Tuesday, April 3, 2007

Jasa Wakil Rakyat(YB)...round-up to Machap

Senja mendung Jebatville
(foto by tokasid)
Hari ini penamaan calun bagi DUN Machap(Melaka). Masing-masing calun BN/MCA dan DAP sudah di ketahui ramai.

Sejak seminggu ni di Lone Durian Jebatville semakin banyak kereta-kereta mewah dari luar Melaka tiba untuk ke Machap Baru.(to go to Machap Baru kena lalui samada Lone Durian atau Elephant Stream).

Tak pernah orang sini lihat begitu banyak kereta mewah dalam masa yang pendek.Pagi ini lagi banyak yang lalu pekan kecil ini.Semua hendak ke Machap utk penamaan calun. Bas-bas yang di sewa khas juga banyak.
Tentu banyak belanja BN utk membawa penyokong dan tukang-tukang kempan ke Machap.

Dan dalam seminggu ini begitu ramai Menteri yg datang,Tiba-tiba begitu banyak projek dan sekolah yang hendak di rasmikan. Begitu banyak projek segera yang di lakukan.Ada kampung di Tebong yang tiada lampu jalan selama 20 tahun tiba-tiba sudah terang benderang.

Ada juga 2-3 orang(daif) yang memohon rumah PPRT dan di reject sebanyak 5 kali,tiba-tiba sudah mendapat kelulusan on the spot oleh ketua pengarah yang turun melawat(dan berbakul-bakul pegawai di Alor Gajah di maki hamun).

Kerajaan negeri menjanjikan sebuah Taman Rekreasi di Machap bernilai berjuta-juta RM. Mungkin selepas 6 bulan taman siap,ia akan menjadi hutan simpanan semula atau pun kawasan utk muda-mudi rempit bercangkerama atau untuk mat pit yg juga merempit menjadi 'port' baru mereka.

Waktu tengahari tadi ada beberapa penyokong dan tukang kempen BN singgah makan di Lone Durian. Sempat bertanya khabar dgn mereka. Ada yg dari Darulaman dan ada dari Jebatville sendiri.

Tokasid(TA): Macamana penamaan tadi?Tentu ramai ya...

Mat Kedah: Wuih..ramai yang mai kawan. Hang awat tak pi?

TA: Saya kerja tak boleh nak tinggai kedai.Sapa nak jaga? Satu Melesia mai ka? Tengok MCA dan UMNO ramai juga( saya memancing)

Mat Kedah: Memang la ramai.Melaut hang kata.Rugi hang tak pi tadi.

TA: Huih dasyat noo..sanggup depa mai jauh-jauh tinggai anak bini dan kerja di sana noo...

MatKedah: Tinggai pun berbaloi kawan. Kami mai bukan balik tangan kosong. Kalu free hang kami nak mai ka? Kami bukan ngok macam pembangkang.Depa bila kempan tinggai anak bini dah tu belanja semua sendiri kawan. Kami mai dapat habuan. Bila lagi nak makan besar!

TA: Ooo..macam tu ka rupanya...Kalu macam ni lagi banyak by-election lagi buguih noo..

Mat Kedah: Memang la kawan. hari tu kami pi Batu Talam. Ni rezeki di Macahp pula. Kalau ada lagi YB yg nak mati baguih juga. By-election ni duit lebat hang tau ka?

Mat Melaka(menyampuk): Ye ,betul tu kawan.Masa by election apa saja orang situ minta gerenti dapat. Jalan turap semula. Lampu jalan di pasang kat kampung. Masjid kat tempat aku 2 minggu dulu ada 3-4 pasu bunga. Minggu ni dah dapat banyak sampai nampak macam nuseri pulak. Jangan lepas 2 minggu lagi pasu semua hilang ke rumah JKKK atau Ketua cawangan aku. Tidak pun ke rumah tok imam atau tok bilal.

TA: Dengar kata wakil-wakil rakyat yang mati ni semua membawa perubahan ke kawasan masing-masing ye..(umpan jangan tak umpan)

Mat Kedah: Hang tau ka kawan, YB-YB ni paling berjasa bila depa mati. Bila depa mati mesti ada by-election punya.Masa tu orang kampung dapat macam-macam.Kami yg mai kempen pun dapat macam-macam. Tu lah jasa paling besar YB bagi kat kami( sambil dia tersenyum kat aku).

Aku rasa mulai petang ni terutama weekend ini akan makin banyak kereta mewah menyusur pekan kecil ini.Semoga kami yang berniaga kecil-kecilan mendapat sedikit pendapatan lebih.

Memang betul lah kata tukang kempen tadi kat aku. Wakil rakyat paling berjasa bila dia mati.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

14 comments:

drzeze said...

salam to Tokasid,
Nampaknya lepaih ni u pun bizi la juga entertain depa depa tu semua noo.
Kami tunggu lintas langsung dan cerita disebalik kempen seterusnya di sini nanti.
Pasai tu gamaknya depa berduyun duyun pakat p, rupanya ada durian runtuh dok tunggu di sana.Selalu durian yang runtuh tak ikut musim ni mangkaq sikit isinya.hehehe..

mob1900 said...

Betui kata Hang, the only good politician is a dead one. Then you will have all sorts of 'backlog' requests which has been sitting for years mysteriously approved and implemented.

I read some disturbing figures on our country's fate is actually being determined by just a few million thanks to unregistered voters, biggest culprits are always the urban and town centers.

k.d said...

It's always like that..everywhere...anywhere in the world..

Time nak election everything gets going, promises here and there..

But then after that..puuff..like the wind they're gone..along with their promises

Kak Ainon, Besut said...

Asmk Tokasid

Nice script !

Look forward to more of the live coverage from you for the coming Machap by-election. I guess there are lots of “desperados” out there who will go all out to achieve or get what they want and those yang dok tunggu “durian runtuh” ! Sickening really, to see the amount of “money” being spent in the campaign (which rightly could be spent on other worthwhile causes) and their “time" wasted dudok berkampong kat situ instead of working for the Rakyat.
It will be a tough fight for DAP. But I hope people in Machap will have more “sense and awareness” on the current political scenes and realise the significance of their votes, and that all the Opposition parties will choose to put aside their difference and work together in this by-election.

Ok, Selamat memantau!

muteaudio said...

Tokasid,
Dulu masa by election kat Anak Bukit depa pakat ramai-ramai berkerumun kat depan rumah tok saya (laman rumah paling luas kat kpg). VIP yg tak pernah nampak btg hidung tiba-tiba jadi pengunjung setia rumah tok saya sebab hangat sangat duduk kat luaq. Rumah tu jadi hospitability centre. All the menteris was there. Satu kpg jadi meriah. Cakap je apa yg nak, mesti dapat punya. Lepas by election, things back to normal.

It seems by election is the best situation to get things done and for the rakyat to get what they want.

Fauziah Ismail said...

Tokasid,
I was told to exercise my rights as a voter in the elections. I was also told I can exercise my rights not to vote. So how?

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Dearest TA,
Teruskan laporan secara langsung dari Machap ,Elephant Stream and Lone Durian.
I got this from one UMNO supporter who always be around for any byelection:

"Mau tak pi, sekali pi boleh buat downpayment utk MiniCooper"

How more sincere can they be!!

mokk said...

Salam....

Dalam masa kempen macam ni...semua nya "money matters"...

Aku tak faham..kaki kempen ni...apa dia perjuangan depa?
..apa yg dia org nak achieve?
..apa niat dia orang?

Orang kampung ?...kesian kat depa...di gula-gulakan dgn duit,jalanraya,balai,pprt,dan sebagainya..?

I just tak faham..tak masuk akal..dgn cara "ahli politik duit"

Kalau kat Sarawak lagi teruk mamat..(pengelaman bersama mereka)

tokasid said...

Salam to all my fellow bloggers.

drzeze:hahaha...petang kemarin dah mola rasa meluat mama ooii...ada dua tiga ekoq dari pemuda kereh tak bersarung pahang singgah makan ayaq kat kdai makan selang tiga pintu dari kdai saya.Kami 3 orang dok makan ayaq tang meja luaq,depa lalu nak masuk kedai.Depa muleh jelin kat kami haram tak bagi salam ka, hai ka,angkat tangan ka...Rasa macam nak sound juga tapi pasai depa tetamu yg tak di undang di tempat ni,tak jadi nak semboq depa. Tapi memang kureng asam betoi.

Mob1900: your are right bro.Let us encourage our friends and fellow bloggers to go out there and register themselves as voters. And let us encourage them to go out and VOTE this coming GE.
Bro please do a poster to encourage voting.

k.d.: Is the wakil rakyat in Ireland macam di Melesia jugak ka?

kak ainon of Besut:
TQ again for visiting here and dropping a comment.Well kak ainon used to work with govt agencies kan.So you know whats going on in the various depts and agencies when by -elections are held. Every decisions are instant and to be carried out instantly too.
Actually in most by-elections the opposition have slim chances of winning.I can only remember Lunas and Anak Bukit when the opposition won. With all the govt engines in full force to ensure BN win,what can the opposition do to face that onslaught?

Mute sekepin kueh yang maneh: Aku ada di Anak Bukit for 3 days.Tulong kempen dan kem kesihatan di Sri Menanti. Bila kami tengok orang dan pemimpin BN mai memang kecut perot la juga.Dengan depa ramai,polis dok jadi bodyguard.Dah tu Shahidan dengan gagak hitam dia( semua pakai jaket hitam dan badan sendo-sendo).Bila kami buat medical camp,FRU pulak mai dok within 50 meters dan dok ushar kami sampai orang kampong tak berani nak mai.
Di Pendang kami tengok bagaimana budak-budak sekolah di usung sana sini bila bila menteri2 turun nak rasmi itu ini.

Sis Fauziah: I think you should vote.But if the candidates or parties are..well you know...then its up to you.I think we should put our feet down and for once show that we rakyats are their actual masters.

CGOPD: if only you are here I would definitely take you around Machap to enjoy the happenings.Who knows we might get some habuan since you can tell them you are Mat Dereh's crony.And I can claim I'm with PPP or MIC( they'll believe I'm from MIC).

I heard there was afight in Machap yesterday and someone broke a limb. But its not confirmed yet( a doctor told me yesterday).
Plan to go to Machap during lunchtime today.

Mamat mokk: hang dah tentu lebih tau dari kami semua.Sarawak dan Sabah umpama syurga bila ada pilihanraya.

Kak Ainon said...

Tokasid

Thanks actually to YOU…. Somehow, I feel quite comfortable commenting in your blog. Maybe because traffic is not so busy and some more, with a nice song in the backroom.

Yes, I’m a retiree, but NOT from any of the Government agencies. Don’t have any 1st hand experience macam dalam cerita Tokasid tu. But its not at all difficult to visualize. Dan sekali2 tengok sessi parlimen atau Debat perdana di RTM1 - alahai , naik blood pressure tengok “badot2” tu beraksi. Malu LAH tengok dia orang punya perangai.

Ya, I agree – very little chance for DAP to win. But I think its going to be a tougher battle for BN too. I remember Lunas by-election. Masa tu saya kat Mekah, buat Umrah. Punyalah doa mintak Keadilan menang bila solat kat Masjidil Harami. Seronok betul jemaah2 yang berharap tu, masa dengar keputusan yang BA menang. Agaknya, mesti suspen masa votes counting tu kan? Tokasid ada ke masa tu?

Ini yang akak dok geram sorang2 ni - how to have a clean general election for Malaysia. Tak kiralah siapa yang akan menang, as long it’s a Free and Fair Election – with no manipulation, votes-buying, etc, etc. A week ago, nak tergelak tengok minister Nazri dok defend our Election process kat Parliman - dia kata process okay, ta’ perlu amendments – so pathetic!!! Baca scrip pulak tu! And in 11Mac07 Sunday Times, SPR Chief cakap “I know my job”!

We really must insist that they implement the “Election Thumbprints”. Those people said - backward la, country like India needs it because ada ramai population la, macam2 excuses! Yang sebenar takut kan? For goodness sake! we really don’t mind getting our thumbs dirty for a clean election. Its something that can easily be implemented IF the government wants to do it. Maybe Tokasid and Gang2 bloggers can do something to make this happen for our coming GE? Buat Petition ke? Coming from opposition or some NGOs mana Government nak layan. Tapi kalau Rakyat yang NAK atau MINTAK, it may work? Tapi rasa2 mesti ada orang yang akan kata “ Tak payah LAH…Buat apa nak kotor2 kan jari? Cara sekarang kan senang?”. Ia LAH tu.

Oops, sorry Tokasid. I really got carried away – melepaskan geram dan perasaan. Hope ta’ de charge ya. Look forward for more stories from Bumi Jebat. As you said to CG - Enjoy the happening at Machap. Wassalam.

muteaudio said...

Salam Tokasid,
Hang ada kat Anak Bukit? La...awat tak singgah rumah?

tokasid said...

Kak Ainon of Besut:
Masa Lunas I was busy so tak sempat ke Lunas.Hanya hantar kawan as wakil.Lunas was something special.Lots of drama. Pertentangan dan taktik2 kempen yg di lakukan oleh BN dan bekas2 orang kuat pemuda UMNO yg menyertai KeAdilan. Ezam dan Azmin yg tahu taktik kempen BN dan masih mempunyai kenalan dalam BN sudah menghidu bau 'hantu-hantu' yg bakal tiba di Lunas. Kalau buat filem kisah Lunas tentu box-office.

Mute: Masa tu mana ada blog lagi.Kalu masa tu kenai hang mesti aku ajak hang pi pekena laksa teluk Kechai daa..

Black's@ Amin Iskandar said...

Cantik gambaq yang hang ambik ni... Pakai DSLR kan?

:)

tokasid said...

Bro amin @blackinkorea:

TQ.Tak pakai DSLR( tengah dok kumpul sikit-sikit nak ambil D40) tapi pakai compact digital saja BenQ 510.Lepas tu touch-up sikit guna windows photo editor.
Kalau ada DSLR lagi panjang la kaki saya berjalan ke pinggir hutan nak ambil gambar burung.