Salam semua:
Melihat apa terjadi di Kuala Kangsar pada Jumaat 6 Februari 2009 aku jadi terkedu. Demonstrasi jalanan di adakan kerana membantah perlantikan dan majlis angkat sumpah MB baru dari BN , hasil perbuatan melompat oleh 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAp serta kemasukkan semula ADUN Bota ke dalam parti asalnya ,UMNO.
Aku faham tentang ketidakpuasan hati penyokong Pakatan Rakyat dan penyokong YAB Nizar(PAS). Tetapi mereka tentu maklum selama ini demonstrasi jalanan dalam isu ketua kerajaan negeri jarang memberi kesan kepada pihak istana.
Demonstrasi yang dilakukan telah menimbulkan fitnah terhadap yang menyertainya.Mereka telah di bedil dengan bom pemedih mata.Ada yang khabarnya di sepak di terajang. Ada yang bertindak brutal dengan membaling batu atau botol ke arah kenderaan Raja Muda Perak.
Tindakan berdemo telah memberi peluang kepada pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan Pusat untuk mengambil kesempatan yang luas untuk menghentam Pakatan Rakyat.
Yang membuat rasa lebih pilu, di khabarkan( not verified) yang menyertai demo tersebut adalah ahli-ahli PAS. Ke mana pergi ahli-ahli PKR dan DAP? Bukankah budaya demo jalanan merupakan budaya dari PKR?
Demo jalanan bukan menjadi budaya PAS . Bukan juga budaya yang di petik dai as-Sunnah.
Adakah ahli PKR tidak hadir kerana kemelut ini disebabkan oleh 2 ADUN PKR yang melompat?
Dan adakah ahli DAP tidak ikut berdemo kerana malu ADUN DAP juga lompat parti?
Aku sayu kerana bagi aku PAS sekali lagi membiarkan mereka di gunakan oleh pihak lain. Aku masih ingat ketika PRU 12, banyak kerusi yang sering PAS tandingi(tapi tak menang ) tetapi mempunyai potensi yang baik di sedekahkan kepada PKR terutama di Perak antaranya Cangkat Jering yang mana segala gerak kerja kempen di lakukan oleh petugas PAS Taiping.
Mungkin akan ada ahli PAS yang marah dengan statement ini.Tapi aku sendiri adalah ahli PAS seumur hidup dan InsyaALLAH menjadi ahli sehingga ke liang lahad. Melainkan jika PAS tukar prinsip tak mahu lagi menegakkan Islam.
Dan aku percaya PAS boleh menerima teguran ini kerana selama ini PAS memang terbuka kepada teguran.Bertindaklah mengikut al-Quran, asSunnah dan sirah para sahabat Rasulullah SAW kerana itulah yang PAS mahu perjuangkan selama ini
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
10 comments:
salam, tu lah kan kekadang manusia ni bukan tak ada pelajaran n pengajaran .. tapi tidak mengambil pelajaran n pengajaran dijadikan sempadan dan tauladan ..
tapi mungkin juga orang PAS turun padang kerana YB tu dari PAS. Siapa lagi yg nak pertahankan PAS kalau bukan orang-orang PAS, mungkin pada pandangan mereka.
tapi saya sangat kesal bila kawasan masjid, rumah ALlah dicemarkan dengan perkara yang tak sepatutnya.
saya menyangkakan lepas solat jumaat hati-hati akan lebih tenang, lebih rasional pemikiran.. tapi jadi sebaliknya pulak.
semoga ALlah memberi rahmat dan hidayahNya pada kita semua.
Pada keesokan hari,Orang cina pula bantah dan mengadakan perarakkan di sekolah cina yang di hadiri oleh Datuk Zambry Abdul Kadir...
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/17857-a-tombstone-and-chrysanthemums-greet-zambry
Salam Doc,
Den ingat bonau time reformasi 1999 tu. Dan den diberitahu, kumpulan yang tondang dan torbalikkan keta tv3, sobonaunya diketuai oleh anak saudara Pak Tidur kita - ontah ontah orang dari rombau tu kut.
Doc,
Itulah semalam tonton videoclip Malaysiakini ttg kisah di Kuala, dan majoritinya mmg orang PAS. Malang sekali, kita masih berada di takuk yang satu itu, and saya setuju, tak ke mana kalau bertindak sebegitu rupa. Mengundang fitnah lagi ada lah.
Saya juga tidak nampak penyudah yang baik bagi kerajaan PR di Perak ini... kalau menang di mahkamah apa pula nanti? Namun munajat tetap munajat agar yang baik2 diturunkan Allah swt.
Doc,saya lebih cenderung kita melihat pada akar umbi masalah ini.Punca nya 3 ADUN yg bermasalah.Yg jelas mereka belot, mungkir pd akujanji selepas PRU yg lalu.Ada tak caranya pengundi boleh saman mereka di mahkamah.?Bab BN beli depa tu bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kan.Yg ralat tu sultan dan mufti dah ikut dilibatkan.Bimbang juga nanti Pekida bergocoh dgn Unit Amal. Rio
Mem-Besar:
Kita insan ni memang bila sedang emosional sering hilang pertimbangan. Bila hilang pertimbangan amat mudah makhluk kasar dan makhluk halus menunda hati dan fikiran.
Saya teringat satu hadith soheh: Bila marah jika sedang berdiri,maka duduklah.Jika sedang duduk berbaringlah.Jiika sedang berbaring,berselimutlah.
Wuduk juga bisa meredakan kemarahan kerana marah ini sifatnya api.
Perkara yang berlaku boleh di tackle melalui saluran undang2.
Amin untuk doa mem.
Anon: Thank you for the info
Shah:
For me, not all issues the rakyat should go to the streets and this is one of it.
Mior:
Perkara ini kena ikut chanel undang2 walaupun kita rasa tidak akan di adili dgn baik tapi jgn terkejut kalau mahkamah boleh fair.
Bila berdemo, pihak lawan akan guna insiden ini utk kepentingan mereka dgn siaran media tanpa henti dan jugak manipulasi.Kita pi sedekah ammo kat depa untuk hentam kita.
Biar sakit macamana sekalipun, pengajaran harus di ambil dan jgn di ulangi.
Rio:
Betul. Setiap parti perlu buat screening yg ketat utk calun2.Malangnya ini tidak berlaku jadi yg bermasaalah di pilih.
Saya melihat perbuatan ini sebagai tidak amanah.
Post a Comment