Wednesday, October 31, 2007

Hoi!! TNB..apa ni ??


(UPDATE 1 Nov 2007 at 12.59pm: Betul-betul macam celaka!! TNB ni macam nak suruh aku mencarut macam MP Jerai tu ka?? Baru seminit tadi orang gaji telifon aku: " Pak! Listrik ngak ada semula macam siang kemarin. Nanti petang bila pulang pak tengok2 kolam ikan ya...Pump nya sudah berhenti. Aku kata: Apa! Blackout lagi? Bibik tolong telifon 15454.
Cuba you all semua tengok. Justify tak kalau aku marah? Dalam 24jam dua kali blackout. So, sapa-sapa di luar sana...tolong berikan aku selori chainsaw dan satu tong drum petrol. memang aku nak tebang tiang elektrik di depan Bangunan TNB Melaka)


BLACKOUT lagi........
Aku cukup marah dengan TNB. Bukan sekadar marah. Aku juga menyampah dengan TNB.
Aik? Tentu ada yang bertanya, mengapa marah dan menyampah dengan TNB? Kan TNB lah satu-satunya tukang supply bekalan elektrik kepada kita semua. Kepada seluruh rakyat Malaysia.Termasuk aku,tokasid!

Ya lah...aku tahu tentang hal tu.Kalau tak dak TNB aku susah juga. Semua orang akan susah.
Tapi macamana aku tak marah dan menyampah. Dan setiap sebulan atau dua bulan aku pasti akan marah dan menyampah.






Lain dan tak bukan sebab BLACKOUT. Ini blackout bukan sebarang blackout. Ini blackout yang sering berulang sampai 2-3 kali dalam tempuh 2 bulan. Dan tu blackout lama pulak tu. Kadang-kadang sampai 3-4 jam. Jadi kalau begini siapa lah yang tak marah dan menyampah.
Barangan dalam peti sejuk mula mencair. Ketul ais cair.Aiskrim cair. Pump dalam kolam dan akuarium stop, sampai ikan-ikan naik pucat dan panik.

Gate elektrik tak boleh di buka dan di tutup. Jenuh dan kena tolak atau tarik lah pulak. Mana tak sakit pinggang kalau macam ni?

Dan bila blackout ni bukan dia kira masa. Siang ka malam ka tiba-tiba elektrik boleh kata bye-bye. Kalau siang boleh tahan sikit. Kalau malam, jenuh nak pasang lilin. Nak pasang kipas tak boleh.Nak pasang aircond tak boleh,nak tengok TV tak boleh. Dah la malam bila tak dak api, gulap gulitalah rumah. Nyamuk pun macam dah bermesyuarat. Bila blackout saja, pakat serbu masuk rumah macam kapal terbang Jepun serang Pearl Harbour dulu. Sungguh! Bukan aku reka-reka.

Bila kita talifon TNB Aduan di talian 15454 , mamat atau minah yang kendalikan line tersebut akan tanya the usual stuff. Encik nama apa. Apa no talidon rumah encik. Tiang lampu yang dekat rumah encik nombor berapa? Rumah jiran-jiran blackout ka tidak? Last-last depa akan kata: Kami akan lapurkan kepada yang berkenaan. Mungkin akan mengambil beberapa jam untuk pulih semula.

Bab itu aku boleh terima hakikatnya.
Tapi yang aku hangin satu badan, mengapa kawasan Bukit Katil, negeri Melaka Bandaraya Babi Bersejarah, selalu sangat blackout? bagitau kami mengapa? Apa masaalahnya? Adakah ini cara TNB nak sabotaj ex- Pengurus TNB Melaka yang lakinya MP tu?( depa tinggal dekat rumah aku). Dengan rate elektrik yang tinggi, kami sebagai pengguna nak tahu mengapa kawasan kami sering berlaku blackout?

Mentang-mentang TNB monopoli bekalan elektrik negara, hangpa boleh buat kami macam ini kah?Kalau ada syarikat lain dah tentu kami yang tak puas hati akan tukar syarikat lain.
Tapi kami tak punya pilihan. Suka tak suka we are stuck with TNB.
Aku tahu lah kadangkala ada masaalah yg boleh sebabkan blackout. tapi kalau selalu sangat...apa masaalah nya yang tak boleh nak selesai-selesai ni?

Tolonglah TNB. Buck-up. Do something sebelum aku teramat marah dan pi tebang tiang TNB yang depan rumah Pengerusi TNB. Atau rumah Presiden/CEO TNB.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

29 comments:

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
satu daripada projek mantan pm dan diwarisi pm kaki tidur. nak swastakan kunun utk memakmurkan rakyat. akhirnya syarikat untung berbillion dan rakyat bayar dengan harga mahal perkhidmatan yg sering terputus dan utk jangkawaktu yg panjang pula.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I remembered when JJ was the chairman of TNB, whenever there was a blackout, our area will be first to be restored with supply. He lives up the hill from us.
We experienced a blackout for about two hours on the first night of Syawal in JB. Nasib baik ada lampu pelita minyak tanah keliling rumah. Ada lah juga cahaya.
Years ago, we wondered if TNB workers purposedly delay restoration work for overtime claims especially when the blackout happens at night.
We may be wrong. Then again, we may also be right.

Lily Abdullah said...

Salam doc,
Bab 'blackout' ni,saya pun menyampah...tapi saya musykil gak kenapa sejak saya dok kat kuartes kerajaan nih,jarang2 berlaku blackout. Tapi masa kat kg dulu ya Allah -kekadang sampai sehari semalam. Sampai busuk ikan dalam peti ais. Paling saya "hangin" mak saya ni pengidap asthma - bila gelap bertambah terok la sakitnya...seksa - mentang-mentang la kampung saya tu takde rumah VIP dan kilang..hanya kawasan bendang.

Bergen said...

Ini bukan main-main. Ini betul-betul punya marah.

Kerp (Ph.D) said...

15454. nombor keramat.

hihi...i remember my subang jaya days, blackout is a monthly, if not weekly thing.

being bed-ridden and all, it was hell back then, doc. one thing quadraphlegics, kita tak boleh tahan panas. so the last thing i wanted was a blackout. bila panas, mula naik berang. thats normally when i channeled all my anger by calling that 'sacred' number. sian jugak kat operator2 yg terpaksa dgr karenah and makian aku...hahaha...

the reason i was so pissed is, bila dah report kata seluruh jiran pon takde api, diorg tetap mintak no telefon. bukan cukup dah ke aku bagi street address?

so every single time ada blackout, every single time jugak la aku akan bertekak dgn TNB.

IBU said...

salam Doc.

Memang HOI la doc! Ibu pun selalu jugak ditimpa blackout ni dulu. Last episode, ibu naik hangin. Ayah telefon TNB, ibu took over the call and start the membebel. And the closing statements were: Macam mana boleh ISO9000 certified ni? Kalau perkara ni tak resolve jugak dalam satu dua jam ni, atau berulang lagi dalam jangka waktu terdekat, saya akan komplen kat wakil rakyat, saya akan ambik gambar substation yang lalang dah setinggi bumbung tu (makna kata takde orang buat maintenance) dan komplen kat newspaper! Tak bertenaga langsung! Tepuk dada tanya selera.

Wooo... garang sungguh!

Nampaknya dia dah pindah ke Melaka pulak lah ye?

cakapaje said...

Salam Doc,

15454, as kerp informed, is only good when the blackout is for a short period and localised. Otherwise, they'll be either constantly busy or unanswered.

Doc, selawat bebanyak bang. :)

tokasid said...

Afrar:

Penswastaan....that magic word!!
Bukan sahaja bekalan elektrik malah banyak lagi perkhidmata asas seperti bekalan air dan pelupusan sampah sarap, telekomunikasi , lebuhraya dan khidmat baik pulih najis(ada ka macam tu?) turut di swastakan.

namun,adakah bekalan air semakin baik? dan jangan lupa kemelut Indah Water, yuran di kutip namun tiada khidmat di jalankan beberapa tahun dulu.

Penswastaan. Perkataan keramat yang membebankan rakyat.

tokasid said...

Fauziah:

Maybe its about time the ministers and MPs should reside at their own constituency.

The tariff might go up again in the near future( gas price hike), but I think these blackouts episodes is here to stay.

tokasid said...

Waterlily:

Itu lah akibatnya jika satu syarikat memonopoli sesuatu perkhidmatan.
Kita macam menanti belaskasihan mereka sahaja.

tokasid said...

Bergen:
Yes sir! Betul-betul punya marah.
You know anyone who sells a big chainsaw,sir?

tokasid said...

Kerp:

Yes nombor keramat with robotic operators.

Electricity and water supplies are two basic amenities which we don't need any disruption.

Don't they know that fridges, TVs, nebulisers and fans doesn't work at all with kayu api or arang?

Talking about pissed-off. Maybe we can arrange for a huge gathering involving blackout victims and make a big walk to the Chairman's place or CEO's house and piss in unison. Or the so call Menteri.

We can name it Perhimpunan Kencing Beramai-ramai.

tokasid said...

IBU:

Ohh...ada ISO certification rupanya TNB ni ye.

Substations ni bukan setakat lalang saja ibu, saya rasa kalau gajah buat kampung pun mereka tak sedar. And its so easy for pencari besi buruk dan wayar to steal cables.And once ,they manage to stealthe trasformers in a substation (2 years ago I think)

Unknown said...

You tau pasai apa blackout? Pasai depa nak mintak naik tariff la? Depa dok bebai la tu.

Tadi aku kluaq beli roti Gardenia yang pack panjang punya. Dah naik harga dah RM2.90 dah lani. Ni yang buat aku geram ni.

Tunggu la semua, after election sure naik giler2 tarif ni, tapi bila semua dah stable dan harga minyak dah turun depa tak ugut untuk turun tariff pulak.

de_kerinchi said...

salam doc,

ada satu lagi perkara, kita harus menyampah kat TNB.
tariff naik walaupun TNB untung..alasan mentenance naik..hehhehe

lawak-lawak...

tokasid said...

Che'gu:

tu yang buat marah ngan menyampah. Tariff dok koi naik tapi mutu khidmat dok macam tu jugak. Kata kawan aku: Macam claka!

Sekarang dok ura2 nak naik atas alasan harga gas dah mahal dan di jangka naik lagi.

Dan seperti yg kita maklumkan di negara tercinta serba BOLEH ini, peniaga,pengilang dan penjual dok tunggu saja tariff elektrik atau harga minyak naik..depa terus naikkan harga barangan depa.

Sebab tu baru ira2 pun ada 2-3 item naik harga tanpa kita sedari.

tokasid said...

de_kerinchi:

itulah alasan yg sering di gunakan.

Bila ada blackout kita call nombor keramat TNB, kadang2 kita diberitahu: Blackout sebab overloa lah. Sebab kawasan perumahan semakin banyak.

Bukankah sebelum sesuatu projek perumahan di luluskan oleh PBT, keputusan ini juga membabitkan TNB, Telekom Malaysia serta Syarikat Air negeri masing2? Bukankah utk bina kawasan perumahan pihak Bomba dan IWK pun terlibat?

Jika mereka dah tahu akan ada tumbuh projek perumahan bermula dari bila dan dijangka siap bila, bukan kah TNB boleh seiringan menambahkan kapasiti bekalan atau membina infrastrukturnya?

Alasan...cuma alasan.

Anonymous said...

salam to Tokasid,
ni benar benar berapi ni....sabar tok..
ceq pun selalu kena lagu ni.bila black out,bergelap nak tengok patient macammna?takkan ceq nak nak suruh patient pegang torchlight sendiri masa ceq nak buat 'pap smear'.Haghuuu..
Klau kita lewat bayaq depa ugut kita nak putuskan bekalan tapi kita nak ugut depa dengan apa?Kalau Tok p dok tebang tiang TNB ceq takut jadi berita muka depan suratkhabaq pulak..jenuh kami nak kena p jamin plak.....ehehehe...Selalu lagu tu la...kita pengguna di pihak yang kalah.Nak Menang masa election ja kot.
Ada peluang ka kita nak saman depa depa ni kalau kita banyak rugi akibat blackout tu? ye la vaccine bukan murah tau..???

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc,

Sejak diprivitasikan senakin teruk pulak jadinya TNB ini kan. Dulu zaman saya kecil-kecil dulu, LLN, tak adapun seteruk ini.

Mentang-mentanglah TNB itu cuma satu-satunya pilihan. Cuba ada pilihan lain, baru TNB itu sedar, tinggi rendahnya langit, barangkali...

Yang takjubnya kerajaan macam buat tak kisah kalau kena di kawastan rakyat biasa. Cubalah kalau yang black-ou itu di Bukit Tunku, Presint 10 - Putrajaya, Bukit Damansara... Bukan main cepat tindakan pembetulan. Isk!

Anonymous said...

Marah betul nih! Tak pernah tgk you marah macam nih... (shudder)

Sayang kolam ikan kot...

Sabar TA...

tokasid said...

Mama drzeze:

Mau tak marah mama ooii...manjang dok kena blackout. 4 bulan lalu, di kawasan klinik kena sampai 3 kali dalam 2 minggu.Terpaksa guna lilin tapi masaalahnya bilik jadi berasap dan stuffy. Panas toksah kira lah kan.

And betoi, takut vaksins rosak. Apa lagi ni musim nak naik Haji, ada simpan vaksin influenza dan meninggitis sikit. Kalau yg murah tak pa, ni simpan vaksin mahal.

Tujuan nak tebang tiang letrik tu supaya kena tangkap,masuk lokap dan wartawan akan datang interview( ye lah kan, doktor kena tangkap sebab mengamuk, mesti sensasi), masa tu kita bagitau satu Malaysia akan masaalah ini. Aku percaya lepas itu akan muncul banyak aduan2 yg serupa terhadap TNB.

tokasid said...

Wak Pinter:

Memang betul.Masa zaman Langut-Langut Naik(LLN) jarang ada blackout. Mungkin masa tu penggunaan electricity tidak banyak seperti zaman ini.

Tentang promptness of membaiki blackout, saya juga syak terdapat double standard atau pilih kasih. Tapi saya sering beri benefit of doubt dgn mengatakan mungkin ada kerosakkan serius di tempat kita.

Tapi takkan lah di kawasan mewah dan ber VIP tak pernah ada kerosakan serius?

ZABS said...

Salam TA,
Tuan ada hak untuk marah. TNB baru umum untuk berbillion, tapi tarif eletrik nak dinaikkan juga. Nak untung banyak lagi atas kesusahan rakyat ke?

tokasid said...

Salam sis Elviza:

pagi tadi dah reda sebenarnya. Tapi tengahari tadi bila maid beritahu blackout lagi, berderau lah juga kemarahan tu.

Yang blackout semalam, ada casualty tau. One of my goldfish decide to check-out.Dah mati ikan tu.

Yang blackout hari ni tak tahu lah kalau ada tak ikan yg dah tulis surat wasiat.

tokasid said...

Pak zabs:

Karenah penswastaan telah mula menunjukkan belang sebenar mereka.

Kos perkhidmatan yg tinggi namun perkhidmatan mereka...masih Hampeh!!

Blackout hari Rabu- berlangsung selama 3 jam.
Blackout hari Khamis: 5 setengah jam!!

Itu yang maroh bebenor tu.

Daphne Ling said...

Hi Doc,

Haih...Tarak current, tarak air, memang can go giler...

My house opposite is the power station, and I have neighbours who memang tak teragak-agak to call up and take the company to task...If no power, a few will call repeatedly until the TNB people come...

Guess what those people at TNB did?

When they re-cat (as in paint) the station, the conveniently forgot to put the number back on...They painted over it!

Hah...Guess they never heard of directory...=)

tokasid said...

Dear Daphne:

Do you know why they painetd out the number too?? To get less complaints maa....

Daphne Ling said...

Hi Doc,

Yea lor, I know why they painted out the number...But like I said, they never heard of Directory or Telekom's 103...=)

Anonymous said...

Betul tu bos,

Bila takde eleektrik berajam camnie... yg dirisaukan sekali ialah ikan ikan di akuarium yang harga beribu - ribu nie..


Tips : Kalau takde battery operated pump, kita buleh gun juga keteluan ais di dalam akuarium, 2 hari takde elektrik, kaedah ini telah digunakan.