(Update of update: Cara-cara menyambut Syawal dan adab-adab 1 Syawal, sila lihat tulisan pak zabs. )
(UPDATE: Lepas Subuh tadi terima sms dari seorang sahabat Chot dari KL. SMS sebuah hadith yang nak saya kongsi bersama:
"Satu ketika Rasulullah saw menyebut Ameen sebanyak 3 kali ketika menaiki mimbar. Bila ditanya, Baginda saw berkata "Jibril a.s. datang dan berkata: Celakalah orang yang tidak berselawat apabila di sebut namamu(Muhammad saw), celakalah orang yang ibu-bapanya masih hiduptetapi tidak mendapat keredhaan mereka dan celakalah mereka yang tidak mendapatmenafaat Ramadhan".Aku(Nabi saw) mengameenkan semuanya."
Semoga kita tidak termasuk kedalam 3 golongan yang mendapat celaka itu.)
Hari ni dah 28 Ramadhan 1428 Hijriah. InsyaALLAH Sabtu ini kita akan menyambut 'Eidulfitri.
Semoga ALLAH izinkan kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan pula.
Selepas beraya sakan, jangan lupa berpuasa sunat enam( 6 hari di bulan Syawal) pula.
Kepada rakan-rakan yang akan memandu pulang ke kampung, PLEASE DRIVE SAFELY.
Jangan lupa guna seat belt.Kalau letih memandu berehatlah sebentar.
Jangan nak cilok kat emergency lane. Yang ke Utara, berhati-hati antara Rawang hingga ke Behrang serta sebelum tol Jelapang di Ipoh, kerana kerja-kerja menambah lane belum selesai.
Jangan lupa solat bila bermusafir nanti. Boleh di jamak dan qasarkan solat kita.
Dengan ini saya TOKASID, memohon maaf dari teman-teman bloggers jika mana-mana tulisan serta komentar saya di sini atau di blog anda telah membuat anda terguris hati atau berkecil hati.
Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat teman-teman semua.
Saya sertakan lagu Raya yang paling saya suka untuk hiburan bersama.
Suatu Hari Di Hari Raya
Lagu/lirik/nyanyian: M.Nasir)
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa



