Friday, April 13, 2007

Machap N8: Tahniah MCA dan BN


Rakyat Machap telah membuat pilihan mereka. Mereka telah menentukan siapa yg bakal menjadi orang besar mereka sehingga PEMILU akan datang. Setelah segala kemudahan dgn instant di sediakan di kawasan mereka( yg sebelum ini umpama impi dalam mimpi) mereka akhirnya memutuskan bahawa calon MCA/BN akan menjadi orang yg akan membuat mereka tunduk mengangguk-angguk bila berjumpa dgn beliau.

Tahniah rakyat Machap. Anda lebih tahu apa yang anda mahukan untuk tempat anda. Siapalah kami orang luar yang pandai-pandai hendak mengajar anda siapa yang patut anda tunduk angguk-angguk nanti.
Kami hormati pilihan anda kerana itu adalah hak anda.

Tetapi kami tetap sedia mendengar keluhan anda di masa datang.Jangan malu jangan segan. Kami tidak akan mengembalikan paku buah keras kepada anda. Kami tidak akan kata Padan Muka Anda.

Syabas kerana memilih Mereka Cari Angpow (MCA)utk menjadi suara anda di DUN Melaka. Takziah kepada Di Alam Pening (DAP)kerana tewas sekali lagi. Kerja keras anda sebenarnya tidak sia-sia. Jika anda tidak bertanding mungkin rakyat Machap tidak semewah 2 minggu ini. Walau tewas ,anda tetap mendapat undi yang anda perlukan.

Terima kasih Ketua Menteri yang setiap hari berkampung di Machap.Letih saya lihat Tok Ali. Letih juga telinga saya bila Datok setiap hari lalu di pekan kecil saya dgn hinggar siren out-rider datok.Terima kasih Datok kerana meminta ramai menteri-menteri menziarahi Machap.Kalau tak saya rasa tidak mungkin mereka akan sampai ke sini.

Selamat tinggal Machap.
Selamat datang Ijok.




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

7 comments:

Clark Gable of Pulau Duyong said...

TokAsid,
The moment I heard this tangkap lintok song i feel like forgiving you and halalkan segala hutang piutang yang engkau hutang kat aku on one condition though.

Ini official song for Persatuan Suami Jarak Jauh (PSJJ).

The condition is how to use this song in my blog...tolong bang tolonglah

A Voice said...

Memang sedap lagu asli melayu ...

Tahniah orang melake.

Hati mahu baik be!

de_kerinchi said...

Salam Tokasid,

Hai belum habis penat di machap, dah nak pi ijok ker....selamat berjuang...

muteaudio said...

Nampaknya lepaih ni semua lalat-lalat pakat pi hurung kat Ijok pulak. Makin mashuk lah pulak.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
I visited Pulau Duyong earlier and heard this song. I'm here in Jebatville and it's here too.
Like I told CG, I like this song and the movie too. Latifah Omar and Nordin Ahmad.
I find the lyrics profound.

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Dear Fauziah ,
(Tumpang lalu TA)
Look at the logo iWebMusic in this blog and serach Rafeah Buang at the site...copy and paste la tu.

tokasid said...

Dear all,TQ for leaving a comment(each).Was a bit busy over the weekend.So the late reply.

CGOPD: yes the moment I say Rafeah Buang tthere and I clicked it.Gurindam Jiwa was there and I know you'd love it.Now that you are able to 'gurindam jiwa' your blog too, you 'utang'me a Nes-O-Tar. Come 20th April you have to belanja me.

A voice: Yes, there are lots of good and nice old Malay songs but very few in the web.Am trying/learning how to keep songs in web.May dikir barat need to be there.
Yes,hati mau baik be!

De_kerinchi: The Machap heat dah kurang tapi the Ijok heat sedang naik.Nak cuba singgah next weekend lepas balik ziarah mak di kampong.

Mute: Betoi tu mute.Boleh di juai sekepin kueh yang maneh sana kot.

Fauziah: TQ. CGOPD loved this song so much.I have no choice but to make it the blog anthenm and teach CGOPD how to do it.