Thursday, May 31, 2007

Tazkirah Jumaat: Jangan kita Mengeluh

Teratai
foto by tokasid

Dalam hidup ini, insan tak putus-putus di uji. Di berikan ujian dalam berbagai bentuk. Ada ujian dalam bentuk nikmat. Ada ujian dalam bentuk musibah,malapetaka, penyakit,kematian orang yang kita bergantung kepadanya,kematian orang yang kita sayangi dan bermacam lagi.

Ujian Nikmat untuk melihat samada kita berada dalam kategori orang bersyukur atau tidak.
Ujian musibah untuk melihat samada kita golongan yang boleh bersabar atau tidak.

Aku simpan nukilan e-mail ni dah lama juga dalam inbox. Dalam dok cari-cari jumpa semula.Aku nak kongsi bersama-sama rakan-rakan bloggers. Kalau nak di forwardkan kepada sesiapa yang anda kenali pun tak apa. Perkara baik tak usah kita simpan sorang-sorang.

Semoga ada manafaat.

Ayuh jangan kita mengeluh............

Kita selalu bertanya...................

.dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to ALLAH") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286

Water sphere (sunway)
foto by tokasid


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of ALLAH The Almighty) kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

Teratai at home
foto by tokasid


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


Wassalam.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

10 comments:

mokk said...

Salam...
Tq for the reminder....

Kita akan terus di uji.

de_kerinchi said...

Salam Tokasid,

Lama juga saudara menghilang,

Semua didalam dunia ini pucuk pangkal nya mesti kembali kepada Allah s.w.t.

Sebab kita ini dicipta sebagai manusia, maka kita selalu lupa kepada Allah s.w.t. ketika saat bersenang lenang tetapi apabila kita susah , derita, hampa, kecewa dan segala macam himpitan maka kita berpusu-pusu merebut tempat untuk mengingati Allah s.w.t.

Sungguh tak malu manusia ini bukan...?

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
In journalism, we get as best as we can the answers to the 5Ws (who, what, where, why and when) and 1H (how).
In life, we do the same thing.
The difference is in journalism, we ask people to fulfill the 5Ws, 1H.
In life, we can seek the answers from the Quran. But we need to read and understand the Quran to get the answers we are looking for.
God is Great. He has provided us the means, we only have to go look for it.

Unknown said...

Alhamdulillah...dapat saya membaca tazkirah yang penuh dgn intipati...tazkirah ini begitu menyedarkan saya...insya'allah.. akan lebih kuat mengahdapi dugaan ini..
Banyak sungguh yang saya perlu perbaiki dari tazkirah ini...

Terima kasih kerana berkongsi bro.

tokasid said...

Salam to all.
Mokk: aku tak tau hang turun ke KL utk konvo adik hang. Yes ,kita sentiasa di uji. Tapi kena hold juga lah nak buat lagu mana.

de_kerinchi:
Hilang kerana masaalah streamyx. Bila direct connection ke ADSL connection cantik.Bila saya guna router tak dapat connection. Selain dari tu, ada masaalah yg di hadapi( itu yang jumpa balik article entry ini)tapi boleh cope kot.Alhamdulillah ALLAH tidak menarik sabar dari diri ini.
TQ bro.

Fauziah: 5Ws and 1H. I never knew that. Setakat ni I hentam saja asal tak terlencong dari landasan . InsyaALLAH boleh cuba,try ,tokai tengok 5Ws and 1H.
Dah balik ke Malaysia?

Raden:
Sama-sama.InsyaALLAH kita akan bermanafaat.

Bergen said...

Time to stick together.

Mat Salo said...

As usual, I come to here to contemplate, hope to realize the many, many wrongs that I've done (plenty I tell you)...

Thanks for reminding.

Salaam Pak!

p/s lawar teraitai hang.. ini yg beli kat Bangi ke?

tokasid said...

Bergen:
yes thats very true.TQ for visiting me.

Matsalo:
Salam dong pak?
Aku pun bukan nya baik sangat,tu yg aku simpan banyak e-mail macam ni yg kawan2 dok hantaq kat aku( depa tau aku loqlaq). Aku boh entry macam ni pasai it will remind me bila buka blog and at the same time ingatkan kawan2 lain. Tapi la matsalo, lagi umur meningkat lagi banyak ujian aku dok terima. Semua yg power-power pulak tu(bagi aku la).Bila baca soathabaq atau visit orang lain like reden,fauziah,che'gu KTN and tengok apa yg depa atau ipar duai dan abang mereka lalui, apa yg aku kena tak la berat mana sangat. bagi aku korang2 bila kena macam ni semacam ALLAH nak remind aku supaya jgn lebih-lebih dalam lupa dan alpa aku.

hang dah balik cuti ka? Kata nak wak anak2 hang berjalan ke utagha?

Anonymous said...

Salam TA,

Firstly, thanks for your medical advice. Secondly, aduh! terasa pulak baca tazkirah jmaat you nih.

I often mengeluh if face with unpleasantries. Ah, must stop, must stop...

tokasid said...

Elviza:
Most of us are like that.Usually we will react in a defence way of what happened. We tend to deny it really happened and asked ourselves why,why and why. Sometimes there are no real explainations to that. This entry is just a reminder to myself and friends who read it.
InsyaALLAH ALLAH will give strenght to us all but before that we must as best as possible be a mukmin and mukminat.
Salam.