Wednesday, October 10, 2007

SATU HARI DI HARI RAYA

Salam to all.

(Update of update: Cara-cara menyambut Syawal dan adab-adab 1 Syawal, sila lihat tulisan pak zabs. )

(UPDATE: Lepas Subuh tadi terima sms dari seorang sahabat Chot dari KL. SMS sebuah hadith yang nak saya kongsi bersama:
"Satu ketika Rasulullah saw menyebut Ameen sebanyak 3 kali ketika menaiki mimbar. Bila ditanya, Baginda saw berkata "Jibril a.s. datang dan berkata: Celakalah orang yang tidak berselawat apabila di sebut namamu(Muhammad saw), celakalah orang yang ibu-bapanya masih hiduptetapi tidak mendapat keredhaan mereka dan celakalah mereka yang tidak mendapatmenafaat Ramadhan".Aku(Nabi saw) mengameenkan semuanya."

Semoga kita tidak termasuk kedalam 3 golongan yang mendapat celaka itu.)

Hari ni dah 28 Ramadhan 1428 Hijriah. InsyaALLAH Sabtu ini kita akan menyambut 'Eidulfitri.
Semoga ALLAH izinkan kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan pula.
Selepas beraya sakan, jangan lupa berpuasa sunat enam( 6 hari di bulan Syawal) pula.

Kepada rakan-rakan yang akan memandu pulang ke kampung, PLEASE DRIVE SAFELY.
Jangan lupa guna seat belt.Kalau letih memandu berehatlah sebentar.
Jangan nak cilok kat emergency lane. Yang ke Utara, berhati-hati antara Rawang hingga ke Behrang serta sebelum tol Jelapang di Ipoh, kerana kerja-kerja menambah lane belum selesai.

Jangan lupa solat bila bermusafir nanti. Boleh di jamak dan qasarkan solat kita.

Dengan ini saya TOKASID, memohon maaf dari teman-teman bloggers jika mana-mana tulisan serta komentar saya di sini atau di blog anda telah membuat anda terguris hati atau berkecil hati.
Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat teman-teman semua.

Saya sertakan lagu Raya yang paling saya suka untuk hiburan bersama.






Suatu Hari Di Hari Raya
Lagu/lirik/nyanyian: M.Nasir)

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

26 comments:

Anonymous said...

Salam 'Aidil Fitri kpd Dr Tokasid sekeluarga dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين

cakapaje said...

Salam Doc,

Selamat Menyambut Eidulfitri untuk Doc sekeluarga. Saya yang berpangkat adik memohon maaf kepada seorang abang - dan Doktor! - di atas segala kesilapan penulisan dan terkasar bahasa.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
My favourite is Khairil Johari Johar's Sepasang Kurung Biru. Tak meresap spirit of raya if I don't listen to it being played on the air.
I take this opportunity to wish you and family and other bloggers reading this posting, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Unknown said...

TA...Samalah saya juga begitu..maaf dipohon andai ada yg mengguris hati...

Drive Safely bro...and Take care.

Hasrul Halid said...

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~

zabs said...

Salam TA,

Terima kasih atas nasihat itu semua. Walaupun saya memandu dekat je, tapi berhati2 di jalan raya sentiasa diamalkan.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN, jika ada terkasar bahasa selama kita berblog ini, harap dimaafkan. Terima Kasih.

Anonymous said...

salam to Tokasid,
Lagu raya M.Nasir ni memang berbekas di jiwa senikatannya...membuatkan tak sabar nak balik beraya bertemu sanak saudara dan ibubapa tercinta.Mama pun tumpang sekaki di sini meMOHON SALAM KEMAAFAN jika ada terguris kata, tersalah bicara kepada TA dan semua rakan rakan di sini.

Saudara Hasrul your pantun sangat menarik bleh pinjam buat ucapan sms raya nanti?terima kasih.Selamat Hari Raya semoga Rahmat Allah meliputi kalian semua..

Anonymous said...

Salam Brother,

Eh, sama lah lagu raya favourite kita!

Tak der apa yang nak dimaafkan TA, you have been a good friend, a good virtual friend. Hopefully one day we can meet up.

Salam Aidilfitri to you, Mrs. TA, Hafiz and the entire family. Maaf zahir batin.

Elviza Michele & Luqman Zain

Unknown said...

Doc,
Saya ni orang yang suka melawak, takut kadang-kadang terover pulak so

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.

Mior Azhar said...

Salam Tok,
Teman pun nak menyusun jari mengucapkan Selamat Hari Raya dan Mohon Ampun Maaf sempena kedatangan Syawal ini.
(Tercapai dek akal nak melakar pantun seperti yang dibuat oleh saudara Hasrul Halid tu... I was like woooohooo!)
Have a safe journey you too.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
Assalammualaikum wbr
Eid Mubarakh untuk saudara sekeluarga.
"Taqabbalahhu minna wa minkum"
[“Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"]
Maaf zahir dan batin.
Afrar (alkerohi) dan sekeluarga.

Accia said...

Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga.

tokasid said...

Salam untuk semua teman-teman blogosphere:

Terima kasih .
Saya sekeluarga juga mengucapkan Selamat 'Eidulfitri dan maaf zahir batin atas segala kesilapan sepanjang kita di alam maya ini.

Kerp (Ph.D) said...

salam doc,

my plan is to post my last entry for raya b4 the big day itself. then i'll blog-hop wishing everyone. but no prob, u can always come back and re-wish on my latest entry esok...hahaha...entry raya. tak tau nak tulis apa tp pendek pon jadi la..catcha around doc.

oh and salam aidilfitri to you too. real pleasure knowing u, doc.

de_kerinchi said...

Salam Saudara Dr. tokasid

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk, memohon maaf zahir & batin, sekiranya terdapat bahasa dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan saudara... Semoga saudara dan keluarga dirahmati Allah s.w.t. dan bergembira dihari raya.

Nora aka Anon Fm Miri said...

Salam Aidil Fitri dan mohon maaf Zahir dan batin dari Miri.

Anonymous said...

Tok Asid,

Salam Aidil Fitri to you and your family

BigDog

Daphne Ling said...

Dear Doc,

Have a wonderful Hari Raya, and keep safe...

All the best and warmest wishes and regards to your family and all this blog's readers...

Everybody, remember to eat extra on my behalf!

A Voice said...

Ramadhan memberi kesedaran
Syawal itu kejayaan.
Tahniah, itu ucapan perayaan.
Perjuangan ramadhan tiada akhiran.

Selamat hari raya to all. Maaf zahir batin.

aN_archi said...

selamat hari raya, maaf zahir batin.

cakapaje said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tokasid said...

Kerp,de_kerinchi, Nora miri, bro Big, Daphne, pak A voice and an_archi:

TQ for the Raya wishes.

just came back from Tepen.

tokasid said...

Lapa:
TQ for the info. Nice of you dropping by.Have a nice day.

tokasid said...

Shah'ayeh' cakapaje:

Bro sorry for deleting your message. It had your hp no and e-mail add and I think it was meant to me and you wanted it to be like that. I'll be contacting you ASAP.

BaitiBadarudin said...

salam aidilfitri; elok sungguh nasihat menasihati pada hari yang mulia ini.

tokasid said...

QueenB

Thank you for visiting. Selamat hari Raya to you too( masih Syawal kan?)

Visited Writing off the Wall...will make a habit going there.

Have a nice week.