Dengar khabar DUN Negeri Perak akan di bubarkan bagi membolehkan piliharaya sederhana(sebab bukan pilihanraya kecil dan bukan jugak umum) berikutan kemelut politik yang melanda Perak sejak 2 minggu lalu.
Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Datuk Ir Nizar mahukan mandat baru(fresh mandate) dari rakyat Perak dan seterusnya menshut-upkan pengacau-pengacau dan pengkritik-pengkritik beliau.
Aku lihat ini satu tindakan yang berani oleh YAB Nizar yang jika salah perkiraan boleh melenyapkan kerajaan pimpinan beliau.Tapi sudah tentu segala perkiraan dan percaturan dan strategi telah beliau dan barisan kepimpinan negeri telah fikirkan.
Melihat kepada suasana perasaan rakyat di beberapa tempat di Perak aku rasa tiada masaalah Pakatan Rakyat untuk terus kekal sebagai kerajaan negeri Perak.Malah aku tidak terkejut jika PR akan lebih cemerlang dari Mac 2008 yang lalu.
Pilihanraya ini juga adalah peluang besar bagi PKR dan DSAI untuk membersihkan PKR Perak dari makhluk-mahluk yang mempunyai masaalah merajuk atau masaalah perangai yang mereka terbawa-bawa ketika mereka dalam MeNo suatu masa lalu. Harap2 PKR dapat melaundrykan PKR Perak. Jangan lagi meletak calun yang asal boleh.Jangan lagi mengecewakan PAS Perak yang dengan hati terbuka walau berat memberi DUN-DUN yang menjadi kubu kuat PAS ketika PRU MAc 2008 untuk di pertandingkan oleh calun PKR( yang sudah menjadi katak).
Yang jelas PR berani menghadapi rakyat Perak untuk mendapat mandat baru.
Bagaimana dengan UMNO dan BN Perak? Adakah mereka rela di adakan pilihanraya sederhana? Atau mereka mengharapkan dapat mentopple kerajaan PR dengan menubuhkan kerajaan(yang juga akan menjadi nipis majoriti) dengann terlompatnya 3 ekor katak keluar PR?
Jika pilihanraya di adakan semula ,berkemungkinan besar pada bulan Mac 2009. Ini lah bulan yang akan menyaksikan pemilihan kepimpinan UMNO.Bulan yang Najib akan naik tahta UMNO menjadi Presiden dan sekali gus PM( kalau Pak Lah tak ubah fikiran lah).
Sanggupkah UMNO menghadapi kempen besar pada masa yang sama.Tidakkah ada kemungkinan akan berlaku banyak acara membasuh dirty laundry nanti kerana merebut jawatan dan sekaligus terlepas Perak. Umum maklum sabo menyabo ni ketika pemilihan pari.
On their bright side, pilihanraya di Perak bakal memberi pendapatan lumayan yang tidak boleh di anggap politik wang kepada tukang-tukang kempen BN . Rasuah akan di alaskan dengan alasan untuk pembangunan Negari Perak tapi yang masuk kocek milik siapa? Dan ke dalam kocek siapa?
Adakah UMNO sudah merasakan rakyat Perak sudah mula menerima mereka semula?
Sama-sama kita lihat.
Aku cuma mahukan piliharaya yang adil tanpa rasuah,mengugut rakyat dan sikap SPR yang telus dan bukan menjadi boneka kerajaan Pusat.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
4 comments:
Salam Doc,
Depa pengecut! Pengecut! Depa main tipu ja...dulu kata Bota tak bermoral, la ni? Den marah betul malam ni.
Salam! BN akan cari/buat 1001 macam cara untuk mengelak dari menghadapi pilihanraya .. baik kecil atau besar! Takkan diorang berani .. diorang nak menang tapi bukan dengan cara pilihanraya ..
Wassalam Shah:
The best way to solve this matter is to get a new mandate from the rakyat.
But of course so ppl have no balls to face the rakyat again.
Wassalam memBesar:
betul tu. Dema bimbang kalau2 rakyat tolak lebih teruk dari dulu.
Dgn cara ciluk menciluk mereka rasa lebih selamat.
Tapi dema lupa if the go to the rakyat mana tau dema pulak yg menang semula dan dapat bentuk kerajaan tanpa helah muslihat.
Tapi rasanta dema dah tau rakyat akan terus reject dan reject dema.
Post a Comment