Seminggu dua ni aku boh posting dan gambar pasai makanan. Dah boh ubi rebuih , dereyan, ulam. Ni aku bawak mai kerabu pucuk paku dan kerang. Aku kalu bab kerabu ni memang lemah. Apa lagi kalau kerabu paku rawan dengan kerang.Apa lagi kalu ghisek(kerisik) banyak.
Kalau ghabu style Siam pun suka esp kerabu perut.
Fuhh....Nalla punya makan.
Sejak dok negeri pahlawan ni aku dah hooked dengan cincalok. Boh calok dalan piring,potong bawang besar dan cabai melaka/cili padi dan picit limau nipis. Goey(gaul) semua tu pas tu pekena dgn ulam. Kalau aku tak payah ulam pun tak pa dah. makan calok sehingga menjilat jari hangpa tau dak...
Kalau di Pantai timur(Kelantan Trengganu) yg famous ialah Budu. Masa kecik2 dulu aku ingat budu ni depa botoikan anak budu(berudu/ infant frog) dan aku naik heran masa tu pasai apa orang Kelantan suka makan anak budu(berudu). Bila dan besag dan ada akai baru tau apa benda Budu.( Ada lagu dikir barat moden tajuk Budu nyanyian Jali Bunga Tanjung.Best gila lagu ni...)
Untuk bagi hangpa naik selera sila lah lihat foto2 yg aku boh ni...
(Jering,timun,kacang panjang dan petai jeruk)
(Cincalok melaka)
(Budu Kelantan)
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
7 comments:
Hang ni dok cerita hal makan je mamat......lapaq perut aku,droooling tengok kerabu tu....
Bab budu dgn cincalok aku tak berapa minat...kalau pekasam sepat ke...itu aku minat.....
tokasid, salam dari AN.
Kerabu tu mengiurkan lah hehehe.
Tokasid ni orghang mana? Belah2 kampung AN jugak ka?
Apalah hang ingat Org Eastkos makan berudu dlm budu.Budu ni utk mengembalikan ingatan kat ikan bila ikan susah nak dpt musim tengkujoh,gitu gak kepok.Kite org suka makan ikang macang org Jepung!!!
Nice subjects to blog about. You've got a unique blog on traditional food. Keep it up,sir.
Found you at Kak Teh and AuntyN's place.
Salam to all,
Mamat-
Aku tau hang cincalok n budu tak suka .Masa kat MU lagi hang tak minat. Masa kita practical di Melaka 1984 pun hang mana sentuh cincalok. kalu boleh hang hantag mai gambar laksa sarawak dgn resepi sekali. nak suruh mem n maid try masak.
Kak AN: TQ kerana mai jengok saya.Saya pi blog kak AN via kak teh.
Asai dari Bujang merbok paih tu ikut makpak dok Tepeng( pak gheja askar masa tu).'75-'79 dok SAHC.
Last 17 years dah jadi org cincalok.
Dulu kecik2 bila nak balik merbok pak selalu amek keta sewa. Keta selalu masuk ikut Bukit Tengah pi BM. Lalu kot mengkuang, kot perahu 1000 last2 keluag kot Kepala bataih dan bumbong lima utk nyeberang Sg Muda.
Mengkuang tak jadi pi masa Ibnu Qayyim buat Muzakarah baru2 ni sebab wife kena kursus.
Clarke Gamble(ha..ha..ha...): Aku dengang kepoklekor dok buleh pisoh weh.Apa lagi kepoklekor 007 kat Kuala Ibai and kepok Losong.
Bergen: InsyaALLA will keep puting posting about traditional foods and childhood games too.
Terimakasih dengn posting2 anda tentang makanan ni. Saya pun suka kerabu, especially kalu boh kerisik banyak. Kalu ikut stail aruah mak saya, iaitu mungkin stail org langkawi, dia boh jugak serbuk, ie. beras goreng ditumbuk lumat. Tapi suami saya tak suka la pulak.
Dia org kelantan buat kerabu lagu lain sikit, boh ikan rebus tumbuk. So, saya kalau buat kerabu kena campur dua2 stail, kedah n kelantan.
Salam to Nona
TQ for visiting.
Ni baru sampai rumah mak ptg tadi. Terus singgah pasar minggu cari paku rawan. Alhamdulillah ada. Beli 10 ikat nak bawa balik negari cincalok. dapat beli sukun dan ikan pekasam.
Di negeri cincalok depa tak gheti makan paku rawan dan ikan pekasam.
InsyaALLAH bila balik nanti boleh boh gambar ghabu paku rawan dan ikan pekasam before and afrter goreng.
Memang kerabu Kelantan different. thats what make Malay dishes special. varieties in a dish.
Post a Comment