Monday, January 29, 2007

Bunga Bakawali... mystical flower(?)

Bunga Bakawali(Epiphyllum anguliger) is a family of Cactaceae.
Ianya adalah tanaman hiasan yang sebenarnya sejenis tanaman kaktus.
Ia mempunyai daun yang lebar dan leper. Tunas bunganya tumbuh dari tepi daun.
Tunas bunga sebelum kembang menyaamai bentuk bunga kantan.
Bunga bakawali hanya mengembang mekar mulai jam 11.00 malam dan kembang sepenuhnya pada jam 12.00 tengah malam. Kembangan ini akan mulai layu selepas 4 jam di mana ia akan menguncup layu.
Bunga bakawali berwarna putih bersih dan berbau harum.


Terdapat mitos tentang bunga bakawali dalam cerita-cerita Melayu( mulut ke mulut). kononnya bila bunga ini mengembang pada jam 12 malam, seorang puteri yang cantik jelita akan turun dari kayangan. Sesiapa yang dapat melihat puteri itu akan di kahwini oleh puteri tersebut.
Air atau sap dari bunga bakawali kononnya boleh di jadikan minyak pengasih.

Pokok bunga bakawali dengan tunas bunga

Kat rumah aku ada la sepasu pokok bunga Bakawali. Dari mana mem aku dapat tak lah aku ketahui. 3-4 malam lalu ada 2kuntum bakawali mula kembanh around 11 malam. By 12 midnite memang kembang full blown. cantik yang amat aku perhati. Pagi esoknya around 7 am 3 kuntum tu dah kayu dan lentok( macam mat pit lentok layaknya). The next nite ada lagi 5 kuntum kembang. Memang cantik menawan. Putih melepak dan bersih.( nanti tengok gambar2 yg aku boh ni kalau tak percaya. Cuma keharumannya tak gheti macamana aku nak boh dalam blog ni, so jangan marah ehh...)

Tunas bunga bakawali yang keluar dari tepi(edge) daun yg leper.

5 kuntum bakawali yg kembang pada 2nd nite

Kuntum Bakawali yang putih bersih dengan tunas yg belum kembang




Kuntum bunga yang telah layu dan kuyu
Tapi aku tunggu punya tunggu punya tunggu tak dak pun puteri cantik yang turun masa bunga tu kembang. Yang ada dengan aku permaisuri aku yang tumpang sekaki tengok bunga.
Tak tau lah aku apasai orang dulu-dulu kata ada puteri cun melecun mai bila bakawali kembang.
(Semua foto taken by tokasid)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

12 comments:

mokk said...

Mamat...
Bunga tu ,org tua2 cakap memang boleh buat minyak pengasih....

Lain kali kalau ada lagi bunga hang pos kat aku...aku buat minyak bagi kat hang....sesuai di gunakan utk mereka yang mengamalkan poligami...supaya isteri2 tak gaduh...

tokasid said...

Kah3...aku masih maintain isteri sorang so tak payah minyak2 pengasih ni. Cuma boleh kot guna supaya bank dan supplier kasih kat aku..boleh lambat sikit bayar dan lamakan sikit credit facility yg depa bagi kat aku...

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Selepas Nordin Ahmad ,ekaulah hero Melayu yg pertama dapat tengok Bunga Kembang tgh malam.Aku ingat ekau dok harap something menjelme sebab tu Your Puteri was beside you.Tok Leh caya ni
Anyway penggambarang malang boleh masuk dalang Geografi kebangsaan(National Geography)....tapi jgn jadi Mat Seperong !!!

Anonymous said...

Betui la tu macam hang kata...puteri tu yang dok sebelah hang sambe dok tengok tu dia la!!!Apa la hang ni tokasid!!

tokasid said...

Yang sebelah aku bukan puteri tapi Permaisuri daa..

CG; Masa kecek-kecek dulu aku doh penah tengok bunga Bakawali kembang di ghumoh mak aku. Masa tu derjah 5 atau 6. tapi masa tu kecut perot tunggu dia kembang takut Puteri atau jin aprit datang. Malam nak tido dada berdebar macam kena atrial fibrilation.
Bakawali ni ada dalam kitab Tajul Muluk(Kamasutra orang Melayu la ) tapi aku tak penah baca kitab tu( kitab 52 ada lah masa main jerami pakai helmet dan dudok bertinggong sambil koccoh daun. Siapa kena koccoh mesti minum air pili satu mug...mung ingakk dok?)

Aku pun ada bunga Harum sundal malam. Tu aku nak tunggu dia kembang mana tau kalau Maya Karin datang. Jangan perempuan sundal datang sudah la...

Anonymous said...

Cakap pasal Maya Karin,aku tengah tunggu jawapan dia .Cerite Hantu Kopek aku dah dapat funder.Jadi MK mesti dapat 'offer she cant refuse'.Dengan special effect ala cicakman ,Hantu Kopek with MK will be a blockbuster.Lagipun aku boleh promote biz aku sikit.

Hang pernah tengok Bunga Kopek? Dia kembang tengah malam gak.Kalu dia kembang hang tak payah takut. La ni aku dapat tengok jarang2 je...sebok!

merton said...

Kah3...aku masih maintain isteri sorang so tak payah minyak2 pengasih ni.

Hehehe...hang kena pakai minyak lintah la kot...maintain lama...kehkehkeh...mende la hang tokasih ooiii!!!

tokasid said...

CG: MK tak sesuai utk filem Hantu Kopek. Mungkin sesuai utk filem Hantu Kuali( by Bergen). Like I said before utk Hantu kopek mesti setanding Dolly Parton atau Pamela ANderson. Artis Malaysia tak ada dalam kriteria tersebut.
Bunga Kopek??Tak pernah tengok dan tak pernah dengar.Please enlighten me soon.

Merton:Hang ni samada sepupu atau anak menakan MC Hammer. Dak pun ada cita-cita jadi tukang ghumah.Tu yg pakai nama merton kot.
Minyak Lintah...nak kena cari la kot nanti..

Anonymous said...

Tok rasid....
lama tak jumpa..dapat ni dari Hashim member Mahadi Jalut..

Hang dah tak bagi MC lagi ka..dok sibuk ambil gambaq saja dan makan...

Kurang sorang member bagi MC kat aku tapi la ni dok aloq staq x payah MC lagi hee.... cabut saja...

ok juga hang blog...Hidup Tok Rasid..

X Cina Mabuk..X Auntie...XXX Ja

Assalamualaikum
Wasalam

Radenayu said...

hai..tokasid..bertuah benar kerana memiliki bunga bakawali asli yang berbunga lebat..tapi satu ja silapnya, kenapa bawa permaisuri tengok bunga tu kembang??..sebab tu tokasid tak nampak puteri bidadari...jgn mareh..

Anonymous said...

Bunga dah banyak kali dah bungan ni kat depan umah aku. lekat buah sekali jer.... satu tangkai bunga ja yang berbuah sebesag biji kacang kuda. pueh aku bela, anak jiran punya loklag pi picit plak sampai tekeluag biji benih... adalah lebih kurang tujuh biji hitam. isi dan biji macam dragonfruit! aku jemog bagi kering ingat nak semai bijik tu, nak jadi cerita hilang pulak! hmmm julongjulong kali dapat tengok buah bakawali tapi tak dapat awet/preserve. pernah dak pokok hang lekat buah?

tokasid said...

Anon,
pokok kami dah banyak kali berbunga.Bula januari baru ni 2 kali. Sekali ada la antara 8-12 kuntum. Buah dia tak pernah lekat lagi. memang buah dia macam buah naga pasai depa ni jenih cactus.