Tuesday, February 10, 2009

Wakil rakyat lompat parti: 4 soalan.

Perkara ini telah bermain di fikiranku sejak tahun lalu bila mana DSAI mendakwa akan mengambil alih teraju kerajaan Malysia bila dia mendakwa akan ada wakil rakyat BN melompat kepada PR. Aku memang tidak setuju langsung dengan idea DSAI seperti mana aku tidak setuju dengan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini.

Bagi aku itu bukan cara jantanman untuk mendapat kuasa. Jika hendak berkuasa biarlah dengan cara yang betul iaitu mendapat mandat rakyat.

Wakil-wakil rakyat di pilih mungkin atas dasar dia mewakili parti atau mungkin di pilih kerana keupayaan atau keperibadiannya.Tapi , apa pun dia bertanding atas tiket partinya.

Bila dia dipilih kita harus menghormati pengundi-pengundi di kawasan itu.

Kita tidak boleh mengatakan boleh jika wakil rakyat melompat ke parti kita dan kata tidak bleh bila bila dia melompat ke parti lawan. Kita mesti konsisten dalam pendirian dalam hal ini.

Jadi aku dengan jelas ingin mengatakan bahawa aku TIDAK SETUJU dengan perangai wakil rakyat melompat parti dan aku MENYOKONG jika undang-undang anti-party hopping di bentang,di perdebatkan dan di persetuji oleh Dewan Rakyat. Untuk kebaikan jangka masa panjang ini amat di perlukan.

Jika ada mana-mana wakil rakyat ingin melompat parti maka letaklah jawatan agar di adakan semula pilihanraya kecil dan biar pengundi buat keputusan samada setuju atau tidak .

Jadi di sini aku ada 4 soalan untuk teman-teman fikir dan renungkan.Terpulanglah masing-masing setuju atau tidak.

Soalan 1:
Adakah anda setuju dengan melompat parti oleh wakil rakyat yang anda pilih(atau tidak pilih)?

Soalan 2:
Bolehkah perbuatan melompat parti di anggap sebagai tidak amanah?

Soalan 3:
Adakah dengan membiarkan wakil rakyat melompat parti boleh menggalakkan rasuah?

Soalan 4:
Adakah melompat parti dan kemudian melompat semula boleh menyebabkan iklim politik tidak stabil?

4 comments:

mem-Besar said...

salam!! numero uno - Presiden satu2 Parti mestilah bebetul kenal siapa calon yg dia setuju nak letak kat satu2 kawasan tu.. dengar/selidik/terimalah pandangan grassroot level tentang sorang2 calun tu. jangan nak fikirkan favourite dia saja .. jgn fikirkan sebab calun tu berduit saja or ada title sendiri yg dibawa. tengoklah peribadi calon tu dulu ..

1. TAK SETUJU lompat2 parti. Kalau nak tukar parti, letak jawatan dulu .. kosongkan kerusi. biar rakyat buat pilihan semula.

2. Sohih TAK AMANAH. sebab rakyat dah mengundi beri kepercayaan pada dia dan partinya. tetiba dia senang2 je nak abandon n pi parti lain pulak yg memang rakyat tak menyokong in d first place.

3. Sangatlah menjana RASUAH berleluasa. Duit boleh buat orang gelap mata. Tak perlu kerja keras, tapi hasil lumayan .. siapa tak nak?

4. Bukan politik saja tidak stabil, malahan seluruh system akan jadi kacaubilau, bukan lama sangat jadi wakil rakyat. kalau asik nak melompat saja bila masa lah nak mengurus/menjalankan tanggungjawab sebagai wakil sebenar. duk sibuk habiskan masa negotiate berapa nilai lompatannya dan sibuk dgn menandatangani borang pertukaran saja ..

ini pandangan saya, rakyat biasa yang hanya mendapat berita dari sumber internet dan tv.

Anonymous said...

salam doc,

1. lompat parti haruslah bermakna perletakan jawatan secara otomatik.

2. kita boleh menganggapnya tidak amanah. Tetapi sesiapa boleh menganggapnya apa saja kerana bagi sesetengah orang, mereka mengubah hukum itu sendiri mengikut kesesuaian mereka.

3. melompat parti tanpa memegang jawatan mengurangkan lagi rasuah berbanding melompat parti bersama jawatan.

4. kalau ianya berlaku,mungkin ketidak stabilan pada awal. tetapi ianya dapat membantu parti yang bijak memilih wakil mereka. sedikit sebanyak ia membantu menstabilkan iklim politik di kemudian hari.

terima kasih doc.

cakapaje said...

Salam Doc,

Tak silap den lah, Kelantan telah lama mengharamkan lompatan ini.