Saturday, June 7, 2008

Terkenang semasa dulu....part 5

Rumah Mak
Kpg Pinang
circa 1978



"Mana hang bawak adik-adik hang pi??Oh...hang pi mandi lombong nooo!!!"

1973.
Cuti sekolah.
Tak ingat cuti penggal berapa.

Seperti biasa, masa sekolah rendah hari-hari dalam kepala otak aku dan kawan-kawan hanyalah nak bermain saja. Petang-petang berbolasepak di padang Lorong Padang. Jam 3 petang kami sudah ada di situ bermain bola sepak.Biar panas terik atau hujan kami pasti akan ada di situ setiap Sabtu atau Ahad atau kalau cuti sekolah tak kira hari apa. Selalunya main sehingga jam 5 sebelum padang di take-over oleh budak-budak sekolah menengah yang kadang-kadang mengizinkan kami bermain sama sehingga sebelah team ada 15-16 orang pemain.

Atau kalau ada lawan dengan team Kampong Jana, aku dan geng akan ke SK Long Jaafar.Ketika itu kami ada jersi sendiri.T-shirt puteh kami dye kan merah( aku lah tukang masak dye dan pakat rendam baju team kami. Bila dah kering, kawan aku ZZ akan buat logo dan initials team kami.Gambar Singa( dari botol minuman ringan zaman tu) dan TRL.The Red Lion.
Nampak cantik.Jersi merah(yang kadang-kadang ada bentuk bulat-bulat ring putih kerana aku perah semasa nak jemur.Seluar pendek biru gelap(seluar sekolah rendah actually).Yang paling hebat ialah despite baju merah,kami semua berkaki ayam!

Kalau tak main bola, kami ada permainan mengikut musim.Kadang-kadang main wau(layang-layang/kites) yang kami buat sendiri. Bila musim main wau kami ramai-ramai ke sebelah depan kampung yang berhampiran dengan jalanraya(main road) di mana ramai keluarga Cina tinggal.Hampir dengan Lorong 3 ada satu kolam itik yang terdapat rimpunan buluh dan sederet rumah 4 pintu yang di huni oleh 4 keluarga Cina.Selalunya kami minta buluh di situ.Actually ambil batang-batang buluh yang telah di tebang atau rintis.Dengan buluh itulah kami buat frame wau sendiri.

Dengan pen-knife kami akan raut-rautkan buluh dan buat balancing sebelum di ikat menjadi bentuk wau kangkang. Kertas nipis putih kami beli di kedai mamak atau kedai apek.Untuk gam biasanya aku suruh mak masak kanji sago. Benang untuk wau kami beli dan kadang-kadang benang-benang ini kami kacakan. Dengan beberapa biji telur ayam(yang aku cilok dari lau ayam(reban)kami, kaca-kaca botol yang telah di tumbuk halus di campurkan ke telur mentah.Atau benang di rendam ke dalam telur yang telah di kacau dan kemudian kami ikat di batang-batang pokok .Lalu serbuk kaca yang di tumbuk kami sapukan ke benang bertelur. Bila kering dapatlah benang kaca(untuk buat lawan wau nanti).

Kadang-kadang musim gasing. Pada awalnya gasing kami beli di kedai.Ada yang dua kupang ada yang 3 kupang.Tapi jenis beli ni senang pecah dan senang di tobekkan bila lawan pangkah.Akhirnya kami belajar buat gasing sendiri.Ada saja batang jambu atau batang limau rumah jiran yang kena potong.Ada yang kami minta izin tapi banyak yang kami ambil saja.

Atau kadang-kadang main Police Sentry.Atau main galah panjang. Atau main getah.
Main getah ni memang syok.Getah(rubber bands) di ikat sebagai "gundu".lagi besar gundu lagi hebat. 2 batang kayu akan di pacakkan jarak lebih kurang 6 inci apart dan 6 inci tinggi. Beberapa helai getah di gantung antara 2 batang kayu ini menjadi seolah-olah penyidai.Lebih kurang 15 kaki dari 'penyidai' ini kami akan buat garisan.Garisan ini akan jadi sempadan untuk 'menembak' getah-getah nanti.


Lalu kami akan mengumpul getah2 yang kami ada untuk target shooting .Kalau ada 5 orang,mungkin kami akan letak 10 rubber-bands masing-masing maka akan ada 50 keping getah di 'penyidai'. Di garisan, dengan mengunakan 'gundu' sebagai peluru kami 'tembak ke penyidai' untuk jatuhkan getah-getah.Mana yang terjatuh akan jadi milik penembak.

Jadi masa cuti ini, satu hari aku dan 2 adik aku serta 3 lagi kawanaku, pergi bermain-main di hutan di seberang jalan keretapi di depan rumah. Tak ada apa-apa tujuan tapi sebab hari tu panas ,jadi bila duduk dalam hutan terasa sejuk. Akhirnya kami sampai di hujung hutan dan sampai ke kawasan lombong. Ada 2 lombong di situ.Di salah satu lombong di tepinya terdapat sebuah sampan kecil(ada org guna untuk ambil buah teratai) dan 2 plank papan. Kawan aku ajak kami mandi.Kata dia jangan risau sebab lombong ni tak dalam( iya lah tu!) dan kita boleh pegang papan untuk apungan. Tanpa fikir panjang aku dan adik-adik turut serta.Sedangkan aku memang tak tahu berenang langsung.Dan tak terfikir pula kalau terlepas pegangan pada papan pasti akan lemas.

Memang budak-budak bertindak pada impulse nak seronok saja.
Kami mandi agak lama juga. Lepas tu kami masuk ke lubang-lubang kecil yang terbentuk di tanah-tanah pasir yang di lombongkan kerana dalam lubang-lubang(macam gua) ini terdapat banyak mata air.Tak terlintas bahawa itu pun bahaya jika tanah 'gua'itu runthu pasti kami semua tertimbus.

Lebuh kuranh jam 5.30 petang kami pulang.Sampai di rumah aku tengok ada sebuah kereta sewa di laman rumah.Plate Penang. Aku dengar suara bapak dan Pak Ngah di atas. Rupanya Pak Ngah(abang bapak) dan Tok Nah(mak bapak) datang ke rumah. Bila mak nampak aku dan adik-adik sampai,mak turun ke tanah dan tanya pada aku: Hangpa pi mana? Tok ngan Pak Ngah mai ..."

"Hang pi mana dengan adik-adik hang?"
"Kami main bola mak...." tapi aku tunduk memandang ke tanah.Tak berani nak tengok mata mak bila aku kelentong dia.Tapi mak tahu aku berbohong.Rambut dan kulit kami nampak 'kembang' kesan mandi lombong.

"Mana hang bawak adik-adik hang pi??Oh...hang pi mandi lombong nooo!!!"

"Dak aih mak...kami tak mandi lombong aih...."

"Ooo...hang nak muhong aku no!Hang bawak adik hang mandi lombong.Betuah punya anak.Hang tak tau ka hangpa boleh lemaih di lombong?Hang siap....".

Mak patahkan ranting jambu batu dan kejar kami 3 beradik keliling rumah.Memang macam relay 4x100m layaknya. Memang mak tak terkejar nak ligan kami.Akhirnya kami berhenti sebab tahu,kalau tak sekarang,nanti pasti kena jugak.

Kaki kami jadi mangsa rotan ranting jambu.Memang pedih.Kami 3 beradik menangis kesakitan.
"Mak ampun mak...cek tak buat lagi....mak minta mahap mak...."
"Mak sakit mak..... sudah lah mak....cek sumpah tak buat lagi mak...."

" Lain kali hang jangan buat lagi,Aku punya susah hati hangpa tak balik.Tok hangpa mai nak tengok hangpa, hangpa pi mandi lombong no...."

"Pi masuk mandi! sabun badan tu elok-elok.Satgi pakai baju bersih paih tu pi jumpak Tok ngan Pak Ngah". Aku nampak mata mak berair dan mak kesat.

Tok dan Pak Ngah balik petang tu jugak.Tak boleh nak tidur di Taiping sebab tuan kereta sewa nak balik.

Malam tu mak sapukan minyak ke betis aku dan adik-adik.

20 comments:

KAMATO said...

boleh dibukukan, buat novel

Anonymous said...

dear doc

membaca entry you ni mengingatkan saya zaman kanak-kanak dulu. kisahnya lebih kurang sama dan permainannya pun sama jugak. cuma di singapura dan jb tak ada lombong. main getah getah gundu tu memang best. Betul. Lagi besar gundu lagi senang jatuhkan getah pada ampaian (kalau kenalah).
Sebab tempat kami tak ada lombong atau sungai, jadi cuma boleh mandi laut ajelah. Tapi kalau pergi mandi laut, balik alamat kena belasah. Dekat kampung belakang rumah tu ada parit besar. Lepas hujan lebat kami akan buat bot dari beluti dan campakkan dalam parit. Tengok bot siapa lebih laju. (not knowing the flow of the water is constant). Jadi siapa campak lebih jauh dialah yang menang.
saya rasa pengalaman doc ini elok juga dibukukan untuk bacaan generasi akan datang terutama anak-anak hari ini yang membesar di zaman Half-Life, Sim etc.
at that time we didnt play anything that could be called educational, yet, you know what i mean. Today the so-called education toys of advanced techology somewhat fails to educate our children to become better people that what we were capable of.

mantra-indeeptots said...

Doc
Down memory lane.. At least yr mother sapu minyak lepas kena rotan.. Oh never my mother.. Kami perempuan kena cubit.. Bila larut malam, kami adik beradik dok kira berapa bunga ros dapat sorang satu...

The best part is.. before satu bunga ros hilang.. tambah lagi sepuluh!!!

Unknown said...

Dulu abang aku ada sewa di Asam Kumbang. Rumah bungalow besaq tapi sewa punya lah murah sampai aku tergerak jugak nak mintak tukaq pi Tepen. Masa di sana kami nanti pi dekat airport tembak anjing tak dak tuan. Lepaih tu kami nanti pi di kolam-kolam bekas lombong. Abang aku nanti tembak burung punai yang terbang di situ. Lombong tu la kot hangpa pi mandi. Ada sekali, dia tembak kena belibih yang jatuh dalam lombong. Sepupu aku terjun dalam lombong tu nak pi ambik tapi bewak besaq lagi laju pi sambaq belibih tu. Hang bayangkan hang dok mandi bewak mau ragut anu hang, ha baru nak jadi datinasid.

tokasid said...

Salam Kamato:

Sekadar novel utk anak cucu je kot...

tokasid said...

Pak Shirzad:

I guessed that those games sort of died when computer games was introduced.
When I was in primary 6, occasionally I do go to the amusement park in Taiping to play at the video arcade tere.Racing car games where your car is a stationary metal car and below it is the image of mobile roads and other cars.And it cost 10 sen into the machine slot.

I am not sure if kids today have ever seen a wau kangkang at all.
Mention gundu or main getah they might think: Apa guna kumpul rubber bands?

Tu tak termasuk main pecah bijik getah for most of them had never seen a pokok getah,what more a bijik getah.

The yesteryears game are educational in the sense that we make our own toys( like senapang and pistol peluru terung belanda,wau,gasing and lorries)

And also the guli benda(the big white marbles)

tokasid said...

Jeeja mantra:

Bunga ros?Kah3...
Mesti nakal sangat masa kecil. Ada pi terjun sungai kat belakang rumah tu ke?

tokasid said...

Che'gu:

The Airport is in Tekah.masa aku sekolah LSS situ banyak Mengali bela lembu.Kawasan tu memang ada lombong tapi semua dah kena tambun dan jadi housing estates dah.

Lombong yang aku mandi tinggal 2 saja tapi yg lain dah jadi taman perumahan.

Mungkin jugak kalau masa tu mai bewak besaq aku akan jadi Auuwwww....kawan Ketua Pemuda Amano.
kah3

cakapaje said...

Salam Doc,

Mesti sakit kena sebat tu! Den dah terlupo perit kena rotan...lamo bonau tak kono ha!

Anyway, den waktu kocil dulu sompat gak main kek lombong. Time tu, seluroh kawawan Kelana Jaya termasuk rumah kerp tu kawasan lombong. Den ingat poie main boating - raft getah terpaksa inflate ngan mulut - ngan memba memba jiran. Time balik, baju basah kuyup tetahu je lah...lol! But that was a real good time.

ummisara said...

Salam,

Ish seronok jugak nooo time u all dulu dulu...chek nih tak dak peluang lah dok merasa mandi lombong ka, lastik burung ka...TAPI...galah panjang chek pernah main... bestttt ooooo!

Chegu....kekkekekke statement u pasai Datinasid memang lawak...kekekek tekejut hubby i dengaq i gelak...kekekeke

Time chek kan...main gundu getah ker, biji getah ker tak ada lah...yang selalu main bila berkumpoi ramai2 ialah ROUNDERS, ACI SEMBUNYI, POLIS SENTRY, BATU SELAMBUT, LOMPAT GETAH adalah...

Budak laa nih...lagi lah tak main...depa mengadap Playstation or Komputer...

Bertuah sungguh org dulu kan... :P

Kat Penang main apa chegu? Kalau sedara mara mai umah mesti dok bawak pi bukit bendera kaaa...tengok ayaq itam Dam kaaa...betoi dak? or berkelah kat Lubang Batu? eh ada lagi kaaa tempat tuh?

Anonymous said...

Tok Asid

Dah banyak kali baca blog ni. Tapi cerita terkenang masa dulu buat nostalgia zaman dulu mekar kembali. Indah sungguh warna-warni kehidupan Tok Asid dari kecil, bersekolah, jadi mahasiswa, jadi doktor dan usahawan. Warna kehidupan inilah yang saya amat kagum. Teruskan dengan cerita tema sungguh menghiburkan saya.

Terima kasih

tokasid said...

Shah:

Maso kocik-kocik kalau tak kono sobat kironyo tak sah le...

Sekarang kalau nak meraso kono sobat sonanh ajo....poi seludup dadoh 2-3 kilo baie kono cokop dek poleh...ha!ada chance kono sobat.Amacam?Boleh?

tokasid said...

Salam Min:

Masa bebudak dulu tahu nak seronok saja.mana ada pikiaq bahaya.Mana ada pikiaq boleh lemas sebab tak tahu berenang dan tanah lombong jenis menyedut due to its porosity.

Selain tu, ada jugak main guli.Lastik burung(dan mempelam rumah orang kampung).

Masa di Kg Bujang bila nak main lori-lori kena buat sendiri.Abang menakan ajaq lagu mana nak buat guna kotak mancis,kotak rokok,tudung ayaq menet,bilah penyapu dan getah(dari pokok getah,buat glue)

tokasid said...

Mamadou:

Terimakasih sudi membaca catatan2 saya.

Bukan apa,terfikir kalau tak di catatkan nanti semakin berumur semakin saya lupa.kalau begini lagi 5-6 tahun kalau masih bernyawa at least boleh refresh balik zaman2 kanak2.

Sudah banyak perkara yg saya tidak ingat tapi macam samar2....jadi yang masih segar saya tuliskan.

Kerp (Ph.D) said...

hehehehe...good one doc. mengimbau kembali zaman silam, at least dapat la budak2 belajar permainan budak2 dulu. aku sendiri pon tak pernah dgr permainan2 tersebut. dulu bila mak tanya pegi mana, cakap pegi main bola sambil mata ngadap lantai. dia sembur balik, 'jangan nak tipu, ko pegi arcade dgn kawan2 ko lagi kan?'. begitulah perbezaannya.

tokasid said...

Ahmad Kerpovmovic:

The game might be different but mothers' reactions and actions are still the same,right?

Ko pernah kena sebat tak dulu?

Anonymous said...

Salam mesra Doc,Kpg Pinang? Saya pernah tinggal dino:446,Jalan Asal,Kpg Pinang sekitar 1973 hingga 1977.Tinggal dgn kakak.Bersekolah diKE V11.Banyak kenangan manis.Kena sebat!Pernah merasa dgn Pak Thong our supervisor afternoon session,Though score subject lain.flung Modern maths dpt ler"roti panjang".King Edward VII dan Taiping menyimpan byk memori manis.Bila balik Selama,ku lewati jua lorongan kenangan itu,tengok bangungan sekolah ,tengok padang.really nostalgik... Dari: Rio Alang sedayu.

tokasid said...

Salam Anon:

Dulu dok Jalan Asal? Tak jauh lah...saya di hujung kampung ie Jalan bakar Sampah berdepan dgn rel keretapi.

Guru di KE VII saya tak kenal sebab saya 1st term Form 1 di LSS lepas tu ke KSAH Aloq Staq.

Saya balik Tepeng 2 months ago. Bawa anak2 saudara jalan2 di Lake garden.Taiping sekarang dah lain.Dah ada TESCO dan Giant Hypermart.
Dekat Kemunting Garden dah di buka Supermarket hampir 4 tahun dah.
pekan Taiping dah hidup segan mati tak mahu sebab banyak perniagaan ke arah Kemunting dan Simpang.

Tapi deroyan Batu Kurau tetap class.

Hasrul Halid said...

Weh rumah ni lorong berapa? aku macam pernah tengok la...

Tok aku dulu pun orang Kampung Pinang jugak!

tokasid said...

Hasrul:

Lorong Bakaq Sampah betoi2 depan jalan reta api.