Wednesday, June 4, 2008

Terkenang semasa dulu....part4



March 1975.
Cuti penggal pertama sekolah.
Taiping Perak.

"Sham ....buka penggal dua nanti mak ngan bapak hantaq hang sekolah di Aloq Staq!"

Januari 1975.
Setelah tidak dapat masuk ke sekolah berasrama penuh(yang aku tahu hanya MCKK dan TKC saja ketika aku di darjad enam) aku di tempatkan ke sekolah LSS(Lower Secondary School) di Aulong.
Aku pun tak tahu kenapa aku tidak di masukkan ke King Edward VII seperti kawan-kawan yang lain. majoriti dari kawan-kawan di KE-2 Primary School di masukkan ke King Edward tapi aku dan 4-5 orang di tendang ke LSS.

Lalu aku di daftar ke LSS.Sekolah petang untuk Remove Class dan Form 1.Aku di masukkan ke Form 1 A.

Di sebabkan untuk menaiki bas ke LSS amat sukar(kena tukar bas) jadi aku dengan beberapa orang rakan sekampung ke sekolah dengan berbasikal melalui jalan keretapi yang memang lalu di depan rumah.Jarak rumah dan sekolah(melalui jalan keretapi) lebih kurang 4 batu.melalui9 kandang-kandang babi di Batu 2 dan melaui Cator Avenue dan Assam Kumbang. Selalunya aku ke sekolah dengan Aziz(Abu Hassan) yang tinggal di lorong sebelah tapi directly selang sebuah rumah dari rumah aku.

LSS sungguh istimewa. Waktu itu, ramai pelajar-pelajar remove di situ dari sekolah Kebangsaan atau Sekolah Cina. Dan watak-watak pelajar amat colourful. Selang seminggu pasti ada berita budak lari dari rumah yang merupakan pelajar LSS. pernah ada budak form 1 E( anak Cina dari remove class tahun sebelumnya) terpampang gambar dalam akhbar Cina .Di kantin di tampal gambar dan berita dia hilang.Aku amat ingat sebab aku pernah mengalahkan dia dalam 400m.

Setiap kali waktu rehat mesti ada yang bertumbuk.Atau sebelum sekolah bermula.Atau selepas sekolah. Selain itu budak LSS akan sentiasa menunggu seorang guru dari King Edward untuk datang mengambil isterinya yang mengajar di LSS.

Junjung. Itulah yang ramai 'samseng'LSS tunggu.Junjung adalah guru berbangsa Sikh dan isterinya guru form aku berbangsa Cina.Gelaran junjung kerana dia memakai serban.

Junjung terkenal dengan garangnya di King Edward.Ramai pelajar nakal yang selalu kena rotan atau pulas telinga atau ketuk ketampi oleh Junjung. Apa yang berlaku, pelajar-pelajar KE akan inform pelajar LSS.Jadi kalau ada kawan yang kena punishment Junjung di KE, akibatnya lagi 2-3 hari bila Junjung datang menjemput isterinya, dia akan di ejek atau kereta di balikng lumpur atau di calarkan.

Di rumah aku nampak mak dan bapak macam tension saja tapi aku tak tahu apa puncanya.
Di sekolah aku macam biasa. Alhamdulillah pelajaran okay dan aku paling suka bila subject Science terutama bila masuk ke Lab. Rasa macam jadi saintis pulak bila dapat buka Bunsen Burner.

Akhirnya cuti penggal pertama tiba.Seperti biasa aku dengan kawan=kawan kampong dan adik-adik asyik main bola.Kadang-kadang mancing ikan di anak sungai atau parit yang hampir dengan jalan keretapi.Kadang-kadang masuk hutan di seberang jalan keretapi untuk main combat-combat atau camping atau cari spider untuk buat lawan.
Atau naik basikal dari satu lorong ke satu lorong di kampong waktu petang atau ke Kg Jana(SK Long Jaafar) untuk lawan bola dengan budak-budak kampong Jana.

Beberapa hari sebelum penggal 2 di buka,satu malam lepas makan mak dan bapak dudok bersama aku.kata mak ada perkara yang nak beritahu aku.Aku jadi gabra. Apa yang aku buat? Ada orang komplen kat mak ka yang aku bawa basikal laju-laju?Atau ada orang bagitau mak aku gi mandi lombong ka?Atau pakcik kedai lorong 10 ngadu kat mak ka yang aku pernah 'cilok' tauhu mentah kan kedai dia ?Aduh....ni yang suspense ni....

Akhirnya bapak bersuara:"Sham ....buka penggal dua nanti mak ngan bapak hantaq hang sekolah di Aloq Staq!"

"Awatnya bapak?"

"Di sana hang sekolah yang elok sikit.Kolej Sultan Abdul Hamid.Tahun depan atau ujong tahun ni mungkin dapat masuk asrama"

"Awat cek tak boleh sekolah sini ka bapak?"

"Sekolah hat la ni kan disiplin tak elok....Kalau hang dapat KE dulu tak payah la nak pi sampai Kedah nu..."

"Okay lah bapak.Cek ikut macamana mak ngan bapak kata"
"Nanti hari Sabtu hang ngan bapak pi Aloq Staq.Sementara ni hang dok ngan Cik Jah hang di Gunung...."

"Mak tak pi sama ka bapak?"

Mak geleng kepala."Dak mak tak buleh pi.Adik-adik hang sapa nak jaga?Lagi pun mak nak kena ngajaq jugak"

Aku cuma angguk dengan penjelasan mak. Aku tahu bukan mudah mak dan bapak nak buat keputusan ini.Bukan mudah nak hantar anak tinggal bersama orang lain.Tapi mereka terpaksa kerana itu saja caranya agar aku dapat ke sekolah yang lebih bagus dari LSS.

Jadi pada hari Sabtu itu,aku dan bapak ke Alor Setar menaiki bas.Dari Taiping ke Butterworth(sana di panggil bagan) menaiki bas ekspress .Dari Bagan kami naiki Ekspress UTC yang berhenti di SP,Gurun dan Guar Cempedak sebelum Alor Setar.

Di Alor Setar kami naik bas Gunung di Bangunan Ukir(sekarang Starwalk)ke stesen bas baru.Agak petang baru kami sampai ke Gunung Keriang,rumah Cik Jah.
Bermulalah kehidupan aku sebagai anak rantau di negeri kelahiran ku.
Ini lah kali pertama aku ke Alor Setar.Selama ini hanya Sungai Patani dan kampong di Merbok sahaja.

Esoknya hari ahad, aku dan bapak ke KSAH untuk mendaftarkan diri.......

Ketika di Form 4 baru aku tahu kisah sebenar mengapa aku di hantar bersekolah di Kedah.Bapak yang ceritakan pada aku setelah aku bertanya.

Mak dan bapak kecewa bila aku di tempatkan ke LSS. Bapak ke Pejabat Pelajaran daerah dan bertanya.Bagaimana anak saya yang dapat 4A 1B dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah di tempatkan ke sekolah begitu?Yang track record tak elok langsung. Takkan anak saya tak boleh masuk ke King Edward sedangkan masa sekolah rendah dia di King Edward?
Jawapan yang bapak dapat amat mengecewakan.
Anak encik tak ada abang di King Edward jadi dia tak boleh masuk sana.Jawab bapak: Anak saya sulong...macamana nak ada abang di KE tu?
Kata pegawai di situ: Kita tak boleh tolong.Kalau nanti LCE dia elok mungkin dia boleh masuk KE..(ketika itu LSS cuma setakat Form3 saja.Tak ada Form4 ke atas)
Bapak argue lagi: takkan degan keputusan 4A 1B tak boleh ke KE? Budak yang keputusan dari anak saya dapat pulak ke KE.Saya tahu ramai yang tak ada abang di sana pun dapat masuk ke sana.Ramai anak-anak kawan saya dapat ke sana dan depa anak sulong jugak macam anak saya.
Saya bukan nya nak suruh tuan bagi anak saya ke MCKK atau MRSM atau Sekolah Sains...saya minta hantar anak saya ke King Edward saja.

Akhirnya kes aku di bawa ke Ipoh.Sama juga.Mengecewakan.Pejabat Pelajaran Perak tak dapat nak hantar aku ke sekolah yang lebih baik dari LSS.Akhirnya ada seorang pegawai di Ipoh memberi jalan kepada bapak dan mak.
"Anak encik ni di lahirkan di Kedah kan? Elok encik cuba dengan Pejabat Pelajaran Kedah mungkin depa dapat tolong budak ni"
Kata bapak walaupun aku di lahirkan di Kedah tapi aku sejak tadika sehingga tamat darjah 6 adalah di Perak. Apa kena mengena di mana aku di lahirkan?
Bapak jugak beritahu pegawai tersebut yang mak menjadi guru di kawasan-kawasan luar bandar di Perak sudah 10 tahun.Tak kan anak guru yang ngajar di Perak tidak boleh di beri kelonggaran?

Akhirnya mak dan bapak meminta pertolongan Pak Su yang mengajar di Sg Patani. mak ,bapak dan Pak Su ke Pejabat Pelajaran di Alor Setar dan memberitahu tentang hal persekolahan aku. memang Pejabat Pelajaran Kedah terkejut.Dengan keputusan yang ada mereka hairan mengapa Perak menganaktirikan aku?
"Tak pa encik....kalau Perak tak mau dia,kami Kedah nak ambik dia.Dia akan kami masuk ke sekolah berasrama.Encik nak sekolah mana? Sekolah Ibrahim?Badlishah Kulim? Atau Kolej di Aloq Staq?"

Akhirnya mak dan bapak serta Pak Su memilih KSAH untuk aku.
Aku merantau bukan kerana kecermelangan pelajaran.
Aku merantau kerana di deskriminasikan di negeri yang aku membesar sepanjang persekolahan rendah ku

32 comments:

ZABS said...

Salam Doc.,
Itulah hikmanya, tidak dapat ke KE tu, kerana anda tealh disediakan tempat di Kolej Sultan Abdul Hamid.
Sekarang begitu, kerana mengikut pengalmn saya di KL ini, untuk masuk "control school" tu, mesti ada abang ke kakak ke, yang bersekolah di situ. Kalau yang sulong, kena masuk sekolah kat hujung kampong lah gamaknya.

tokasid said...

Wassalam Pak Zabs:

Memang itulah hikmahnya.
Tapi bila di Form 4 dan saya dapat tahu tentang alasan Perak saya jadi sedikit kecewa.dan alasan kerana di lahirkan di negeri lain.Jadi saya tertanya-tanya mengapa jadi begitu.
Saya juga faham mengapa bapak upset.Sebagai askar bapak sering pindah randah jadi mana lah kita nak tahu anak2 akan di lahirkan di mana.Mak pun sayu sebab dia guru di sekolah2 pendalaman di Taiping hampir 3/4 dari zaman mengajarnya.

Unknown said...

Yang aku tau Perak ni memang cerewet sikit. Di Penang aku pernah pi PPD nak keluarkan anak aku daripada control school. Depa tanya awat? Aku kata, result PMR dia biasa saja baik keluar dan belajaq di sekolah yang aku ajaq buleh aku keep an eye sikit. Depa tak mau bagi, aku kata itu hak saya, saya mau anak saya keluar. Depa terkejut jugak. Dengan depa ni kena berkeras sikit.

tokasid said...

Che'gu:

Mungkin jugak kot time tu di Perak lagu tu.
Dalam kes anak che'gu ,aku ingat depa terkejut pasai orang pakat nak masuk anak ke control school tapi hang nak wak keluaq.Jadi depa pun jadi penin la....

Aku dulu kalau masuk KE walaupun tak dok asrama mungkin mak pak aku okay.
Tapi LSS ni time tu terok sangat.
Kalau LCE ramai dapat S dari Pass.Jadi pak aku risau anak dia jadi Superman kot.
Dalam kelas aku, budak2 yg dari remove class kira dah senior la di sekolah tu. Minggu pertama depa dah ajaq kami lagu mana nak mengendap seluaq dalam che'gu yg pakai skirt. Guna cermin germit(sharperner) boh di celah tali kasut canvas sekolah.

Yang budak Cina dok ngorat Amoi kerja kantin.
Jadi kalu aku dok LSS sampai LCE tak tau la apa nak jadi.

cakapaje said...

Salam Doc,

La ni, bila imbas kembali masa silam, terasa seronok dan adakala melucukan juga. Tapi waktu tu, terasa 1,001 harapan hancur berderai bila tak dapat masuk sekolah yang diidamkan. Namun, seperti kata Pak Zabs, ada hikmahnya tersendiri. Jika dahulu saya kecewa tak dapat masuk MRSM walaupun dah duduk peperiksaan mereka, kini saya tersenyum pula mengenankan masa itu.

Anonymous said...

Wah terkenang semasa dahulu ye..
Memang menarik ceritanya

Daphne Ling said...

Hi Doc,

"Selang seminggu pasti ada berita budak lari dari rumah yang merupakan pelajar LSS"

Haha...Were you ever one of them? ;)

As for discrimination, now lagi lar banyak Doc...Sad, but true...

Somebody asked me the other day if I want to come back after finishing my studies overseas (actually, ramai yang tanya this question), and I was thinking...

Irony jugak Doc...Kat Malaysia, die also I won't get scholarship lar (don't even think of getting, applying pun tak jadi)...Banyak sangat red-tape nya...

To think that 'orang luar' yang gave me a chance...So, where do my loyalties lie?

Daphne Ling said...

PS: In retrospect, I would say God had better plans for you, by not letting you get King Edward...By missing out on the first boat, you ended up with a better fish...KSAH...=)

I wonder what God has in store for me?

Kerp (Ph.D) said...

doc zulhisaham,

ooo, so ni kira flashback la ye? i was looking forward to the next sequel during your UM days...hehehe...but equally interesting nonetheless.

KSAH has an excellent track record for producing excellent student that eventually becomes important people, including prime minister. i believe not just one but two. can you confirm this?

cousin aku selalu brag about it. he was a former student there but way your junior.

muteaudio said...

Salam Doc,
Saya duduk melangut kat sekolah yg sama 13 tahun. Dr darjah 1 sampai form 6, takde lah masuk asmara. Oops, lupa...saya tak apply (or should I say my parents didn't apply)

But Alhamdulillah, those were my wonderful years. Infact I never left Penang for tertiary education. I always believe in what Daphne said, God has better plan for us.

tokasid said...

Wassalam Shah:

At that time aku tak kisah aku sekolah mana pun.Janji dapat terus sekolah.
The truth is I never knew there was MRSM or Sek.Sains at that time.There was only 1 guy who went to MCKK from Kg Jana and he was my senior in primary school.
So I wasn't upset not getting King Edward.Initially I didn't know my parents were upset and disappointed.
I only knew when I was in Form 4.

Pak Zabs is right.The hkmah of Qado and Qadar.

Anonymous said...

zool:

terima kasih kerana singgah.
you have a nice blog too.
akan selalu singgah le nanti kat sana.

tokasid said...

Dear Daphne:

No I wasn't one of those runaways ,yet.Heh3.

I can understand what you meant.I have many Chinese and Indian classmates in med school which deserve scholarships coz they are good and came from lower or middle class groups but didn't get coz you know why.

With the recent 45% scholars hope things will be much better.

I am sure GOD have good things for you.

tokasid said...

Kerpovmovic el comrade:

KSAH produced 2 PMs.Tunku and Tun.

The MU story will resume later...kasi you suspense dulu....

tokasid said...

Mute:

Aku pun kalu dok di KE tentu macam hang jugak.Tapi tertiary tu memang tak boleh Tepeng jugak la....mana ada U di Tepeng.Kem tahanan ISA ada lah.....

Anonymous said...

dear doc

antara ciri paling menonjol pegawai kerajaan (yang kebanyakan orang Melayu) ialah sindrom "tak boleh". Dari 10 rayuan yang dikemukan terhadap apa sahaja mungin satu atau dua sahaja yang dilayan. Yang lain semuanya tak boleh. perkataan budi-bicara semacam tak wujud dalam kamus.
zaman mahathir kita cakap pasal dedikasi (walaupun akhirnya jadi daddy kasi), pasal anjakan paradigma (kita nak sebut pun tak pandai) tapi pada garisan terakhir, semuanya walhasil balik asal.
tapi alhamdulillah. di mana kita belajar tak penting. kita boleh sahaja belajar di lower sec sch, atau tak pergi sekolah sekalipun macam bapa-bapa kita yang tak berpeluang untuk ke sekolah tinggi, yang penting adalah keberkatan dari restu ibubapa. apalah gunanya belajar sampai oxford university sekalipun kalau kita akhirnya tidak ada pekerti mulia dan dihina oleh masyarakat.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam doc.

Saya tersenyum bab bertumbuk itu. Saya dulu pun suka bertumbuk juga. Tapi semasa di sekolah rendahlah. Hehehe!

ummisara said...

Salam...

Alamak...sedey pulak dengar alasan yang Perak bagi...mmmm tapi tuh lah dia doc...kalau depa letak u kat KE pun...mungkin you bukan seorang Tuan Doktor [read: Tuan Doktur dengan lenggok org dulu]... kalau u dok lekat lat LSS lagi lah...entah entah dok belasah org sini sana...Apa yang Mak & Ayah you buat tuh sungguh murni kan...itulah kasih seorang ayh & ibu.

Telah ditetapkan u akan belajaq kat KSAH..tapi sebelum you pi sekolah tuh..you kena lalui pengalaman sat kat sekolah teruk...tuh semua pengalaman...uihh erharga tuh Doc.

Dah pi jauh dari keluarga...dok dengan org...[i pernah jugak bab nih...masa form 5] before asrama [nih ja yg tak pernah :Father Barre's Convent tak dak asrama]...
Bila dah kat KSAH, u kenai Car9, Munzat, Ustaz Minhat dll...

eh...KEDAH hebat apa...!!!! [tersenyum nih...aku pun membesaq kat sana]

tokasid said...

Pak Shirzad:

Your observations on the majority of the departments' civil servants hits bull's eye.
I don't know why there is so many negativity in their responses.Another trait that I hated most is their dragging of feet when on any task.
Somehow in dealing with the civil services it is still important for you to know someone 'important' to get things done.

Generally,all school should be the same but the reality is otherwise.Some schools they have a good HM as a leader and motivator which make the teachers and pupils wanna work hard.( I remember when my son was in Std 3, he got a new headmistress. I have never seen someone like her before.She motivates the teachers and pupils everyday.She remembers the pupils' names and the parents who sends their children daily.She will be at the main gate without fail from 7.10am to greet the pupils and parents. As a result the UPSR results improved very much).

And restu dan doa parents is another factor that many overlooked.

Thanks for the input.

tokasid said...

Wassalam Wak Pinter:

Wah !Hebat wak....guna silat apa tu?
Saya dari sekolah rendah sampai menengah tak pernah bertumbuk.Tak reti nak bertumbuh.Kalau selisih faham dan marah-marah memang ada.Maki hamun pun ada laa..tapi tak pernah bertumbuk....

Mungkin itu sebab saya tak masuk mana-mana persatuan mempertahankan diri sebab saya tahu saya sukar nak sampai tahap bertumbuk. Pernah sekali masa kat UM ada nak tumbuk seorang jumior sebab dia kurang ajar sangat. saiz sama.Tapi bila dah genggam tangan terfikir pulak: kalau luka ke muka dia,lebam ke mata dia kesian pulak.Masa tu tak fikir kalau saya yang dia hentam bagaimana.

Masa Form 4, kami di asrama berjaya menangkap seorang pencuri kain baju kami di ampaian asrama.Seorang pertengahan umur yang mabuk. Ada jugak kawan2 yang tampar dan sekeh kepala orang ni.Ada jugak yg bagi flying kick. saya pun masa tu geram nak bantai sama.Tapi bila dah genggam penumbuk, datang rasa kesian tgk mamat ni tersepuk kat tanah...terus tak jadi.

tokasid said...

Wassalam Min:

Mungkin sebab takut saya jadi kutu berahak lah kot yang mak n bapak risau saya di LSS.Kalau KE secara am nya tahap disiplin elok sikit(sikit saja tau!)Tapi dari segi akademik KE is a few notch above LSS( masa tu org beranggapan sapa masuk LSS kira macam org dewasa kena ISA la kot(hehehe...)

Bila bapak bagitau kisah tu waktu Form 4, saya ada tanya awat tak boh di Ibrahim SP? Kata bapak,di SP tu ramai adik beradik...nanti saya naik lemak pulak.Di Aloq Staq sedara sorang saja iaitu Cik Jah di gunung Keriang.

Ya,di KSAH dapat ramai sahabat2 yang sampai sekarang dok berhubung like Munzar your uncle,Car9,Chop Chong,Shid Speley,Omaq Hassan,Adam,Hashim Man,Hashim Badak,Mi Lanabulu etc...

That is why Kedah is always closer to me compared to Perak.

Anonymous said...

Salam Doc.
Circle of life... tak mungkin boleh predict. Tapi alhamdulillah, happy ending... nak tunggu sambungan seterusnya...

Cikgu Najmi said...
This comment has been removed by the author.
kak ja said...

Salam Doc,

Ingat Doc, di KSAH jugak u all berpeluang cross country lalu kat Lrg Derga, sebelah sekolah kami SAS.. Kami bebudak SAS pun punyalah peghak.. mata tak tau tengok blackboard dah masa tu... hahaha...Tu blom kira nasi Tad Baghdad lagi...

tokasid said...

Salam Dhahran:

Memang benar.Ketetapan Qado dan Qadar tak akan kita fahami secara akal logoka coz we can never know what lies infront of us.All we can do is making du'a so that ALLAH fulfills our needs ACCORDINGLY.

Part 5 is ready maybe esok baru post kot.This will remind many of us about our childhood days.

tokasid said...

Salam Ja:

Mana boleh lupa cross country ikut Lrg derga tu....dulu masa dalam football team tiap2 hari kena cross country kot situ.memang seronok pasai blh tgk budak Asma.

Nasi Tad dah tak dak lagi kan? Dah banyak kali pi Aloq Staq kawan2 pun tak tau Abg Tad pindah ke mana(kalau dia hidup lagi la..)Zaman tu bila boleh outing saja hari Sabtu mesti singgah kat dia dulu.Pukoi 10.30 dah tercatok dok pilih lauk.Saya palin suka sambai sotong manis dia.Nasik Tad paling sedap dan murah.kena tahan bau workshop kat sebelah saja(tapi lagi best beratus kali ganda dari bau longkang Mee Tonggek depan panggung Empire kan kan kan....)

Cikgu Najmi said...

Hello Old Friend,

Read your comments in my blog. So shocked but very pleased. I do remember you and been thinking of you now and then.Tried calling your hp but no answer. Will try again. Miss you and so proud that you are a doctor. Must meet. We were such good friends. I live in USJ.

najmi

Cikgu Najmi said...

Glad we managed to speak. You sound like your old you, upbeat, funny yet warm.

Hope to meet up soon Doc!

kak ja said...

Doc,
Tad Baghdad berpindah dr tapak tu ke Stadium Darulaman, n not very long after that, he passed away... he was actually my dua pupu ke tiga pupu, tak sure.. Anuar punya fave pun sambai sotong manis tu.. I sendiri tak penah makan...Baru teringin nak try, Tad dah kembali...

tokasid said...

Najmi:

I too was glad you called me.Its been 24 years the last time we spoke to each other right?

InsyaALLAh my friend, we'll meet again.
I'll give you a call when I'm in KL.
And thanks for the offer(the condo).

We sure do have lots to catch up.

tokasid said...

Ja:

Oh...pindah situ.
Actually for me ,sampai la ni kalu makan kedai,rasanya tak boleh lawan Nasi Tad.
Mungkin ada satu tempat masa tahun 80-an dulu di Bangsar ada gerai nasi lauk kampung.Orang Kedah jugak.Tapi sejak depa buat tempat yg canggih2 di Bangsar,kawan tu pun tak tau terpelanting ke mana.

Anonymous said...

salam,
dulu teman pun kat KE sampai S6 1972..F1 kat LSS dan F2 pindah ACS.
teringatkan cikgu pertanian miss ho kalu tak silap namanya..yg suka cerita tentang tuhan dia ada banyak.