Thursday, February 19, 2009

Apa yang immoral dan apa yg bermoral.

Salam semua.

Dah heboh saentero Malaya tentang kisah tersebarnya gambar seorang YB.

Maka seorang pemimpin UMNO Selangor,kawan lama aku iaitu Mat Khir Toyo pun bersuara: YB Eli Wong kena letak jawatan kerana apa yang berlaku adalah sesuatu yang immoral.

Memang hebat cakap Mat Khir tentang moral.

Cuma aku jadi tertanya-tanya: Nilai moral apa yang kita ambil dalam hal ini? Adakah nilai moral Melayu dan Islam yang mana kedua-duanya bukan terkena pada YB Eli kerana dia berketurunan Cina dan beragama Kristian.

Adakah dalam budaya orang-orang Cina atau dalam agama Kristian ada larangan bagi seseorang itu untuk tidur bogel atau separuh bogel di dalam rumah sendiri?Lainlah kalau berbogel atau bercawat di khalayak ramai.( eh...pakai bikini di tepi pantai kira separuh bogel tak?)

Dalam Islam pun, seseorang boleh untuk tidak menutup aurat dalam rumah sendiri jika tiada orang yang bukan mahramnya.

Bagi Mat Khir pula seorang wakil rakyat yang tidur bogel dalam rumah sendiri adalah tidak bermoral.

Jadi aku cuma nak bertanya pada Mat Khir dan yang lain-lain: Adakah bermoral bila:

1-Rasuah-tak kiralah memberi atau menerima

2-Politik Wang( yang ni bukan rasuah kalau ikut Kamus UMNO/BN)

3-Kroniism- pakat bagi bantuan pada ahli-ahli parti. Kalau nak turap jalan kampong kalau kroni boleh tar sampai depan pintu rumah.kalau rumah orang 'sebelah sana' jangan harap lah...Atau pakat beri projek kepada ketua bahagian atau cawangan.

4-Salah guna kuasa- hang pa interprate lah seniri apa itu salah guna kuasa.Aku tak kuasa.

5-Tutup mata atas rasuah yang di lakukan oleh kroni atau teman politik atau pun bak kata ex-YB Jasin dulu: Close one eye.

6-Membazir wang rakyat untuk majlis-majlis yang membazir.Hangpa tahu dak? Bila nak buat apa-apa majlis belanja untuk persiapan logistik dan infra tinggi nak mampuih.Yang dapat contract makan atau khemah atau buat T-Shirt atau baju batek senyum dari telinga ke telinga. Sunnguh aih aku tak muhong.

7-Merampas kuasa secara bacul- macam di Perak tu lah.Dan pernah di Trengganu tahun 59 kot.Di Sabah pun sama.

8-Menggunakan badan berkuasa untuk menakut-nakutkan rakyat. Sapa lagi kalu bukan mat bond-mat bond atau pak datok pak datok.Guna lori merah berloceng besar siap dengan semburan air dan gas pemedih mata.

9-YB meraba punggung waitress di pub/kelab malam. Ada dengaq dia offer nak resign dari jadi MP dan Menteri ka? Atau offer nak cukoq janggut ka?

10-YB atau isteri YB yang Muslim tidak menutup aurat tapi membiarkan jambul "woody woodpecker" tersembul keluar. Hangpa tunggu dan tengok masa Perhimpunan Agung nanti.

11-Memukul orang yang di SYAKI sebagai penjenayah ketika dalam tahanan

12-Memukul sehingga mati orang yang di SYAKI penjenayah ketika dalam tahanan

13-Men'ciluk' duit Balkis bila hilang kuasa. Berjuta pulak tu.Sungguh amat bermoral.

14- Merosak dan memusnahkan dokumen rasmi bila kerajaannya jatuh. Kalu bermoral sangat apa yang nak di takutkan?

15- Pemimpin Melayu Islam menyimpan mistresses atau dok tunggang arak di kelab eksklusif atau dok berjudi sakan. Eh...tak dak ka pemimpin Melayu Islam yang buat lagu tu?

Kalau nak listkan kegiatan yang 'bermoral' yang banyak kita lihat pemimpin buat tak cukup rasanya.Kalau hangpa nak tokok tambah silakan.Aku tak marah aih....

So, DS Mat Khiaq.....amacam? Boleh komen sikit?

10 comments:

jiman96 said...

Tapi bf Eli tu melayu islam..... eli memang tak salah ikut ugama dan bangsanya, yang melayu islam tu..... boleh PAS sokong dia lagi?

i mean, sebagai sorang yang tau lelaki melayu islam takleh bersekedudukan dengan pompuan tak kira la islam ke tidak, apa stand PAS dalam isu ni yer?

Unknown said...

Suruh boyfriend tu resign jadi manusia la, apa susah sangat. Depa tak mau suruh boyfriend Islam tu resign dari hidup sebab perangai depa lagi terok daripada boyfriend itu.
Ada ka PAS kata yang jantan tu pun jangan diusik? Kalu PAS kata macam tu baru la cakap.
Cucok botox dan kata 'pasai makan tempe' tu bermoral ka?

tokasid said...

Jiman96:

Dalam hal ini Mat Khir Toyo kata Eli terlibat tidak bermoral.Mat Khir Toyo tidak pulak kecam x-bf Eli.

Itu sebab saya angkat isu moral ini.
Sebab nak tau kriteria mral apa yg Mat Khir guna.

ttg bf Eli tu, jika memang ada melakukan zina atau sebarang maksiat dia tetap bersalah dari segi moral seorang Muslim malah dia ingkar dgn larangan ALLAH. Dan dia patut tanggung jika dia memang telah bermaksiat.

Jika jiman renung dan tenung,mengapa ramai Melayu Islam zaman ini amat tidak bermoral.baik yg tua baik yg muda.Baik pemimpin baik rakyat.Baik raja baik abdi.

Kerana kita telah jauh tersimpang dari Islam.Kita memakai jenama Islam tapi kita tak amalkan sepenuhnya.Kita pilih2 yg sesuai dgn kita.Kita sudah tidak hairan pada syurga dan tidak takut pada neraka.Kita tidak peduli dgn kezaliman jika ia tidak menimpa kita. Kita tidak terasa kesusahan org kerana bukan dari ahli atau keluarga kita.
Kita campur adukan agama dan adat sehingga ada yg tak tahu mana pemisahnya.

Dalam kes Eli,Mat Khir tidak layak bercakap ttg moral.

Saya melihat cermin ketika menulis posting ini.Dan saya nampak saya jugak termasuk dalam golongan yg saya katakan.

Anonymous said...

Disebabkan semua orang BN tidak bermoral, amacam kita mintak pendapat orang PKR dan PAS tentang isu moral tak moral ni. Kita mulakan dulu dengan ketua PKR lah..DSAI. Tapi sebelum dia berhujah aku rasa patut semua orang tutup pintu belakang memasing, takut dia mai tujah dan terpa dari belakang..tak sempat bagi salam pun. Ataupun, suruh dia bagi komen, ttg suku sakat puak dia yang dok guling dan golek atas jalanraya masa kat Kuala Kangsar dulu. Ataupun, suruh dia tunaikan janji dia untuk tubuhkan kerajaan baru pada 16 Sept lalu. Orang bermoral selalunya tidak munafik dan memungkiri janji.
Tuan guru pun samalah. Suruh dia ajar bab-bab moral pada anak buah dia dulu, pasai.. bila ada demonstrasi anak-anak buah dia yang dulu maju kedepan, singkap kain pelikat, meraung atas jalan, guna rumah Allah untuk tujuan lain, tidak berzuhud pasai order camry, pandang orang seagama dengan depa macam depa lebih warak daripada orang lain, macam depa tau depa masuk syurga, yang seagama dengan depa tu masuk neraka.. bermoral kaa itu? melabel manusia lain hina, hanya kerana tidak sekufu dengan mereka? Rasanya Guan Eng dan Kit Siang lagi bermoral..pasai..depa tak merendahkan moral DAP macam puak PKR dan PAS, tambahan tak dengarpun depa main pintu belakang ataupun tangkap gambar sedang berbogel..HARAM kut pada depa..

Anonymous said...

Salam Doc....

.....aku pun tengok cermin juga, kah,kah.......
tq. omaq

Anonymous said...

Jiman, bf dia bukannya anggota mana-mana dewan undangan atau memegang apa-apa jawatan sebagai ahli politik.

Helena said...

ramai orang dah confius with wat is right and wat is wrong

Helena said...
This comment has been removed by the author.
Helena said...
This comment has been removed by the author.
tajudin said...

setuju dengan artikel ini. muhasabah diri, jauh benar kita tersasar dari moral sebenar, yang dah biasa dah jadi macam OK je...