Wednesday, April 4, 2007

Machap dan seorang lagi YB mati

Round up to by-election.

Semalam pada hari penamaan calun di Japerun Bukit Bulat utk pilihanraya kecil DUN Machap telah berlaku insiden pukul memukul.

Petang semalam seorang kawan yang juga seorang doktor telah memberitahu 2 orang di bawa ke Hospital Alor Gajah kerana di pukul.
Rupa-rupanya 2 anggota DAP dari Seremban telah di pukul oleh ahli MIC Melaka dengan batang kayu bendera. Juga ada pemberita yg ditolak dan di pukul.Lapuran Polis telah di buat di IPD Alor Gajah.
Baru satu hari dah kena pukul.Lagi seminggu macamana agaknya?

Juga dalam berita ringkas TV3 memberitahu seorang lagi wakil rakyat MIC di selangor telah meninggal dunia di India kerana sakit jantung.
Nampaknya akan ada satu lagi by-election dalam sebulan ini.

Durian Runtuh bagi ahli-ahli kempen BN tahun ini. Mula-mula Batu Talam.Sekarang Machap. Next will be in Selangor.

Sapa nak duit cepat, cepat-cepat masuk UMNO,MCA,MIC dan Gerakan.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

Hasrul Halid said...

ada satu jenih ikan tau dok ikut ikan jerung dalam laut nuuu! Bila jerung ni makan, sisa-sisa makanan tu ikan-ikan ni pulak la makan.

Heheheheh.. Tok, saya rasa begitulah kot perumpamaannya dengan 'mamat-mamat' yang tak diketahui asal-usul ni, yang kini menghabiskan sepenuh masa, melepak di Machap tu!

Melepak sambil menunggu sisa makanan! Sama la dengan MIC pun. Dulu depa kata PPP parti gangster, la ni 'depa' pun sama.

Padan la tu! hehehe!

tokasid said...

Hasrul: lepaih ni depa pi lepak di Ijok Selangor pula.
Rezeki murah depa awal tahun ni noo...Mula-mula Batu Talam.La ni Machap.Paih tu nak pi Ijok pulak.
Jangan-jangan next one Parlimen Tepeng pulak kot. Pasai YB UMNO,MCA, MIC dan PAS dah ada yg meninggai.
Tinggai Gerakan dan PPP dak lagi. Kalu di Tepeng aku kena balik la 'memeriahkan' suasana.

Bak kata Brahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapuk: mari kita tengok siapa yang kenaaa....

~penarik beca said...

Bukan cerita Macap ni..

Lailaha illaLah.... Hang budak KE ka?!!

Memang la, aku selalu mai sini. Tengok2 kot ada yang baru yang hang tulis. Tapi tak pernah baca belah2 tepi tu. Mana aku tau hang budak KE!

Memang sah la! Pasai hang cerita pasai cendoi dgn buboq gandum dekat kedai Bismillah tu...

Tak dak dah la ni.. Pindah tang lain dah..

Aku dulu, kalu ada duit, balik sekolah (nak pi stesen bas) mesti singgah dekat kedai Bismillah tu, minum cendoi, makan buboq gandum campoq buboq kacang. Pastu, isap rokok..

Aku budak jahat. Remove Class dah isap rokok dah. Pungkok aku tak habis-habis kena rotan dgn Pak Long tu (masa aku Principal KE, Long Heng Hua - dah tak idup dah kot. Assistant Principal, Junjong).

La ni pun, aku dok jahat lagu tu la... Tak berubah2.

Banyak gak yg hang minat, aku pun minat. Cerita2 P Ramlee, Ebiet G Ade..

Empat2 lagu Camelia aku simpan dlm PC. Heran, bila anak2 aku dengar lagu2 Ebiet, depa akan kata, abah ni dengar lagu ntah apa2!

drzeze said...

Salam to Tokasid,
kalau lagu tu kena cepat cepat la isi borang MIC,PPP,UMNO atau PAS ka baru meriah...

salam to Hasrul,
hasrul tau ka jenih ikan yang suka kutip sisa jerung ni. mama besa tengok dalam Nat Geo tapi tak tau pulak namanya.tapi rasa rasanya sama dengan depa kann?

Hasrul Halid said...

Dr Zeze.
Tak ingatla nama ikannya. Tapi yang saya ingat, ikan-ikan ni pernah mengalami revolusi, dan terakhir sekali ikan ni berevolusi di Machap. Peh ni kat Ijok pulak kot! nak dekat pilihanraya lagi banyak yang berevolusi mama oiii!

Tok Asid / Penarik Beca
Saya takleh kawan dengan budak KE masa saya sekolah dulu. Budak KE ramai gangster. Almaklumlah saya dari Kamunting. Kan ke 'ulu' sikit. Tapi bab cendoi, Abeit ngan P.Ramlee tu saya setuju sangat! Dan juga rokok! kahkahkah!

tokasid said...

Hasrul and Penarik Beca:
Aku sekolah rendah saja di KE-2. Sek Menengah depa buang aku di LSS( la ni SMK Darul Ridzuan ko?)pasai aku tak dak abg di KE dan pasai aku kelahiran Kedah.Jadi 2nd term onward aku pindah mengaji di SAHC/KSAH Aloq Staq.
Aku mcm Hasrul jugak la org Kemuntin. Kira2 dekat la dgn Universiti ISA Batu 4 tu.

Cendoi Bismillah tu pindah ke depan sikit( hala nak pi KE rendah)La dok lam kedai.Ada satu lagi kat-kat dgn belakang Georgie menengah .Buboq gandum la payah nak cari,so bila balik Kemuntin aku pi pekena di Pasaq minggu(yg pagi ahad) Kemuntin la.Kena 2 mangkok settle semua.

Drzeze: betoi kata Hasrul.Species ikan ni koy becambah. Kalu nak buat ikan pekasam pun tak muleh pasai spesies ni lebih busuk dari ikan pekasam.