Pendahuluan:
Kita dilanda isu murtad sejak 10 tahun kebelakangan ini dan amat hebat diperkatakan di media sejak setahun dua ini. Yang lebih hebat adalah apabila ada golongan bukan Islam dan Islam yang memperjuangkan kebebasan untuk murtad sehingga wujud suasana tegang di dalam masyarakat.
Di sini saya telah cuba membuat satu siri tentang perkara yang membatalkan Islam seseorang Muslim.Apa yang menyebabkan aqidah mereka rosak. Apa yang kita lihat di media adalah orang yang dengan terang-terang mengakui murtad. tetapi yang lebih merisaukan adalah mungkin terdapat sejumlah yang besar yang tidak mengetahui beberapa perkara yang mereka lakukan boleh menyebabkan mereka menjadi kafir di sisi ALLAH.
Apa yang saya siarkan dalam siri ini adalah dari kuliah yang pernah disampaikan oleh Dr Mohd Asri( yang kini menjadi Mufti Perlis). Ianya satu penerangan ringkas tentang sesuatu yang kita kurang ambil tahu iaitu Perkara-perkara yang membatalkan Islam seseorang.
A- Memahami Aqidah.
Aqidah adalah teras bagi ajaran Islam.Pintu masuk kepada Islam adalah aqidah.Salah memahami aqidah menyebabkan salahnya seseorang memahami hakikat ajaran Islam.
( Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.)
Adalah sesuatu yang silap bagi sebahagian masyarakat,apabila mereka ingin memahami Islam mereka cuba memahaminya dari sudut-sudut yang lain selain daripada aqidah.Ada yang cuba memahami Islam daripada sudut fiqahnya,ada dari sudut tasawufnya ada dari sudut ekonominya dan ada dari sudut politiknya.Sedangkan mereka tidak terlebih dahulu memahami Islam dari sudut aqidah.Maka dengan itu berlakulah berbagai gejala yang salah dikalangan umat Islam.
Akhir-akhir ini kita mendengar tentang murtad~berlakunya gejala murtad di kalangan umat Islam,sekalipun mereka mempunyai pendidikan.Sebahagian mereka barangkali telahpun mengkhatam al-Quran,bahkan sebahagiannya mempunyai ibubapa dan keluarga yang terdiri daripada keluarga yang kuat beragama.Ini semua kerana salah faham mereka terhadap aqidah.
1-Salah faham terhadap Aqidah:
Salah faham terhadap aqidah bermula daripada banyak perkara.Salah satunya ialah kesalahan mereka memahami apakah aqidah yang di tuntut oleh Islam.Ramai yang menyangka bahawa yang dikatakan aqidah yang dituntut oleh Islam itu ialah mempercayai bahawasanya ALLAH SWT sebagai Tuhan.
Apabila dia percaya ALLAH Taala Tuhan,maka dia merasakan dia telah mempercayai aqidah Islam.Maka tidak peliklah jika kita biasa dengar ada orang mengatakan:"Saya beriman.Saya pun percaya ALLAH SWT wujud."
Sebenarnya jikalah aqidah Islam itu sekadar mempercayai wujud Tuhan,maka orang-orang Kristian telahpun beriman; orang-orang Hindu telahpun beriman; orang-orang Buddha telahpun beriman;kerana mereka juga mempercayai akan kewujudan Tuhan.
Bahkan pada zaman kedatangan Nabi s.a.w.,masyarakat Quraisy adalah masyarakat yang percaya kewujudan Tuhan.Mereka percaya ALLAH SWT Tuhan yang berkuasa.Mereka tawaf di Kaabah.mereka menyebut labbai-kallah.Mereka tahu ia dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Mereka pernah melihat peristiwa bagaimana ALLAH SWT memusnahkan tentera Abrahah yang datang untuk menyerang Kaabah.
Dan mereka memberi nama-nama anak mereka dengan nama ALLAH SWT, seperti Abdullah,bapa Nabi kita Muhammad s.a.w.. Namanya Abdullah.Nama ini bukan diberi oleh Nabi s.a.w. tetapi oleh datuk Nabi s.a.w. Surat menyurat orang-orang Arab sebelum kedatangan Nabi s.a.w. bertulis "Bismilla-humma"-"Dengan namaMu ya ALLAH"
Bahkan surat yang ditulis ketika mereka mengepung Nabi s.a.w.,mereka tulis kepala surat itu: Bismilla-humma.
Al-Quran merakam hal ini-menceritakan keimanan orang-orang Quraisy terhadap ALLAH,yang dalam masa yang sama mereka melakukan syirik kepadaNya.
ALLAH SWT menyatakan (dalam surah al-'Ankabut 29:16)
Maksudnya: " Jika ditanya mereka siapakah yang mencipta langit dan bumi,dan menundukkan bulan dan matahari,nescaya mereka mengatakan ALLAH."
Yakni,orang-orang Quraisy yang kuffar dan syirik kepada ALLAH tetap mengaku ALLAH SWT sebagai pencipta mereka. Ternyata dengan ini bahawasanya mengakui ALLAH SWT sebagai pencipta,penguasa,pemberi rezeki tidak membawa makna ataupun belum cukup untuk menjadikan seseorang itu beriman sepertimana yang dituntut oleh Islam.Jika hanya dengan mengakui kewujudan ALLAH seseorang dianggap sudah beriman,maka kebanyakan manusia di atas muka bumi ini dianggap sebagai beriman.
..akan bersambung Fitrah manusia:Beriman kepada Tuhan.
11 comments:
Doc TA,
As usual, I enjoy reading your Takzirah's for Fridays. Please make it a permanent feature. Insya'Allah your postings here serve to remind us to become better Muslims, bro'...
Salaam.
Salam Dr. Tokasid,
Ini salah satu artikel perbincangan ilmiah yang baik (saya akan tunggu artikel seterus nya, terima kasih..daun keladi..),
Kebanyakan penganut islam selalunya berpandu kepada anutan agama ayah dan ibu nya....tanpa ingin mendalami apa itu konsep akidah islam sebenar dan tempat yang sepatutnya diletakkan kedudukan kalimat "Allah itu tuhan sekalian alam"
p/s: Pernah dengar seorang sami india, berkata tuhan Allah telah memberikan saya kesenangan...
Salam to TA,
Artikel yang sangat releven terutama dalam suasana sekarang.
Teringat pesan nabi,'"jika datang kepada kamu zaman itu(bila agama menjadi mainan) berpeganglah kepada Al- Quran dan Sunnah seolah olah menggigitnya dengan gigi gerahammu"
Salam TA,
Terima kasih kerana mengeluarkan entri yang sungguh baik untuk diulang2 membacanya ini. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita perlu belajar lagi.
Salam.
Salam Tokasid
Putting our creed first: Belief in God (Allah SWT), the one and only one worthy of all worship; Belief in all the Prophets (nabi) and Messengers (rusul) sent by God; Belief in the Angels; Belief in the Books (kutub) sent by God (including the Qur'an), Belief in the Day of Judgment and in the Resurrection; and Belief in Destiny (Fate).
When our belief is in place, anything else pales in comparison.
Salam Doc.,
Di bawah ada satu lagi blog ysng saya rasa boleh dilawati jika ada ke;apangan.
http://keretamayat.blogspot.com/
Dalam to all.
Pak matsalo: InsyaALLAH bro. Utk siri rosak aqidah ni baru buat 12 draft. Rasanya kalu habih mau ada 20 siri kot.
Saudara de_kerinchi:
By the time masuk siri 4-5 mungkin ada yg tak berapa setuju kot.Tapi perbincangan ini adalah utk kita bertukar pandangan.
drzeze:
Relevan nya kerana masaalah sosial semakin memburuk. Jika asas aqidah kita pada landasan yg benar dan tidak tercemar(kefahaman kita), InsyaALLAH banyak perkara bleh di selesaikan dengan mudah walau mengambil masa yang lama.
Pak zabs:
InsyaALLAH kita semua boleh beri input utk memperbaiki diri kita.
Link yg pak zabs beri tu akan saya lawati. Jazakallah khair.
Fauziah:
Yes the rukun Iman is very important. But many, remember the Rukun Iman by heart but very few understood each of the rukun.InsyaALLAh one day I'll try to make a brief about the Rukuns.
Post a Comment