Friday, June 27, 2008

Terkenang semasa dulu....part 9:buruknya merokok

Episode 1.

1972. Taiping.
Darjah 4.

Petang semalam ada tetamu ziarah di rumah. 2 pasangan suami isteri. Dengar kata mak mereka anak buah bapak yang asal dari Bendang Dalam.Tapi mereka pun membangsat(merantau) ke Perak.Tapi aku tak pasti di bahagian mana Perak.

Lama jugak mereka di rumah.Bila mereka balik dah hampir 6.30 petang.

Esok pagi Sabtu mak ke sekolahnya di Sg Kepar,Simpang Empat Semanggol.Ntah ada urusan pagi tu.Tinggal kami 5 beradik di rumah(later on jadi 8 beradik). Mak dah pesan selagi dia belum balik dari sekolah aku dan adik-adik jangan pergi bermain di rumah orang dulu. Petang nanti tak apa kata mak.

Tiba-tiba adik bagi tau: "Abang, orang jumpak rokok belakang pintu nak pi dapoq!"

Aku bergegas pergi tengok.Memang ada sekotak rokok Pall Mall yang tinggal 2-3 batang dan sekotak mancis. Aku ambil dan beritahu adik : "Mai kita hisap rokok nak?"

Adik perempuan aku protes.
"Mak balik sat lagi orang habaq kat mak hang hisap rokok" sambil mencekak pinggang.

"Laa...jangan la habaq kat mak.Abang nak try saja"

"Mana boleh budak-budak hisap rokok!"

Aku buat tak tahu saja.Aku keluarkan sebatang dan mencucuh puntung rokok.Inhale dalam macam yang aku tengok tetamu buat semalam.

Koh!Koh!Koh! Batuk.Macam nak pecah dada.Tekak rasa macam pahit dan terik.Aku sedut lagi.Tak batuk. Adik Yazi sambut dan sedut.Batuk.

Selepas 2-3 puff aku lempar rokok ke tanah dan sambung bermain di laman. Lupa langsung tentang 'dosa' tadi.

Dari jauh nampak mak berbasikal balik ke rumah.Mak kalau ke sekolah akan menaiki basikal sampai ke jalan besar di depan kampung lalu akan naik bas untuk ke Sg Kepar.Basikal akan mak letak di bawah pokok ceri kedai mamak roti canai.Memang di situ port basikal kalau sesiapa nak ke Taiping menaiki bas.

"Mak balik!Mak balik!", jerit Bali dan Pek.Mungkin mak ada beli gula-gula atau biskut atau buah untuk kami.Kadang-kadang bila musim mempelam di kawasan bendang di Semanggol mak akan bawa balik buah mempelam.Kadang-kadang mak beli.Kadang-kadang orang kampung berikan pada guru-guru di SK Sg Kepar. memang orang-orang Banjar di sana pemurah hati.Walaupun 'urat marah' mereka cepat short circuit.

Adik perempuan aku tanpa membuang masa meberi lapuran kilat semasa mak menolak basikal ke bawah rumah.

"Mak...tak sat bang Sham ngan Yazi hisap rokok!"

"Hisap rokok? Ambik di mana?", mata mak memandang tajam pada aku. Aku kelu.kaku. habis lah aku hari ni.gerenti kenancubit atau rotan.

"Cek jumpak belik(belakang) pintu dapoq.Hat pakcik semalam punya kot"

"Amboi...kecik-kecik dah pandai nak isap rokok noo...Pak hangpa pun tak hisap rokok hangpa tau ka?".Kami diam.

"Mai masuk semua...mak nak bagi hadiah kat abang hang!".Aduh! nahas aku.

"Yazi! Nah hang ambik tiga kupang ni, hang pi kedai Kelantan hang beli curut cap ikan maih(Ikan Emas) sebatang".Yazi akur. Aku diam saja. Apa mak nak buat dengan curut ikan maih?

Lepas 10 minit adik aku balik.Hulurkan curut pada mak.

"Mai sini semua anak mak...".suruh mak.kami bersila di depan pintu di keliling mak.jadi macam halaqah di masjid.

"Sapa isap rokok tadi ni?" tamnya mak semula.

"Cek ngan Yazi:"aku mengaku.Tunduk.

" Jadi hang ngan adik hang nak isap sangat lah! Mai mak bagi hangpa isap puaih-puaih(puas-puas).Nah!Ambik cerut ni !Hang cucuh api hang isap!",tegas suara mak.Suara seorang cikgu.

Aku capai cerut ikan maih. Alu letak di bibir dan Yazi nyalakan api. Cerut berasap.bau busuk menusuk hidung.

"Hah!Isap lekaih! Lekaih aku kata!" meninggi suara mak.

Aku sedut.

Ping!! kepala jadi pusing.Mabuk.Satu rumah jadi memusing macam helicopter.Keneneng.
Aku rasa mual.Loya.Nak muntah.

"Mak!Cek tak mau dah mak!Cek penin...",rayu aku.

"Hang isap la ni sampai habih!",mata men menjegel.
"Hang pun sama Yazi"

Yazi pun sambut sambil menunjuk muka cemas.Mana tak cemas.Dia dah nampak effect yang aku alami.

"Mak! Tak mau lagi mak!Cek sumpah cek tak isap rokok lagi dah mak....cek sumpah mak!",rayu aku. Aku termuntah.bau dan rasa cerut yang amat busuk membuat mulut jadi pahit dan payau bercamput baur.

Aku tengok Yazi pun dah macam penin lalat. Aku baring.Seluruh rumah rasa memusing.

"Mak...cek tak mau lagi isap ni mak...."

Mak ambil cerut dan padam kan.

"Lain kali jangan dok mengada nak isap rokok.Tak padan kecik dah pandai noo..."

Aku dan Yazi menangis.rasa siksa sangat kesan cerut ikan maih.

"Nizah!Hang pi ambik bantai ngan minyak cap kapak mai sini"

Nizah akur.2 bantal di bawa keluar dan sebotol minyak kapak.mak suruh aku dan Yazi baring atas bantal dan mak sapu minyak kapak di kepala dan dahi kami.

Aku tak hisap rokok sejak itu sehingga lah aku masuk UM.

Kisah 2.
1981.Keretapi KL-Taiping.
Semester break.

Tren dari KL Station ke Utara agak lenggang.Tidak seperti waktu cuti sekolah atau musim perayaan.Memang bagus semester break tidak serentak cuti sekolah.Aku duduk bebas dalam mana-mana koc.Ke hulu ke hilir.Ke koc canteen.

Bila gian nak mengemput(istilah bagi nak merokok)aku akan ke hujung koc di mana pintu koc terletak.Aku buka pintu koc dan biar udara dan angin dari luar masuk memukul muka.Nyaman.

Sebatang Marlboro aku keluarkan dan aku hidu dari hujung ke pangkal.Uh! Harum bau tembakaunya.Aku nyalakan rokok dan sedut.Segar.Sambil aku mundar mandir dari pintu kiri ke pintu kanan.Kadang-kadang aku menyanyi kecil untuk hiburkan hati.Selalunya bila naik keretapi aku suka nyanyi lagu Ekspress Rakyat oleh Kembara. Trio M.Nasir,A.Ali dan S.Sahlan.

Dalam sedap menikmati Marlboro tiba-tiba pintu antara koc di tarik dan muncul seorang wanita pertengahan umur.Dia menjeling aku dan patah balik ke dalam.Alamak!Cikgu Gayah jerit hati kecilku.Kantoi aku kali ni.Cikgu Gayah adalah rakan mak di Kg Pinang Taiping.Kawan karib.Lebih dari karib.Dah macam dua beradik.Walaupun mereka mengajar di sekolah yang berlainan,mak dan Cikgu Gayah kamcing kerana sama-sama terlibat di Madrasah Kg Pinang.

Bila tren sampai di stesen Taiping,aku bergegas turun dan keluar dari stesen untuk ke stesen bas yang lebih kurang 2.5 km . Setelah pekena ais bubur chacha di bawah Larut Matang Super aku tunggu bas untuk ke Kg.Pinang.Hajat nak ronda-ronda aku ketepikan dulu.Esok saja.Boleh ke bandar Taiping dengan basikal.

Sampai di rumah mak dan adikadik ada.Aku salam dan cium tangan mak.Aku cari bapak di belakang rumah.Bapak seperti biasa menebas itu ini.Mencatas itu ini.Memberi ayam makan.Aku salam bapak.

Malam lepas makan mak tanya aku:
"Hang balik naik apa tadi?"
"Reta api mak"
"Hang la ni makan rokok ka?"

Kantoi aku.

"Ha...ada la sikit-sikit"
"Tadi Mak Gayah talipon bagi tau nampak hang makan rokok lam reta api"

Aku senyap.Mata pandang ke lantai.

"Hang bukannya gherja lagi.Jangan la dok beli rokok.Duit pak hang hantaq sikit-sikit tu toksah lah membaziaq dok beli rokok."

"Cek beli duit biasiswa mak...."
"Duit biasiswa lagi la tak boleh beli rokok.Basiswa tu habuan hang mengaji di sana..."

Aku diam..Tak boleh nak kata apa.
Akhirnya mak tahu anak dia bukan saja belajar ilmu sains....tapi jugak belajar merokok.

32 comments:

Kerp (Ph.D) said...

haha...a matter very close to our hearts, doc. another reason org prefer naik kretapi dari bas- boleh merayau ke belakang koc untuk berasap...hehehe...

aku first time kantoi dengan bapak. tingkatan 4 masa tu. dia tak payah kata apa, bagitau kat mak je. 1 minggu kena bebel bro. dari pedih dari kena cubit halus.

Anonymous said...

Naluri manusiawi, bila kecik nak jadi orang besar..orang dewasa, bila dah dewasa nak jadi orang kecik semula. Sebab tu teringin sangat nak laukan sesuatu yang tidak lagi serasi dengan usia. Lagi pun kan kalau merokok tu nampak "gengsi/ ada gaya' sikit kepada sebagian orang.

Tapi betul ke Doc, kawan kawan kata kalau merokok tu boleh tambah ilham. Kalau nak study, hisap rokok dulu baru lancar masuk dalam ingatan dan mudah faham. Tak tahu pula saya, tak mengalami suasan gitu?!

Terima kasih

mantra-indeeptots said...

Apa beza smoking and puffing?

When anyone lecture me on smoking... there goes all the bible talk. As you know, i have not suffered yet all the chronic elegant sickness... hehehe

Why i smoke? Here goes my answer... I Need to hold something between my fingers at all times..haha. Only designers are eligible to that answer that.. Others dont!

Dalam Dakapan Ibu said...

I remember when I was playing congkak (or jongkak in Kedah) with my older brother. Since dia suka dok kira berapa bijik guli & lubang -takut mati- I tried to close the holes with both my arms so that he wouldn't be able to count. Masa tu terbau rokok kat tangan dia. Kantoi. Terus report kat Mak... he..he.. just like you sister...
Anyway, I noticed that you'r X-KSAH? Aloq Setaq ka? My dad used to teach there.... zaman 70an - 80an...

mokk said...

Intresting mamat...

rokok ..sumber ilham ku...

dgn menghisap rokok kita menyumbang kpd pembendaharan negara melalui tax rokok yang 300 %tu..boleh buat jalanraya, sekolah,dsb..

ZABS said...

Salam Doc.,
Saya dulu, dah kerja baru hisap rokok. Dah dapat berhenti sebelum anak besar.
Tapi sekarang anak-anak saya, masa sekolah pula diorang dah mula hisap rokok.

tokasid said...

Ahmad Kerpomovic:

Thats right. Kretapi lebih smoker friendly dari bas ekspress.kah3....

Bapak aku kalau bab2 nak sound anak dia akan hand over kat mak aku.mak aku expert.Cikgu lah katakan...

tokasid said...

Mamadou:

My point is kids easily follow what the see adults do.Monkey see monkey do. The need to try and know why.
As we remember, kids will ask lots of questions: apa itu apa ini buat apa tu buat apa ni stuff.

Maybe thats how bad habit catch up with kids. Ironically, my bapak langsung tak merokok dari muda( kata mak) sampai dia meninggal( I have never seen him smoke or buy cigarettes as long as I can remember.

yet all his son except one, took up smoking.

tokasid said...

Jeejah mantra:

Puffing is a gentle word for smoking.

For chronic smokers I tell them they are having a 'bantuan pernafasan' when they smoke.

Why you smoke? Hmm ....that reason is just another reason for smokers.

tokasid said...

Mamadou:

berkenaan merokok memberi ilham...yang saya tahu itu dalam iklan rokok Gold Leaf tahun 70an dulu(Hussein Abu Hassan as the person mendapat ilham selepas menyedut rokok Gold Leaf).

Itu semua alasan.Tetapi ada small possibility sebab nicotin will excite your brain cells and make you a bit fresh.maybe thats what they call sumber ilham kot?

tokasid said...

Dalam dakapanibu(DDI):

Memang kantoi abang you.
And I always wonder why my sis report kat mak(she did became a reporter for Bernama for about a year or two in the 80s).Rupanya you pun jadi reporter.

Who is your dad?Dia ajaq subject apa.maybe I kenai dia kot.

tokasid said...

Mamat:

hang jgn dok wak kluaq sumber ilham ku stuff lah....hang ngan aku dulu mana ada ilham-ilham. Kita bukan nya dok menulis atau melukis atau buat lagu.Kita main ragbi and football.Tak perlu ilham btoi dak??

Hang dah start balik ke mengemput ni?

tokasid said...

Pak Zabs:

memang zaman sekarang anak2 sekolah mudah terjebak dgn gejala merokok.Di sini saya sering melihat pelajar sekolah menengah sambil berjalan ke sekolah in school uniforms, menghisap rokok atau singgah di warung2 utk hisap rokok.

mantra-indeeptots said...

Why I smoke?
Its god's gift i wont resist... hehe

Just to test these doctors if they know im a smoker... none so far!

jagoan said...

Iklan merokok membahayakan kesihatan TIDAK BERKESAN. Dilarang merokok di sini pun TIDAK BERKESAN. Kawasan larangan merokok pun TIDAK BERKESAN. Menaikkan harga rokok pun TIDAK BERKESAN.

Sudahnya, perokok itu sendiri perlu ada KESEDARAN. Macam saya. Heh!

tokasid said...

Jeejah:

most docs will know if one is a smoker.Its just they would tell you outright.Unless you cough or something like that.And sometimes bcoz they are smokers too.

tokasid said...

Ah tok:

Betul tu tok. Pokok pangkal utk berhenti merokok ialah pada diri org itu sendiri.Self motivation.

Personally I think all those campaigns are a waste of public fund.The TAK NAK campaign cost millions!

KAMATO said...

Doc masih hisap rokok ke sekarang....jangan bahaya, nanti emak marah

tokasid said...

Kamato:

Soalan itu membuat saya terkedu kelu tak boleh nak jawab.

Sekarang mak dah tak kuasa lagi nak marah2 anak2 yg merokok.Sebab anak2 pakat dah jadi suami dan bapak orang.

Unknown said...

Saya ni kureng sket ngan bau ngan asap rokok hehe, perhaps pasal asma saya dlu kot. So Alhamdulillah sampai skrg masih tak tahu camane rasa benda sebatang tu.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
One friend is on three packs a day, plus cigars, during his MBA exams.
I told him his biggest achievement would not be in completing his MBA in five months but when he quits smoking.
He's asking for time to wean it off but my fear is that he may not have it.
It seemed Tan Sri Nasimuddin's death of lung cancer due to his heavy smoking not a lesson learnt.

Anonymous said...

salam doc,
lan dulu was a smoker too. and then there was this time when dia batuk, demam dan really sakit in june 2000.
lepaih tu doc, syukur, dia kata nak muntah bau rokok tu! dan terus tak rokok lagi.

Mior Azhar said...

ha hahahaha, kalau dah nama budak lelaki mesti nak pekena rokok jugak ...
dulu masa teman form 5 , lepas sekolah masuk surau ngan member2 cuba2 merokok... tapi tah apa pasal... tak suka dan tak lekat...
masuk UM, aku masuk geng bukan merokok except for one person (kami berlima)... jadik tak dak bunga peluang nak merokok... bila kerja ada sekali beli sekotak rokok konon nak mula merokok lar (boleh cenggitu) tapi sekali jer lepaih tu tak buat dah...

So Doc, sekarang macammana merokok tahap mana?

Pak Zawi said...

Doc TA,
Smoking is a bad habit that is easy to pick up but difficult to discard.
You are right that a non smoker can spot a smoker the minute he opens up his mouth. The foul smell emanating from his breath is a dead give away. During the fasting month a smoker who doesn't fast can be discerned the minute he opens up his gap.
I can't imagine how a non smoker can kiss a smoker whose mouth is no better than an ash tray.

Mat Salo said...

Brader,

Don't think I didn't read every word, every line of your masterpiece 'kenangan' bro'. I wish my Bahasa was as good bro' so I can write one like it.. truly enjoyed every episode.

My problem is to blog or post comments sbb kena masuk https. Baca okay. Maybe cuaca buruk and some minor defective parts on our satellite on our dish. Ini aje composed offline and uploaded on client's PC. Tapi x leh pakai lama. Malu.

Heh... best hang nyanyi lagu Heavy Machine. Apahai tak Black Dog Bone doc? :)

tokasid said...

Akmal:

Alhamdulillah Akmal tak jadi perokok.
In my family ada sorang adik yang asthmatic yang tak jadi perokok.
Yang lain amat malang sekali terjebak setelah tinggal di asrama.Saya ni kira late starter,dah masuk U baru belajar menyandu.

tokasid said...

Fauziah:

To quit or not to quit?
its all up to each individuals.
Once you made a resolution to quit then you MUST STOP at once.There is no such thing as 'slowing down'
Its make or break.

Pak Zawi is a good example of smokers who quit successfully.

Maybe your friend can start during Ramadhan.
Good luck to him,sis.

tokasid said...

E:

Alhamdulillah Lan termasuk dalam golongan yg berjaya.

Memang bau org hisap rokok ni teruk.Baju bau,nafas bau....

Smokers pun tak tahan bau rokok fellow smoker bila depa tak hisap rokok waktu itu.

tokasid said...

Pak Mior:

Wah, kome pun cuba merokok dulu ye?

Yeman dulu masa kat 2nd RC, kebanyakan kawan2 kaki rokok baik yg Asasi yang buat Engineering,yg buat Medic yang buat Dental yang buat Arts atau yg buat LAw. 80% merokok. Bila dok ngeteh atau main karom atau lepais main bola ,dema pakat mengemput.Teman mula-mula menempek satu dua sedut.Pas tu menempek sebatang.mana kawan2 boleh tahan teman asyik dok cukai saja.Last2 beli le sendiri.

Baik kome idak lekat yob. kalu idak....

tokasid said...

Pak Zawi:

I don't think anyone can stand a kiss by smokers. jadi smokers ni selalu wajib berus mulut b4 going to bed.

tokasid said...

Pak MS:

Lama tak dengar berita hang.
It would be nice if we can share your version of smoking....the Kolet version.Aku tau budak Kolet lagi kuat hisap rokok dari budak2 KSAH.

Blogger said...

Are you paying over $5 for each pack of cigs? I buy all my cigarettes at Duty Free Depot and I save over 50%.