Friday, February 6, 2009

Adakah mungkin akan ada revolusi?

Zalim.Zalim.Zalim.

Polis mengganas semula,Selepas Kugan di belasah sehingga maut,kini rakyat Perak di bedil gas pemedih mata di Kuala Kangsar. Malah Masjid Ubudiyah yang unik jugak di bedil.
Memang benar kata tok bakaq hari ni Jumaat yang hitam.

Orang yang mabuk kuasa yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkannya telah berjaya merampas Perak dari kerajaan yang di pilih rakyat.

Desas-desus mengatakan terdapat unsur rasuah dalam hal ini.Kita tunggu dan lihat samada SPRM berani mengambil tindakan dalam hal ini.Tapi kita ramai sedia maklum apa yang akan di buat oleh SPRM dan apa yang bakal mereka tidak akan buat.

Adakah keadaan politik negara akan semakin stabil selepas UMNO mencuri pemerintahan Perak.Aku rasa tidak.Aku rasa iklim politik akan bertambah teruk selepas ini. Media boleh cuba mempertahankan Najib dan UMNo tetapi kebencian orang akan bertambah terhadap Najuib,UMNO dan BN.

Aku yakin bila Parlimen bersidang semula, PR akan cuba membuat usul undi tak percaya terhadap PM dan TPM.Tapi kita semua maklum,usul itu akan di tolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Najib dan UMNO sebenarnya sedang menggunakan backhoe untyuk menggali kubur UMNO.Kalau dulu mereka gunakan cangkul dan spade,mulai semalam mereka gunakan backhoe supaya lebih cepat mereka di kebumikan.

Jangan terkejut jika pada PRU 13 nanti Perak akan jatuh semula ke tangan PR malah Negeri Sembilan juga akan di rampas.Tinggal Melaka dan Johor serta Pahang yang terkontang kanting di pegang oleh UMNO/BN.

Aku teringat membaca buku tentang China oleh Jung Chang: Mao.
Kerajaan Nationalist di tumbangkan oleh Proletariat Revolution . Begitu jugak di negara Beruang Putih.

Episode Perak jugak di pengaruhi oleh titah baginda Sultan yang nampak bagai memihak kepada UMNO.tetapi Raja Melayu mana dalam Malaysia yang tak memihak kepada UMNO?

Aku hairan mengapa baginda Sultan tak berkenan membubarkan DUN agar rakyat Perak boleh memilih kerajaan baru.Sapa pun yang menang aku pasti rakyat Perak akan berpuas hati dengan keputusan undian. Tapi mungkin baginda Sultan ada alasan tersendiri.Dan baginda menyuruh YAB Nizar bersabar.Tak tahu lah pulak samada baginda juga menasihatkan Najib agar bersabar.

Dengan apa yang berlaku,jangan terkejut jika selepas ini bila khatib baca doa untuk kesejahteraan Raja-Raja dan pemimpin kerajaan akan ramai yang tak mengaminkannya( aku dah lama tak aminkan pasai doa di Melaka tak menggambarkan realiti Kerajaan Melaka serta KM Ali Rustam).Atau ramai pulak yang mengalih tangan ketika doa tersebut di baca.
Tak taulah aku jika itu pun boleh di kira sebagai derhaka.

Adakah kita akan terkejut jika dengan manipulasi pelbagai agensi kerajaan oleh UMNO, akan berlaku satu revolusi di Malaysia ini?

15 comments:

Anonymous said...

salam..dalam banyak-banyak..
saya boleh jawab satu saja persoalan..
sultan mana yang tak minat UMENO..
sultan kedah...
sultan kedah kawan aik ngan orang kuat PAS..alhamdulillah

Mior Azhar said...

Doc,
Its a sad day for Perakians like us.
Sedih sedih sedih but at the end of it, ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui.. InsyaAllah this is the beginning of an end to UMNO

cakapaje said...

Salam Doc,

Den terpikiaq satu benda. Yo lah, kito pun tak suko kek katak katak yang melompat kan? Tapi, dengan kuasa Allah, dibuekkan 8 ADUN ameno tu dibalikkan hati mereka dek perkaro yang baru lalu ni, lalu mereka semua join PR, apolak sibedebah najibulshit tu nak buek?

Anonymous said...

Ustaz cakap ( 1 ustaz umno & i ustaz pas) jangan aminkan doa dalam bacaan khutbah...kata hukama ..."moga tuhan potong tangan orang yang amin dalam khutbah"

Anonymous said...

As'kum.....Sham,

..aku cuma mendoakan supaya semua orang lebih rasional....termasuklah u dan kawan-kawan lain semua...
..masih teringat lagi apa yang terjadi kat terengganu dulu pasai komen u all pasai menderha kepada sultan...tapi sekarang nii hampa juga yang lupa dan cuba hampa baca balik apa yang u all comments dulu..
..memang boleh komen tapi jangan kena batang hidung sendiri sudahlah....

...tak tau lah aku sham, hang doktor pun boleh pikiaq macam nii..

anyway... tq & wassalam. ( for info ada kar9 & shed pele datang kat terengganu baru nii and jumpak aku...anyhow pas menang jugak..no problem for us...)..omaq.

tokasid said...

Wassalam Cipan:

Baginda Kedah ngam dgn org kuat PAS pasai la ni PAS yg perintah.

Cuba kalau bukan PAS yg perintah.....

tokasid said...

Pak Mior:

The hikmah will be much better than the recent lost,I assure you. Do Not be suprised come next election PR will get more seats in Perak and Negeri Sembilan will fall too.
Mark my words.

tokasid said...

Shah:

Even if 8 Adun UNO menhgkatakkan diri ke PR, I do not agree to that.
Persnally I don't agree a govt being formed via defections. For me the rakyat had given a mandate.
I never like DSAI's idea of forming a govt with BN MP defecting( it didn't materialised) and I still am against it with what happened in Perak.
An act of defection usually had a huge carrot dangling for the defector.

tokasid said...

Anon:

Memang benar,ada hadith soheh melarang khatib mengangkat tangan ketika doa khutbah kedua. Tetapi tidak pula ada menyatakan tidak boleh di aminkan doa tersebut.

Jika khatib di larang mengangkat tangan sudah tentu makmum juga tidak bleh tetapi apa yg kita lihat di negara kita kebanyakkan akan automatik angkat tangan ketika itu.

Aku dah 10 tahun tak angkat tangan.

tokasid said...

Salam Omaq:

Senario di Perak dan Trengganu adalah 2 senario yang berbeza.

Di Trengganu memang sudah nyata BN menang dan memang yg bakal menjadi MB adalah Adun BN. Cuma pilihan PM tidak di perkenankan oleh Sultan ketika itu.

Di Perak agak berbeza kerana Sultan telah perkenan perlantikan Nizar sebagai MB Perak. Bila berlaku krisis seperti sekarang, ada 3 pilihan mengikut perlembagaan Perak:
1-MB meminta di bubarkan DUN untuk pilihanraya semula,bermakna MB meminta rakyat memberi mandat baru.
2-MB letak jawatan( bukan di minta letak jawatan)baru boleh di lantik MB baru.
3-Di adakan undi tak percaya terhadap MB dalam sidang dewan negeri. Jika ini berlaku MB akan meletak jawatan.

Bermakna hanya sidang dewan Negeri yang bleh membuat MB letak jawatan.

Masaalah ini akan selesai elok jika pilihanraya di adakan semula di Perak.Jika rakyat mahukan BN semula semua pihak kena akur dan terima.Jika rakyat mahukan PR semua pihak juga mesti akur dan terima. Semudah itu.

Apa masaalahnya bagi BN untuk menghadapi pilihanraya di Perak? BN mempunyai jentera kempen yang cekap dan berkesan selama ini dengan sokongan media arus perdana dan agensi2 berkuasa. Apa yg berlaku di Permatang Pauh dan KT adalah gambaran perasaan rakyat terhadap BN buat masa ini.

BN harus ingat, kemelut di Perak berkemungkinan membawa akibat yg lebih buruk bagi BN dan UMNO bagi jangkamasa panjang.

Tentang sikap rakyat terhadap sultan. Di Trengganu pada mulanya tidak hangat.Keadaan jadi teruk bila ada makhluk yang membuat kain rentang dgn perkataan "Natang" yg merujuk pada baginda sultan.

Setakat yang aku tahu,hal seperti ini BELUM berlaku di Perak( di masa depan tak tau lah kalau ada makhluk di Perak yang sama perangai dgn makhluk Trengganu tu). Tentang perasaan marah adalah sikap semula jadi insan.Itulah fitrah insan. Cuma cara meluahkan kemarahan perlu di kawal. Adakah aku dalam posting ini memaki hamun atau mencaci baginda sultan Perak?

Aku masih waras dan masih tahu bagaimana nak kawal agar tak di katakan derhaka atau mencemar nama sultan.

Mesra Sokmo said...

Takkan hilang melayu didunia - kata Hishamuudin. Kini dapat Pak Pa'dakan Obama ...hehhh..he. Soalnya mana melayu kulit sawo matang??? Jawabnya tunggu PRU13. Satu pun tiada kerusi BN diPerak

Anonymous said...

Doc,As Perakians sapa tal sedih tapi insyaALlah depa just won the battle not the war.Kita wait and see, Rio

tokasid said...

Mesra Sokmo:

Melayu mungkin hilang pasai perangai dah mula hilang.Tapi InsyaALLAh Muslim tak hilang sehinggalah dekat nak kiamat nanti.

tokasid said...

Salam Rio:

Betoi yob, teman pun rasa sedih bukan sebab hilang tampuk perintah tapi cara tampuk tu hilang.Kalu ada pilihanraya semula dan kalah teman boleh terima.tapi bila kena sabo macam ni teman hangin le jugok yob.

Teman sokong pendapat yob.Battle kalah tapi IsyaALLAH war akan menang.

Anonymous said...

umno akan jadi sejarah ketika najib jadi pm. peristiwa ini akan dibaca oleh cucu-cucu saya dalam buku sejarah mereka nanti.