Wednesday, April 11, 2007

Machap oh Machap...dan Makam VIP


Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Machap saya dirikan
Kalau tak sungguh bagai di kata
Sekali lagi undi tuan kami keluarkan

Oh bulan mana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan mana menghilang
Bila time mahukan undi kami baru ada


Dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
Bertahun-tahun tuan kami cari
Bila nak undi baru tuan datang

Sedap sedap kuih bahulu
Sedap lagi si kuih kochi
Kami menagih janji janji yg lalu
Bila ada yang mati baru kami perolehi

Pagi pagi tak suka mandi
Apa lagi nak berus gigi
Tuan datang 'membeli' undi
Lepas ini tuan tak datang lagi

Dalam rebas menjala ikan
Jerok pekasam hendak di hidangkan
Selepas ini Machap tuan lupakan
Ke Ijok pula tuan 'taburkan'.

Mata dan belakang disengat tebuan
Terus berlari tidak keruan
Gembira sungguh tukang kempen tuan
Ke sana ke mari mesti dapat habuan.

Kepada pengundi Machap: Selamat mengundi. Undi dgn bijaksana.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Pagi tadi aku sarap dengan kawan-kawan seperti biasa di Kuburview.Hari ni pekena Nes-O-tar kurma dan roti canai garing cicah susu cap junjung. Sedap nak mampuuuiihhh...!
Dalam dok sembang-sembang sahabat bagi tau aku( dia dapat cerita dari orang yang terlibat sendiri. At the moment aku tak dapat nak sahkan cerita ini).

HYJ: Semalam ada member bagi tau aku state gomen nak buat Makam VIP di Melaka ni. Memba aku tengah dok buat working paper. Dia kata benda tu angaran RM sejuta.

Aku: Ya ka? Takkan kot macam tu.

HYJ: Tu yang dia bagitau kat aku laa...Kalu betoi benda ni ,kira dah melampau laa...Awat depa ingat kalu tanam di makam VIP ada layanan istimewa dari malaikat ka?

Aku: Depa nak buat tang mana syeh? Kalu nak special boleh buat di Bukit China.Tinggi sikit.Baru ada class.

HYJ: Tang mana aku tak tau. Boleh buat di Bukit Kurau kot.Tempat yang CM nak buat pusat jualan Perabut Melaka sampai 3 tahun dah tumbuh lalang tu. Kalu nak lagi class kita boleh boh cable car atau escalator naik pi kubur tu.

Cerita kami terhenti di situ.HYJ berjanji akan verify kisah ini dengan kawan dia.Jika benar ini antara kemahuan kerajaan Melaka,alangkah malangnya nasib kami ini.

UPDATE Machap N8: 2.20pm~
Pagi ni dekat simpang antara Machap Umboo dan Machap Baru terdapat 7-8 bendera PAS di pasang di situ. Tak siapa yg pacakkan. Special Branch telah pergi menemui seorang orang kuat PAS di kawasan itu.Menurut saudara Man beliau pun pening siapa yg pasang dan apa muslihat munculnya bendera PAS di situ. Yang pasti katanya bukan beliau atau anak-anak buahnya yg pasang.Ada teori bahawa undi Cina berpihak kepada BN dan mungkin DAP mengharapkan pengundi PAS keluar utk mereka.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

7 comments:

mokk said...

Mamat..bguih punya pantun..
Kubog VVip tu...aku nak tambah..buboh aircond dalam tu...atau mummified macam mayat....

Hasrul Halid said...

Mungkin dengan adanya Perkuburan VIP tu, malaikat 'gerun' sikit nak tanya! Gitu la kot.

Ciss.. membazir!

tokasid said...

Mamat and Hasrul:

Tu yang aku heran tu. Dak pun depa pikiag kalau ramai-ramai at same site mungkin boleh share sorang sikit kot. Kalu asin-asin terok nak kena bedai.

Nanti aku kena korek dulu berita ni.Kalu buleh aku nak jumpa mamat yg kata tengah buat paperwork ni. Nak tau sapa punya idea dan agensi mana nak tanggung kos Makam VVIP ni. Nak tau rekabentuk macamana.Macam Pyramid ka?

Kalau shohih aku akan update.Kalau tak benar aku akan bagitau juga.

drzeze said...

salam to tokasid,
biaq betui?.takkan sampai tahap macam tu pemikiran glokal depa?nak tiru macam kat Nilai ka...siap bubuh aircond.

btw pantun pantun tu memang sedap kalau dibawa berdondang sayang .

A Voice said...

Dear Tokasid

Tks for yr kind wishes and advise on my Blog. I stopped using teh stick and manage to be out for two days albeit carefully.

Anyway, your blog's got a nice welcoming song ... sounds familiar. I've just upgrade my blog and my music/blogroll was automatically removed. Doing a major work on it.

God, we got too similar taste in music and its almost a duplication.

Love to read thru yr previous postings. But can't stay too long here. Its tempting me for those ikan pekasam, cincalok and kopoklekor. Not to mentioned teh o ice, ciggie and off course, handphone and lighter is unconsumable. :-)

As much as I hate seeing KJ basking in victory shd BN wins Machap, DAP is never an interesting idea.

tokasid said...

Drzeze:I still need to verify that perkhabaran.Tapi while talking about it me and friends dok buat andaian dlm gurau what can be installed at the makam VIP.
I really hope its not true dan kalau betoi pun nak buat ianya di batalkan.

A Voice;Alhamdulillah you are up and about. I like the way you presented for entries( and Bigdog too).Academic and pleasant to read.
Have a nice day bro( have you seen the Wall concert by Roger Waters during the fall of Berlin wall?)

~penarik beca said...

Kota Melaka tak dapat kukenang
Bertambah sebak jiwa nan rawan
Tergedik tergelejat BN dah menang
Poket boroi melantak habuan