Sunday, June 8, 2008

Bertunang.....zaman minyak naik harga

March 2010

Rombongan 3 biji kereta mula memasuki kawasan rumah Pak Malau.
Sebiji Kancil ,Sebiji Viva dan sebiji Savvy. Kereta di parkis di celah-celah pokok cempedak Pak Malau. beberapa ekor kambing biri-biri berkeliaran di bawah pokok cempedak sambil merangut-rangut putik cempedak.

Di hujung pagar sebelah utara terdapat 2 ekor lembu berbonggol besar dan 3 ekor kaldai sedang mengunnyah rumput dan daun kelapa sawit. Berhampiran dengan itu rerdapat kawasan yang di petikan dengan papan setinggi 2 kali,penuh dengan tahi lembu dan kaldai. Angin yang membayu membawa aroma itu ke hidung tetamu yang baru sampai.

Di sebelah barat rumah Pak Malau ada 2 biji kereta lembu seperti yang terdapat di Kawasan rekreasi Ayer Keroh dan sebuah kereta yang ringkas untuk di tarik keldai.

Dari setiap kereta keluar 6 penumpang.Masing-masing berpeluh.Ada yang sampai lencun baju bagai baru keluar dari mandi lombong. Baju masing-masing juga berkerepot sana sini bagai baru di angkat dari ampaian jemuran.

Pak Sood,ketua rombongan 3 kereta itu agak besar orangnya.Bukan agak besar lagi.Memang besar orangnya. Dengan berat 106 kg dan tinggi dia nampak seperti Rashiki pemain gusti dari WWE.Dia mengeluarkan tuala Good Morning dari poket baju Melayunya lalu mengesat muka,dahi dan lehernya.tuala itu di perah.Air mengalir lebat dari tuala. Mat Kilat pemandu kereta yang Pak Sood naiki senyum lebar bila melihat Pak Sood memerah tuala Good Moring.

"Apa yang kau sengih-sengih Kilat? Aku dah kata on-kan aircond kereta kau tak nak!" bentak Pak Sood.

"Bukan taknak Pak Chu...nanti banyak pulak pakai petrol....."balas Mat Kilat masih tersengih-sengih menampakkan gigi depan yang kekuningan dek kerana candu rokok.

Di pintu depan,Pak Malau melambai-lambai tetamunya masuk.Dia menjengah ke dalam ruamh tamu rumahnya dan mengarahkan 10 orang budak antara 10-12 tahun untuk bersedia dengan kipas mengkuang yang baru petang semalam Pak Malau beli di pasar malam supaya berdiri di tepi dinding. Bila tetamu-tetamu datang Pak Malau menghulur tangan bersalaman dan menjawab salam.

"Sila oh sila...mai masuk dok dalam ni....dalam ada kipaih. sejuk sikit"

Mat Kilat menjeling pada Pak Sood." Pak Chu! Ada kipas angin...baru best!"
Pak Sood cuma senyum.

" Mai...mai dok tang ni....Hah!Budak-budak!Mai tolong kipaih rombangan Melaka nih....Depa semua hangat sampai berpeluh-peluh dah ni....Ni Timah oii...bagi tau orang di dapoq, wok mai sirap bandung keluaq dulu.Bagi tamu kita peleiah dahaga dulu...."

Budak-budak mula mengipas kipas mengkuang di tangan ke arah tetamu yang datang tapi yang lebih terasa angin kipasan adalah diri mereka sendiri.

Setelah 5 jag sirap bandung habis di minum Pak Sood berdehem ...dan memberi isyarat pada Pak Malau.Pak Malau angguk nak mengetuk gelas dengan sudu.Ting ting ting ting!

" Selamoklaikum!" ujar Pak Sood.
"Kami datang ni ada hajat sedikit.Jadi kalau tuan rumah izin kan saya nak wakilkan Tok Sidang Baba selaku ketua adat di tempat kami untuk bercakap bagi pihak kami"

"Silakan....teruskan hajat tuan-tuan" balas Pak Malau. Di belakang Pak Malau isterinya Mak Senah dan ahli-ahli keluarga semua sedang bersila dan bersimpuh.Di luar kanak-kanak kecil berlari-lari mengejar kambing biri-biri yang mengembek sakan bagaikan lari dari perogol bersiri.

Tok Sidang Baba meluruskan badannya yang kecil. Dia meraba-raba songkok tingginya dan kemudian mengeluarkan sikat warna oren dari saku baju lalu menyikat misai sejemput umpama misai Hitler betul-betul di bawah batang hidungnya.

"Selamekom tuan rumah..Saya Tok Sidang Babi telah di amanahkan oleh ketua rombongan Pak Sood untuk menjadi jurucakap bagi pihak lelaki."

"Sebab kami dari Melaka saya ingin berpantun sedikit"

Pak Malau dan mak Senah angguk.Pak Sood angguk.Mat Kilat dan Mat Sedan asyik dok bisik bisik sambil dok jeling ke arah 3 orang anak dara yang bersimpuh di belakang Mak Senah.Mat Kilat mengangkat-ngangkat keningnya kepada anak-anak dara tersebut.

Tok Baba memulakan buah:

Naik motor di lorong belakang
terjumpa polis dah kena saman
Dari jauh kami datang
Ingin menyunting bunga di taman

"Mahap la noo...saya ni tak reti nak pantun-pantun.Jadi ni saya suruh Haji Lah bekas bilal kami untuk jawab laa noo...Boleh kot Haji Lah?" cuit Pak Malau ke lengan Haji Lah yang duduk di sebelah kanan Pak Malau.

" Hah! Apa dia?....", ujara Haji Lah bagai terkejut dari tidur sambil mengesat air liur yang melelah di sebelah kiri bibirnya dengan lengan baju Melayu.

" Tolong pantun kat orang Melaka", jelas Pak Malau.
"Ha...boleh...boleh"kata Haji Lah yang masih kelihatan mamai dan manyau.

Dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
Hangpa mai naik lori
Pasai tu lah pakat sakit belakang

" Laa...Haji Lah!Awat pantun tak senonoh lagu tu!Tak apa lah. Biaq saya handle keniri",rengus Pak Malau. Mukanya agak merah menahan malu akibat pantun haji Lah yang mamai.

"Maaf yang Tok Baba....Haji Lah ni dia nyanyok sikit.Dia ni senang tidoq walau dok ramai-ramai lagu ni dia memang senang lena....Sori la noo...Saya saja pantun la kot"

Turun pi bendang kaki kena pacat
Dekat pula petak Tok Nan
Bunga mana yang di hajat
Kumbang mana yang berkenan

Tok Baba senyum dan angguk.

Belajar di laut ternampak pulau
Singgah sebentar memasak dodol
Bunga di hajat si Nur Balqis Qistina Alawiyah binti Malau
Kumbang berkenan Mohd Noor Aqashah Putra bin Jendol

"Alhamdulillah...eloklah lagu tu....depa pun berkawan dah lama. Saya setuju lah kalau mereka berdua kita tunangkan." balas Pak Malau tanpa mahu berpantun lagi.

"Kalau begitu Pak Malau,saya nak tanya berapa belanjanye....."senyum Tok Baba.
Mat Kilat dan Mat Seman masih menjeling pada anak-anak dara.Ada response.

" Macam ni sajalah Tok Sidang. Kita mudahkan saja urusan budak-budak ni...tak usah kita susah-susah" jelas Pak Malau.

" Kami minta hantaran Sepuluh ribu sahaja.Tapi kami tak mahu duit cash..."

" Tak mahu cash? Jadi nak emas ke?Perak ke? Berlian ke?"

" Taklah macam tu....Kami mahu hantaran 10 ribu dalam bentuk voucher petrol dan voucher beras".

" Ohh....gitu...Boleh aje.No hal pada kami. Cincin dan hantaran bagaimana?"tanya Tok Baba.

" Itu macam biasalah Tok Sidang...Dan kita buat kenduri kawin setahun dari sekarang"

"Baiklah kalau begitu, saya bagi pihak lelaki bersetuju dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Malau sekeluarga kerana sudi menerima peminangan kami.Alhamdulillah"

Tok Baba beralih kepada Pak Sood dan angguk.Pak Sood membalas.

" Hah...urusan rasmi kita dah selesai. Mai kita jamah makanan sikit la dulu noo....Woi orang dapoq! Wok keluaq makanan.:

Beberapa talam berisi pinggang dan makanan di bawa dan di letak di atas tikar mengkuang.kain sapra di hampar. tetamu-teamu senyum melihat makanan yang terhidang. mengecur air liur masing-masing.

Ubi kayu rebus dan kukur nyiok dan tamban goreng.Bengkang ubi kayu.Ubi kayu bakaq. kek lapis ubi kayu. Pucuk ubi masak lemak cili padi campur petai.Pucuk ubi rebus cisah air asam. Ubi kayu sweet-sour.TomYam ubi kayu.Sup ubi kayu.

Ahhh....menyelerakan.

Dari bilik Nur Balqis Qistina Alawiyah terus sms kepada Mohd Noor Aqashah Putra tentang berita gembira mereka.

21 comments:

Hasbullah Pit said...

Ni nak cerita pasal kenaikan harga minyak atau cerita pemanasan global?

FiSHY@iKe said...

adoi, pas bace dr nye posts, penat memikirkan camne nk masuk meminang nanti, kalu mene gayenye cam posts tersebut, alamatnye, keje cari keje kat petronas ngan jati/jasmin nyer company la, :P

tokasid said...

Sebol:

Nanti bila Umar besar kau suruh di cari tunang dalam Melaka je....
Kalau ada voucher petrol tu kau simpan kat aku sikit.Bukan apa nanti bila anak aku nak berbini senang aku dah ada banyak voucher.

tokasid said...

Fishy:

Jangan risau....mungkin time awak nanti hantaran depa nak kuda 5 ekor dengan kereta kuda tayar Michellin kot.
Kudang kepang pun boleh gak.

Unknown said...

Salam bro...

Hahahaha...tomyam pucuk ubi? kena try ni..entah2 sedap pulak...

di kg, bila rewang, mengikut adat jawa ni sedara mara bagi seguni beras (belum duit lagi tu)...nampaknya bengkok le tulang belakang jika adat ini diteruskan sebab harga beras bukan makin turun... takut pulak memikirkan nya...

yg mana dulu bagi seguni beras...bila sekarng orang pulang balik 10 kilo je...sebab nilainya sama...adehhhh

jaflam said...

Salam Doc,
Nampaknya bertambahlah bujang terlajak dan anak dara tua lantaran kebijaksanaan Memanda Menteri mentadbir negara.

Mari kita pakat ramai ramai naik basikal kebulan. Teknologi tinggi tanpa minyak.

tokasid said...

Salam Raden sis:

Masa kecil dulu di Kedah pun gitu. Org ni bagi itu sikit org ni bagi ini sikit dan bila kenduri sama2 gotong royong buat khemah dan gedhohuak(bangsal memasak).'

I guess kalau nak terus ikut adat rewang Jawa,kena tukar dari memberi Beras kepada Ubi Kayu pulak kot? Tradisi tetap berjalan cuma barang je yang tukar.

Amacam nanti si adik dan abang kita masak Briani Ubi Kayu?

tokasid said...

Wassalam Dato' Jaf:

Jika bilangan bujangan terlajak dab anak dara terlajak ramai bisa ngundang gejala sosial pak. Itu pun ngundang musibah.

Apakah lagi 5 tahun jika harga fuel terus meningkat naik, banyak bandar2 kita akan jadi seperti Beijing? Bandar basikal!!

Unknown said...

Salam Bro,

hahaha kelakar pon ader... pastu nanti bila kahwin pakat jamu Ubi kayu... ikut sarana para pemimpin kita yang cerdik lagi gemilang...

tokasid said...

Salam anokeghetupat:

Kalu di kelate nak jamu gapo?
Tokke budu slalu?

Pemimpin kita hanya setakat pandai buat saranan saja. Cuba kalau keluarga menteri-menteri mentedarah ubi kayu for every meals untuk seminggu tengok?

mahu tak kembong perut mereka tak tahu lah....

Unknown said...

Dalam tahun 2010 kena bagi hantaran dalam bentuk postal order, kalau tidak nikah tak sah.

tokasid said...

Che'gu:

Kah3....good one nasi tambah hang.
I like!

Nak kena pesan kat kawan kita suruh beli postal order banyak2 mulai sekarang.

Anonymous said...

best baca 'cerpen' tu... tak sangka ada bakat... boleh compile buat buku!

aku mmg suka makan ubi... kalau betul itulah hidangan masa tu, dengan rela hatinya aku menjamah...

tokasid said...

Salam Anon:

Bakat kecil ada lah. Sekadar buat bahan baca sendiri dan kawan2 saja. Kalau jual mungkin penerbit terpaksa gulung tikar.

Ubi kayu ni kalau sesiapa ada gastrik mungkin problem sikit sebab selalu tak berapa hadham(kebanyakan jenis ubi macam tu) dan senang kembong.

Anonymous said...

Satira setaraf Baha Zain!

Tulih lah lagi tokasid, manalah tau kot-kot ada publisher tersangkot, boleh pasang keta lembu tayar michelin!

Anonymous said...

dear doc

in 2010, after adjusting discount factor in real value of currency and increase in consumer index, rm10k would worth maybe around rm5k (considering if are we lucky enough since we are already entering the zaman "sama-sama kita semua dikerjakan). i dont think that should be sufficient to get engaged considering many things would be many times more expensive than what we used to pay. not to mention the kipas nipah. since nipah is getting more and more difficult to find, and in great demand for their fanning effect, the cost of one kipas might even be more expensive than a panasonic ion aircon unit.
Someone mentiones about global warming, how do your think the pengantin would make necessary adjustment to accomodate this kipas nipah team on the night of the wedding?

tokasid said...

chef tomyam:

kalau ada publisher suka, ada peluang lah saya beli lembu berkasut Nike,tak gitu?

tokasid said...

Pak shirzad:

Btoi jugak ....masa tu nilai wang tenty dah rendah.

As for kipas nipah for our newly weds maybe something like the olden days for the chjnese emperors where they have eunuch and maids to kipas them.But, on 2nd thought that could be dangerous what with video phones and uploading it on the internet,right?But still,the pengantins woulnt be bordered with globang warming after all.LOL!

Anonymous said...

Salam Doc,
Kena pastikan voucher tu tulis jumlah dalam liter untuk petrol & kg untuk beras... kalau dalam RM, nilai akan turun!

tokasid said...

Wassalam Dhahran:

Hmmm...betul tu.Tapi selama ini semua voucher dalam bentuk nilai wang.
Macamana nak buat ye? Kalau ikut kepala hotak yang di barisan di atas sana memang mereka suka apa-apa saja dalam nilai wang,tak gitu?

cakapaje said...

Salam Doc,

Real or not real, your story? Wah! Like this, I trang tang tang some more lah! Na'uzubillah!