Thursday, January 25, 2007

Alhamdulillah Hafiz

Alhamdulillah and congratulation Hafiz.
Itu saja yang boleh ayah katakan kat Hafiz bila Hafiz dapat tawaran utk ke SMAP Kajang mulai 31 Jan 2007 depan untuk tingkatan 4 .

Ayah tahu Hafiz risau untuk ke SMAP Kajang dan ayah faham kerisauan Hafiz.
Hafiz risau sebab tak pernah dok di asrama. Hafiz risau pasai rasa tak pandai nak buat kawan baru. Hafiz risau pasai tak gheti nak main bolasepak macam teenager lain.

Ayah dan mama pernah dok asrama malah sejak umur 13 tahun kami dok hostel dah.
(Tapi ayah dulu boleh main bola dan mulut 'ghambang' senang buat kawan).
Memanglah pada permulaan kita akan rasa susah nak adjust.Memang pada permulaan akan ada yg nak buli kita.Tapi itu semua sat saja Hafiz.Dalam 2 minggu InsyaALLAH dah boleh sesuai.
Tujuan Hafiz ke sana ialah untuk belajar di tempat yg lebih baik dari sekolah sekarang.
SMAP mempunyai kemudahan yg lebih sempurna.Ini guru kaunselor Hafiz sendiri yang beritahu kepada Hafiz dan kawan2 yg lain.Tak ramai yang dapat tawaran begini jadi Hafiz gunakan peluang ini sebaik mungkin.Lagi pun cuma 2 tahun sahaja.
Hafiz ambil peluang ini utk berdikari. Kenalah belajar basuh pakaian sendiri,sterika sendiri, pergi gunting rambut sendiri( kat sana tak dak Uncle Rajan tau...so you have to accept that). Hafiz kena beli barang2 keperluan sendiri bila pergi outing.Kalau nak makan di gerai atau KFC atau McD atau satay Kajang kenalah bayar sendiri. Hafiz kenalah budget everything sendiri.


Sekurang-kurangnya SMAP akan jadi tempat pendewasaan bagi Hafiz.
Hafiz tentu tahu ramai ulama-ulama muktabar dahulu pada usia sebegini telah keluar merantau mencari ilmu ke serata pelusuk bumi. Pergi tanpa mak ayah mereka.hafiz cuma pergi Kajang dan sudah diberi tempat tinggal di sana.

Harapan ayah dan mama, Hafiz belajar bersungguh-sungguh. Kejarlah cita-cita Hafiz sebaik mungkin. Be useful to Islam,yourself and the ummah.
Kat SMAP Hafiz walau tak gheti main bola, tapi boleh teruskan dengan chess seperti di sini. Juga teruskan dengan aktiviti Hafazan. Mungkin tahun ini boleh untuk Selangor pula.
Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan Hafiz.And you know you have us to fall on.

Tahniah sekali lagi Hafiz

Love
Ayah dan Mama


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

4 comments:

mokk said...

mamat,
Tahniah pada Hafiz...
Bagi tau kat Hafiz, Uncle dulu umur 12 tahun dah merantau dari Sarawak ke Perlis...dia survived.

sufian amrin said...

Assalamualaikum Hafiz.

Hope sihat. Kebetulan abang tgh cari info ttg SMAP Kajang di web. Tetiba terpanggil utk tgk posting Hafiz dalam blog ni.
Utk pengetahuan, abang Pyan dulu skolah ctu gak! SPM 1998 and i wuz d Head Boy kt SMAPK.
Tahniah coz dpt sambung ke sekolah Asrama Penuh! Betul kata hafiz, ulama2 dulu banyak kluar utk mencari ilmu. Anggaplah apa yg Hafiz lalui ni satu titik mula yg baru dlm hidup. Kt SMAPK tu x kesah kalau kita x pndai main bola. Abg pn x main dlu... Yg penting akademik, ilmu. Lgpun Hafiz kan hebat dlm tahfiz n chess! Kan? Kat SMAP pun ada benda tu gak!
xnk pjg2, good luck to you bro! Kirim salam pada ayah & ibu.
Suffian_amrin@yahoo.com

tokasid said...

Salam to Suffian:

Jazakallah kerana singgah baca posting about Hafiz.
Sebenarnya ni blog ayah Hafiz.Tapi kadang-kadang di singgah baca jugak.

Semalam bari hantar dia ke SMAPK semula sebab last weekend dpt balik rumah.

InsyaALLAH pakcik akan beritahu Hafiz yg Suffian ada tinggal pesan padanya.

Suffian sekarang buat apa? Pakcik harap Suffian berjaya dalam hidup dan sentiasa di berkati ALLAH Azza Wa Jalla. Dan jangan lupa untuk berdakwah sekadar mungkin pada keluarga, rakan-rakan sekerja dan shabat handai. Kadang2 perkara kecil yang kita beritahu mereka memberi impak yg besar.
Wassalam.

Anonymous said...

hafiz....as ur fren...
i'd lik 2 advise u...
juz be as yourself....
juz ignore da others thos who hate u.....even....now...u can socialise
with us.....i.m used 2 be like u too in form 1...more earlier than u...so....it's okay...i can survive until now...i'm not expert in football too...
but..that's not only da way to make fren....more way u can find, bro....okay.....from sombrewary...
bdk ganu...hehehe..^-^