A-Memahami Aqidah.
2-Fitrah manusia-Beriman kepada Tuhan.
Kita perlu sedar,apabila ALLAH SWT menciptakan manusia,ALLAH Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana itu membekalkan beberapa fitrah kepada manusia.Apakah fitrah itu? Antaranya ialah: ibu cintakan anaknya,tanpa perlu diajar ; seseorang kasihkan ibunya tanpa perlu diajar ; seseorang anak cintakan ayahnya tanpa perlu diajar.
Dan di antara yang ALLAH fitrahkan juga ialah: seorang insan beriman akan kewujudan Tuhan tanpa perlu diajar.
Inilah jawapan kenapa kita melihat majoriti masyarakat manusia di dunia ini mempunyai agama. Apa sahaja nama yang disebut,yang pentingnya mereka berugama-Kristiankah,Yahudikah,Islamkah,Hindukah,Buddhakah,Majusikah, apa saja.Manusia beragama kerana manusia ingin memenuhi tuntutan fitrah mereka,iaitu percaya akan kewujudan Tuhan.Perasaan ingin percaya akan kewujudan Tuhan dan perasaan ingin mengabdikan diri kepada Tuhan yang wujud,menjadikan manusia memilih agama-agama yang wujud.
Kepercayaan akan kewujudan Tuhan,keinginan untuk beribadat kepada Tuhan tidak menjadikan seseorang itu dianggap sebagai mukmin,beriman sepertimana yang dituntut oleh Islam,sepertimana yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.
Apakah yang membezakan di antara iman Abu Jahal yang percaya akan kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya dengan iman Abu Bakr yang mengikuti Nabi s.a.w.?Apa bezanya iman David atau John yang percaya Tuhan-"God is Creator"-Tuhan sebagai pencipta,dengan iman seorang Muslim yang mempercayai ALLAH SWT sebagai Tuhan,yang juga berkuasa dan mencipta?
Perbezaannya terletak pada "Laa ilaaha illallah, Muhammad Rasulullah."
Perkataan Laa ilaaha illallah disuruh dan diperintahkan kepada setiap mereka yang ingin menganut Islam,supaya beriqrar: "Tidak ada ilah melainkan ALLAH dan Muhammad adalah Rasulullah."
Seseorang yang ingin menganut Islam tidak disuruh menyatakan: "Katakan Tuhan itu wujud".kerana ini adalah sesuatu yang dikongsi oleh semua manusia.Seseorang yang ingin menganut Islam,kita tidak menyuruh dia menyatakan: "Katakanlah ALLAH itu sebagai Tuhan."
Tetapi setiap para nabi datang menyeru manusia supaya beriqrar dengan penafian: Laa ilaaha-"Tidak ada yang diabadikan diri melainkan ALLAH dan Muhammad adalah Rasulullah."
Next: Bermulanya Aqidah......
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
6 comments:
Salam Doc. TA,
Semoga anda mendapat Rahmat dan BarakahNya atas perkongsian ini.
Salam pak zabs:
Jazakallah khair. Semoga semua yang membaca mendapat manafaat serta limpaham hidayahNya.Ameen.
inshaAllah, semoga saya dapat memanfaatkan ilmu ini.
Accia: setakat ni dah ada 16 draft yg siap utk di publish. Cuma tak tau kekerapan nak publish. nak tiap2 hari ka nak selang 2 hari ka tu yang tak tau.
Salam Tokasid:
Apa kata kita buat 3 hari sekali, mungkin ramai sikit akan berpeluang baca. Sebab kalau setiap hari, ada yang tak baca lagi dah ada entri baru. Maklumlah ramai yang bz2 sekarang ni. Banyak kerja kerana gendang perang sudah dipalu. Jalan nak masuk ke taman perumahan saya pun dah diturap. Ingatkan di kampung je perlu buat macam ni!
Pak zabs:
Elok juga 3 hari sekali bab ni.
perkara2 teramat penting atau kecil sangat boleh boh bila2.
Post a Comment