Monday, July 30, 2007

Lets ignore the gobloks

Salam to all.

(UPDATE: Saudara alkerohi menyarankan kita maaf memaaf dan ucapkan terimakasih pada yg menolong kita di sini. )


Baru-baru ni aku balik Tepen(Taiping). Dah 3 bulan tak balik. So, baliklah menjengok mak di kampong dan belikan BP set untuk dia supaya boleh monitor darah tingginya setiap hari. Jadi bila mak pi follow-up di Hospital Taiping, senang doktor sana nak adjust ubat-ubatan dia.

Tengahari Sabtu mak ajak aku ke Kg Bukit Merah( yang sebahagiannya dah di buat Bukit Merah Resort. Kakak saudara aku ajak lunch.Ahadnya dia nak buat akikah cucu terbaru,tapi aku dan mak tak dapat pergi,so depa ajak lunch. Aku sampai lebihkurang sebelum Zohor. Mereka sekeluarga kebanyakan dah makan(sebab awalnya mak tak confirm dgn mereka nak pergi atau tidak). Lepas makan aku bersembang dengan suami kakak saudara kat beranda. Dia bagi tau, Selasa 31 Julai 2007 Pak Lah akan ke Kg Dew untuk merasmikan Koridor Utaradi SMK Selinsing. Dia tunjukkan aku kad jemputan utk orang kampong, pegawai Masjid dan JKKK.
Betullah macam dia kata.





Jadi esok akan gheyoh( kata orang utara untuk meriah)lah Kg Dew.
Malam aku bawa mak makan di Restoran Kemunting Timur, restoran TomYam. Nampak ada 2 van TV3 di situ. Mungkin staff TV3 yg akan cover lawatan Pak Lah. Jadi esok kita pakat-pakat dengarlah apa janji piliharaya Pak Lah kepada orang Utara dgn terlancarnya Koridor Utara.


Hari ni buka the STAR, dalam mukasurat N20 ZAM suruh rakyat: Ignore 'goblok' bloggers.
Goblok is the Indon term for stupid. Betul lah tu ZAM. Kita bukan saja kena ignore goblok bloggers, malah semua jenis goblok. Terutamanya GOBLOK POLITICIANS yang amat ramai sekali terutamanya kawan-kawan ZAM.

So saya pula menyeru bloggers( untuk mereka sebarkan): Let us ingnore GOBLOK POLITICIANS during the next General Election.

Amacam? Boleh?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

10 comments:

Anonymous said...

Salam TA,

Koridor Utara = RM1.8 billions lagi akan sedia untuk dikorbankan. Kena "ignore" goblok2 tu dengan cepat, sebelum terlewat.

Unknown said...

Seronok sekali sekala balik kg. Masalahnya aku takdak kg. Mana aku duduk tu lah kg aku,

de_kerinchi said...

Salam saudara Dr. Tokasid

Kerajaan sekarang sebok creat projek, untuk diberi kepada pengundi (pesediaan untuk p'raya).Malang nya siapa yang diberi projek akan tahu kerajaan sekarang tiada peruntukan yang banyak untuk menampung kos projek mereka..hanya agensi tertentu yang mempunyai projek berduit...jadi para kontraktor yang takada modal besar harap berhati-hati.

Bunyi project memang macam berbiliob-bilion tapi kenyataan nya pembayaran nya walaupun akan duilunaskan kemungkinan ambik masa yang lama. Jangan lupa pilihanraya juga bakal menelan kos yang teramat banyak, termasuk usaha melobi dan berkempen...

p/s: Semoga pengundi akan celik dan tahu menilai permata tulin.Dr. Balik Taiping tak terserempak Saudara Hasrul sedang makan cendul ker..hheheheh

tokasid said...

Pak zabs:

Selalunya projek mega macamni menelan jumlah yg teramat banyak.
Saya bukan apa.Bila sebut koridor ni saya skeptikal. MSC apa jadi? Cyberjaya tu berjaya ke matlamat pembinaannya. MSC tu capai ke matlamat penubuhannya.

Semasa sekolah, koridor hanya tempat sementara. Kita beratur di koridor bila loceng bunyi, sebelum cikgu dtg utk kita masuk kelas. Koridor juga tempat melepak sewaktu recess. Jadi bagi saya koridor ni itu lah fungsinya.

Dalam bahasa Melayu, koridor ni kaki lima lah. Kalau kita lihat kaki lima kat Malaysianya orang bubuh motorsikal, pekedai buboh barangan mereka( sebelum Majlis perbandaran dtg angkut masuk lori). Juga tempat org muda melepak mengusik anak dara yg lalu lalang.

Jadi bagi aku koridor atau kaki lima tempat yg tak begitu elok.

Jangan Koridor Utara menjadi sebuah lagi kaki lima yg menggoblokkan rakyat malaysia.

Anonymous said...

Salam lagi Doc.,

Benar terlalu banyak belanjanya, sampai saya tersilap, RM 177b sebenarnya. Koridor, sementara, untuk perabih duit. Lepaih tu buat koridor lain pulak.

tokasid said...

Che'gu:

memang syok balik kampong. Masa kecik-kecik dulu balik kampong bermakna balik ke Merbok masa cuti sekolah atau sekali-sekala waktu Raya. Sekali harung rumah tok belah mak dan tok belah bapak.

La ni bila dah merantau jauh balik kampong bermakna balik tengok mak. kalau mak takdak nanti mungkin tak dak lagi acara balik kampong.

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Keluhan lambat bayar sering saya dengar dari yg dapat projek kerajaan. kadang2 dengar semasa bersarapan di warung2 bila mereka bercakap sesama mereka, mengeluh itu dan ini.

Saya tidak dapat melihat dari segi mana koridor Utara boleh memenafaatkan rakyat di Utara melainkan beberapa kerat 'heavy-weight' di sana sahaja. Mungkin golongan ahli politik yg memerintah di wilayah Utara akan mendapat menafaat terbaik,tanpa modal tapi bisa perolehi pulangan lumayan. Mungkin saja lah. Itu andaian saya, kerana sikap kebanyakan yg ada kuasa begitu. Sana ada komisyen,sini ada komisyen. Cuma org yg mempunyai bukti tidak mahu ke depan kerana mereka terlibat dan ada kepentingan yg perlu di jaga.

Ya, pilihanraya ini bakal menyaksikan belanja yg tinggi. Mungkin RM 50.00 dan kain pelikat sudah tak bisa menarik perhatian pengundi2. Mungkin utk orang muda perlu di beri iPOD 80G atau NokiaN95. Ataupun notebook duo core. Utk makcik pakcik mungkin boleh di hantar ber-umrah.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
macam Dr katalah, kalau kena puak depa, buat macam mana pun takpa. boleh bermaaf-maafan. hang ampun kan aku, aku terimakasih kat hang. tapi, jika lain aliran poltik, biar betul dan selari dengan al quraan dan sunnah sekalipun, siap depa harong pakai jala. koridor utara, budget dia sikit punya tinggi kah. jadi takpa. takut jadi macam jambatan bengkok di johor. bayak pampasan saja berpuluh juta. 'titi' (jambatan la...) tak nampak. apa rakyat dapat?

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Takes a goblok to know another goblok, kan?

tokasid said...

fAUZIAH:

kAH3...Betul tu, it takes another goblok to another another. Jadi dia kata kita goblok sebab dia pun goblok.Kita ignore dia kerana dia goblok sebab kita sudah jadi goblok.

Penin-penin kepala cek...