( Apa yang aku tulis ini adalah kes-kes yang pernah aku temui sepanjang menjadi TokMoh. Cuma nama pelakunya telah aku palsukan . Ini bukan nak 'aibkan sesiapa tetapi sebagai paparan betapa celarunya orang Melayu dan sebagai sempadan untuk kita elakkan. Bukan aku nak memandai nasihatkan orang sebab aku pun bukan nya elok sangat. Cuma mungkin boleh kita buat sesuatu dalam sebarang kapasiti yang kita ada.Wallahu'alam.)Kantoi 1: Orang bunian turun ikut bumbung.......Kejadian ni lebih kurang 15 tahun dulu sewaktu aku bertugas di Hospital Melaka. Pada satu waktu ketika klinik sakitpuan, telah datang seorang remaja dengan bapak dia. Dia mengadu perut membesar.Bapak dan mak dia risau kalau2 ketumbuhan yang merbahaya. Jururawat di kaunter telah mengarahkan remaja ini berjumpa aku.
Setelah beberapa soalan aku lontarkan aku syak remaja ni( kita namakan A saja) sudah termengandung. Jadi aku arahkan nurse aku utk prepare A untuk ultrasound. Benarlah apa yang aku syak tu. Dalam rahim A dan ada janin yang cergas lebih kurang 20 minggu usianya.
Aku bagi tau A dia dah mengandung, dia buat muka steben( muka welfare) saja. Aku tanya sapa boyfriend dia dan dah berapa kali depa 'terlajak'. Dia nafikan ada boyfriend. Dia kata tu anak orang bunian. Dia kata sejak 6-7 bulan ada putera bunian turun ikut bumbung ke bilik dia dan ber'terlajak' dengan A. Bagus punya kelentong minah ni ye!
Aku panggil bapak dia masuk.Kita panggil bapak A sebagai Pakcik B. Aku bagitau pakcik B yg anak dia dah mengandung. Tapi pakcik B cool saja. Aku scan anak dia semula bagi dia tengok baru dia nampak ghopla sikit. Pakcik B pun story kat aku: Anak dia A ngadu selalu putera bunian turun ikut bumbung ke bilik A. Putera Bunian nak kahwin dengan A kata bapak dia. Depa dah jumpa 'tukang ubat'( bomoh lah tu) dan tukang ubat kata memang yang nak kawin dengan A tu Putera Bunian yang kaya.
Aku dah rasa 'hangin' bila A kelentong ,bapak dia percaya. Aku sound kat pak dia: "Pakcik! Yang saya tahu wanita mengandung tanpa bersuami dan tanpa persetubuhan hanyalah Mariam, ibu Nabi Isa a.s. jangan nak kelentong saya. Bunian adalah bangsa jin dari api. Kita ni manusia dari tanah. Sifat kita lain,sifat mereka lain. Tak ada dalil yang mengesahkan jin dan manusia boleh bersatu menghasilkan anak. Mustahil.Anak pakcik ni mengandung perbuatan Bunian kepala hitam."
Setelah aku asak beberapa kali, akhirnya A ngaku, dia terlanjur dengan boyfriend( yang bapak dia tak tahu) dan untuk elak dari kemarahan bapak dia,dia kelentong kata bunian. Bapak dia pula percaya dan pi jumpa bomoh yang seperti biasa akan mengiyakan kelentong A utk dapat fulus.
Tokasid; Kisah mengandung bunian ni selalu di gunakan utk cover line tentang zina anak-anak muda.
Kantoi 2: Anak kami kecik lagi laa......Sepasang laki-bini( kes macam ni tak sesuai disebut suami isteri) baru-baru ni datang jumpa aku. Bila dah masuk, si laki kuit bini, si bini kuit laki. Bila macam ni aku dah agak ni mesti dah mengandung tapi tak mahu teruskan.( Selalu jenis macam ni itu lah gelagat mereka). Aku suruh duduk dulu.
TA: Hah...apa hal hari ni? Apa masaalahnya?
Bini: Errr...macam ni Tok, saya nak ubat bagi datang kotor le Tok( sambil jeling-jeling kat laki dia di sisi).
TA: Kotor dah lewat eh? Bila last period awak?( aku tanya bini tapi mata tengok si laki.Laki macam tersipu-sipu pulak)
Bini: Dah lewat 2 bulan Tok( masih dok jeling-jeling kat laki dia yang buat muka steben(welfare)).
TA: Okay kita test air kencing dulu ya. Kita tengok awak mengandung ke tidak.
Bini: Tok....saya kalau boleh tak nak mengandung dulu lah...anak saya kecik lagi. Baru setahun lebih. Tengah dok lasak.
TA: Tak apa, kita test dulu ( sambil aku arahkan dia ke tandas dan memberikan botol utk kutip air kencing.Dia bangun dan ke tandas.)
TA: ( cakap kat laki pulak): Apahal ni tak mahu mengandung? kalau tak mahu apasal tak guna pil perancang?
Laki: Anak kami kecik lagi lah Tok. Wife saya tak boleh tolerate pil perancang,dia jadi pening kepala Tok.
TA: Alahai kau ni...selain perancang kan ada IUCD. Ada juga yang macam susuk. Atau kau boleh gunakan kondom.
Laki: Kondom tak best la Tok....( kaedah lain dia tak bagi alasan).
Bila si bini dah letak spesimen aku pun buat ujian mengandung.Nyata dia memang mengandung.
TA: Hah...result ni positif. Awak memang mengandung. Alhamdulillah.
Bini: Tapi Tok......kami tak mahu lah yang ni. Tok bagi ubat untuk buang boleh tak?
Aku bila sampai peringkat ni memang 'hangin' satu badan. Memang laki-bini ni nak kena sembur dengan aku.
TA: Nak tanya sikit kat awak....Pernah baca tak kes-kes orang buang anak kat tong sampah, kat masjid,kat pondok bas?
Kedua-dua angguk kepala.
TA: Macam ni lah...kalau awak nak gugurkan kandungan ni, awak dua sama saja dengan orang yang buang anak tu.....Memang depa buang yang dah bersalin. Awak baru mengandung. Ini rezeki yang ALLAH kurniakan pada awak berdua. Tak kan awak nak tolak rezeki ALLAH?
Ini soal dosa pahala. Ini soal akibat kepada kita di akhirat nanti. Kita ni bukan nya banyak sangat pahala tapi dosa menimbun-nimbun. Awak berdua mungkin dah banyak pahala tu yang berani nak buang kandungan ini. Tapi saya dosa yang banyak,pahala tak tahu saya ada ke tak. saya tak mahu terlibat dan bersekongkol dengan tindakan awak berdua.
Kedua-dua senyap dan tunduk melihat lantai pejabat aku.Seolah-olah dok cari batu berlian yang jatuh lagaknya.
TA: Macam ni lah....Saya sarankan awak teruskan kandungan ini( kepada si bini). Selepas bersalin nanti, awak pasang IUCD kalau tak serasi makan pil perancang. Bertaubatlah dengan idea yang awak ada ni.
Laki: Emmm...tak apalah Tok. Kami balik dan fikir dulu.( aku lihat si bini jeling tajam kat laki dia, seolah-olah tak setuju saranan aku). terima kasih Tok.
TA: Sama-sama.Tapi fikirlah based on iman bukan nafsu okay!
Mereka keluar tanpa aku beri apa-apa ubat.
(Aku dapat tahu dari kawan aku yang buka Farmasi , kedua laki-bini ni singgah di tempat dia nak beli ubat utk turunkan darah.Aku cuma geleng kepala).
Kes sebegini memang sering aku temui.Aku tahu ramai lagi kawan2 yang buka klinik hadapi perkara serupa. Aku rasa para doktor Muslim perlu menasihati laki-bini sebegini tentang dosa pahala sekadar mungkin. jangan kita takut sebab kita 'sembur' mereka tak akan datang semula pada kita. seingat aku mereka akan datang kembali. Ada yang ikut nasihat kita dan terus mengandung.Ada yang degil dan berani,pergi membuat D & C. bagi aku biarlah kehilangan pesakit daripada terlibat melakukan jenayah dan maksiat kepada ALLAH.
Kantoi 3: Kami buat kenduri budak tu.....Sejak aku menetap di Jebatville berbelas-belas tahun ni, kes sebegini semakin kerap aku lihat dan aku dengar. Terutama sejak 10 tahun kebelakangan ini. Aku kadang-kadang terfikir apa nak jadi dengan anak-anak Melayu. Dulu kes-kes bengini sering kita dengar berlaku di Lembah Kelang. Tapi sekarang dah bersepah-sepah macam pasar malam. Di Melaka, Alor Setar,Sg Petani,Seremban,Ipoh, Penang, keseluruhan Johor, Kuantan. Aku pernah juga dapat berita dari kawan2 di Kelantan dan Trengganu, mereka juga jumpa kes sebegini, mungkin tak sehabat di Pantai barat kot.
Satu hari seorang anak muda datang. Orangnya tegap dan ada rupa. Bekerja sebagai technician.
Aku sudah biasa rawat mamat ni. Dia duduk tapi ada riak muka malu-malu pada aku.
TA: Apa masaalah kau hari ni? Demam ke?
Mamat: Tok! Bila saya kencing sakit dan perit lah Tok. Dah tu ada keluar cecair pekat warna kuning. saya nak ubat le Tok.
TA: Dah berapa hari macam ni?
Mamat: Dah tiga hari Tok.Ingat boleh baik sendiri tapi makin teruk pulak nih...
TA: Pelacur mana engkau pergi ni Mamat?( aku tanya direct to the point)
Mamat: Ehh..Tak adalah Tok. Saya tak main pelacur pun. Dia kena sendiri nih.( amboi-amboi..ada hati nak kelentomh aku mamat ni rupanya)
TA: Mamat! Kau ingat saya ni jadi doktor baru sehari ke? Apa yang kau kena ni ialah
Gonorrhoea. penyakit kelamin.VD tau tak??(aku naikkan suara sikit). Jangan nak kelentong kat sini okay! Pelacur kat mana yang kau bedal? Ke minah kau sendiri?
Mamat terdiam sebentar. Kemudian dia senyum dan tengok aku.
Mamat: Sebenarnya macam ni Tok. Hari Ahad lepas,ada kawan dari KL datang ke rumah sewaan kami( Mamat ni menyewa dengan 4 orang bujang yang lain). Dia kawan kepada housemate saya. Dia ada bawa awek bohsia sama dengan dia. Awek tu bukan minah dia tapi dia bawa sebab dia menang racing kereta kat Federal Highway. Jadi dia dapat pakai awek ni 2 hari 2 malam Tok.
Aku terkejut dengan pendedahan dia. Aku pernah dengar tapi tak tahu yang aku akan dengar confession begini.
Mamat: Awek bohsia tu lawa Tok. Kawan dari KL offer kami 5 orang kalau-kalau nak 'kendurikan' awek ni. kawan-kawan lain nak lah Tok. saya mula-mula tak nak, tapi bila dah tengok awek tu buka semua, jadi tenggelam punca saya Tok. Tu yang join sekali.
TA( sambil geleng kepala): Astaghfirullah..... kau buat kenduri awek tu? Apa nak jadi nih?
Mamat: Masa tu dah lupa dosa semua Tok. Kira nak syok saja. Barang cantik.Free pulak tu Tok. Dahsyat awek tu Tok. Dia suruh kita dua round dengan dia( ehh...mamat ni macam bangga pulak bila cerita part ni)
TA: Macam ni lah mamat. Tok nak beri injeksyen dan kau kena makan 3 jenis ubat selama 10 hari. Injeksyen ni sakit yang teramat sangat( ni aku saja auta mamat ni). Tak tau berepa hari kau tumbang lepas ni. tapi kalau kau nak elok semula, kau ikut arahan saya. kalau tak, saya takut "anu' kau reput nanti.
Mamat: Ehh...ni serius ke Tok?( mamat dah risau)
TA: Memang le serius. Silap haribulan kau boleh mandul. tentang dosa zina tu toksah cakap lah. Tok rasa kau jangan lagi dok terlibat benda-benda begini. Taubat Nasuhlah. jangan dok tinggalkan solat. Selalu kau kena istighfar tau.
Aku suruh dia baring dan beri suntikan antibiotik. Aku suruh dia ambil ubat di kaunter dan pesan supaya kawan-kawan dia juga dapatkan rawatan di mana-mana klinik.
Baru-baru ni ada sekoq lagi mamat macam ni. Aku panggil dia Panjang sebab dia tinggi lampai. Cuma dia tak buat kenduri ramai-ramai. Tapi MO mereka suka passing the baton budak-budak bohsia. Kebanyakkan akan kena Gonorrhoea.
Begitulah betapa progresifnya keruntuhan akhlak Melayu sekarang ni. Tak masuk lagi penagih dadah,mat rempit dan dok mencuri.
Semakin Malaysia maju, semakin rosak akhlak orang kita. Na'uzubillahi min zalik.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa