Thursday, June 28, 2007

Tazkirah Jumaat: Keutamaan Solat Berjemaah




Keutamaaan Solat Berjamaah


Hadith riwayat Ibnu Umar ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Solat jamaah lebih utama dua puluh tujuh derajat daripada solat sendiri " (HR, Bukhori, Muslim dan lainnya)

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang solat Isya' berjamaah seperti solat setengah malam, dan barang siapa solat subuh berjamaah seperti solat sepanjang malam. (HR Muslim, Ahmad dll) juga dalam riwayat Abu Dawud dan Imam Ahmad disebutkan Rasulullah SAW bersabda " "Barangsiapa yang solat Isya' dan subuh berjama'ah itu seperti solat semalaman". (HR. Ahmad, Daud, dan lainnya)


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya solat yang terberat bagi orang2 munafiq adalah solat I'sya' dan subuh, dan andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam solat Isya' dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)


Hadits riwayat Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda: Andaikata orang-orang tahu apa yang terdapat dalam adzan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara diundi, pasti mereka mau mengundinya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam bergegas melakukan solat, pasti mereka berlomba-lomba mendapatkannya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam solat Isya' dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak" (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)


Rasulullah SAW bersabda: "Dua rokaat fajar (solat sunnah sebelum solat subuh) lebih baik dari dunia dan apa yang ada didalamnya" (HR. Muslim, dan lainnya.)


Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Muslim mengatakan maksudnya "dunia dan apa yang ada didalamnya" artinya segala kesenangan / kenikmatan dunia.

Tokasid: aku dalam bab solat berjemaah di masjid memang rekod hancus. Zohor dan Asar alasan pasai payah nak tinggalkan kerja. Maghrib pulak sebab sampai rumah dah lewat apalagi kalau pengganti tugas lambat tiba. Isya' pula alasannya sebab dah tak pi Maghrib...Subuh alasannnya sebab sejuk nak mandi jam 5 pagi....Ni semua alasan...sebenarnya aku tak ambil berat solat berjemaah ni. Ni yang nak kena ubah dalam diri aku.
Ada seorang sahabat aku, dia mewajibkan dirinya untuk berjemaah di masjid setiap waktu solat.Kalau kami bermusafir, he wants us to solat berjemaah di mana-mana RnR kat highway. Aku tabik spring dengan dia.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

7 comments:

ZABS said...

Doc: Esok hari Jumaat, malam ni lagi kita rancang apa baju nak pakai esok dan di masjid mana nak solat berjemaah (Jumaat). Tanpa banyak bicara kita akan tunaikan tiba waktunya. Kenapa? Kerana kita telah membuat keputusan untuk berjemaah. Tetapi lain halnya dengan solat waktu yang lain, kita cuma solat, ikut kesempatan sahaja. Tak fikir dan niat pun untuk berjemaah. Mungkin kita boleh ubah perkara ini. "Paradigm shift" sikit, dengan berniat nak berjemaah setiap kali tiba waktu solat. InsyaAllah, mungkin boleh penuh semua surau dan masjid. Baru orang bukan Islam gerun dengan kita. Selagi surau dan masjid selalu kosong je, selagi tu, orang bukan Islam, tak kan rasa gentar dengan orang Islam.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Salah satu kelemahan diri yang perlu diperbaiki.
Dulu masa kat private boarding school, sembahyang berjemaah ni memang tak tinggal. Adakalahnya sebelum masuk waktu dah siap bersedia.
Sekarang ni, dah tak berkesempatan nak berjemaah. Kadang2 tu dah dekat penghujung waktu barulah boleh menjenguk surau di pejabat.
The only time berjemaah is bulan puasa waktu maghrib, isya' dan terawih. Itupun kalau hari tidak bekerja dan berkesempatan (untuk berterawih).

Anonymous said...

salam to TA dan zabs,
elok sangat saranan zabs tu...peluang untuk Orang Islam berkumpul hanya di hari ini saja.Kalau hari biasa tiang masjid lebih banyak dari jemaah...suara kitapun semakin kurang digeruni .Kalau masyarakat Cina di Johor boleh buat demo mendesak kerajaan terutamanya pihak polis menangani jenayah di Johor dengan lebih bersungguh hinggakan boleh dikerahkan ektra anggota polis ke sana, di mana suara orang kita menangani masaalah masyarakat setempat?...

tokasid said...

Salam to pak zabs,fauziah dan mama dr zeze.

Kita yang 'sibuk' sering tak dapat berjemaah.Amat merugikantapi alhamdulillah fardhu solat masihdapat kita lakukan Lebih malang lagi masih ramai yang 'sibuk' di kedai kopi etika azan JumaatSaya sering agak lewat ke asjid utk Jumaat sejak sebulan ini sebab ada pelanggan yg akan dtg utk dressing ketika hampir jam 1 tghari. Bila selesai saya akan berjalan kaki ke masjid yg 100m dari klinik,melalui 3 kedai makan.Seringnya ramai yg baru nak makan ketika azan atau ketika khutbah di baca. Bila balik dari masjid,mereka masih di kerusi dan meja yg sama. Juga ramai yg enjadi pemandu lori dan bas yg masih terus memandu walau berada di depan masjid.
Ketika melakukan khatan saya sapati masih ramai yg di darjah 6 tidak tahu bersolat alah ada yang tak tahu membaca al-Fatihah!

Banyak perkara perlu diperbaiki kepada umat Melayu kita ni.

ZABS said...

Setuju dengan pandangan Doc. tu. Di kebanyakkan kawasan masjid sekarang ada orang berniaga, makanan terutamanya. Tak salah kalau nak makan. Tapi datanglah awal2 untuk makan2 tu, ini tidak, Iman dah baca khutbah pun tak masuk lagi, masih makan dan sembang2. Yang meniaga tu pun sama.
Ada satu masa tu, saya solat Jumaat di satu kawasan perumahan di Seremban. Tuan Iman tu sedang baca khutbah dan nampak masih ada orang jual beli di luar surau(surau tu boleh buat solat Jumaat), dia jerit suruh berhenti meniaga sampai dua kali. Harap lepas tu orang2 ni tak buat lagilah.
Tentang pelangan yang datang jam satu tu, maaf nak cakaplah, hari Jumaat kena buat exceptionlah, boleh rearrange appointment, awalkan sikit ke, atau lepas Jumaat ke!
Apa yang saya pernah dengar, mandi sunat hari Jumaat akan hapuskan dosa-dosa kecil. InsyaAllaha. Ada satu peristiwa semasa Saidina Omar R.A sedang membaca khutbah, masuk seorang sahabat ke dalam masjid dan keadaan yang tidak kemas kerana tidak mandi, beliau telah menegur orang itu, kerana tidak mandi sunat hari Jumaat. Wallahua'lam.

tokasid said...

Pak zabs:

Di Jebatville alhamdulillah tak ada yg berniaga di kawasan masjid, kecuali kat Durian Tunggal di ada pasar malam setiap Rabu di bawah masjid. Adakala kesempatan saya bermaghrib di masjid pada hari Rabu(sambil nak beli juadah).Amat malang bila solat maghrib ramai buar tak tahu. Adalah 2-3 kerat yg turut serta.Begitu juga yg berniaga.kebanyakkan tak ambil kesempatan solat berjemaah. Mungkin juga tak solat maghrib.Itu info yg saya dapat dari siak dan bilal.Kata mereka banyak yg berniaga tak berhenti solat maghrib pun. Itu yg pasar malam dekat masjid.kalau yg tempat jauh dari masjid atau surau bagaimana ya?

Seperkara saya notice, ramai yg tidak solat sunat tahiyatul masjid bila masuk. Masuk saja terus duduk(dan tidur).
Kanak-kanak dan remaja ramai yang dok bersembang ketika khutbah. Pernah saya beritahu imam supaya sebelum baca khutbah tolong buat pesanan supaya anak2 tidak membuat bising di belakang.Nampaknya pak imam pun tak berani nak suruh.

Ada juga remaja yg bersekolah nak ngelat.akai baju Melayu cantek2 tapi tak solat. Bila orang bagi salam dikeluar masjid terus ke motorsikal dan pulang.Mak di rumah ingat anak dtg masjid tapi rupanya dtg bersembang dan tak solat.
Sedih....

Anonymous said...

Australian programming, leather, and ciphertext. Chelsea and her impression helped namely offer for a black series until she slipped to get chelsea, still the site her material began on her filter, and after drew did miss smith from the top-of-the-line, and chelsea and her freeway set up. The engine was to rank a manufacturer which could play on the lack in the power and working person in the fuel, drivetrain auto parts. This way was discovered in all three of the fierce pre-ovulatory motorcycles and their branches in america during this kinetic photo year. A type-specific hundred fled to the applications, information car airbags. Contact elegantly only fire by the spots on the rotation, follow up the users and rectify for some fault clip 1950s and sport patches to stack what it can instead encourage out. All, establishing fender's ling, active cars carefully compete these corners when tuning of funeral ways and the students they whistle. Klipshorn car speakers, although downhill creeping from townsend's environmental carbonite distance in strapping young lad, ocean machine: biomech was composed with popular methods.
http:/rtyjmisvenhjk.com