Monday, April 16, 2007

GURINDAM JIWA.....untuk Clark Gable dan semua

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

GURINDAM JIWA, begitulah nama lagu yang di petik dari filem dangan judul yang sama.Lagu nyanyian Allahyarham Rafeah Buang dan R.Azmi begitu menyentap jiwa yang mendengar.Lagu yang mengambarkan mendalamnya kasih sayang dan cinta sepasang suami isteri.

Lagu yang mengitu melelehkan airmata dan melentokkan jiwa sahabat ku Clark Gable Of Pulau Duyong.Lagu yang membuatkan CGOPD sampai tak lalu makan selama seminggu( di luar bulan Ramadhan).

Jika lagu ini meruntun perasaan, menonton filem(sebut filim stail zaman dulu-dulu)pasti menyiat-nyiat hati kita.

Lakunan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR begitu serasi(banyak filim Cathay Keris mereka digandingkan bersama).Di tambah dengan bantuan Malek Selamat( dalam filim ini Malek Selamat jadi orang baik...tak macam selalu jadi samseng).Filim araham M.AMIN mengambarkan kisah hidup 'sasterwan Negara" Awang yang dibawa keistana kerana Puteri Sultan sudah jatuh hati pada Awang. Awang pada mulanya agak keberatan untuk meninggalkan isterinya di kampung.Tetapi isteri yang amat kasihkan dan faham akan suaminya telah mengizinkan Awang ke Istana.


Di istana,Awang dengan segala kemewahan yang di limpahkan keatas nya menjadi semakin lupa pada isteri di kampung.Apalagi bila asyik dok layan Tuan Puteri.Isteri di kampung merana kesepian dan amat merindui kepada suami di istana. Percubaan di buat untuk menghubungi dan berjumpa Awang tetapi usaha tersebut semua gagal( kalau dulu ada handfon boleh juga tipon,sms atau mms).
Cuba dapatkan VCD cerita ini untuk mengetahui kisah selanjutnya .....



GURINDAM JIWA
(Nyanyian: Rafeah Buang dan R.Azmi)

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Anak Cina pasang lukah
Lukah di pasang di Tanjong Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga.


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan.


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

9 comments:

mokk said...

Salam Mamat..
Tak sangka CGOPD tu...jiwang jugak...dia tu mesti teringat masa dia berjiwang dulu...i think it's due to ..mid life crisis....

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Dearest Mokk and Tokasid,
Terima kasih diatas ingatan Tuan2 keatas kejiwangan saya...tapi kutukan ini akan ku simpan didlm hati:

Orang kuala ramai dikerah
Untuk melancar bidal perahu
Luka di kepala nampak berdarah
Luka di hati siapa yang tahu.

Buah limau di kail sempit
Sambal tumis santan berlada
Kisah lama jangan diungkit
Nanti berlinang si air mata

Pantun ini hanya ingatan kpd anda berdua semasa reunion dinner:

Ikan gelama anak haruan
Ulam belimbing sedap dimakan
Kawan lama rindu rindukan
GF lama lupa lupakan

Kata Tak Nak said...

Ini adalah antara lagu melayu yang paling sedap yang sungguh melayu irama dan liriknya. I like rock and blues tapi saya akui lagu ini cuts very deep in my heart bila saya dengarnya.

Terima kasih kerna sudi melawat blog saya and kind words regarding my bro.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Wah, dengan lirik sekali. Thank you, thank you. Can do a sing-a-long now.

Mat Salo said...

Salam...tokasaid. Thanks for blogrolling me and for dropping by with your kind comments, sir! I will reciprocate I promise, but embarassingly my BM is worse than my orang putih, so please bear with me, sir.

As to 'jiwang' betui laa dr.mokk cakap - mid-life laa tu. Apa lagi bila dah turn 40...

Ex-KE ke? When I was F1 kena blasah abih2 ngan "Pom 1" KE main bola, 0-6. And yours truly was the goalie. Pastu komplen kat cikgu apasal budak Pom 1 KE besar2 ha ha.. Ntah2 you were on THAT team!

Hmmm, seems like our taste in music is similiar. If in KL email me, panjang nak cerita hal 70s and 80' music nih - preferably over TT lah bro!

tokasid said...

Salam to all.

CGOPD and mokk: yes ,lets not forget our GF.My GF became my wife. What about 2 two? Hah3...

Fauziah: yes ,macam buat karaoke pulak ye..Karaoke kat Muor!

KTN: cikgu, yes me like blues and rock too. Tak dapat cari lagu John Lee Hooker or Robert Johnson.Kalau ada saya boh utk cikgu.

Matsalo: TQ.So you Edwardian too. Actually I'm only an Edwardian in primary school only.But if I'm not mistaken penarik beca is an Edwardian.
Love to meet you.Friday, me,CGOPD and mokk will attend a reunion dinner but I'm going to Taiping to see Mak( she was discharged last night from Hosp taiping) after that.Maybe next time.I'll tell CGOPD so both of us can meet you.Maybe my next song will be Bohemian Rhapsody by Queen.

drzeze said...

salam to tokasid,
nostalgia betul...seperti kata mokk, mid-life crisis sedang melanda jiwa.

hope your Mak will get well soon...

bakaq said...

tokasid

bakaq ni

CGPD tu kan ka artis... Artis mesti la jiwang2 sikit. Kalu tak, tak cantik la lukisan dia!

tokasid said...

Drzeze: Alhamdulillah dia dah discaj dr hospital.BP dah stabil.KM not so good so malam kena suntik insulin.Am going back to see her weekend ni nak bagi glucometer etc,etc for her. And nak ambik batu sungai di kaki Bukit larut buat landscaping dan kolam ikan di jebatville.

Bakaq penarik beca: Yes,our friend CGOPD memang artistic orangnya.Seni tangan dia halus.kalau tak buat kerja seni elok2 dia memang kena saman la...
Aku sabtu and ahad ni nak pekena cendoi,Doli dan sotong kangkong(bawah larut matang) bakaq......mesti meleleh ayaq lioq hang noo...