Monday, February 9, 2009

Melayu dan derhaka: Double standard

Apa itu ingkar?Apa itu derhaka?

Mengikut Kamus Dewan Derhaka ialah : . tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; ;berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan ;penderhakaan perbuatan menderhaka ;penderhaka orang yg menderhaka:

Tesaurus Dewan: khianat, belot, durjana, berpaling tadah, curang, jahil, tentang.

Ingkar: menurut Kamus Dewan Ingkar ialah :Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar.


Kita maklum, bila ada 'sifat derhaka' kepada raja umumnya orang ramai yang menjunjung institiusi Raja akan melenting marah.Ada yang sanggup bertengkolok dan bersemotar dan jika tidak menjadi kesalahan akan berkeris di tangan meluahkan rasa hati mempertahankan Raja.

Mulia sungguh sikap itu. Menunjukkan kita taat pada raja. Derhaka atau ingkar atau tak mahu menurut kemahuan raja di anggap biadap yang tidak boleh di ampunkan. Dosa besar!

Tapi memang manusia ini pelik.Terutama manusia yang berbangsa Melayu seperti aku ini. Pantang ada orang lawan raja akan panas hati ini.Akan menggelegak darah(walaupun aku cuma suam-suam kuku sahaja).Kata raja jangan di sanggah.Perintah raja jangan di lawan.

Tapi manusia Melayu tidak ambil peduli jika ramai Melayu serta pemimpin Melayu derhaka pada ALLAH.

Ada pernah orang buat bantahan beramai-ramai bila ada orang Melayu atau pemimpin Melayu melakukan RASUAH? Atau BERJUDI? Atau MINUM ARAK? Atau BERZINA? Atau berlaku ZALIM?

Anda pernah lihat samada Melayu UMNO atau Melayu PAS atau Melayu PKR buat demo jalanan dengan sepanduk tentang rasuah,zina,arak,judi?

Ada FRU dan Polis risau jika ini akan berlaku?

Rasuah,judi,arak dan zina adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang ALLAH laknati.ALLAH turunkan larangan ini dalam al-Quran dan dari hadith-hadith Rasulullah SAW. Neraka tenpatnya untuk pelaku-pelaku maksiat ini jika tidak bertaubat nasuha sebelum mati!

Seingat aku Melayu tak sensitif tentang dosa-dosa besar.Melayu tak peduli murka ALLAH.Melayu tak peduli api neraka.

Memang Melayu double standard dalam perkara derhaka.Jangan derhaka pada insan yang berkedudukan tapi tak apalah untuk Derhaka pada ALLAH dan Rasul.

3 comments:

mem-Besar said...

salam !! dah memang orang melayu ni double standard - laba ke perut je .. bukan pada semua raja/sultan dorang sanggup bertengkolok dan bersemotar .. cuma bila raja/sultan tu ada kepentingan dorang jer.

dulu tu ada sorang PM tu lucutkan kosa raja2 melayu tu .. takder pun orang melayu bertengkolok dan bersemotar menentang .. malahan dorang ramai2 tepuk tangan .. angguk2 setuju ...ini lagi ler serious sebenarnya.

dari lagi ada sorang raja sebuah negeri tu kena saman dengan bank, tak ada pun orang2 melayu tersebut bertengkolok, bersemotar menyatakan sokongan dan dokongan dan sanggup mati pertahankan kedaulatan ..

perbuatan tak serupa cakap!!

mokk said...

Salam Mamat...aku setuju..kita tak pandai menilai mana satu priority dalam kehidupan kita..

Anonymous said...

Bermula akan titah paduka, melayu jua carek kalamnya, menjadi sifat akan sabdanya, bayangan paduka lautan maya, nyata mahkuta singgahsana paduka, diatas dunia puncak mahendra, ibarat cermin seribu mata, melihat akan isinya dunia, maka bila tiba masanya, kehendak paduka meneraju dunia, lalu paduka menurunkan dirinya, dimedang kamula asal desanya, menjadi raja manusia pertama, inilah sastra dibaca pendita, mula cipta rupa nyata, di baca ciri pembuka cerita, hikayat melayu itu adanya, asal paduka manurong dunia, pembuka kota sijagad raya, memulakan wayangan adengan purba, paduka rajalah dalangnya jua, bermula cerita di tanah basra, belum lagi bernama sunda, kerana tanah air sahaja, paduka turun jejak kakinya, tenggelam sekaki gunung jadinya, kirakan wahai yang bijksana, berkurun paduka dibumi nyata, dia yang mula dialah akhirnya, sukmanya itu jadinya kita, batin akan zahirnya kita, titisan mulia didarah kita, keturunan raja pemerintah dharmanya, jangan kita tiada rasa, bukan mudah dipandang mata, barang manusia sementara, tiada kekal selama-lama, sejak mula manusia didunia, melayulah wangsa yang pertama, jangan ada yang mudah mengata, melayu bukan baru ada, turun dari seguntang raya, kahyangan itulah asalnya kita, bukan asalnya kita manusia, tapi dari keturunan dewa, amat sakti tiada tara, anak melayu anak mahawangsa, tahulah sekelian adatnya kita, ada rakyat ada raja, baru sentosa jiwa dan raga, kita melayu ada negara, dimana saja dunia bunia, terkenal melayu dimana jua, pahlawan dharma naga mulia, bersifat arya gagah perkasa, menjadi kalifah bertugas diatas dunia, menjaga keamanan sekelian manusia, ada yang jadi pendita agama, ada menjadi panglima ternama, menjadi raja yang bijaksana, berjuang demi keturunan kita, menyusun cara hidup didunia, tiada kira apa bentuknya, melayu jualah empunya karsa, jangan malukan dirinya kita, tunduk melayu pada yang esa, bukan mereka pengkhianat bangsa, apatah manusia yang hina asalnya, bukan melayu wahai rastana, kita titisan mani wasesa, kita keturunan bharata varsa, ingatlah sejarah melayu purba, para dewata resi dan sidha, pemegang kuasa pengganti paduka, digelar orang pelbagai nama, semuanya anak melayu belaka, seluruh bangsa menghikayat mereka, adunan zaman berganti masa, tiada lupuk dingatan mereka, betapa hebat ilmu saktinya, menjadi pujaan sekelian manusia, menjadi guruan guru dunia, mengajar hakikat hidup beragama, berzaman didunia mencipta nama, terbukti pada ajaran manusia, menjadi bualan sekelian arhana, mengenal tuhan pelbagai cara, mengenal alam segala isinya, ilmu diguna pada manusia, berbakti demi kesejahteraannya.
Inilah hikayat bicaranya sida, paramuni pancamalaya, mendapat ajaran paduka raja, dituntut diamal melayu mulia, hebat melayu dipandang manusia, bergetar dunia melihat mereka, saktinya melayu tiada tara, contohi mereka sekelian yang ada, agar menjadi manusia berguna, berbakti pada paduka raja, baru melayu namanya kita.