Heboh tentang DS Nizar menderhaka. Itulah istilah yang pemimpin-pemimpin UMNO gunakan bagi mensifatkan DS Nizar.
Tapi betulkah DS Nizar derhaka? Aku rasa sebenarnya DS Nizar mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Dan sunnah Nabi SAW adalah lebih berharga dari titah mana-mana raja dalam dunia.Kerana sunnah Nabi SAW berlandaskan firman ALLAH Azza WA Jalla. Sedangkan titah raja mungkin terdorong oleh hanya akal atau perasaan atau nafsu.
Mengikuti sunnah Nabi SAW ,InsyaALLAh akan mendapat syafaat baginda di akhirat nanti. Ikut titah raja belum tentu lagi.....
Keenganan DS Nizar meletak jawatan bila di titahkan oleh raja adalah seperti sabda Nabi SAW kepada sahabat besar Uthman bin Affan r.a. iaitu:-
“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]
Jadi, adakah derhaka jika seorang pemimpin Muslim mengikut sunnah Nabi SAW?
Rencana menarik di sini.....Ibrah Sulaiman
4 comments:
Doc,
Say No To Lompat party!
http://suratdalambotol.blogspot.com/2009/02/entri-245-gerakan-rakyat-malaysia.html
Salam Doc,
Itu le, la ni, pihak sana mengagungkan hukum duniawi semata. Pada mereka, kita leh pandang rendah pada syaraq tapi takleh lakukan sama pada orang besar mereka. Contoh awal '90an, apabila M Nasir dituduh memandang rendah pada Mahathir, walhal mentuanya baru sahaja meninggal. Contoh lewat '90an, apabila mereka mengenepikan fatwa Mufti Perak dalam hal jomheboh. Malah terlalu banyak lagi hendak dikatakan. Puak sebegini, ada lebih baik kita humban sahaja kedalam gunung berapi. Yang sedihnya, ramai pula orang kita yang makan kata mereka.
Pada saya, YAB Ir Nizar masih tetap Menteri Besar Perak sehingga beliau meletak jawatan. Takbir!
bro, bila masa Allah lantik nizar tu jadi mb, apa yg aku nampak Allah nak uji dia dgn bagi sedikit kuasa dalam sedikit masa. Allah baru bagi rasa kuasa 10 bulan dah tak blh nak lepas, itu baru dapat kerusi MB, kalu dapat kerusi PM camna tak taulah.
p/s tanyalah tuan guru kat kelantan tu sedap tak sedap jadi mb, kalau tak sedap lama dah lepas jawatan tu. Org pilih dia jadi wakil rakyat je kalu tuan guru ko tu tak nak jadi mb pon rasanya tak kalah pas di kelantan.
Great readd thank you
Post a Comment