Semua sudah maklum dengan 'kekecohan' di Perak. Tsunami satu Malaya.
Bermacam aksi, reaksi dan emosi di lontarkan. Ada yang terkedu(macam aku ni laa...) ada yang tersedu, ada yang termanggu.Ada yang menangis sedih ada yang menangis gembira(dan bakal berjoli katak...ooppss...katak lagi!).
Ada yang dah terkinja-kinja melompat sambil menjerit horeeyy....sambil menumbuk langit umpama Ronaldo baru menjaringkan gol. Ada yang dah berkira-kira memasang cita-cita untuk tukar Mercedes baru.Ada yang terpaksa menyerahkan Camry baru kepada pemandu baru.
Maki hamun memanf bertan-tan. Ramai yang maki BN terutamanya UMNO.Ramai jugak yang maki PR terutamanya PKR. Ramai yang maki Najib. Tak dengaq lagi aku yang dok maki Nizar.Paling ramai yang dok maki dan mencarut tentang Jamaludin,Osman,Nasarudin dan Hee.Kalau ikut acara Olimpik memang 4 ekoq katak ni akan dapat pingat emas Olimpik malah mengalahkan Usin Bolt. SPR pun kena maki berkoyan-koyan jugak. Yang tak kena maki dalam tsunami ni Pak Lah Bedawi dan menantu dia Keri.
Ada yang sampai marah2 pada Sultan Perak.
Ada yang kata padan muka kat Nizar,DSAI dan DAP. Ada yang kata PAS lembab menangani isu ini.
Yang paling tak untung dalam hal ini ialah rakyat Perak. Sema dah buat pilihan pada Mac 8 2008 dulu nak sapa jadi kerajaan dema tau-tau kena sabotage. Yang depa reject berjaya menciluk ikut pintu belakang untuk rampas kuasa. Ape boleh buat Yob! Suke tak suke kene terime aje ler...tak gitu Yob?
Aku ada satu cadangan yang agak bernas nak di lontarkan di sini. Tapi aku tahu akan ada yang kata ini adalah cadangan banggang, tak lojik tak masuk akai atau meroyan. lantak ke kome nak kate ape pun.
Cadangan aku: Bila tiba untuk PRU ke 13 nanti, tak perlu di adakan PRU seperti yang kita dok buat la ni.
Aku cadangkan biarlah Sultan-sultan memilih group mana yang berkenan di hati baginda. Bila tiba time nak PRU, BN dan PR pergilah mengadap Sultan di negeri masing-masing dan persembahkan senarai calun-calun di DUN-DUN dalam negeri masing-masing.
Bila baginda Sultan dah tenung dan telek, baginda buatlah keputusan. dengan cara ini duit rakyat dapat di selamatkan kerana tak perlu belanja menguruskan PRu dan tak di salahgunakan untuk berkempen.
SPR pun cukup ada sorang Pengerusi,sorang Setiausaha dan 3 orang kerani sahaja.
Amacam,boleh?
2 comments:
Tak perlu buat pilihan raya.Buat pilihan sultan saja.
Salam
Aittt laaaa abang Bakaq pun mai sini, kellesss!!
Betoi la apa hat Doc Tokasid cakap tu.
Post a Comment