Thursday, July 12, 2007

Tazkirah Jumaat:Makan perut ikan....boleh ka?







Hukum Najis & Perut Ikan

(Termasuk Ikan Bilis)

Soalan

Assalamuaikum Ustaz,

Baru-baru ini saya menerima satu artikel dari forumer ingatan@yahoogroups.com menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus/digoreng yang tidak disiang (dibuang isi perutnya). Dengan jelas sekali dalam artikel tersebut, saudara tersebut menyatakan hukum itu tergunapakai untuk ikan bilis sekali.

Ini amat baru bagi saya. Dan sememangnya saya jahil tentang ini. Sebelum saya menwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain, saya ingin kepastian tentang hukum.

Mungkin ini di luar bidang kuasa ustaz, tetapi saya amat hargai sekiranya ustaz dapat mencari sumber-sumber dari jemaah lain yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini.

Saya kira, ramai di forum zaharuddin.net ini berminat untuk mengetahui kerana rata-rata, nasi lemak yang kita makan menggunakan ikan bilis yang tidak dibuang perutnya

BabyMerc 5727

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya saya tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa' dibuat oleh orang awam. Maka saya luangkan beberapa minit menjawabnya.

Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.

Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:

"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:

"Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :

DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.


UPDATE: ada satu entry tentang mengadu domba/fitnah di blog drzeze.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

11 comments:

de_kerinchi said...

salam Dr. Tokasid,

Hukum Ikan ni sudah jelas disebut hukum nya. Persoalannya kenapa umat islam selalu membangkitkan perkara yang sudah jelas hukum nya seperti hukum makan ketam...

Banyak lagi perkara besar yang perlu diperbincangkan dan diberi keutamaan. Setuju dengan kesimpulan artikel ini.

p/s:Pernah juga lihat masakan berasaskan insang ikan...agak nya sanggup tak dimakan dengan berselera..

Anonymous said...

Salam TA,

terima kaseh, hari ini bertambah lagi ilmu yang kurang nih.

Just to inform you that Luqman's platelet dah naik, his temperature improved. So the pead cleared him from dengue.

Thanks

mokk said...

Salam..

Sebenarnya sedap perut ikan ni mamat esp perut ikan terubok...rasanya berlemak dan rasa pahit sikit...

Any organs binatang dan telor mereka ...adalah mengandungi kolesterol yang tinggi dan patut di kurangkan atau elakan ...dan memudaratkan.

Bab makan ini...esp ketam..banyak kekeliruan. ada yang mengatakan Ketam yang hidup di laut boleh makan tapi ketam (hitam) yang hidup di paya bakau tak boleh sebab dia orang kata "hidup dua alam". Hang tolong check tengok....tapi aku tibai jugak...ha ha

Anonymous said...

Salam Doc. TA,
Terima kasih atas artikel yang sungguh jelas ini. Ada juga diberitahu, lama dulu, supaya tidak memakan ikan bilis yang tidak dibuang perutnya, dan juga ikan rebus, yang dulu popular, tapi kini dah tak jumpa lagi. Selepas ini, kalau tak makan pun, bukan sebab ia haram, tetapi rasa kurang bersih jika dimasak perutnya sekali. Cuma nak tahu ikan "shark" tu boleh dimakanlah ye?

Bergen said...

Doc, I would appreciate if you don't post my earlier comments (the long one). Thanks.

Mat Salo said...

Brother Dok TA,

Just to share. Sometime last year I sponsored a "doa selamat/zikr" session at my friends house to syukur my wife's then 7-month pregnancy. My good buddy Paeh managed to invite Zahar... Go on clickhere for a review of the session...

Salaam.

Please continue your very informative takzirah Jumaat's, bro'..

demonsinme said...

AKHUL MUSLIM TA:

Alhamdullillah untuk ilmu ini. Barakallah.

Kalau tak keberatan, bantu saya jawab persoalan yang saya letakkan di posting sebelum ini.

Apapun, terima kasih.

tokasid said...

Salam to all.

Elviza: Alhamdulillah Luqman is improving. So, you cool now?

Matsalo: TQ for the info and link.Nanti aku pi jengoi kat blog hang noo..

Demonsinme: InsyaALLAH will try to solve the death poem.I'm not good in English, what more its poem.Give me some time bro.

Bergen: TQ for that long commentary. Its actually a good one and I'd love to publish it. But since you requested not to. I understand. But most of what you say to a certain extend is very true. Thank you again.( I kept that comment in my mailbox).

Pakzabs: Jerung boleh di makan kalau ikut ayat yg di sertakan.

de_kerinchi dan mokk: Aku ada artikel/jawapan soal jawab yentang haiwan 2 alam kat sini.

Hukum Makan Ketam Batu
June 27th, 2007 — mohd masri
Apakah hukum memakan ketam batu? Haram atau makruh?

jawapan:



Apa yg ditanya adalah perihal binatang 2 alam. Setakat pencarian saya, tidak terdapat sebrg dalil yg khusus mengatakan binatang 2 alam itu haram di makan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yg masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab2 an-Nawawi; Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yg mengatakan binatang 2 alam ni haram di makan berdasarkan hadis berikut:

Dr Abdur rahman ibn Utsman menerangkan, “Dihadapan Rasulullah saw seorang tabib memepragakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yg dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah saw melarang kita membunuh katak itu.”[HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I]

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kpd yg hidup sepertimana katak.

Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kpd hidupan laut. Adapun binatang 2 alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa 2 alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”[5:3]

Di samping itu terdapat juga beberapa hadis yg menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasulullah saw bersabda, “Dihalalkan utk kita 2 jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kpd segala jenis hidupan laut yg hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang 2 alam tidak termasuk.

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, Bahawa asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nash yang sahih lagi sharih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika di sana tidak ada nash yang sahih – seperti ada nash tetapi dengan hadis dha’if – atau nash berkenaan sahih tetapi tidak sharih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah saw bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yg dipakai oleh mereka yg mengatakan binatang 2 alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yg khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yg paling hampir ialah mengenai katak. Ttp berdasarkan kaedah yg telah diutarakan, kalau kita menerima hadis ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kpd semua yg hidup 2 alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendpt haramnya binatang 2 alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yg pada biasanya dijual di pasar2 dalam keadaan hidup. Bukankah itu membutikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yg kuat ialah secara umumnya, binatang 2 alam itu halal. Dia didiamkan syara’. Hanya saja kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kpd firman Allah swt:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kpd keharaman bangkai, darah yg megalir, babi adalah kotor(bolded). Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kpd apa2 binatang yg mempunyai illat yg sama dgnnya iaitu kotor. Sebagai cth, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang2 uruf dari satu tempat ke satu yg lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat m’sia, binatang itu menjijikkan, ttp pada masyarakat China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yg dinyatakan dalam nas yg mengatakan ianya haram, itulah haram. Yg tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yg dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Ttp jgn pula kita menjadi pelik jika ada org yg memakannya di negara lain.

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh & Perundangan Islam
Dr Wahbah al-Zuhaily

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Al-Halal wal-Haram fi Islam
Dr Yusuf al-Qaradhawi

al-ahkam

Sebenarnya tiada dalil qat'ie tentang ketam batu,cuma qias oleh para 'ulamak yg muktabar. Kalau nak makan boleh kalau nak tinggalkan sebab rasa was-was elok toksah makan.Hati pun tenang.Bagi aku, apa yang jelas haram( ada dalil sohih) adalah haram.

Dalam bab ibadah, semua ibadah adalah haram melainkan ada dalilnya.Bagi muamalat, semua adalah halal mel;ainkan ada dalil mengharamkannya.

Mutiara said...

Assalamualaikum Tok
Ada Tok kari perut ikan. Ada jual jeruk perut ikan kat pasar. Saya tak pernah makan tapi kawan saya org siam kata sedap jika di masak cara siam lah. (just to lighten up the topic)

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Never really questioned this because have always cleaned fish before cooking. Same goes with ikan bilis.
But once when I was on assignment at Ulan Ude (in Russia, the place where they produce the Sukhois)and was taken on a visit to Lake Baikal where the locals there eat the fish raw - with the perut, insang and blood - and insisted that we do the same, I washed the one given to me in the tea (macam teh susu) offered as beverage. Then again, I only ate the meat of the fish. I couldn't stomach the rest.

tokasid said...

Salam to all.

Kak Mutiara: InsyaALLAH boleh jumpa nanti kak. Take care.

Fauziah: Kebiasaannya tidak menjadi masaalah. Cuma semenjak dua menjak ni ramai yg bising tentang ikan rebus yg di jual kat pasar dan pasar malam. Ramai yg dok kata najis sebab ikan rebus tu kan dgn perut2 sekali.Sekarang dah ada ikan rebus yg dibuang perut.

Jadi bila ada jawaban dari ustaz Zaharuddin( dan saya pernah baca dari ustaz lain dan pernah bertanya Dr Asri MAZA, jawabannya memang macam yg diterangkan oleh Ustaz Zaharudin. Samada kita nak makan atau tidak itu lain. Yang penting dari segi hukumnya. Kalau kita taknak makan sebab nampak tak lalu oleh anak tekak kita itu bab lain. Sebab ada benda halal yg kita tak sanggup makan( sebab tak biasa) ada benda haram yg ramai dok telan dan togok jugak.

( You tak muntah ke lepas makan ikan mentah?)