Tuesday, June 19, 2007

Oh YB oh YB...

Important call- RnR Jejantas Ayer Keroh
foto by tokasid


Tadi terima panggilan telifon dari seorang kawan lama. Dan yang dah lama aku tak bertemu.Walaupun sama-sama tinggal di Jebatville. Mungkin sebab dia sibuk( aku mana ada sibuk kalau practise kawasan kampung) sebab ada banyak branch meniaga.Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang dia saja yang tahu dan mungkin aku tahu sikit-sikit. Pokoknya memang dah lama tak jumpalah kami berdua ni.

Kawan: Tokasid! You ada nombor handphone YB DJ tak? (YB DJ dulu sama-sama buat medic tapi dia junior kami. Sekarang jadi YB Parlimen).

TA: Ada. Nanti aku check kat hp aku kejap.

Kawan: Okay...tadi pagi aku breakfast dgn YB DN di Ujong Pasir. Aku ingat nak ajak kau sama tadi...(YB DN is an ADUN in negeri banyak balak dan mempunyai seorang Tengku berbangsa Cina dulu)

TA:(dalam hati aku: kalau takat ingat nak ajak saja sapa pun boleh.Awat tak ajak betul2). Bila YB DN mai sini?

Kawan: Eh..dia selalu turun Melaka. Wife dia kan orang sini.

TA: Aku tau tu...

Kawan: Aku selalu jumpa dia bila dia turun Melaka. Kau tau kan YB DN kamcing dengan Gabenor kita. Manalah tau.....( he didn't finish the sentence)

TA: Ye lah kan dia dengan Gabenor dari satu Negeri.Dulu kan Gabenor tu MB negeri dia.
Ni aku dah jumpa nombor hp YB DJ. Kau salin eh....(aku bagi nombor tu)

Kawan Okay Tokasid.TQ ah...
TA: Assalamu'alaikum...

Lets go ngentot,it's not a crime
taken from blog (?)matsalo

Aku ni ramai jugak berkawan dengan ahli-ahli politik yang bergelar YB. Kalau tak silap ada dekat 10 orang yang jadi YB. Ada yang jadi Timbalan Menteri ada yang jadi setiausaha Parlimen ada yang jadi EXCO negeri. Kebanyakannya aku kenal semasa masing-masing bergelar students dulu. Ada yang kenal masa sekolah menengah. Kebanyakkan semasa di UM.

Tapi masaalahnya aku bila ada kawan2 jadi YB ni aku secara tak sedar akan jadi distance dari mereka. Yg selalu tipon pun dah jadi kurang.Yang selalu sms atau e-mail pun jadi kurang. Its mutual. Bukan sebab depa sisih aku dan bukan sebab aku sisih depa( apa untungnya aku sisih depa?). Mungkin beberapa insiden antara lain membuat aku buat keputusan untuk renggang sikit dari kawan-kawan yang bergelar YB.

1- Kebanyakkan kawan-kawan yg jadi YB bertentangan fahaman politik dengan aku. Kebanyakkan mereka berkeris tak bersarung. Aku pulak bagaikan punggok yang selalu dok tengok bulan. Masa depa tak jadi YB perkara politik ni senang nak bersembang.Tapi sejak jadi YB aku dapati sukar sikit kerana apa yang aku kata bakal mengguris hati depa.

2- Pernah seorang kawan yang agak berjawatan dalam Kabinet: ketika zaman reformasi dulu, seolah-olah 'mengusir' aku dari tanahair ini. Mungkin telinga dia panas dalam perang e-mail kami( masa tu ada group mail alumni kolej di UM). Aku masa tu memang dok hentam DrM atas kes DSAI. Dalam dok bagi hujah, kawan yg jadi Tim.Menteri dah panas telinga maka keluarlah e-mail yg menyatakan jika aku tak suka dgn cara DrM aku boleh serahkan kerakyatan aku dan pilih mana-mana negara aku nak pi dok.Dia boleh tolong supaya aku dapat pindah ke negara tu( maksud dia kat Middle East lah). Selepas kes tu terus group-mail tu mati dengan sendirinya.

3- Pernah juga ketika zaman reformasi seorang kawan yang ketika itu orang kuat Pemuda UMNO, datang ke Melaka untuk bertemu Ali Rustam. Mungkin untuk menjanjikan sokongan Pemuda kepada Ali yg masa tu nak bertanding jawatan yg agak tinggi dalam UMNO. Masa tu aku ada meeting dgn ex-partners atas masaalah penglibatan aku dalam parti pembangkang ketika pilihanraya ketika itu. Yang kawan aku ni pula nak jumpa Ali Rustam di hotel yang sama.( aku pun tak tahu kawan aku ada masa tu) Partner aku bagitahu bahawa kawan aku ada situ dan partner nak pi jumpak dia sat. Lepas dia jumpak dia bagitahu yang kawan aku kirim salam kat aku. Aku kata aku nak pi jumpak dia sat. Partner aku halang. Dia kata : baik engkau jangan jumpa kawan kau tu. Nanti kalau Ali Rustam tahu kau kawan dia susah jugak dia. Tapi aku dah bagi tahu kau ada sini tadi.
Aku terkedu masa tu. Kawan yg dekat 7 tahun tak jumpa tak mau jumpak aku sebab bimbang kalau KM Melaka tahu aku dulu pernah belajar sama dengan dia.

Dua insiden di atas telah membuat aku buat keputusan supaya jangan rapat dengan kawan-kawan yg dah jadi YB. Apa lagi kalau ada jawatan Kabinet.

4-Orang yang tahu aku pernah berkawan dgn YB-YB ni selalu jugak ada minta aku introducekan. Ada yg minta nombor HP peribadi mereka.Ada yg suruh aku buat tenujanji nak jumpa mereka. Kata mereka mereka ada proposal nak bagitau YB.Ada projek nak bincang dengan YB.

Oleh itu aku rasa keputusan aku renggangkan diri( mungkin depa pun suka macam tu) dari kawan2 YBs adalah betul.

Aku jenis tak suka nak minta favour dari orang yang ada jawatan atau power. Hatta dari adik beradik sekalipun. Dulu masa Mrs TA di KT, kami minta transfer balik Jebatville melalui prosedure jabatan. Buat surat dan tunggu. Sedangkan aku ada ramai kawan di Kementerian yang kenal orang2 penting. Malah ada yg jadi Tim Menteri di situ. Ada member2 yg offer untuk call YB-YB supaya tolong aku. Aku cuma bagitau mereka: Tak Payah lah...aku tak mau terhutang budi pada ahli politik walau dulu rapat dengan aku.
Bukan apa, aku tak mau nanti bila aku hentam parti depa aku bimbang depa kata: Mamat sekoq ni betul2 tak grateful.
Pernah seorang YB ketika dok perang sms dengan aku kata aku ni tak kenang budi UMNO. UMNO bagi aku biasiswa,UMNO bagi tempat aku kat medic school,UMNO bagi aku kerja tapi aku lawan UMNO.
Fuhh...aku kata kat dia sejak bila segala Jabatan dan Kementerian jadi hak UMNO? Lepas pada tu aku senyap dia pun senyap.Tak pernah sms lagi dah.

This entry sebenarnya tidak khusus tentang apa-apa. Cuma nak bagitahu bahawa people do change with power. Kalau sapa-sapa ada pengalaman lagi baik punya,lets share...

How's this for a parking ticket?
foto by tokasid( Bukit Bintang)




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

16 comments:

ZABS said...

Salam Doc. Saya tabik spring lah pada pendirian TA yang begitu humble. Saya rasa kita akan merasa lebih puas jika berjaya atas usaha kita sendiri. Apabila saya bersara awal dari perkhidmatan dahulu, ramai yang berkata saya menolak tuah. Abang Ipar saya pada masa itu, adalah orang no. 3 TLDM. Saya kata itu dia, saya tak mahu naik kerana dia. Betul seperti sangkaan, Ipar saya itu terus meningkat menjadi orang no. 1 TLDM, dan seterusnya bersara sebagai orang no. 1 angkatan tentera. Bagus untuk dia, tetapi saya tak kesal pun bersara awal. Saya juga tidak minta apa-apa favor dari dia, semasa dia boleh berbuat demikian. Saya tak mahu membuat dia bersa serba salah.
Malam ini ada kawan yang lama dah tak kontek, telefon ajak pergi satu perjumpaan dan beri hint mahu saya berjumpa ipar saya ini untuk nak bincang projek yang dia nak cuba dapatkan. Bagus juga isteri saya tak mahu pergi. Bolehlah beri alasan yang sesuai kalau dia call tanya kenapa tak datang nanti.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I don’t think I can sleep well at night if I had taken advantage of the people I know, especially those that hold positions in high places, for my own purpose or that of my friends and families.
In my profession, I know not a few, but many.
One of my aunts expressed her disappointment to my mother, after I had refused to connect her husband to someone I knew back in JB, who could give her husband a timber concession. Her remark back then was quite scathing. “Macam bapak dia juga,” she had said. I should take that as a compliment really, because my late father was a no-nonsense man and one who doesn’t suffer fools.
I also have friends who keep me in their contact list because I am of use to them for whatever purpose.
My 11-month stint in a different department was quite telling. It gave me the opportunity to re-assess my address book, both mobile and e-mail.
Now that I am back in the so-called corridors of power, the calls, smses and emails that tapered the past 11 months are making their appearance again.
Sometimes, I wonder if these people have any conscience at all or their skins are as thick at the Great Wall of China.
I know for sure my conscience is clear.

tokasid said...

Pak zabs:
Tabik spring ni bahaya.Bukan apa takut spring tendang balik terlalu kuat mahu lebam dahi kita. Heh3...gurau saja.

Bukan takat nak minta favour dari yg ada power politik, kalau kena tahan roadblock pun saya tak pernah rayu utk tak saman atau kurangkan saman. Kalau trafik tahan( selalunya speed trap)saya tak rayu2.Hak dia nak saman saya kalau bawa laju. Pernah sekali di Dungun(masa Mrs TA kerja KT) kena tahan sebab lebih had laju di jalan Jerangau-Bukit Besi.Lepas saya sain saman anggota trafik tanya saya kerja apa.Saya bagitau lah saya doktor. Dia kata apasal tak beritahu sebelum dia tulis saman.Saya bagi tau kat dia dah memang saya bawak lebih had laju jadi kalau dia rasa patut di saman,saman lah.Tak kiralah saya doktor ka atau kerja apa pun.Jadi dia suruh saya buat rayuan bila nak bayar saman. Bila sampai KT saya terus ke bahagian trafik nak bayar saman. Kerani trafik suruh saya pergi jumpa pegawai dan buat rayuan suaya di kurangkan bayaran. Saya kata tak payah lah.Kalau saya tak salah saya bukan akan rayu tapi akan lawan. Sebab saya kata mcm tu kerani tu sendiri bagi diskaun 50%.Alhamdulillah.
Dgn cara tu saya tak minta favour dari yg 'berkuasa' dan tidak terhutang budi kpd.mereka.
Like you said, kalau kita tak buat macam tu fikiran dan hati kecil kita tenang.

tokasid said...

Fauziah:
I'm sure you have seen lots of perangai macam ni dalam bidang you.
Tu masaalah orang kita. Bila mereka tau kita ada contact with individuals with powers mula lah minta tolong.Kalau tak tolong, kita pulak jadi orang jahat.Tak mau tolong saudara lah.Tak mau tolong kawan lah...Yang penting kita tidak berperangai gitu.

mokk said...

Salam Mamat..

Ini yang aku tak berapa minat nak jadi org politik atau yb ni...sebenarnya takut kehilangan kawan dan menambahkan musuh...

I agree with you...kita jadi serba salah bila berdepan dgn kwn-kwn yb ni...aku rasa pun depa pun rasa serba salah jugak....so biarlah macam tu kecuali pada gathering kedai mamak kita letak tepi pangkat tu...

Unknown said...

Just to relate one incident. Dulu aku penolong kanan pentadbiran. Aku tentukan sapa ajaq apa dan mana kelas dan berapa banyak waktu. Pengetua lembu, nak buat jadual sek pun tak tau. Gomen introduced elaun kritikal untuk sapa yang ajaq BI, Sains dan Matematik. Ada satu chegu mai jumpa aku mintak ajaq BI. Dia kata 1 kelas cukup so dia buleh dapat 10% elaun. Aku kata tak buleh pasai dia bukan option BI dan subjek dia ngam2 cukup chegu, kalau bagi satu kelas BI mcm mana dengan subjek dia pulak?
Dia kata kat aku kalau aku bagi kat dia, dia nak bagi 50% elaun tu kat aku. Aku punya bengang aku terus kata 'hang ingat aku orang UMNO ka? Dia memang UMNO pekat punya orang. Dia sengeh dan belah tapi kami masih kawan la. Malah sepanjang aku jadi PK aku tak mengajaq BI langsung which is my option. Aku buat macam tu so that people can't say I abuse my position to get the allowance.

Lagi satu kes, depa punya nak bodek depa kata depa nak lantik anak aku jadi Ketua Pengawas. Aku kata, NO. Aku guna kuasa veto aku. Aku tak mau. Aku tak mau orang cakap belakang aku.
Aku tak kisah, depan orang depa pun aku hentam the powers that be kalau terpaksa hentam.

Aku seronok bila baca tentang kawan yang suruh hang pi negara lain pasai hentam Madey. Awat Malaysia ni Madey punya ka? Ptuuih!

tokasid said...

Mamat:

Tapi kalu hang jadi YB aku tak kisah pasai hang jauh di sana. Kalau orang suruh aku introduce juga aku hantaq depa di Gua Niah atau Bario baru depa tau.

tokasid said...

Che'gu KTN:

Aku suka cara che'gu handle guru-guru yg jenih muka tak malu ni. Jenih macam ni memang kena sound direct tak payah nak kieh2(kias2) kat depa. mampuih pi depa nak marah ka nak kecik hati ka. Baguih anak che'gu tak jadi ketua pengawas.Kalu dak tak pasai2 depa kata nepotism pulak.

Pasai HM yg tak tau nak buat time table guru ni aku pun heran macamana jenih mangkok ayun boleh ke jawatan macam tu? Pandai kipaih orang jabatan ka atau ada cable politik?

Tentang yg offer nak halau aku tu, dia masih jadi Tim Menteri tetapi sekarang Kementerian lain. Baru2 ni ada dinner jadi penganjur panggil dia resmikan. Aku pi dinner tu di KL pasai nak jumpa kawan2 lama yg dah tak jumpa 18 tahun. Dan aku tak tau Tim Menteri ni nak rasmi.

Dalam dok gebang2 ada sorang engineer mai jumpak aku. Dia bagitau aku yg mailgroup dulu mati pasai jawapan Tim Menteri kepada aku. Geng2 lain yg baca naik kecut perot bila depa dok baca hujjah aku ngan Tim Men tu.Bila dia offer nak halau aku geng lain bukan takat kecut perot ada yg kecut teloq.So mail group kiok naturally. Si engineer ni tanya aku: TA hang dah pi jumpa Tim Menteri ka malam ni? Aku kata dak lagi tapi sat lagi aku pi la. Cuma nak bersalam dan say hai. Apa dia punya response aku tak peduli, aku kata. Mamat ni kata okay lah macam tu.

Lepas makan kami dok minggle around dan sampai meja Tim Menteri ni. Aku hulur tangan dia sambut. Dia tak kata apa kat aku cuma tengok muka sat saja dan terus sembang dgn kawan2 lain.Aku rasa dia masih tak puaih hati kot.
Dan aku rasa cukup senang sebab tak pernah minta tolong dia masa bini aku di KT dulu.

de_kerinchi said...

Salam saudara ku jua , Dr. tokasid,

Saya sebenarnya tertarik dengan isu ini, sebab saya berpengalaman menjadi antara “jentera-jentera YB”. Sewaktu dahulu kala, kemana sahaja mereka pergi pasti saya akan mengekori hingga dinihari hatta sampai di rumah YB pun berkampung berhari-hari., tetapi itu semua saya ambil sebagai satu pengalaman hidup yang berharga untuk dijadikan panduan dan sempadan.

Selalu nya YB yang saya kenal, tidak suka dibantah, kalau dibantah pasti “berpatah arang berkerat rotan”. Bukan YB sahaja tetapi perangai ini diikuti kebanyakan penyokong-penyokong yang membawa rebah. Bagi saya politik yang membabi buta sebegini tidak akan membawa keuntungan dan amat memualkan. Sepatutnya dengan politik lah kita dapat membina satu jalinan persahabatan yang lebih luas walaupun berbeza idealogi. Bagi saya persahabatan itu lebih berharga, kalau boleh umpama “menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”. Bukan nya hipokrit, tetapi nilai persahabatan itu lebih bermakna dari sengketa yang tidak tahu hujung pangkal dan tidak berfaedah ini.

Orang politik biasa nya bermulut manis, walau pun bibir mengata sokong, belum tentu ada benar nya… kan undi itu adalah rahsia


p/s: Ulasan diatas hanya untuk mereka yang “termakan cili”, Sahayugia diingatkan saya tidak termasuk dari golongan tersebut dan golongan pemakan komisyen yang dimaksudkan oleh cikgu KTN..huhhuuh

ZABS said...

Doc., Saya ada sorang kawan YB. di kampong. Saya pernah ajar tiusyen dia masa sekolah menengah. Bila dah jadi YB saya tegor dia macam biasa je bila balik kampong dan tak harap apa-apa dari dia. Jadi takda apa nak komplenlah. Tapi bila bercakap dengan orang-orang kampong dan kawan-kawan lain yang jumpa, semua ada cerita yang tak baik tentang dia. Mungkin mereka terlalu berharapkan sesuatu kot?

tokasid said...

De_kerinchi:

I'm sure you've seen what the YBs are like and their supporters.
Its actually sad when the YBs rasa mereka gah dan tak boleh ditegur. Para penyokong kebanyakan mmg like what you said. Lebih sudu dari kuah. Saya sekarang agak rapat dgn seorang ex-YB/Exco yg dah tak laku dan mempunyai kes CBT. Habis penyokong lari dari beliau.Ada yg dok bad mouth him masa dia kena tindakan mahkamah.Its sad. Tapi yg dulu dok hentam dia sekarang boleh baik dan dok semeja mengeteh dan talk about anything tanpa mengingatkan dia tentang perbuatan lama beliau.

Mungkin betul ramai yg rapat semasa mereka ada power sebab ada udang sebalik batu.
Tak ramai berfikiran mcm anda dlm hal sebegini.Mungkin kerana prinsip anda utk perjuangan nasib rakyat tetapi perjuangan mereka adalah poket mereka.

tokasid said...

Pak zabs:

saya rasa org kampong mengenali Yb sebagai wakil mereka yg tak bawa faedah kpd mereka. Pak zabs mengenali hatibudi beliau sebelum menjadi YB. He must have changed a lot I guess.

Anonymous said...

related to two of them. kalau mereka call, they leave a missed call. after a few times macam tu, malaslah nak layan. memang anak-anak kagum melihat kemewahan mereka. not until they saw him shouting dengan jari telunjuk di parlimen on TV!

tokasid said...

Accia:

Memang betul kita akan rasa bangga kalau ada sedara mara yg jadi/ dipilih sebagai wakil rakyat. Apa lagi kalau yg memang perangai baik, jujur dan betul2 wakil rakyat.

Tapi kebanyakkan yg ada sekarang dah bukan wakil rakyat. Rakyat dah jadi macam hamba abdi dia pulak. Tengok sajalah kalau YB datang ke masjid...kelamkabut AJK masjid nak pleasekan YB. Sepatutnya YB yg kena kelamkabut bila rakyat datang jumpa dia...

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Di Iran, selepas Velayati tak jadi Menteri Luar, dia balik kerja lama sebagai doktor. Di Amerika, UK, gitu jugak. Ramai yang balik kerja lama bila dah tak jadi menteri dsb. Yang pensyarah, jadi pensyarah balik.

Kenapa di Malaysia, parti apa pun, asal jadi YB, Exco, Menteri sahaja, terus jadi makhluk lain?

Ada dak ubat, tak kira la, ubat pil ka, ubat ayaq ka, cucuk ka, yang boleh mengubati penyakit jakun kepada diri sendiri?

Aku jumpak ramai yg kena penyakit ni. Letih sungguh aku tengok depa ni!

tokasid said...

Bakaq:

di Malaysia mungkin golongan profesional yg jadi YB atau exco atau menteri tak buat semula vocation asal depa sebab:
1-depa rasa depa dah terlalu baguih sebab dah jadi YB dulu dan tidak layak turun pangkat ke pekerjaan asal.
2- Mungkin duit pencen jadi YB dah banyak kot.
3-Mungkin masa jadi YB dah 'kenyang' jadi bila pencen YB tak payah nak kerja lagi dah.