Friday, June 22, 2007

Bangga lah wahai orang Melayu

50 Tahun Merdeka : Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak

(tokasid:aku dapat e-mail ni tadi. Tak pula aku perasan dalam STAR dulu)

Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.
Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.
3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere
Bartender of the Year 2007 (Malaysia)
anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.
Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.
Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.
Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua
Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza
Zulkifle
dari The Loft Kuala Lumpur.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. Lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.

Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?
Sebab tu di Kuala Lumpur ini, Kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....

Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Kata tokasid:
Patukah aku merasa bangga dengan pencapaian tiga mamat Melayu ni? Mereka begitu handal dalam adun-mengadun arak. Nak marah pun tak guna. Semoga ada sesiapa yang boleh berusaha untuk buat kaunseling pada mereka( dan ramai lagi) agar mereka sedar kesalahan mereka terhadap Islam.
Apakah JAKIM atau IKIM atau JAIWP atau MAIWP atau mana-mana badan berautoriti mampu berbuat sesuatu? Atau mungkin mereka risau kalau2 akan di serang oleh media dan orang2 kenamaan?

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

10 comments:

de_kerinchi said...

Salam Dr. Tokasid

Pengalaman saya dalam "hotel line" ni, memang ramai betul anak melayu yang pakar mengadun arak, macam-macam jenis nama arak yang mereka ingat..sampai pertandingan bawa glass arak pun ada. lepas tu buat pertandingan minum arak masa happy hour lah pulak....

Paling teruk masa bertugas di johor...lagi teruk dari KL...pasal tu indek jenayah tinggi kot.yang hairan nya anak-anak melayu johor ni pandai-pandai ngaji, serta ada asas agama, dan bertulisan jawi...tapi entahlah..dunia dah hampir kiamat...

ZABS said...

Salam Doc.
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah ibu/bapa yang membesarkan mereka tanpa pendidikan agama yang sempurna. Kerana pernah bertemu seseorang yang saya kenali, mengendalikan satu bar (jual minuman keras) di sebuah hotel, dan nasihat agar tidak teruskan perniagaan itu,dia berkata, dia jual aje dan tidak minum pun. Akhirnya ditutup kerana tidak maju. Kalau yang dah berumur macam dia pun ada kefahaman macam tu, apatah lagi yang muda2nya.
Kefahaman yang mendalam perlu di terapkan dalam hal ini.
Contohnya seperti memakan daging khinzir. Tidak ada orang Islam yang akan memakannya, walaupun dia buat kerja haram, makan hasil haram seperti berniaga minuman keras keras ini dan seumpamanya. Kenapa? Kerana telah dibrainwash dari kecil, khinzir haram,haram, haram...... Wallahua'lam.

Anonymous said...

pastinya saya tak rasa bangga, malahan takut kalau ada antara anak-anak saya terpengaruh dengan godaan syaitan.

kesian tiada yang mendekati mereka dalam hal ini. mereka pasti tak ke surau atau masjid. mereka pasti tak mendengar lagu nasyid. mereka hanya ada keluarga dan rakan-rakan yang tertentu sahaja jika ye pun mereka mahu mendengar nasihat. dan kami yang dari jauh ni hanya dapat mendoakan. memang susah kalau ada individu yang tiba-tiba mahu menasihati mereka. pasti mereka rasa mereka lagi advance dizaman moden ni. betul, paling mudah kerajaan lah yang perlu ambil tindakan. malangnya islam hadhari yang masyarakat kita bagi kuasa.

saya dan keluarga juga perlu banyak muhasabah diri. selalu membaca tazkirah jumaat di sini walaupun tak tinggalkan komen. yang penting,
saya hadham apa yang saya baca dan bertindak mendekatiNya, inshaAllah.
terima kasih kerana selalu mengingati.

enrike said...

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW
menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Pengetahuan agama yang paling basic is to define and differentiate between halal dan haram.
Some people forget as much as they have a responsibility to their career (tuntutan kerja), they should always ask themselves about their responsibility to the religion (tuntuan agama).
Before I undertake any task, I ask myself this basic question: as much as it is my responsibility to the company, what is my responsibility to my agama.
If I cannot answer this question, I will not do it.

tokasid said...

Salam to all:

de_kerinchi:
perkara anak2 Melayu menjadi bartender sebenarnya memang sudah lama berlaku. Bukan ketika zaman Islam hadhari sahaja. Saya rasa mungkin di zaman 50an lagi dah berlaku. Kalau tak silap jika kita menontonfilem2 lama kita lihat yg jadi bartender juga Melayu.Saya yakin filem dulu menggambarkan keadaan zaman itu.

Saudar telah melihat sendiri di hotel2. Saya juga ada berkawan dgn orang yg kerja di hotel yg terpaksa serve minuman haram pada pelanggan. Kebanyakkan berpindah kerja bila kita beritahu haram perbuatan mereka.

tokasid said...

Pak zabs:

Memang saya dapati orang Melayu kalau pasal babi akan bermatia-matian mempertahankan keharaman babi untuk di makan. kalau bab arak,bab judi bab zina atau bab rasuah di pandang enteng sahaja.
saya berani katakan di sini: Ramai yg minum arak,berjudi ,yang rasuah dan berzina kalau kita suruh jamah daging babi dia tak akan mahu.Malah kita silap haribulan akan di makihamun.

Memang kita di brainwash begitu.Mungkin kita kena brainwash generasi baru tentang dosa bersangkutan arak,rasuah,judi dan zina.

tokasid said...

Accia:

Yes, none of us should be proud for that kind of pencapaian dan kejayaan anak Melayu Islam. Tajuk tu sengaja saya buat gitu sebagai memerli kejayaan mereka.

Sebenarnya saya amat risau dgn 'kemajuan' anak-anak Melayu sekarang. Ramai menjadi pengunjung disko dan kelab malam berbanding masjid atau surau. saya pernah baca dalam Mastika awal tahun ini di mana team Mastika telah membuat liputan di kawasan Jln Ampang,Bukit Bintang dan Jalan P.Ramlee. MasyaALLAH! Apa yg dipaparkan dalam Mastika membuat saya terfikir samada KL tu di Amerika atau Eropah layaknya.Atau KL tu di Thailand atau Filipina?

It is very scary.

tokasid said...

Consultant2k:

Saudara,Jazakallah khair kerana memberikan hadith2 tersebut dan kata-kata al-Ghazali( heran PM cari al-Ghazali tak jumpa-jumpa.Mungkin dia lama tak baca Ihya' kot).

Memang benar kata saudara.
Sebenarnya musibah keruntuhan iman dan moral sedang melanda umat Islam Melayu. Its getting worse everyday. Cuma umat kita tidak perasan kerana kita disibukkan dgn mencari hartadunia atau sesuap nasi.

tokasid said...

Fauziah:

saya setuju dgn cara Fauziah bertanya pada diri sendiri tentang nak buat sesuatu. Many of us,me included should have that before doing something sebab keredhaan ALLAH mengatasi keredhaan manusia lain. TQ Fauziah for highlighting that.