Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, June 1, 2009

PKFZ: Deafening silence from UMNO.

Salam to all.

By now almost everyone( okay minus the makciks and pakciks and abang kakaks from the Malay heartland)knew of the PKFZ scandal or fiasco or whatever you want to name it.

It surface about a year or so ago by some politicians and bloggers and finally there ia an investigation by MACC.

You've heard in TV and forums and discussions and read it in newspapers and magazines and websites and blogs and net forum and even talked about it at mamak stalls or kopitaiam or coffe houses.

Have anyone of you noticed that there is NO statement from any UMNO leaders about PKFZ issue. I mean,come on, this is a big issue.A national issue.Or a national disaster. A possible misuse of power.A possible corruption.

And UMNO leaders a MUTE about it!

Hmmmmmm..........Keeps me wondering why.......

Thursday, February 12, 2009


Salam to all.

We will know when the by-elections of Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau in a few days time.

But I'm telling that there is another Bukit which WILL have a by-election too.No,no MP is gonna die soon.InsyaALLAH this MP will live and might be a candidate after the by-election of this Bukit.

And no 'lompat katak' too this time.
So why the by-election? And what Bukit is this?

Its Parlimen Bukit Katil.Melaka.My home address.

The mood in Melaka UMNO as of now is Ali Rustam, their beloved CM is gonna win the Timbalan Presiden seat come June( not March as many will think).AndMelaka UMNO is already getting their election machinery into action.

Datuk Mad Sirat might have to let go his parliamentary seat for his 'sifu' Ali.And if Ali relinquish his DUN Bukit Baru seat,Mat Sirat might be the candidate to replace Ali.

We have had by elections in a Permatang and a Kuala.Soon we'll have elections in most probably 4 Bukits.

Saturday, February 7, 2009

Cerita ceriti hujung minggu

Salam buat semua.

Kisah rompakan di Perak masih belum reda malah terdapat new twist and turns untuk menghanginkan jiwa lara peminat politik( peminat politik adalah orang yang suka sembang/bincang/baca/tulis/dengar dan bercakap hal-hal politik tetapi majoriti hanyalah pandai sembang saja....macam aku ni lah!). Banyak dalam perancangan dan juga rancangan counter sedang di susun oleh BN dan PR.

Kemelut ini secara langsung membabitkan istana.Dalam setahun sudah 2 insiden membabitkan istana berkenaan jawatan MB.Yang pertama di Trengganu dan kini di Perak. Walaupun punca kes adalah berbeza senarionya tetapi reaksi yang tercipta adalah sama : iaitu ada yang marah kepada baginda Sultan kedua-dua negeri.

Yang marah adalah kumpulan yang melihat mereka menjadi mangsa. Di Trengganu yang marah adalah kumpulan UMNO yang memihak kepada Idris Jusoh. Di Perak pula adalah pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang mahu Nizar terus memimpin negeri.

Kita lihat di Trengganu dan Perak kumpulan yang merasi telah di zalimi membuat perhimpunan jalanan.Cuma cara tindakan pihak Polis sahaja yang berbeza.Polis lebih tegas dan ganas di Perak berbanding di Trengganu dengan hanya menjentik telinga sahaja. Mengapa severity tindakan Polis berbeza hangpa pikior lah sendiri.

Dalam kedua-dua himpunan jalanan ini memqang ada unsur-unsur emotional yang meluahkan kemarahan dan kebencian terhadap baginda Sultan.Itu tak dapat kita nafikan. Fitrah manusia bila marah akan hilang pertimbangan dan kawalan. Bila dalam keadaan begini kewarasan kadangkala jatuh sedikit.

Marah bagaimana sekali pun, harus di ingatkan oleh kita semua, orang Melayu ni ada sentimen terhadap institiusi kesultanan.Walaupun ada keluarga diRaja yang perangai no snonoh dan rakyat tak suka perangai no snonoh ini namun dalam naluri Melayu mereka tetap menghormati institiusi Raja.

Penyokong PR harus ingat bagaimana mereka backing Sultan Trengganu ketika ada segelintir ahli UMNO 'derhaka' pada Sultan. Macam-macam dikatakan terhadap 'penderhaka' ini dan memang benar apa yang dikatakan.

Jadi janganlah kali ini penyokong Pakatan rakyat juga bersikap sama sepert 'penderhaka' UMNO di Trengganu dulu.Jika tidak tidak ada bezanya penyokong PR dengan UMNO di Trengganu dulu. Jangan jadi mengata dulang paku serpih,mengata orang kita yang lebih.

Biarlah YAB Nizar dan EXCO beliau menggunakan saluran-saluran yang legal untuk menyelsaikan kemelut ini.Paling baik jika dapat menghadap Duli Sultan semula dan presentkan kes semula. Jika handak mengambil tindakan undang-undang ambillah terhadap Zambry atau Najib atau BN atau UMNO. Tak perlu babitkan Sultan lagi.

Perlu di ingatkan ketika ini sokongan terhadap PR meningkat dengan apa yang berlaku.Tapi kena ingat sokongan itu akan jatuh jika tindakan di lihat sebagai 'derhaka' terhadap Sultan.
Jika tiada penyelesaian kali ini tak apa. Go to the ground and make sure PR dapat menang dengan lebih besar pada PRU 13 nanti.

Ketika ini rakyat melihat Nizar sebagai mangsa kerakusan pihak yang ingin memulihkan imej Najib sebelum Jun 2009 ini. dengan imej di zalimi PR pada PRU 13 nanti mintalah keadilan dari rakyat Perak.

Kepada YAB Nizar,walau apapun tindakan yang bakal Datuk ambil janganlah sehingga imej Datuk yang tinggi sekarang akan di cemuh oleh rakyat terutama orang Melayu.InsyaALLAH Datuk akan lebih di hormati.Mengalah bukan bereti kalah.

Episod Perak patut menjadi pengajaran kepada semua parti politik agar meletak calun-calun yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan bukan untuk mengkayakan diri masing-masing.Calun-calun mestilah tiada masaalah seperti pernah di ketahui mengamalkan tumbuk rusuk samada dia menumbuk rusuk atau dia di tumbuk rusk sebelum di pilih sabagai calun. tanyalah orang-orang di Taiping dan Kemunting tentang Cangkat Jering. Jika ketua-ketua Perhubungan Negeri tidak berhati-hati anda akan meletakkan bakal katak cum kangaroo menjadi wakil anda yang niat lebih kepada kaut selagi boleh.Nasihat ini untuk semua parti.Ikhlas.

Adakah akan ada peralihan kuasa dan pemilihan UMNO Mac 2009 nanti? Tilikan dan renungan aku(yang dulu ada belajar sikit-sikit dari Pak Blalang) mengatakan tidak. Datang Mac 09 nanti semua ini akan di tangguhkan ke bulan Jun 2009. UMNO memerlukan sedikit masa untuk menaikkan imej Najib selepas coup di Perak. mereka perlu tonjolkan Najib sebagai hero sejati dengan mengambil sebuah lagi negeri di utara tanahair. Soksek soksek kedengaran akan ada beberapa ekor katak sedang berlatih untuk melompat seumpama kangaroo di utara. Katak mana yang sanggup melompat? Tenung-tenung,renung-renung,usha-usha lah dengan episod Perak dan anda mungkin boleh agak YB mana yang katak berhajat menjadi kangaroo tersebut. janji masyukkk....

Selain itu dengan penangguhan ke bulan Jun 09 UMNO akan dapat mengelak 'perpecahan' di kalangan Wanita UMNO.Akan tidak berlaku pertarungan Rafidah-Shahrizat yang boleh membawa kesan negatif pada UMNO. Kita semua maklum Rafidah telah 'berjanji' untuk hand over pada Shahrizat pada Jun 2009 dan itulah yang bakal berlaku.

Anda tak percaya? Kita tunggu dan lihat samada akhir Februari atau awal Mac 2009 pengumuman akan di buat oleh UMNO.

Monday, March 31, 2008

Still a stormy weather


Apparently the political game is not gonna go away just like that.


We thought the Trengganu saga is the last we'll see for the next few weeks but it was not meant to be.


1- ZAM the former Information Minister had taken a swipe at Dr M. He said Dr M is to blamed too for the poor BN showing at the recent 8th March PRU12.
Dr Mahathir’s various accusations swayed the people to vote against Barisan, he said here.


2-Ketua Penerangan UMNO Muhammad Muhammad Taib pula telah memberi amaran keras kepada ahli-ahli UMNo agar tidak menghadiri perjumpaan ini yang akan di hadiri oleh Dr M serta Mukhriz, Dr Khir Toyo dan Dr.Fuad Zarkashi di Singgahsana Hotel PJ. Aku hairan sebab perjumpaan ini adalah anjuran ahli-ahli UMNO atau yg menyokong UMNO. Mungkin Mat Taib tahu perjumpaan ini akan menghentam Pak Lah.


Kehadiran Dr Khir Toyo membuat aku hairan dan mula terfikir: Khir letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN di Selangor atas kerelaan sendiri atau kerana di arahkan lepas jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada Mat Tyson? Hanya Khir ada jawapan tersebut.


3- Di Perak, kerajaan Barisan Rakyat bakal goyah dengan tindakan Adun Buntong A.Sivasubramaniam meninggalkan DAP kerana merasa tidak puas hati kerana hanya ada seorang ahli EXCO India di Perak. Beliau bagaimana pun masih mengekalkan kerusi Adun Buntong sebagai wakil bebas dan berkata tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Aku tak tahu samada A.Sivasubramaniam akan cross-over jika terdapat dangling carrot yang menyelerakan. Bagi aku ini satu tindakan hendak mengugut DAP dan kerajaan Barisan Rakyat.

Yang pasti MSM akan meningkatkan serangan ke atas kerajaan Perak. Aku boleh nampak Tajol Rosli sudah mula tersenyum semula.


4- Sistem kuota pemilihan pucuk pimpinan UMNO Disember ini. Ada 2 kem dengan 2 pendapat yang berbeza. Satu kem terutama dari Johor bersetuju sistem kuota di hapuskan dalam usaha melakukan pembaharuan dalam UMNO. Yang setuju di hapuskan antara lain ialah Muhiyuddin,Shahrir dan Khaled. Satu lagi puak yang mahu sistem kuota dikekalkan seperti Mat Taib,Khir Toyo,Noraini Puteri dan Noh Omar. Aku rasa ini terpulang kepada ahli-ahli akar umbi UMNO samada nak ada kuota atau tidak. Kalau ikut keputusan pemimpin mesti yang risau kecundang akan mahu sistem kuota di kekalkan. Yang nak lawan kepimpinan tentu mahu sistem di hapuskan agar senang mendapat laluan bertanding.


Najib pulak kata terpulang kepada ahli-ahli UMNO samada nak atau tak sistem itu di teruskan. Tapi najib jugak kata MT yang akan putuskan perkara ini. Betoi...najib kata kat sini.

Jadi mana satu najib oii..??? Ahli decide atau MT decide? Statemen kartun la najib buat.Lantak hang pa lah....

Wednesday, February 20, 2008

Lobi jangan tak lobi....

Say NO to BN



Part I.

"I haven't finalise the list!". Itu lah kenyataan Pak Lah baru-baru ni bila di tanya wartawan tentang senarai nama calun-calun yang telah di keluarkan oleh beberapa ketua parti komponen BN.

Lalu saya terfikir. Saya ulangtayang beberapa PRU yang lalu yang ketika itu BN dan UMNO di kuasai secara total oleh DrM.

Seingat saya, selepas pembubaran Parlimen, bila tarikh penamaan calon dan pengundian di isytiharkan oleh SPR, sering kali hari penamaan calon dgn hari pembubaran Parlimen tidak begitu lama seperti sekarang.

Sekarang hampir 10 hari selepas pembubaran baru akan di adakan penamaan calon.
Jadi banyaklah lobi melobi di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO,MCA,MIC dan komponen yang lain.

Saya kira di zaman DrM dulu, calun sudah tersedia cuma utk di fine tune-kan sahaja bila Parlimen di bubarkan.Waktu untuk melobi amat terhad.

Tapi sekarang, lobi melobi amat kuat apalagi kemyataan-kenyataan yang mengelirukan saban hari terpampang di media yang membuat penyandang jawatan Yb dan aspiring calon begitu aggresif melobi dari peringkat bahagian,peringkat negeri( kena mengadap MB atau KM) dan hingga ke Putrajaya. Saya yakin sekarang menantu amat sibuk dan berkuasa dan amat ditakuti oleh bakal-bakal calon terutama dari UMNO.

Saya terfikir apa muslihat tempoh yang panjang antara pembubaran dan penamaan calon.
Ada kawan dari UMNo kata, tindakan Pak Lah ini tak bagus sebab akan banyak lobi. Kempen tidak boleh dilakukan secara efektif bila tiada calon yang jelas.
(Memang begitu sekarang ni di Melaka.Walaupun sudah seminggu secara am nya, kempen di sini masih low gear atau masih sejuk.Amat berbeza dari 2 PRU yang lalu di mana kempen terus hangat sebaik saja pembubaran Parlimen).

Di Durian Tunggal dan Bukit Katil umpamanya, perang bendera belum bermula kecuali di luar bilik gerakan parti. Di Durian Tunggal bendera PAS sudah naik tetapi bendera UMNO dan BN belum lagi. Malah calon PAS sudah di tentukan bagi Durian Tunggal dan Bukit Katil tetapi bagi UMNo masih di peringkat melobi.Jadi tiada nya calon yang di jangka membuat BN/UMNO belum bergerak efektif.

Tapi dari satu segi lain, tindakkan melambatkan penamaan calon mungkin menguntungkan PakLah dan menantu.Bayangkan waktu yang panjang utk melobi ini boleh membuat PakLah dan menantu utk mengenalpasti siapa yang boleh mereka harapkan. Mengenalpasti siapa yang perlu di cantas. Dan ini lah masa memaksa 'taat setia' bakal-bakal calon. kerana harus kita ingat, selepas ini akan di adakan pemilihan pucuk pimpinan UMNo pula tahun ini juga. Ini lah saat yang paling sesuai bagi PakLah dan menantu mengenggam kuat sesiapa yang ingin jadi calun PRU.
Itu pandangan aku. Anda mugkin mempunyai pendapat yang berbeza. Kita kongsi bersama.

Lobi-melobi ini membawa kepada kisah yang aku alami pada 2004.

Part II:

Back in 2004 my name was always mentioned as a candidate for that GE. It had been speculated for almost 1 year before that election. SBs had been gathering info about me and this was confirmed by someone I knew very well. There had been on several occasions that my name cropped up when the SB exchanges political informations among the states.

PAS people had also been spreading the news that I will be the candidate. MCA,MIC and some veteran UMNO members had been urging me too even when they knew I am a Bulan man.
By keeping mum doesn't help the situation. Some digrunted BN people started to tell their friends and when they see me most promised that they will give their votes to me and help my campaign.

1 week before dissolution, on a Friday afternoon around 12.30 pm as I was about to leave to the masjid a man in his 30s came to see me and told me he will just take a few minutes of my time. I say okay and asked him his purpose. He told me his name( I don't think it was his real name) and that he was an UMNO member for Bahagian Alor Gajah but he is with a so called think-tank in Putrajaya.

He wanted to know if I was really gonna stand as a PAS candidate? I told him maybe yes and maybe no,why? Iasked him.

He started talking about Islam and bangsa Melayu and the need for the Maly Muslims to be strong to avoid other races of becoming the master of Malaysia. He was very 'patriotic' and told me lets forget about political party and think of the ummah. But I know, these guy is a balaci sent over to 'buy' me and he is all but bullshitting me with his patriotic talk.

So I asked him what does he want me to do?

Balaci: Macam ni doc. Saya mahu doc jadi calun PAS tapi 3 hari sebelum pengundian doc tarik diri. Kami akan bayar doc RM50 ribu. Ini saja pengorbanan yang doc perlu buat untuk kepentingan Islam dan Melayu doc.

TA: So hang nak suruh saya jual maruah dan parti saya ka?

Balaci: Ini untuk kepentingan Melayu doc.

TA: Kalau aku bertanding pun adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Kami lawan sebab YB yang UMNO ada selama ni di Durian Tunggal ni semua dok bolot harta saja. Cuba angkau tengok Dato A...sampai kaya raya. Tengok YB B pulak...sama jugak sampai kali ni dia pun tak jadi calun lagi. Ni yang nak jadi calun UMNO kat sini Datuk C kan sekarang ni YB dan DUN lain. Apasal dia nak pindah lawasan? Mesti ada hal di DUN lama betul tak?

Balaci: Memang lah doc. kalau doc masuk UMNO tentu kami boh doc jadi calun kami...

TA: Akyu tak masuk UMNO atas dasar prinsip masing-masing parti ,itu saja.Aku tengok UMNo ni dah jadi lubok cari harta bukan rakyat jadi keutamaan lagi.

BAlaci: Itu saya akui doc...so macamana..boleh kita close deal tak yang ni?

TA: RM 50 ribu! Awat hang ingat aku ni murah sangat ka. Macam ni saja lah...kalau nak suruh aku buat macam tu, aku mahu 500 ribu. Aku nak duit tu semua masuk akaun PAS. Aku tak mau satu sen pun. kalau sanggup 500 ribu aku boleh buat macam tu.

Balaci; Woih...tu banyak sangat la doc. saya boleh lobi supaya depa bagi doc 100 ribu.

TA: macam ni saja lah... kalau hangpa nak bagi sejuta pun aku tak mau sebab itu rasuah nama nya. Aku bab hulur-hulur ni cukup pantang. Aku ingat hang balik saja lah..aku nak pi solat Jumaat dah ni.Jom kita pi sekali.

Balaci: Tak pa doc pi dulu...tapi doc fikir proposal saya.Untuk Islam dan bangsa doc.

Aku bersalam dengan balaci tu and walked to the masjid. Khutbah dah start. Lepas tahiyatul masjid aku dudok dengar khutbah tiba-tiba dapat sms. dari balaci tu rupanya. Masih dok pujuk aku. Dia kata, doc 100 ribu confirm dapat kalu doc setuju.

So, just imagine what people can and will do just to make sure their boss will become a candidate and for their candidate to win, by hook or by crook. But it seems that by crook is the choice of today.

And for that 2004 GE, we have seen several reports of attempt to buy opposition candidates.
And regretted for not making a police report on the above matter.