat keputusan untuk renggang sikit dari kawan-kawan yang bergelar YB.

1- Kebanyakkan kawan-kawan yg jadi YB bertentangan fahaman politik dengan aku. Kebanyakkan mereka berkeris tak bersarung. Aku pulak bagaikan punggok yang selalu dok tengok bulan. Masa depa tak jadi YB perkara politik ni senang nak bersembang.Tapi sejak jadi YB aku dapati sukar sikit kerana apa yang aku kata bakal mengguris hati depa.

2- Pernah seorang kawan yang agak berjawatan dalam Kabinet: ketika zaman reformasi dulu, seolah-olah 'mengusir' aku dari tanahair ini. Mungkin telinga dia panas dalam perang e-mail kami( masa tu ada group mail alumni kolej di UM). Aku masa tu memang dok hentam DrM atas kes DSAI. Dalam dok bagi hujah, kawan yg jadi Tim.Menteri dah panas telinga maka keluarlah e-mail yg menyatakan jika aku tak suka dgn cara DrM aku boleh serahkan kerakyatan aku dan pilih mana-mana negara aku nak pi dok.Dia boleh tolong supaya aku dapat pindah ke negara tu( maksud dia kat Middle East lah). Selepas kes tu terus group-mail tu mati dengan sendirinya.

3- Pernah juga ketika zaman reformasi seorang kawan yang ketika itu orang kuat Pemuda UMNO, datang ke Melaka untuk bertemu Ali Rustam. Mungkin untuk menjanjikan sokongan Pemuda kepada Ali yg masa tu nak bertanding jawatan yg agak tinggi dalam UMNO. Masa tu aku ada meeting dgn ex-partners atas masaalah penglibatan aku dalam parti pembangkang ketika pilihanraya ketika itu. Yang kawan aku ni pula nak jumpa Ali Rustam di hotel yang sama.( aku pun tak tahu kawan aku ada masa tu) Partner aku bagitahu bahawa kawan aku ada situ dan partner nak pi jumpak dia sat. Lepas dia jumpak dia bagitahu yang kawan aku kirim salam kat aku. Aku kata aku nak pi jumpak dia sat. Partner aku halang. Dia kata : baik engkau jangan jumpa kawan kau tu. Nanti kalau Ali Rustam tahu kau kawan dia susah jugak dia. Tapi aku dah bagi tahu kau ada sini tadi.
Aku terkedu masa tu. Kawan yg dekat 7 tahun tak jumpa tak mau jumpak aku sebab bimbang kalau KM Melaka tahu aku dulu pernah belajar sama dengan dia.

Dua insiden di atas telah membuat aku buat keputusan supaya jangan rapat dengan kawan-kawan yg dah jadi YB. Apa lagi kalau ada jawatan Kabinet.

4-Orang yang tahu aku pernah berkawan dgn YB-YB ni selalu jugak ada minta aku introducekan. Ada yg minta nombor HP peribadi mereka.Ada yg suruh aku buat tenujanji nak jumpa mereka. Kata mereka mereka ada proposal nak bagitau YB.Ada projek nak bincang dengan YB.

Oleh itu aku rasa keputusan aku renggangkan diri( mungkin depa pun suka macam tu) dari kawan2 YBs adalah betul.

Aku jenis tak suka nak minta favour dari orang yang ada jawatan atau power. Hatta dari adik beradik sekalipun. Dulu masa Mrs TA di KT, kami minta transfer balik Jebatville melalui prosedure jabatan. Buat surat dan tunggu. Sedangkan aku ada ramai kawan di Kementerian yang kenal orang2 penting. Malah ada yg jadi Tim Menteri di situ. Ada member2 yg offer untuk call YB-YB supaya tolong aku. Aku cuma bagitau mereka: Tak Payah lah...aku tak mau terhutang budi pada ahli politik walau dulu rapat dengan aku.
Bukan apa, aku tak mau nanti bila aku hentam parti depa aku bimbang depa kata: Mamat sekoq ni betul2 tak grateful.
Pernah seorang YB ketika dok perang sms dengan aku kata aku ni tak kenang budi UMNO. UMNO bagi aku biasiswa,UMNO bagi tempat aku kat medic school,UMNO bagi aku kerja tapi aku lawan UMNO.
Fuhh...aku kata kat dia sejak bila segala Jabatan dan Kementerian jadi hak UMNO? Lepas pada tu aku senyap dia pun senyap.Tak pernah sms lagi dah.

This entry sebenarnya tidak khusus tentang apa-apa. Cuma nak bagitahu bahawa people do change with power. Kalau sapa-sapa ada pengalaman lagi baik punya,lets share...

How's this for a parking ticket?
foto by tokasid( Bukit Bintang)




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, May 10, 2007

The Exorcism of Noraini Atan

After it was over my whole body was aching.It was like waking up in the morning after a rugby game the evening before.And I felt tired like my energy drained out.Like my walkman slowing down when its batteries are running low.Maybe because this was my first time doing it.I've seen people doing it several times.But this was my first time.And hopefully my last too.

Do you believe in ghosts?Or in rasukan/sampuk by jinns?Can you comprehend saka?
You've heard all these before.You've seen lots of movies,read lots of books and novels about it.But have you ever seen in person people who go into trance or hysteria?Have you ever seen a person slithering like a snake towards the well in the bathroom?Have you ever seen a young girl walking with sawmidwife's gait and her voice to boot with?

Call it tahyul or whatever. But there are few hadith which described Rasulullah saw was "sihirized" and Jibril a.s. taught Nabi saw how to fight sihir.And there's the well known hadith from Abu Hurairah(naratted by both Bukhari and Muslim)about how the iblis taught Abu Hurairah how to 'fight'against jinn,syaitan and iblis( ie the Ayatul Kursi).If there are hadith sahih about the jinns,syaitan and iblis disturbing humans,how can I say its tahayul.

It was just after the 'Asar azan by the nearby mosque.I was in the hardware shop looking for something for my indoor pond.One of my girls called me and asked me to comeback stat!Less than a minute I was back to the office.I heard a lot scream and saw her struggling to sit up on the couch.Two elderly men were holding her.

I signalled them to take her to the treatment room.The put her on the couch and hold her tightly.She was still screaming.Other customers at the waiting room had fears and puzzlement on their faces.My girls retreated to the front counter.there was panic in their expression.And fear.Who wouldn't?Her scream and howling will make your hairs stand on your skin.I couldn't think straight what to do.I need to calm myself to help her I told myself.After reciting the Selawat and Surah al-Insyirah I felt better.

I asked her father(who was holding her legs)what happen and when?I asked her her name but she just screamed.The other man holding her hands is a relative,Pak Awang.They came all the way from Palong 8.Thats a Felda settlement 75 minutes away from Durian Tunggal.(Later last night i was thinking why didn't they go to Gemenceh?It was nearer to Palong and there are about 4 clinics there).I asked Pak Atan again,how did this happened?
TA: Pakcik!Apa nama anak pakcik ni?Bila dia kena ni?
PA(Pak Atan): Nama dia Noraini Tok.Dia mulaenjerit terlolong sejak pukul 2.30 pagi semalam.Tiba-tiba je terlolong-lolong.Semalam dia balik kerja jam 12.30 pagi sampai rumah.Dia kerja kilang di Ayer Keroh syif petang. Kawan dia yang sama syif ngan dia kat kampung pun semalam kena macam ni.
TA:(to Noraini)Aini..awak sakit macamana ni?
She didn't answer but gave a hard stare at me and keep on screaming.

I touched her forehead and recite the selawat,Fatihah,Ayatul Kursi and there three Quls.I also did the azan.Everytime I recite these verses she will kept quite and screamed again after I finished.And its getting louder.I remembered a friend Ustaz Yusof.I knew he had treated cases like these before.I called him.He was at another school refeering a volleyball match.Told him whats going on now.He told me what to do.

I went back to Noraini,Pak Atan and Pak Awang.I told them I will try again.
I again put my hand on her forehead and recite the Selawat 3 times.Then Fatihah and al-Ikhlas 7 times.Once each of a-Falaq and an-Nas. finally ayatulul Kursi with the last part reciting it 10 times.I then touch her toes and recited Ayat Kursi again and again.She screamed claiming she was in pain and for me to stopped bothering her.

TA: Keluar kau dari budak ni!
Noraini: Sakit la..sakit laa..jangan kacau aku.
TA: Aku kata keluar baik kau keluar sekarang juga.Kalau tak aku bakar kau dengan ayat Kursi ni.
Noraini: Aku tak boleh keluar.Aku tak ada tuan.Aku suka sini.
TA: Kalau kau tak keluar aku bakar kau macam satay.Aku bakar kau dengan ayat ALLAH.
Noraini: Aku tak ada tuan..aku tak ada tuan..aku nak duduk sini.Ada orang suruh aku ikut perempuan cantik.Aku ikut la..aku tak mau keluar.
TA: Baik..kalau kau tak mau keluar jugak aku bakar kau tak henti-henti samapai kau hangus.Siap kau.Aku bakar sekarang( I continue reading and reciting all the Surah and ayat)
Noraini: Jangan bakar aku!Jangan bakar aku!Aku tak tahan..aku tak tahan..

We 'battled'for almost 45 minutes and finally she slept.I took that opportunity and sedated her.I examined her for any signs of meningitis but found none.I spoke to her father and mother and they said she was never like this before.They didn't know if there was any problem at work or with friends.I was convinced at the moment there was nothing with her physically.There is something unwell with her inner being.Maybe its just stress.Maybe the stress made her vulnerable to other influence.

But that was the first time I treated someone with Zikir and Ayatul quran.And after a while she became calm and slept.I felt aching all over.And last night I slept like a log.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, May 4, 2007

Why didn't they examine him...



Innalillahi wa inna ilahi roji'un.
Al-Fatihah to adik Muhd Hanif bin Puasa. He was only 13 years old.


His father just left me 2 minutes ago.He was calm with what happened to Hanif and his family. They were devastated. Who wouldn't.But Puasa despite his small size, has a big and steady heart.He is the pillar of strenght for his family. I wish I could be as calm as he is if something like this happen to me. I hope I don't have to go through like what Puasa had to.

Just yesterday at 4.00pm Muhd Hanif was sitting infront of me.He was very pale and his skin was cold.Very cold.I felt like touching an ice cube.


He is very ill but breathing normally then. But at 3.30 am last night, Muhd.Hanif bin Puasa left us. He was called by his Creator. And malaikatul maut came to take him as per contract.


I am upset. Not because Hanif died.But because for the action or inaction done by Hospital Melaka's Emergency Room staff.Hanif's death is his ajal. nothing you can do about it.As a Muslim I believe when your ajal is up, you have to leave .

At 3.30pm yesterday( 3rd April 2007), Puasa and his wife came to see me in my office.Hanif was with them,very ill,very pale and very cold. He walked in slowly and sat on a chair on my right. My right hand touched his right. Ya ALLAH! He is so cold I thought.But he didn't shiver.He smiled at me(like he always did) but didn't speak. I looked up at Puasa.

TA: Puasa! Apa kena dengan Hanif ni?Teruk sangat saya tengok budak ni. Kena bawa ke Hospital.kena masuk wad.

Puasa: Tok, kami ni dari hospital lah.Tadi tengahari Tok tak buka jadi kami terus ke hospital. Tapi sampai kat emergency orang kat situ kata mereka tengok kes accident saja. mereka suruh saya bawa Hanif ke bahagian pesakit luar kat Pantai Pringgit.

TA: Hah! tak ada sesiapa periksa Hanif ke tadi?( I was shocked.How can a medical staff refuse to see an ill patient?).

Puasa: Tak ada Tok. Bila saya bagitau anak saya sakit tak ada pun mereka bangun nak cek dia. Masa tu kat Emergency tak ramai pun pesakit.tapi mereka suruh saya pergi Pantai Pringgit.
( to go to Poliklinik Komuniti Pantai Pringgit,they will have to drive and make a U-turn and drive another 2 km).tapi saya tau situ lagi ramai pesakit Tok. Jadi isteri saya kata baik kita balik ke Durian Tunggal dan jumpa Tok.
Puasa's wife: Ya Tok.Lagipun Tok dah tengok Hanif sejak dia baby lagi.Itu yang kami datang jumpa Tok nak dapatkan nasihat.
TA: Tak apa. Biar Tok periksa Hanif dulu.

I took his BP three times because I can't believe its reading. For the third time his BP reading was 70/40mmHg.Ya ALLAH! Thats damned low. This kid is going into shock. His pulse was still strong and good volume but was a bit fast.Almost 100/minute. And there was lots of fluids in this left lung.
I know he is having a very bad pneumonia with septicaemia( sepsis of the blood).

TA: Puasa! Awak kena bawa Hanif sekarang jugak ke Hospital. Keadaan Hanif serius. (I turned to Hanif)Hanif, Hanif kena masuk wad tau.Tok nak Hanif masuk hari ini juga okay.Tok akan buat surat rujukan.

TA: Puasa awak bawa sendiri Hanif ke hospital.kalau kita panggil ambulans pun mungkin sejam nak datang dan pergi balik. Awak bawa 15 minit dah sampai.Kalau ada apa2 masaalah di Hospital awak bagi tau saya.

They left at 4.20pm. I prayed for Hanif.I hope he will recover.

At 5.00pm Puasa's wife called me. said that there are 20 patients infront of Hanif's turn. said the staff told her to wait for their turn.
TA: Dengar sini. Pergi jumpa orang kat kaunter cakap pada dia,Tok kata Hanif ni nazak.Dah teruk. Minta doktor cek hanif dulu.Awak rayulah kat mereka. Tunjuk surat saya tulis tu suruh mereka baca.

Puasa's wife: Baik Tok. saya buat macamana Tok kata.

There was no more call from them.I think everything was okay.

This morning at 9.30am, I walked into my office.ready for a new day. my assistant came to my room and told me Puasa came at 8.30am. Puasa told us the bad news. Hanif died at 3.30 am. His burial will be before 11am.

Puasa came to see me at 4.30pm today.He brought along Hanif's death certificate. There was sadness in his eyes. And he is tired.But he is calm( as always. I had never seen Puasa got upset since i knew him 13 yaers ago).

TA: Puasa! Saya harap awak sabar atas kematian Hanif ye.Duduk Puasa.

He sat down and handed me the death cert. Stated there as the cause of death: SEPSIS SECONDARY TO PNEUMONIA.

TA: Semalam isteri awak talipon saya sebab mereka tak mau cek Hanif dulu.

Puasa: Ye Tok. kami dapat nombor 1090. masa tu sedang nombor 1070.Kami bagitau Tok suruh mereka cek Hanif segera tapi mereka kata tunggu giliran. Lepas telipon Tok,kami jumpa lagi. Tapi ntah la Tok.
Akhirnya dapat jumpa doktor selepas saya masuk ke dalam bilik doktor sendiri.Saya rayu mereka tengok anak saya dulu sebab Tok kata serius.Bila dia tengok surat Tok ,doktor tu pun terus suruh bawa Hanif masuk.Bila dia tengok dia kata Hanif tenat ni. Dia masukan drip,ambil darah dan X-ray.
Jam 8 pm baru hantar ke wad Tok. Saya tunggu sampai 12 thg malam.Bila nampak stabil saya balik sekejap.

Puasa: Lebih kurang 2 lebih Hospital talipon saya suruh datang sebab hanif dan terlalu nazak.....Tadi saya sempat belikan bubur untuk dia Tok. Bila suap dia susah nak telan. Sesak nafas bila makan Tok....
TA:..sabar lah Puasa. Macamana mak dia?

Puasa: Anakk...Tok....Mak dia sampai pengsan semalam.

TA: Saya faham. Puasa, saya tak terkilan Hanif meninggal.Itu dah ajal dia. Awak faham kan?

Puasa: Saya faham Tok.
TA Tapi saya terkilan cara mereka buat masa awak mula-mula bawa Hanif tengahari semalam.Saya terkilan sebab mereka tak periksa dia tapi suruh pergi ke klinik lain dulu. Itu yang saya terkilan.

Puasa: Saya pun Tok. Kalau mereka dah periksa dan masukkan Hanif ke wad awal2 saya tak kisah Tok walau anak saya meninggal.Tapi....macam ni mereka buat Tok....saya sedih betul Tok...


I let Puasa alone to calm himself. He went through a very short but turbulent episode in 24 hours.

TA: saya rasa,hari Isnin ni Puasa pergi jumpa Pengarah Hospital.Dia orang yg baik.Puasa ceritakan apa yg berlaku pada dia. Supaya lain kali sesiapa yg bertugas di bahagian Kecemasan lebih prihatin.

Puasa just nodded. He invited me for the kenduri arwah tomorrow night.
I asked him to give my regards and takziah to his wife. He stood up and walked out my door.


Hanif had always been a good son to them.He was very obidient. He rarely talked much but he has a gorgeous smile. I'll miss Hanif. And I know everyone in Durian Tunggal who knew Hanif will miss him.

Rest well Hanif. My doa will be for you too child.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa